Thursday, March 31, 2011

Maggi maggi maggi

4 comment(s)

Ayah aku selalu pesan, mak aku pun sama, makan maggi tu tak elok, tak baik untuk kesihatan. Tp aku makan gak, namun bukan selalu pun, time time malas nak kuar cari makanan je aku baham sbb maggi tu aje ada kat bilik aku.

Oh ya, nape aku tetap nak wat maggi ni jadi keep stock aku atau makanan emergency aku? Satu sbb murah, bole mengenyangkan dan mungkin gak sbb pengaruh TV.

Pengaruh TV?

Actually korang perasan tak bila nengok iklan kat TV, mak aih berselera mereka menjamu maggi, then kalau nengok cerita Korea pun sama, asyik2 maggi je mereka baham, Naruto pun, makanan feveret adalah ramen AKA mcm maggi gak la.

Plus cerita-cerita cina kat TV pun makan maggi jugak. Maggi d'gambarkan sebagai makanan owg miskin kadang-kadang, owg kata murah dan senang d'sediakan. Masukkan air panas pun dah siap.

Nikmat tau bila menyedut ia ke dalam mulut, dengan kuahnya menyelerakan. He..he..lately aku tetiba minat melantak menda nih, bukannya suntuk duit pun tapi gara-gara berselera maggi lately.

Satu agi, gi kedai pun kadang-kadang order maggi. Menggong kan!


sms 2011

5 comment(s)


Aku dapat sms nih tadi...korang ada dapat x?


'' Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11 serta bukan itu sahaja,cuba ambil tahun kita d'lahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini,keputusannya ialah 111 buat semua org..! (realiti important), ini ialah tahun kekayaan, pada bulan oktober akan ada 5x hari Ahad, 5x hari Isnin dan 5x hari Sabtu, ini hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun, tahun spt ini dikenali sbg tahun 'beg kekayaan' bermaksud jika kita menghantar sms ni kpd 8 kwn-kwn kekayaan akan muncul pada hari ke-4 spt yg d'nyatakan dalam fengshui cina, sesiapa yang tak menghantar sms ini tak akan mendapat apa-apa, ia adalah misteri ttp tak salah untuk mencuba. Semoga bertuah!...jangan terlalu percaya, yang boleh membuat kita tergolong dalam golongan mensyirikkan Allah.''


Yg atas tu ok rr...logik gak dan sgt kebetulan...tp yg ayat bawah sms tu macam biasala suruh 4ward, ko ingat aku buat. No way!Dapat pun dari nombor yang tak d'kenali...

Apa-apa jela...just hilangkan busan hari ini... :p


Masa muda ini...

11 comment(s)

Masa merenung luar tingkat tadi, saje je mahu rehatkan minda setelah bangun pagi yg tak awalnya sgt nih, aku memandang padang d'sebelah, terlihat seorang pakcik tua sedang jogging.

Bagus kan pakcik tu, rajin dia exercise jaga kesihatan diri. Pagi-pagi dah menghirup udara segar, baik untuk kesihatannya. Tapi aku melihat beliau sorang-sorang je, entah macam ana otak tu pikir bukan-bukan lak, adakah pakcik tu kesorangan sekarang nih? Bahagiakah beliau masa mudanya dulu?

Entah rr tak tau nape aku terfikir macam tu. Owg kata masa muda hanya sekali dan sekejab je, jika kita tak hargai, maka mungkin terlepaslah kita begitu sahaja tanpa sedar. Begitulah hari ini, dah 31hb March dah pun, sekejab aje masa berjalan tup tup nak masuk bulan 4 dah. Sedar tak sedar masa beranjak dan aku makin meningkat dewasa then akan jadi tua...

Aku tertanya adakah masa mudaku ini terisi? Paling syok ke? Paling meriah ke? Atau paling bahagia? Mungkin ya...atau tak taulah, bagi aku,aku tetap bersyukur dengan apa yg tuhan telah kurniakan pada aku. Sama ada sikit atau banyak.

Misi aku kini adalah mahu jadi yang terbaik di depan sana, serta sentiasa gembira melalui hari. Aku tak suka bersedih sbb sedih ini bagai memberi penyakit buat aku.

Masa muda ni lah aku mahu berjalan melihat tempat orang, mengenal dunia, mengenal manusia yg pelbagai nih serta gembira walau d'mana aku berada. Aku mahu hargai masa muda ku dengan menda-menda yang aku mahu dan mengembirakan aku.

Harap semua begitu, sape mahu hari yg berlalu ini sia-sia? Tiada gembira dan penuh duka? Tak mahu kan?! Maka senyumlah kita, tabahlah kita dan tenang menghadapi hari mendatang.

Aminn...semoga segalanya baik-baik aje...

Wednesday, March 30, 2011

Perut yg nak perhatian

10 comment(s)

Perut aku memang giler! Pagi-pagi buta mintak nasi,burger dan kerepek segala. Kalau pagi kul 7am ke? 8.30am ke? Tak pela...nih 2am, meraung-raung nak perhatian suruh d'layanz.

Maklumla aku makan petang ngn goreng pisang je, ingat tu d'kira makan malam sekali. Alih-alih dia meraung tgh malam minta d'isi.

So pasrahla kuar gi cari roti kul 2am, beli Maggi sekali, buat stock jika malas-malas nak kuar umah cari makanan nanti. Nasib baik ada kedai runcit bukak smpai 3am.

Tengah-tengah makan, aku pandang perut, siot je makin menaik, tgk dari jauh badan cam bertulang je, tp bila tgk dekat tang perut...mak aih rasa nk bunuh diri je!Ni kot penyakit owg melayu zaman sekarang,senang boroi...dahla aku nih liat nak bersenam.

Seteres ngn diri sendiri... :P

Tuesday, March 29, 2011

No idea

5 comment(s)

Siap pun tukar wall kat blog nih, sape kata senang?...Sakit mata jab ( sambil sambil mata pandang TV). Cantik x? Huduh? Yelaaaa....

Actually xde idea nak coretkan apa-apa kat sini malam nih.

Sekian....

: P


Tidur + Cuti

8 comment(s)

Hari ni hari cuti aku,
Sepanjang hari aku tidur je... :P

Monday, March 28, 2011

Apa yang berlaku hari ni? Bola Tampar, AF dan karoake

9 comment(s)


Pagi tadi bangun semata-mata nak tgk diaowg(staff-staff Jusco) lawan bola tampar, anjuran Jusco dan diselaras aku ( bangga jab! ). Selain bekerja, ada gak aktiviti riadah mereka buat, dapat eratkan silaturrahim dan bina semangat berpasukan. Rasa bangga bila dapat tgk anak-anak buah happy sesama mereka. Mereka lawan kat padang belakang block aku(umah sy), Keramat Au3.

Then gi keje, aku keje petang hari ni.

Masuk je terus gi Meeting. Meeting yang menyentuh hal keje dan Akademi Fantasia yg bakal berlangsung kat tempat kami. Meeting habis cepat sebab nak join sidang akhbar yg tengah berlangsung kat Centre Court Au2. Depan cashier kaunter Jusco je.

Satu bilik kaca di bina kat tengah Centre Court Jusco Au2, so lepas nih kami bole layan Diari yg berlangsung dalam bilik kaca tu hari-hari. Live depan mata. Rasa bangga jab sbb tempat kami terpilih untuk event sebesar ini.

Tadi dapat tgk semua peserta AF live, tenaga pengajar, Ning Baizura, Aril dan Pak Nil live. Excited la gak. Tapi sayang aku terlupa ambil gambar lak. Apapun tak rugi pun sbb pah nih hari-hari bole tgk diaowg kat dalam bilik kaca tu.

Oh ya, jgn lupa Konsert AF ( Pre ) , 2hb April 2011 nnti, dari kul 9pm- 11pm, kat parking kereta atas sebelah taman Au2 Jusco. Hari tu mmg BZ giler, then aku keje ptg lak tu. Entah bole tgk diaowg ke tak? Dengar cerita ada a few artis popular nak dtg...sape? Tgk rr nnti. Tp Tok Ti tak dtg lak. Detail tekan >> sini <<

Kul 5pm , aku BZ ngn saringan akhir Karoke anjuran Jusco gak ( selarasan by me gak :P ), saringan utk pilih 8 yang terbaik untuk bertanding di final masa dinner company nanti.

Malam bz bekerja...

Itu je, nih kat bilik santai-santai sambil layan tenet dan TV...

Lembu & Ayam

1 comment(s)

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!


Lembu : Kenapa kau kata macam tu?


Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!


Lembu : Hah! Buat apa pulak?


Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!


Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!


Ayam : ?? Maksud kau?


Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!


Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


---- sumbangan:Srox



Sunday, March 27, 2011

Sejarah Power Rangers

14 comment(s)

Cerita yg dah mempunyai pelbagai sequel nih rasanya dah stop kot tayangannya. Tapi kesannya masih melekat d'hati aku hingga kini. Owg kata yang dulu lagi kaw auranya berbanding yang terkini.

Cakap pasal apa nih? Aku cakap pasal Power Rangers lol...hu..hu..masih segar diingatan lagi, masa tu musim hujan, aku kat umah, umah aku masa tu banjir. Tengah syok-syok tarik selimut time Maghrib terbuka TV dan terlayan cerita nih. Masa tu aku baru darjah 3 kalau tak silap.

Masa tu aku mana terdedah ngn superhero sangat, so lepas tu terus obses ngn cerita nih. Selain cerita gaban serta suria perkasa hitam segala, nih antara cerita superhero yg masih semua owg ingat kan hingga kini?

Aku tak nak bercakap pasal Power Rangers sekarang ( sequel-sequel nyer ) sbb aku tak mengikutinya pun. Tapi nak bercerita pasal 1st Power Rangers dulu. Ingat lagi tajuk masa tu adalah Mighty Morphin Power Rangers, then tajuk tu d'ubah kat Malaysia atas sensitivity owg kat sini, jadi Power Rangers je.

Detail pasal history Power Rangers bole baca kat '' sini '' , rasanya aku tak perlu cerita sgt pun sbb mostly yg sebaya ngn aku masih segar lagi flow cerita nih.

Btw aku nak share ngn korang latest muka superhero 1st Power Rangers, mereka la perintis-perintis yg aku takleh lupa sehinggalah sequel-sequel seterusnya.





Mostly dah umur 40an dah sekarang kalau tak salah aku. Bangga dengan mereka sbb aku pernah membesar sekejab dengan mereka. Tetiba rindu sangat masa 1st apperance mereka kat TV dulu.

Kalau korang rajin korang tryla search kat tenet apa jadi ngn mereka sekarang. Mesti anak-anak mereka tak percaya yang bapak dan mak mereka sebenarnya superhero yang aku suka-suka sangat dulu. Specilly Red Rangers :p





1.) Jason ( Austin St John ) = Red Rangers

2.) Kimberly ( Amy Jo Johnson ) = Pink Rangers

3. ) Zack ( Walters Johns ) = Black Rangers

4. ) Trini ( Thuy Trang ) = Yellow Rangers

5. ) Tommy ( David Yost ) = Blue Rangers



Saturday, March 26, 2011

Filem Hindustan + Bollywood

3 comment(s)

Tadi masa tengah makan tengahari tetiba tertengok iklan cerita Hindustan untuk tatapan kul 2pm hari nih, biasala panggung Sabtu punyer cerita rr. Segmen yg tak penah miss kat TV3. Dulu rating cerita nih memang mencanak-canak.

Masa tu Mohabatein (betul ka eja? ), Kabhi Kushi Kabhi Ngam, Kuch Kuch Hota hai, Dil to Pagal Hai dan byk lagi la, yg menjadi pilihan warga Malaysia dan seantero lain la. Team Bollywood nih dulu kadang-kadang menutup material Hollywood jab. Mmg glame gilaks la diaowg, mostly owg demam Bollywood masa tu termasuk aku.

Pelakon-pelakonnya tak yah cakap rr, geng-geng Khan mmg mantap! Shahrukh Khan, Salman Khan dan Amir Khan mmg meletop-letop. Yang pompuan lak sape tak kenal Karisma Kapoor, Juhi Chola, Madhuri Dixit ( betul ka eja? ),Kajol dan a few lagi yg seksi seksi dan lawo-lawo.

Masing-masing ada trademark masing-masing specially aku paling ingat adalah Salman Khan, raja bukak baju tu. Then Shahrukh Khan King of Bollywood. Tup tup lepas tu plak Hrithik Roshan yg popular sbg Rohan masa tu tetiba meletup-letup selepas Ka Hona Pyar Hai.

Ada lagi....!!! Lagu-lagu diaowg, kalau cerita-cerita diaowg nih takde lagu mmg tak sah rr. Mesti ada lagu-lagu nyer yg kemudian pah tu mesti dapat sambutan semua. Siap jadi siulan lagi walau bahasa diaowg nih berbelit nak sebut. Yang penting actor and actress tu miming je, guna suara owg lain.Yang aku tau mereka semua suka guna suara Unit Narayanan dan Alka Yatnik.

Aku paling minat lagu-lagu dari filem Kabhi Kushi Kabhi Ngam, Mohabatein dan Ka Ho Na Pyar Hai. Kalau masa aku kat Kelantan, masih ingat lagi tiap-tiap umah kat Kg tu mesti ada lagu dari Cd Hindustan plus pasang kuat-kuat tanda bangga sape yg bole bukak pasang.

Kalau skrg bukak lagi aku baling je ngn kasut. Sekarang sape minat mesti di chop loser, aku pun tak tau nape.

Sekarang walau Bollywood nih dah agak malap kat sini, tp kenangan kemuncuk dulu tetap segar dalam ingatan. Macam dangdut gak, mereka tetap wujud hingga kini. Yala mana bole lupa tarian seksi para aktress mereka yg nampak pusat tu, yg lelaki plak bukak baju tayang body, then menyanyi plak kat tempat-tempat cantik dan menarik je. Sebab tu la tak semena-mena Shahrukh Khan dapat Datuk kat sini sbb katanya mempromosikan Malaysia.
Macam-macam....




* Owg kata Kuch Kuch Hota Hai lah yg mempopularkan filem-filem Bollywood nih.

Friday, March 25, 2011

DVD Vs TV

7 comment(s)

Pelik gak aku nih dan adik-adik aku pun sama. Nak tau nape?

Tengok cerita kat Tv tp cerita tu sebenarnya ada kat koleksi DVD @ CD milik kamu, siap ada kat bwh rak Tv tu agi, cuma ambik dan pasang je. Tapi tetap gak gigih nk tgk Mega Movie kat TV3 cthnya malam nih cerita Narnia, padahal DVD tu ada kat bawah rak je.

Korang macam tu gak ekk?

Nape ye tetap nak layan cerita-cerita tu kat Tv? Adakah d'sebabkan DVD ko tu cetak rompak? Yang tak berapa nak jelas tayangan nyer dan sari kata nyer? Ha..ha...ko sendiri la tau sebabnyer.

Pepun mungkin kualiti dan feel nyer yg membuat ko tetap nak melayan gak kat TV. Mungkin gak ko bosan, sbb takde siaran menarik lain.

Apepun lantakla...tepuk dada tanya selera...tak gitu?

*Walau cerita tu kadang2 byk giler d'potong partnyer...

Malam pertama

7 comment(s)


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT

Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee



--- sumbangan: Che Bo

Thursday, March 24, 2011

Blog yang sambil menyelam minum air

3 comment(s)


Sambil menyelam minum air...

Sape kata berblogging nih buang masa? Sape? Salah ok!

At least aku yang malas membaca tetiba je rajin plak sbb terlampau obses ngn blog aku lately. Walau tenet lembs tahap kura-kura cacat namun tetap gigih post entry segala. Nak post entry bukan main-main sbb kena ada issue yg nak d'kupas tau.

Kalau tak isu pasal idup aku nih ( he..he..) ada gak isu semasa, isu lawak, isu sensitip, isu sinis dan isu-isu informasi gak.

Isu-isu informasi ni lah yg bagus sbb selain aku gigih search cari guna yahoo,google dan sebagainya sambil tu aku kena baca dan paham supaya entry nih tak merapu,fakta betul,ejaan betul dan kesampaian utk d'baca semua.

Takdela copy n paste membabi buta,smbil tu harus d'pastikan sumbernyer bole d'percayai dan penuh bermakna.

Bak kata sambil nyelam minum air maka pabila nak edit tu la aku bole baca sekali dan dapat ilmu berguna.Selalunya informasi pasal kesihatan,tips,pengalaman,teguran dan sebagainya.

Rahsia Muda Dr. Mahathir

5 comment(s)



Apa hobi Tun pada masa lapang?

Sebenarnya saya tidak banyak masa lapang masa kini kerana kerap menulis. Saya mempunyai banyak rencana untuk blog saya, untuk memoir saya dan ada juga tulisan berkenaan dengan tajuk-tajuk tertentu yang belum lagi saya keluarkan.

Kalau ada masa, saya cuma tonton televisyen sahaja. Hobi sebenar, tak ada lagi.


Tun nampak muda daripada usia sebenar, apa rahsia Tun kelihatan cergas dan bertenaga?

Saya memang aktif daripada dulu pun. Saya percaya kalau kita aktif terutama setelah kita bersara dan tidak ada lagi tugas-tugas tertentu, itu sendiri mempunyai kesan baik kepada kesihatan dan kecergasan kita. Jadi kerana kita cergas, maka kita akan merasa lebih sihat dan kerana kita sihat, maka kita lebih cergas.

Jadi, orang yang bersara patut mempunyai hobi atau apa-apa minat tertentu yang akan menghabiskan masa siang dan malam mereka.

Bagaimana Tun memastikan keadaan kesihatan sentiasa stabil?

Saya jaga kesihatan saya. Memanglah kadang-kadang dapat juga penyakit seperti dahulu saya dapat penyakit jantung dan itu telah dirawat dan dibedah. Dan sekarang ini saya sudah pulih daripada sakit itu dan lega daripada kesan pembedahan.

Saya selalu mengambil berat tentang keadaan kesihatan saya iaitu kalau ada apa-apa yang saya rasa kurang baik, maka saya bertanya kepada doktor saya dan saya biasanya mengikuti arahan-arahannya dan ubat-ubat yang perlu saya makan.

Selain itu, saya bersenam, saya berjalan dan saya juga guna treadmill kalau tak dapat berjalan kerana hujan atau lain-lain perkara.

Apa makanan kegemaran Tun? Adakah Tun menitikberatkan aspek pemakanan?

Makanan saya makanan biasa iaitu nasi dengan kari. Walaupun kadang-kadang saya pilih masakan barat atau Jepun tetapi kegemaran saya, saya fikir semua orang tahu, daripada lauk-lauk yang saya makan yang paling saya suka adalah daging bakar cicah air asam dan sayur keladi. Ini adalah kegemaran saya.

Tetapi saya tak makan terlalu banyak. Selalunya sederhana. Saya makan hampir semua, tak ada yang saya pantang sebenarnya. Dan setiap kali saya timbang berat untuk menentukan saya tidak terlalu berat.

Apakah aktiviti senaman kegemaran Tun?

Saya buat sikit-sikit sahaja iaitu saya angkat dumbel pagi-pagi dan saya buat senaman tarik nafas dan selain itu, saya juga guna treadmill dan berjalan.

Pada usia ini, sudah tentu Tun gemar bercuti dan melancong bersama keluarga? Apakah aktiviti riadah atau destinasi percutian Tun?

Saya jarang bercuti sebenarnya tapi setahun sekali saya ambil cutilah. Dalam 10 hari atau dua minggu. Tapi masa cuti pun kalau ada kerja yang boleh buat, saya buat juga. Dan saya selalu ke luar negara kerana ada urusan di sana, memberi ucapan-ucapan setelah dijemput oleh banyak kumpulan-kumpulan.

Semasa bercuti, seboleh-bolehnya saya ingin supaya keluarga saya ikut bersama. Saya biasanya bercuti di laut Mediterranean. Saya suka naik bot di Laut Mediterranean dan pergi ke bandar-bandar kecil di tepi-tepi laut seperti di Turki dan Greece dan kadang-kadang juga di Perancis.

Apa rahsia kebahagiaan rumah tangga Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah yang telah bersama selama 53 tahun?

Dalam soal kebahagiaan rumah tangga, saya berpendapat bahawa apabila kita berkahwin, kita mesti bersikap bertanggungjawab. Kalau ada perpisahan, ia menyakitkan orang lain termasuk anak saya. Dan saya tak nak mereka menjadi tidak senang kerana kelakuan saya.

Sebab itu saya lebih suka walaupun kita memanglah ada masalah, mungkin salah faham antara suami isteri, tapi akhirnya kita atasi dan kita balik berdamai. Dan saya tak minat untuk menyakitkan hati sesiapa termasuk isteri saya dengan mengadakan kegiatan-kegiatan yang kurang baik.

Sejak bila Tun perlu memakai cermin mata?

Saya mula pakai sejak umur 14 tahun lagi. Tapi rabun mata saya tidak kuat. Kalau saya buat ujian mata, saya boleh baca semua.

Saya bernasib baik kerana tiada katarak. Ada sedikit tetapi tidak mengganggu.

Apa pendapat Tun tentang kesedaran masyarakat sekarang tentang penjagaan kesihatan seperti virus H1N1?

Ini bergantung pada diri sendiri. Kita tidak boleh berharap Jabatan Kesihatan selamatkan kita, menolong kita daripada dapat jangkitan.

Penyakit ini berpunca daripada jangkitan. Kalau kita tidak dekat orang yang ada jangkitan, kita tidak dapat kerana asasnya ada jangkitan. Kita perlu elak daripada berjumpa dengan orang ramai.

Kita di sini seolah-olah tidak mengambil berat tentang pemakaian mask (topeng muka) walaupun sudah diarahkan. Ramadhan yang lalu, saya pergi pasar Ramadhan, saya pakai topeng tetapi pelanggan-pelanggan dan penjual-penjual tidak memakainya.

Kita tidak mengambil berat pasal ini. Misalnya, hidung berair, ini kena berubat dengan cepat.

Apakah nasihat Tun kepada masyarakat dalam menjaga kesihatan seperti penjagaan jantung?

Saya berpendapat masyarakat mesti mengambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Yang itu mereka mesti jaga daripada awal supaya tidak menjadi terlalu gemuk kerana makan keterlaluan dan mereka jaga supaya mereka cergas, jaga tubuh badan mereka terutamanya menjaga gigi dan lain-lain bahagian dalam badan kita.

Seboleh-bolehnya tidak makan barangan yang boleh mendatangkan penyakit kepada kita terutama kolestrol dan lain-lain kita makan secara sedikit, tak terlalu banyak.

Apa yang dilarang, kita cuba elak. Jadi dengan cara kita selalu mengambil berat tentang kedudukan tubuh badan kita, saya fikir ini memberi alamat untuk mengelak lebih awal sesuatu yang tidak dikehendaki terutama berkenaan berat badan.

Dan kita punya profail, kalau kita tengok sesetengah orang perut mereka buncit kerana mereka tak jaga makan. Ini yang menyebabkan kemudiannya mereka tak nampak sihat. Walaupun mungkin mereka kuat dan sihat tetapi dengan profail yang tak begitu menarik, mereka akan tidak nampak sihat. Dan sebenarnya bila nampak tak sihat akhirnya betul-betul akan menjadi tak sihat.


oleh Marhaini Kamaruddin, Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah dan Amirah Amaly Shafaat

Dalam hati ini...

13 comment(s)

Dalam hati ini ada harapan

Harapan untuk merasa lain dan terbaik

Dalam hati ini ada sunyi

Mungkin sunyi kerana masih seorang

Dalam hati ini ingin kawan yg dulu

tp mana mungkin masa telah merubah mereka

Dalam hati ini ingin memiliki itu

tp susah sebab penakut aku

Dalam hati ini ingin sentiasa gembira

namun kadang dugaan melanda




Ok..abaikan di atas...aku sebenarnya lapar dan nak makan rojak buah buatan sendiri...jom!!!

Wednesday, March 23, 2011

Bersamamu TV3 episode Kucing

5 comment(s)
*Picture live ambik...he..he... (huduh bebenor)

Bagus rr TV3...program BERSAMAMU kat TV3 tadi seperti wat kelainan utk episode kali ni, selalunya menyiarkan perihal hamba-hamba Allah yg menderita susah atau menderita sakit tp uniknya kali ni adalah menyentuh perihal KUCING. Tak sangka...

Chumil aje kucin kucin tadi, untuk pengemar kucin mcm aku seharusnya segmen spt ini boleh menyedarkan ramai owg d'luar sana bertapa pentingnya kita berperikemanusiaan, bukan setakat kat manusia je tp haiwan gak.

Seharusnya begitu laaa...

So sape2 kat luar sana if terjumpa kucin kucin liar/ jalanan tu jgn duk tambah zalimi lagi, kalau baik bwkla balik ke umah tulun jaga-jaga kan, ada gak peneman tidur atau peneman sunyi. Mmg rr ada certain-certain yg dah berkurap tp jgn rr berkasar ngn mereka. Ni kat kedai makan aku tgk siap sepak-sepak lagi sbb ganggu korang nak makan. Tau rr jijik ngn mereka tp halau la cara baik k.

Hari tu gak ada dengar isu bila seorang pompuan tomboy, menzalimi seekor kucin, berjaya d'kantoikan kat CCTV. Then rakaman itu telah tersebar luas kat tenet. Pe lagi terus dapat cacian makian kutukan dr owg ramai. Tu la, nk wat menda tak pikir dulu.

Haiwan walau takde akal..tp mereka sebenarnya penyeri tau..cthnyer kucin ku, walau ko itam legam bagai...tp bulu mu, alunan manja mu, kechumilan mu dan misaimu buat aku rasa tenang dan bahagia. Kih..kih...


Ibu

7 comment(s)


At 3 years ''Mommy I love you".

At 10 years ''Mom whatever".

At 16 years "My mom is so annoying".

At 18 years "I'm leaving this house".

At 25 years ''Mom, you were right".

At 30 years ''I want to go to Mom's house".

At 50 years ''I don't want to lose my mom".

At 70 years "I would give up everything to have my mom here with me".



*Teringat mak kat Kg, apa kabar dia skrg? Call lah jabb...

Berdebar + stress

9 comment(s)


Aku tak suka sesuatu yg boleh buat aku berdebar...kalau berdebar diiringi happy takpe...ni berdebar dengan join stress nyer sekali.

Ni la aku...padahal hari esok bukan apa-apa pun. Kadang aku tak boleh mengawal gemuruh, sbb otak kekadang bole terpikir menda yang bukan-bukan.

So apa ubat?
*Mung ni Rashid...tampor kan?! worry je keje ko... :P

Tuesday, March 22, 2011

Selsema burung

6 comment(s)

"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung."

"Saya tahu,"jawab doktor.

"Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah."

"Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu.

"Dia telah mencium pembantu rumah kami."

"Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin."

"Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu."

"Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu."

"Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya."

"Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

sate 20 cucuk dan awet muda

9 comment(s)
*Jemput makan...

* Habis licin lepas tu...

Orang kata, jangan dirosakkan rupa paras yang muda nih, nnti ko nyesal sbb dah berkedut-kedut. Maka jalan penyelesaian adalah pandang ke depan dan lupakan masalah yg sememangnya tak sudah-sudah tu. Selagi hidup kita akan tetap diuji, sesungguhnya owg yg d'syangi Dia adalah owg yg selalu d'uji Nya kan? : )

Maka untuk melenangkan diri aku, seperti yg aku bgtau dalam entry sebelum nih,aku telah melantak sate 20 cucuk semuanya. Miracle kan?...tula aku kalau korang nak tau, makan byk ok specially makanan-makanan kegemaran beta.

Sebut tu perut aku mula menampakkan susuk-susuk nyer...he..he..

*Kesimpulan hidup kena apy...baru awet muda...

Monday, March 21, 2011

''Gemilang'' yang buat perasaan aku makin meleret-leret

6 comment(s)


Haih....! Mampu ngeluh je,dahla tengah sedih-sedih nih tp bila bukak TV terlayan drama Gemilang kat Tv3 tu makin sedih lak rasa aku. Perasan aku tetiba rasa macam-macam lak.

Episode kali ni byk menyentuh hal yg seperti ada kaitan ngn aku. Walau tak banyak tp adala c,kit-c,kit spt member yang memperlekehkan pekerjaan membernyer, si Saif (Shah Jazle ) gaduh ngn kwn baik dia (Kamal Adli) dan lagi satu sedih sangat bila si Saif tu terjumpa balik adik dia Din yang lama terpisah.

Scene Saif mula jumpa adik dia tu menyentuh hati aku sangat, tetiba buat aku rindukan adik-adik aku kat Kg lak. Lagi sedih bila Saif hanya sempat jumpa adik dia kejab je. Then berpisah balik sebab adik dia nak sambung belajar kat Mesir.

Meleret-leret mood aku malam nih...mengeluh jab, mak aih rasa cam tension plak, dah rr tgh sedih tambah lagi sedih walau dah perkena sate 20 cucuk lepas geram tadi.

Dugaan dan hikmah

9 comment(s)

Kalau ikut hati mau je aku pergi...entah kali ke berapa aku kecewa. Tak taula apa nasib aku, mungkin ada sesuatu yg salah yg sebelum nih aku penah buat sampai tuhan mahu menguji aku macam nih. Kalau aku tak sabar, tak taula...

Apepun...aku mau melupakan, ini salah satu cabaran yg aku perlu lalui sebagai seorang manusia. Tuhan tak mau aku terleka kot.

Dalam pada aku kecewa dengan apa yang berlaku, tadi aku mendapat panggilan dari HQ, aku mendapat tawaran untuk ke sana. Hati memang nak pergi...mungkin aku mahu cari pembaharuan.

Tapi sebenarnya aku serba salah, aku suka duk operation, member pun ramai kat sini. Tp kalau untuk career development aku rasa ini yang terbaik kot.

Sebenarnya sekarang ni aku tak tau perlu gembira atau tidak. Mungkin ada hikmah d'sebalik suma nih. BTW aku tetap bersyukur padaNya. Amin...

Sunday, March 20, 2011

Haruan dan anak

8 comment(s)

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

Hari minggu dan kerja

3 comment(s)

Selamat berhujung minggu buat semua!

Tak de pe yg menarik pun hari ni, can biasala keje je keje aku. Tapi takpe lagi 2 hari cuti balik. Aku mmg canggini, selalu set jadual keje aku, lepas keje 4 hari mesti cuti walau satu hari atau 2 hari je. Suka suka.

So takde rr penat sangat walau keje aku takdela penat mana, tak spt masa jaga department dulu.

Walau kadang-kadang gi keje nih cukup memboringkan sbb rutin lebih kurang je, namun sbb ramai member-member, pelanggan lagi dan suasana yg sentiasa berubah-rubah tu buat aku layanz je.

AF9 pun bakal launching nanti. Semalam ada beberapa kejutan yg aku tau dr bos aku. Korang tunggu je la ekk, tak le bg tau sgt kat sini. Sbb ada press confrence 28hb nnti (semua dia akan bgtau). Pre concert pun kat sini.

Mereka akan makan,berak,sembahyang,berlatih nyanyi semua kat sini. Yang penting sape dtg Jusco mesti leh tgk...cuma tempat tinggal je kat tmpat lain.

Oklah...nak mandi...ha..ha..

Predator

3 comment(s)


Penah tgk Predator?

Antara muvie yg mencuak kan aku. Tak sangka terlayan kat TV3 kul 12.30am tadi. Cerita dah lama since aku muda-muda dulu. Sekarang cerita nih dah ada sequel segala.

1st time tgk cerita nih mmg cuak, mengigil takut,maklumlah alien macam nih mana penah jumpa agi. Bila part Predator tu wat scanning mmg mengujakan, bunyi agak menakutkan. Sampai skrg tergiang kat telinga. Darah dia pun unik.

Tak yahla..aku perkenalkan detail cerita nih sbb suma dah tau. Tak perlu sinopsis,tak perlu lakon balik, tak perlu tu dan tak perlu nih. Sape yg kata tak tau mmg saje kan?...

Family aku siap ada copy lagi cerita nih, berulang-ulang kali tgk tanpa jemu. Suspen takut cuak tetap d'rasa walau dah berulang kali tgk.

Last sequel hari tu macam tak best plak, siap cerita kat planet lain lagi. Namun predator dah jadi legend kot dengan 1st appearance arnold susah nak eja tu. But sequel nyer yg ke-4 tak silap aku,tajuknya Alien VS Predator tu,predator dh jadi team baik lak.

Pepun nih antara cerita aksi yang aku rasa best gilaks dan cuak bangat setakat nih. Walau 1st Predator nih release kira-kira 20 tahun yg lalu, namun rasa aku aksi-aksinyer tetap owg Melayu skrg takleh challenge agi. Hu..hu..belajar plahan2 kot.

Saturday, March 19, 2011

Tak mahu hipokrit,akhirnya bertambah dosa

8 comment(s)


Masa pusing-pusing kat FB tadi, terjumpa artikel nih...aku rasa sgt berguna utk share kat sini, berguna utk sape-sape pun...tepuk dada tanya selera...


SOALAN

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...

- Diera -



JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

Aurat wanita apa sudah jadi? Wanita, aurat dan Kerjaya.


Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.



2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)



3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong seseorang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.



4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

9 Muharram 1431

26 Disember 2009

Mimpi seorang isteri

4 comment(s)

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...

Friday, March 18, 2011

Battle of Los Angeles VS Hikayat Merong Mahawangsa

2 comment(s)


Usah dibandingkan kedua filem nih sbb kita akan tau pemenangnya. Hu..hu..aku bukan mahu mencoret utk perbandingan cuma just nak bagitau dgn menonton 2 cerita nih aku puas.

Bermula dengan Battle Los Angeles jam 3.45pm tadi, satu permulaan mood cerita yg baik. Terisi gak cuti aku ngn tgk wayang walau duit sangat nyawa-nyawa ikan. Namun aku peduli apa asal kepuasan dan ini hadiah utk aku yg kuat berkerja nih ( yo yo oo je ). Hu..hu..

Apa yg bole aku cakap pasal cerita nih? SUPERB!!! memang best, utk sape2 yg belum nengok sila-sila la gi panggung beli dan layan. Sure ko tak rugi. Berbaloi ngn wang yang d'laburkan. Anehnya tiket Battle of Los Angeles lagi murah dari Hikayat Merong Mahawangsa punyer tiket, beza RM 2 ok...walhal Battle of Los Angeles baru je release hari ni.

Cerita perang nih berkisar antara perang alien dan manusia, macam ana manusia nak survive utk hidup dan lawan alien yang cuba utk takluk bumi nih. Fokusnya adalah kat bandar Los Angeles. Sekumpulan askar yang berjiwa kental yang d'tugas selamatkan owg awam kat sebuah balai polis yang tengah bz perang alien nih.

Boleh tahan hebat alien nih...macam-macam dugaan askar nih hadapi sehingga diaowg jumpa markas alien tu dan musnahkan. Yang terkorban tak payah cakapla...letupan sana sini, kadang-kadang takut sgt. Suspen pun ada. CGI memang konpirm rr mantap.

Jalan cerita konkrit yg sarat dengan semangat dan pengajaran. Serius cakap dari awal hingga akhir cerita mmg ko tak bosan. Memang conpirm aku bagi A la... :P



Untuk Hikayat Merong Mahawangsa (tayangn 7.10pm), filem nih mmg bole menang d'Malaysia ok,luar? tak kot...he..he.. unik dan lain dengan CGI yg bole d'banggakan. Pengarahan yg baik dan jalan cerita yg bole tahan.

Lawak pun ada kata ko. Memang lucula watak Ying Ying tu. Aku yang kurang gemar cerita Melayu pun bole jatuh cinta jab ngn cerita arahan KRU nih. Cuma ada a few je perlu d'perbaiki, walau penggunaan bahasa pengantar yang spt byk owg pute nyer bahasa namun okla sebab itu aje cara nak berkomunikasi dengan watak-watak owg cina dan orang Rome.

Aku tengok cerita nih tak pentingkan pun jalan cerita. Aku just dtg tgk (jujur cakap) utk nak cari keunikan filem nih. Ada byk aku jumpa walau sederhana aje, but aku tetap bangga. Panggung pun penuh tadi. Tiket kul 9.30pm pun dah sold out since 3pm tadi k.

Oh ya, sekali sekala terdengar kejanggalan hero ( Stephen Rahman ) bertutur BM tp BI so fluent, plus ada sedikit unsur 18SX, aku tersenyum aje, nak kata kamera sengaja tertangkap atau memang d'rancang. Sape yg dah tgk mesti dia tau part mana kan? :P

CGI bole la...dengan budget RM8 juta apala bole d'buat sgt. Ada gak kantoi sana sini. But scene peperangan menjadi, extra actor pun ok sbb bole bg kerjasama.

Ramai yang dh ulas pasal cerita nih. So korang bole tahu flow dia macam ana. Btw Puteri Cina dengan Price Rome tu mmg cam pinang d'belah 2, sama cantik dan padan. Umi Nazeera pun terserlah bawa watak Embok dengan muka timur nyer yg unik tu. Dan Khir Rahman mmg menjadi bawak watak jahat.

Oh ya...satu lagi nak komen, better buang je scene lawan musuh guna cermin tu, tak logik bangat dan hampeh je. Entah apa-apa, buat cacat cerita je. Overall aku bagi B untuk cerita nih.

RAHSIA POPULAR DI KALANGAN TEMAN-TEMAN

7 comment(s)

Farhana selalu 'kelihatan' di mana-mana. Dia ramah, mudah diajak berbincang, jarang ada rasa ragu-ragu, cute dan tidak pedulikan apa kata orang lain. Farhana mempunyai keyakinan diri dan tingkah lakunya sering menarik perhatian teman-temannya. Fifie pula lain ceritanya. Bukan saja tidak ramah, dia selalu kelihatan muram dan tidak memperlihatkan sikap bersahabat.

Fifie jarang bergaul dengan teman-teman sekolahnya. Dia lebih suka menyendiri. Setelah tamat kelas, dia terus pulang ke rumah. Pergi ke tempat yang sama dan pulang ke tempat yang sama. Ada teman-temannya mengatakan Fifie 'membosankan' dan macam-macam lagi tanggapan negatif terhadapnya. Tambahan pula, Fifie tidak ada minat apa-apa di luar sekolah. Jumlah teman-temannya boleh dikira dengan jari tangan.

Sudah tentu kamu tidak mahu kehidupan seperti Fifie yang membosankan teman-temannya dan dirinya sendiri. Hari-hari sama sahaja dan boleh membuatkan kamu naik bosan dan hilang semangat. Sebaliknya, jika kamu menjalani hidup seperti Farhana, tentu kamu rasa riang gembira dikeliling oleh teman-teman yang tertarik pada sikapmu.

Kegiatan tambahan

Memupuk minat bererti memperluaskan pengetahuan. Tidak kira sama ada kamu seorang pelajar atau sudah bekeria, kamu masih tetap boleh bergiat di luar waktu kerja kamu. Terdapat pelbagai aktiviti yang kamu boleh ceburi seperti sukan, kelab belia, kursus-kursus dan sebagainya.

Mengikuti aktiviti tambahan yang positif adalah langkah bijak dalam mengisi masa lapang daripada kamu membuang masa melakukan perkara-perkara negatif. Selain itu, kamu juga boleh berkenalan dengan mereka yang sama mengikuti aktiviti tersebut dan menambah pengetahuan kamu melalui perbincangan bersama.

Mudah diajak

Jadilah seseorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Ada sesetengah orang yang mempunyai sifat semulajadi yang boleh menarik perhatian orang seperti sebuah magnet. Dia membuat orang lain berasa senang dan rileks bila bersamanya.

Yana, 16, masih ingat ketika pertama kali masuk kelas tingkatan empat di sekolah baru. Pada mulanya dia rasa kurang senang berada di sekolah baru itu tapi teman-teman kelas menerima kedatangannya dengan senyuman manis dan wajah-wajah ramah. Yana rasa gembira dengan sambutan yang diterimanya lalu bermesra-mesra dengan mereka yang sama kelas dengannya.

Maka, ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang berbicara. Sekali kamu berusaha mahu mengenal orang lain bermakna kamu sudah setengah jalan ke arah sebuah persahabatan. Orang yang ramah akan merasa rileks dan orang lain pun merasa rileks berada di sampingnya. Sikap sedemikian harus ditanam dalam jiwa sejak masih kecil dulu.

Buka telinga dan dengar

Untuk berkomunikasi dengan berkesan, kita perlu mendengar bicara orang lain dengan baik. Jangan kita saja asyik yang bertutur tapi pihak lain tidak ada peluang bersuara.

Kata Lia, 18 tahun dari Kuala Lumpur, tiada gunanya berkawan dengan orang yang asyik bercakap tapi enggan mendengar orang lain. "Apalah gunanya terus berkawan dengan orang yang hanya mementingkan diri sendiri? Dia asyik berkata tentang dirinya dan enggan mendengar bila kita mahu berkata sesuatu padanya. Itukan sikap hipokrit." katanya.

Untuk mengelakkan diri terperangkap dengan sikap sebegini, kamu harus menanam sikap bersopan santun dan beri peluang kepada orang lain bersuara. Walaupun menjadi pendengar kelihatan mudah tapi sikap ini sangat dihargai oleh pihak lain.

Lihat ke arah positif

Fokuskan perhatianmu pada kekuatan dirimu dan buatlah sasaran yang kamu boleh capai. Jangan sesekali meletak dirimu di tempat yang terlalu tinggi sehingga boleh menyusahkan dirimu. Jika kamu berfikir positif tentang dirimu, orang lain pun akan berfikir sama tentang kamu dan ini menjadi suatu permulaan yang baik untukmu.

Jadilah dirimu sendiri

Kamu tidak perlu meniru gaya atau berpura-pura menjadi orang lain. Kamu adalah kamu, tetap kamu dan peribadimu yang dilihat orang tidak harus diubah semata-mata mahu menarik perhatian orang lain.

Ika, 17, sering merasa dirinya kurang menarik lalu meniru gaya teman baik, Linda. Dia mahu serancak Linda agar dapat menarik perhatian orang. Tapi suatu hari dia dapat tahu orang lain mengatakan dia suka meniru gaya Linda. Dia rasa tersinggung dengan kata-kata orang dan cepat-cepat Ika menghentikan 'lakonannya'.

Itulah yang kamu akan hadapi jika suka meniru orang lain. Mungkin kamu akan rasa seronok di permulaannya tapi orang lain pula merasa aneh melihat gelagatmu. Maka, tonjolkan dirimu yang sebenar. Dengan demikian kamu akan memaparkan hal-hal positif yang ada padamu.

Hindari tekanan

Jangan mudah mengalah atas prinsip yang kamu yakini. Ramai remaja yang suka mengalah bila didesak oleh teman-temannya. Jika kamu tidak setuju pada sesuatu hal, suarakan pendapatmu. Mungkin mereka rasa tidak senang padamu tapi itu cuma paling lama pun seminggu. Bahkan, di luar dugaanmu, mereka akan hormati keputusanmu kelak. Jika kamu asyik menurut kata-kata teman padahal kamu tidak setuju, perasaan tertekan akan wujud dan ini memberi kesan yang kurang baik pada dirimu.

Perhatikan mata

Bila sedang berbicara dengan seseorang, fokuskan pandanganmu pada mata orang yang kamu ajak berbicara itu. Sikap sedemikian menunjukkan kamu menghargainya dan kamu suka berbicara dengannya. Jangan sesekali melihat ke bawah, ke atas, ke kiri atau ke kanan hanya kerana kamu seorang yang pemalu. Orang lain pun mungkin rasa malu bila berhadapan denganmu. Tapi, jika kamu mengalihkan pandanganmu lurus ke matanya, dia akan lebih berkeyakinan berbicara denganmu.

Bicara penuh semangat

Janganlah malu-malu memulakan sesuatu perbualan dengan orang lain. Kamu boleh pilih topik yang sesuai diperbincangkan dan disukai orang ramai seperti isu politik, semasa, sukan dan sebagainya. Elakkan diri bercakap sesuatu topik yang tidak digemarinya. Orang yang mempunyai semangat tinggi ketika berbicara mempunyai ramai teman kerana caranya memudahkan orang lain mendekati dirinya.

Penampilan hebat

Penampilan bererti imej keseluruhan dirimu.Oleh itu, tonjolkan penampilanmu yang hebat seperti stail rambut, fesyen pakaian dan cara bercakap yang sesuai dengan dirimu.

Biarkan semuanya muncul kerana itu akan menyeramakkan semangatmu. Jangan rasa malu pada dirimu. Lihatlah dirimu di depan cermin dan senyum seolah-olah kamu sedang bersenyum di depan orang ramai. Walaubagai manapun, ubahkanlah imejmu bila tiba masa kamu perlu berbuat demikian. Sikap optimis seperti ini sentiasa menonjolkan dirmu seorang yang hebat dan disukai ramai.

Ketawa penawar hati

Ketawa adalah penawar segala kekesalan hati. Selain itu, tunjukkan humormu yang sejati. Orang yang asyik muram akan rugi kerana ia menghalang orang lain menghampirinya.

Bila lihat ada temanmu yang muram, tunjukkan humor-humormu agar dia akan kembali normal. Sifat positif seperti ini pasti akan mendapat tanggapan baik dari pihak manapun.

Mahu menjadi seorang yang menarik atau penyendiri, pilihan ada di tanganmu. Pilihlah dengan bijak supaya kamu tidak akan rasa rugi kemudian. Biasanya, seseorang itu akan melalui pelbagai peringkat dalam kehidupan hariannya. Banyak peristiwa yang berlaku boleh mempengaruhi minda dan sikap kamu. Namun, semuanya masih terpulang pada kamu sama ada menjadi seorang yang istimewa ataupun asyik bermuram sehinggakan kamu rasa dirimu tersisih dari masyarakat sekeliling.

REMAJA, 1 MEI 1996, M/S 38-39

Aktiviti 18/03/2011

7 comment(s)



Salam hari Jumaat buat semua...dah 18hb pun macam biasa tinggal beberapa hari lagi utk berakhirnya bulan 3 dan bulan 4 pula menjelma. Semuanya berlaku cepat tanpa sedar jika kita sentiasa leka.

Hari ni aku cuti, ada a few plan untuk hari ini. Apa lagi, wayang laa...InsyaAllah. Nak keluar gi jauh-jauh pun malas dengan fulus tak mengizinkan. Hujung-hujung bulan nih everything kena hadkan sebab bulan nih fulus dah mengalir macam air.



Aktiviti hari ni;


1.) Basuh baju = dari semalam rendam :P

2.) Kemas bilik

3.) Tengok wayang = Hikayat Merong Mahawangsa atau Battle of Los Angeles atau juga mungkin kedua-keduanya...wow! :P

4.) Blog n blogwalking = walau line berukband aku mcm taik!

5.) Tengok TV

6.) Jogging @ Exercise = Risau tang perut je yg makin naik, mencik!

7.) Tidur



Sekian...

Thursday, March 17, 2011

10 soalan?

5 comment(s)

Ada beberapa soalan untuk korang? Saje nk tau dan nak kongsi-kongsi... Actually latetly menda nila yang pusing-pusing dlm hidup aku. I mean yg berlaku seround aku.

Apa? Tak nak kongsi? Ok...terpulang lol :P



1.) Pe sal korang update status FB? Ada owg kata sbb nak perhatian? Tul ka?

2.) Tak pukul anak depan owg sbb nk jaga imej...walhal anak cam tuttt je , buas gilakss. I mean anak kecil lol ?

3.) Owg luar(bukan kelantan) buat-buat cakap kelantan...diaowg kata penat gila sbb nak kena jaga harakah segala, cam lawak plak. Tapi adala owg kata can tu?

4.) Minat Ct cam loser...sbb ko tu jantan keras. Sesuai ke? Korang rasa?

5.) Pergi keje tak pakai pewangi? Ok ka?Specially yg lelaki...

6.) Lawak Senario skrg makin jerk? betul?

7.) Solat mana yg selalu anda tertinggal? Subuh ke? Zohor ke? Isyak ke?.... (solat wajib,berdosa tinggal).

8.) Baca majalah wanita, tp sebenarnya anda lelaki...memalukan ke?

9.) Hensem sikit,lembut sikit mesti gay? Serius?

10.) Wanita tak reti masak...? Janggal?




* Selamat menjawab k...

Kahwin lain

6 comment(s)


Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

Sampai seru

5 comment(s)

Kata member aku haritu masa dalam kete otw dari Kelantan ke KL, dh masanya utk kahwin kot sbb sape-sape yg lahir tahun 84 nih mmg dalam era tahun tahun nih kahwin lol.

Tu la aku gatal-gatal mulut gi tanya pe hal? Hu..hu..aku senyum je, masing-masing dh sampai seru kot. Dalam tahun nih je 3 owg kawan baik aku dah kahwin k.

Apepun jodoh pertemuan d'tangan DIA...moga yang terbaik buat aku dan semua. Amin....

Rindukan mereka

5 comment(s)

Agak lambat aku mencoret sesuatu kat sini, maklumla td aku takde mood, dengan penat baru balik keje lagi plus ngantuk-ngantuk buat aku takde selera utk nak update blog tercinta nih.

Idea pun takde, apatah lagi line tenet yg slow mlow...hu..hu..

Mood bercuti dari Kelantan dan Terengganu masih terasa lagi serta aku rindukan family aku kat sana. Ujung bulan nih rasa nak balik lagi...sangat rindukan mereka. Aku rasa, aku agak jauh dari mereka apatah lagi dengan saudara mara yang lain.Maksud jauh kat sini bukan jarak tempat tau tp hubungan tu. Bukan berantakkan pun cuma keadaan yang buat aku tak serapat mana dengan keluarga dan saudara mara lain.

Keje kat KL nih wat aku lalai kadang-kadang untuk menjenguk keadaan/menanya kabar kat sana. Walau mak ayah dan adik beradik yang lain dah biasa dengan keadaan nih dan aku yang jauh nun d'KL namun mereka tetap ingat gak kat aku. Then aku mana mungkin lupakan mereka. Permata yg tak bole d'jual beli tu.

Tp balik pun sekali sekala, bole bilang dengan jari. Tambah-tambah aku nih jenis tak suka duk dalam bas lama-lama. Tu la cabarannya, namun kerja d'perautaan nih mcm yg suma tau mmg menuntut pengorbanan.

Apapun yang terbaik, aku tetap balik jenguk mereka serta bulan-bulan tak lupa tunaikan kewajiban mengirim sedikit wang perbelanjaan buat family tercinta. Wajib jadi anak yang baik sbb dah sampai masa aku balas susah payah mereka besarkan aku dulu.

Miss u all...

Wednesday, March 16, 2011

Belajar bahasa Kelantan lagi

4 comment(s)


Mari belajar bahasa Kelantan lagi… (sbb sebelum nih penah wat entry nih)


1.) Boh Tino = Ibu

2.) Plastik gelenya = Plastik bag

3.) Sident = kemalangan

4.) Belawok = Menipu

5.) Agah = Riak

6.) Suku sembe = susah payah

7.) Panghok = teruk benar

8.) kekoh = gigit / bergaduh ( tgk pada ayat )


Ada banyak lagi...tp malas nk fikir...

Turn korang plak tambah untuk aku kat ruangan komen...sila silakan...

Terbuka kepada seluruh rakyat dunia..

:P

Cam haram!!!

4 comment(s)


Salam,

munik all...

dah sakit hati pepagi nih, line tenet cam haram!!!

terbantut suma keje aku!

nk pujuk hati, aku jamah keropok nih

made in Kelantan...


sekian...






*Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!


Anjing pintar

1 comment(s)


Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.

Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.

Perempuan 1: “Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual akhbar, anjing aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan.”

Perempuan 2: “Ya, aku tahu tu.”

Perempuan 1: (hairan) “Dari mana kau tahu?”

Perempuan 2: “Anjing aku yang cerita.”

Tuesday, March 15, 2011

Snap snap Kelantan & Terengganu -Final

5 comment(s)
Fuhhh!!! Finally sampai gak aku kat umah kat KL. Penat tuhan aje yang tahu, maklumla jalan jauh. Sampai sini kira-kira jam 2am, nasib baik esok keje petang, bole rest lelama sikit.

Namun aku puas sangat...walau bole jumpa mak ayah kejab je sebab terpaksa follow my fren jalan-jalan namun puas sebab dapat gak bawak my bos dan fren yang lain melawat kampung aku.


Aku kepenatan nak cakap dan naik taip panjang...meh kita layan a few picture, yang aku snap-snap masa kat dua negeri nih. Gambar d'atas ni masa kami makan malam kat Terengganu, masa nih celebrate birthday anak bos aku sekali. Dah tiga tahun pun budak yang comel nih...



Kelakar...tu yg bole aku cakap. Actually aku ngn member aku tak kenal pun 2 budak nih, tp sebab mereka pakai jersey yang sama macam member aku tu. Member aku tetiba lak beria nak bergambar ngn mereka. Kira diaowg tetiba je jadi adik beradik...layankan jeee....masa nih kami kat pasar Payang Terengganu.


Masa otw ke Kelantan kampung aku. Saje snap snap signboard2 yang menarik hati. Dan nih antaranya.



Dan ni plak picture buang tebiat...member aku dari luar nih jarang tgk biri-biri live, so dia suruh aku snap wat kenangan. Lagipun member aku nih kata, bukan senang nak jumpa kambing biri-biri kat bandar, specially kat bandar Kota Bharu lak tu. Ha...ha...



Malamnya selepas jalan-jalan kat Uptown Wakaf Che yeh ( Uptown ke? Lebih kurang kot...), kami singgah bandar KB snap-snap a few picture.



Pintu gerbang mercu negeri Kelantan kata mereka. Aku gelak je dengar.....



Masa nih picture diambil masa kat Terengganu agi, last day kat Home stay kami. Siap-siap nak gerak ke Kelantan dah.



Cuba korang klick besarkan...chumil aje bunyinyer...


Bas simbol negeri Terengganu...gempakzzz...



Ha..ha...yang nih plak masa tengah gigih cari jalan untuk ke mana-mana ATM. Ternampak tulisan unik kat wall building tu....



Apa yang korang rasa? He...he...

Tenang je rasa hati, bila melihat saujana padi...sejuk mata memandang. Sesungguhnya aku sangat rindu suasana kampung.


Hari terakhir kat Kelantan sebelum bertolak balik KL....sob..sob...sedih...



Jambatan lama...unik...sorry tak dapat ambik full, sbb kereta bergerak laju lak.

Sekian sahaja percutian kami. Sangat penat penghujungnya...tp PUAS!!! Akan ku simpan memori jalan-jalan nih sampai bebiler. Ada masa nak pusing-pusing lagi. Paling syok bila dapat pusing-pusing kampung aku dengan member bandar yang sekepala.




*Namun yang lucu bunyinya bila owg luar try nak cakap Kelantan, hancus sana sini.Paling menarik bila mereka nih tak paham apa yang kami bualkan. Bila dah masuk ulu Kelantan tu biasa la, loghatnyer mmg rr level 10, ternganga diaowg nak paham. He..he..