Saturday, April 30, 2011

Kuching punyer pasal

6 comment(s)



Sewonok!

Last kija rini, then pagi-pagi nanti sebelum subuh aku berangkat ke airport utk ke Kuching, xcited super duper happy!!

Berjalan lagi ye ok...mestila, mana mau diri hanya duk bgn pagi just on9, gi keje pahtu then kalau cuti duk terperak kat bilik ataupun kuar gi Wangsa Walk je. Busan....!!!

Bulan depan tgh bertatih tatih planning nak gi mana plak?Ada idea? Ada sape nak ikut?

Syukur atas segala rahmat dan rezeki tuhan, dapat gak aku melihat tempat orang. Rasa makanan mereka then catch-catch gambar kat sana. Cuma tgh pikir nih nak bwk laptop ke tak, sbb aku nih takleh berenggang ngn lappy tercinta nih.

Nak-nak blog nih, syg bangat. Kalau tak update satu hari tu rasa pelik la...tp kalau bwk berat la bag aku nnti plus kalau tinggal kat hotel rasa tak selamat plak. If aku tak bawak InsyaAllah 4 hari tak update. Hurrmmm...


Di Mana Joe Jambul

2 comment(s)
Segmen nostalgia...



Ingat tak rancangan kuiz nih? Dulu masa aku kecik2 mmg femes giler.Pada zaman tu kira rancangan kuiz nih mmg kreativ la...

Terjumpa balik video nih terus wat aku sedih, sbb masa tu telah berlalu, masa kecik yg tak perlu pk masalah, tak perlu pk nak susah payah nak cari duit dan mcm2 rr...

Solat

1 comment(s)

❤ Solat Subuh ~► Wajah yang cantik

❤ Solat Zohor ~► Duit yang banyak

❤ Solat Asar ~► Kesihatan yang baik

❤ Solat Maghrib ~► Anak2 yg cerdik dan berjaya

❤ Solat Isyak ~► Tidur yang nyenyak tanpa gangguan...




* Jadi walau apa sekalipun terjadi jgnlah abaikan solat 5 waktu itu.....itu yg akan dihisab kelak...

Friday, April 29, 2011

Ujian

2 comment(s)



Lately aku merasakan diri aku diuji macam-macam ujian, aku redha je sbb aku tau ini part of the life, salah satu ujian supaya aku jadi lebih kuat dan hebat.

Selain itu aku juga diuji dengan manusia yg mulut cam tut! Tp hati kecil sekecil alam, mengata owg dia yg lebih tp bila kena batang idung sendiri, emo memanjang.


Apa-apa ajela...aku malas fikir sbb aku tak mau ko ganggu hidup aku.


Jgn kaco keinginan aku,masa depan aku dan sesiapa yg terdekat dengan aku. Jika tidak! Ada yg akan terkorban. Jgn pandang owg sebelah mata k!


Respect sikit!


Thursday, April 28, 2011

10 filem terlaris di dunia

1 comment(s)

1. AVATAR (2009).

Film yang juga menandai kembalinya James Cameron ke layar perak setelah lama disibukkan dengan projek dokumentari ini mampu mengumpulkan sebanyak US$1,85 billion dalam waktu sekitar satu bulan sahaja padahal kos pembuatan film ini hanya sekitar US$237 juta.Sebuah pencapaian yang luar biasa mengingat kisah film ini sebenarnya cukup sederhana, namun James mampu membuat film dengan visual yang sangat memukau.


2. TITANIC (1997)












Membuat replika tenggelamnya kapal Titanic memang tidak mudah, apalagi jika harus melakukannya di tahun 1997.Tapi James Cameron dengan visinya mampu menyajikan film yang sangat realistik.Untuk prestasi yang mengagumkan ini,film dengan kos pembuatan US$200 juta mampu mencapai angka penjualan sehingga US$1,83 billion.Film yang memenangi 11 piala Oscar ini akhirnya harus rela disingkirkan oleh AVATAR di awal tahun 2010.


3. THE LORD OF THE RINGS: THE RETURN OF THE KING (2003)





Bagian ketiga dari trilogi THE LORD OF THE RINGS yang dibuat tahun 2003 ini berhasil menyusuli dua film karya James Cameron dengan angka US$1,13 billion dengan kos pembuatan film ini hanya sekitar US$96 juta.Film epik fantasi yang disutradarai oleh Peter Jackson dari novel sastra karya J.R.R. Tolkien ini memang terkenal.Trilogi petualangan Frodo Bagins (Elijah Wood) ini menjadi film yang sangat berjaya dibanding dua film terdahulu, dan memenangi 11 piala Oscar dan menjadi satu-satunya film fantasi dalam sejarah yang meraih penghargaan ini.Film yang memperkenalkan bahasa Sindarin (bahasa pari-pari) ini juga menjadi saingan berat TITANIC dan BEN-HUR yang sebelumnya juga meraih film dengan Academy Awards terbanyak.


4. PIRATES OF THE CARIBBEAN: DEAD MAN'S CHEST (2006).


Walaupun banyak yang menilai film ini tidak sebagus bahagian pertama tapi kenyataannya film karya Gore Verbinski ini masih mampu menduduki di tangga ke empat senarai film paling laris sepanjang zaman. Dengan kos pembuatan sekitar US$225 juta, Verbinski mampu mengaut untung sehingga US$1,1 billion.Mungkin jadi lakonan Jhonny Depp sebagai Kapten, Jack Sparrow, ketika berhadapan dengan Davy Jones (Bill Nighy),Kapten berkepala sotong kurita dan berawak kapal zombie 'The Flying Dutchman', cukup menarik minat movie-goers, meskipun film ini dilarang tayang di China kerana adegan suku kanibal.


5. THE DARK KNIGHT (2008).







Reboot film Batman dalam visi Christopher Nolan memang terbukti berjaya. Meskipun BATMAN BEGINS gagal masuk dalam senarai film terlaris, namun Batman berpihak pada kejayaan THE DARK KNIGHT.Masih disutradarai oleh Christopher Nolan, film dengan kos pembuatan sebanyak US$185 juta mampu menghasilkan duit tidak kurang dari US$1 billion dan membuatnya masuk di kedudukan kelima senarai film paling laris sampai saat ini. Saat film ini dilancarkan pelbagai kabar angin mengatakan jika karakter The Joker yang dilakonkan mendiang Heath Ledger memiliki impak besar untuk kejayaan film yang digarap tiga studio besar ini. Bahkan 'transformasi' Ledger sebagai Joker terpilih sebagai 100 Greatest Movie Characters of All Time versi Empire 2008.


6. HARRY POTTER AND THE SORCERER'S STONE (2001).




Populariti novel karya JK Rowling mau tak mau ikut juga dalam pencapaian yang diraih film berdurasi 152 minit ini walaupun kerja keras Chris Columbus sebagai sutradara juga tidak kalah pentingnya. Dengan kos pembuatan film hanya US$125 juta,film yang mengangkat nama Daniel Radcliffe dan Emma Watson ini sanggup meraih untung sebanyak US$968 juta dari penjualan tiket di seluruh dunia.


7. PIRATES OF THE CARIBBEAN: AT WORLD'S END (2007).




Lagi-lagi lanun laut dari perairan caribbean ini berhasil masuk ke dalam senarai 10 film paling laris meskipun masih berada di bawah film keduanya.Dengan formula baru dengan membawa bintang Asia, Chow Yun Fat, sebagai pemainnya, film dengan kos produksi US$300 juta ini masih mampu mengumpulkan wang sebanyak US$958 juta,atau untung tiga kali lipat dari kos produksi. Sekali lagi, film yang gagal meraih piala Oscar ini juga mengalami tapisan ketat di China gara-gara lakonan Sao Feng (lanun Laut China Selatan yang dilakonkan Chow Yun Fat) yang dinilai terlalu memburukkan orang China.


8. HARRY POTTER AND THE ORDER OF THE PHOENIX (2007).




Tahun 2007 dahulu bagian kelima dari 'franchise' Harry Potter kembali dilancarkan dan hasilnya cukup memuaskan.David Yates yang dipercayakan menggarap film adaptasi novel karya JK Rowling ini masih sanggup meraih predikat film yang ditunggu-tunggu penggemar novel sihir.Bagaimana tidak, film ini masih sanggup mencapai angka penjualan sebanyak US$937 juta,padahal kos produksinya hanya sebanyak US$150 juta.Kehebatan film untuk penggila ilmu sihir Hogwarts ini memang tidak boleh diremehkan, bahkan sebelum film siri ORDER OF THE PHOENIX ini rasmi dilancarkan, ribuan peminat kipas susah mati Harry rela menonton film HAPPY FEET (2006), hanya demi melihat ekstra trailer ini.


9. HARRY POTTER AND THE HALF-BLOOD PRINCE (2009).



Dianggap film paling suram sepanjang sejarah franchise Harry Potter ternyata tidak terlalu banyak memberi impak pada penjualan tiket film keenam ini. HARRY POTTER AND THE HALF-BLOOD PRINCE tercatat masih boleh mengumpulkan wang sebanyak US$934 juta dengan kos produksi sebanyak US$250 juta.Dan di film ini, pertama kalinya tidak ada adegan Harry Potter mengikuti kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Sebuah langkah ekstrim dari David Yates, untuk membuang beberapa bagian penting yang ada di kisah asalnya.


10. STAR WARS: EPISODE I - THE PHANTOM MENACE (1999).




Kehebatan kisah yang diasakan oleh George Lucas memang tidak akan pernah luntur. Buktinya film yang diproduksi pada tahun 1999 ini masih mampu masuk sepuluh besar film yang berhasil meraih angka penjualan tertinggi sepanjang zaman. Kabarnya George Lucas memerlukan kos sebanyak US$115 juta untuk memproduksi film yang ternyata kejayaannya mampu meraih keuntungan besar.Hasil akhir yang dicapai film ini tidak kurang dari US$922 juta atau boleh dikira untung lapan kali lipat ganda dari kos produksi.





Karoake + ngajar + Kuching

6 comment(s)


Penat berjaga malam, juga penat memekak hingga jam 3am.

Actually smlm mmber tempat keje,dgn senang hati je ajak aku gi karoaks kat REDBOX Sogo tu,aku plak pantang diajak terus terima pelawaan tanpa pikir panjang (padahal nak save duit tuk gi bercuti ke Kuching) nak nak menda aku suka, pe lagi setuju terus rrr!!!

Plan yg main2 nih jd serius bila kami mmg tul2 gi karoaks smpai 3am, lepas abih keje kul 11pm kami terus bergerak ke sana. 3 jam ok! Habih dekat dekat RM150 gak yg dishare 3 owg.

Aku yg jenih tak kesah, asal bole hiburkan diri sendiri terus enjoyz sakan. Macam2 lagu pilih yg menguji vokal sumbang aku nih. Walau suara tak sesedap mana, at least yg dgr, kami kami je ye? Hu..hu...

BTW hari nih cuti agi, agak byk menda nak wat, nak settlekan bil bil, nak settlekan hal cukai pendapatan tu, nak kuar beli hadiah utk my manager yg akan ke tempat baru serta malamnya gi Jusco jab tulun tulun wat stock take tu (actually tunjuk tunjuk muka je,hu..hu..).

Esok plak bakal bz dengan preparation utk ke Kajang 4 new MTRT (Management Training & Retail training program) 4 hari 3 malam. Kat mana kat Kajang tu,lupa lak resortnyer nama apa?

Kena ngajor dan urus staff2 baru ala ala cikgu.

Dulu ingat lagi masa mula-mula masuk aku yg d'train,kini my turn lak, new experience ok! Then 2 hari lepas tu akan berangkat ke Kuching utk bercuti. Sgt sgt tidak sabar!

Wednesday, April 27, 2011

Kenapa lelaki selalu gembira

10 comment(s)

Korang mesti terfikir bukan? Kenapa lelaki selalu gembira dan suka berfoya-foya dan selalu orang sebut iaitu suka enjoy sana sini tanpa memikirkan baik atau buruk. Dianggap semua sama sahaja? Korang mesti rasa pelik kan? Disini aku nak beritahu korang sebab apa menjadi begini...



1) Tak perlu mengandung atau beranak.

2) Boleh kencing merata-rata dan berdiri plak tuh.

3) Kerjanya sama tapi gajinya lebih.

4) Kedut dan boroi lambang kejantanan.

5) Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan lelaki.

6) Berbual di telefon 30 saat sahaja kerana tak perlu cakap lama-lama.

7) Boleh pakai baju dan seluar semasa cuti untuk 5 hari tanpa basuh.

8) Dipuji sebab berjaya mengeluarkan idea yang ciput.

9) Boleh pakai seluar dalam berharga RM9.90 sekotak (ada tiga helai).

10) Boleh pakai baju yang berkedut.

11) Apa yang ada dimuka semuanya original.

12) Stail rambut sama sahaja, mungkin bertahun-tahun atau berdekad.

13) Boleh pakai sepasang kasut dan stokin sampai koyak.

14) Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam ....!!!

15) Misai berserabut?? tiada masalah la!

Jalan-jalan masa muda

5 comment(s)
*Best fren ever!



Hari ni masih lagi mood mood yg tak best, entah bila la nak jadi best aku pun tak tau.

Dan juga hari nih dah gaji, byk planning gaji utk bulan nih tambah-tambah aku nak pakai byk duit utk percutian awal bulan 5 nanti.


1-4 May aku bercuti ke Kuching with a few frens...cuti lagi ye?...mestila, tgh2 murung dan perasaan tak syok nih baik aku gi releasekan kat sana. Aku tak nak shopping sgt, yg penting excited nak nengok tempat owg, plus naik flight utk kedua kali.


Tiap-tiap bulan aku cuba bagi hadiah kat diri sendiri,tak mahu tension2 keje, tak mahu tension2 dengan keadaan dan tak mahu rosakkan kesihatan diri aku dengan memikirkan perkara yg bukan-bukan.

Lagipun jauh perjalanan luas pengetahuan dan pengalaman ya.


Aku mmg dah nekad,sblm aku kahwin aku nak rasa semua menda ( i mean menda yg baik2 je ye), nak jalan2 ke byk tempat specially oversea ok! Tak mau idup kat bwh tmpurung tu lagi. Sementara masih mampu nih apa salahnya merasa.



*Ok ka?


Sambil selam minum air

3 comment(s)
Ingat malam nih malas nak nulis apa apa kat c,ni, not in mood sgt sbb aku skrg tgh baiki mood aku yg kekadang swing nih...

Entah lol, marah,dendam dan kecewa tu mcm terbawa-bawa c,kit. Aku tau, tak elok utk aku, skrg tgh kawal dan follow flow masa je...harap sgt masa mengubati.

Aku malas nak cerita pjg tang menda sedih sedih nih, korang pun tak minat nak dgr kan?...Baik aku stop aje.

Malam nih sambil nyelam minum air, aku nak promo blog mmber aku. Actually katanya dia baru nak berjinak-jinak kat dunia blog nih dan dia antara best fren aku skrg nih yg duk blah S.Alam tuh. Meh kita selongkar sape owgnya. Manala tau dia promo blog aku kat member-member dia lak, maklumla mmber dia lagi ramai dari aku.

Aku dah lama kenal mamat nih since belajar kat UiTM S.Alam lagi, kenal melalui kawan kepada kawan. Jom nengok!














Tuesday, April 26, 2011

Tak syok wei!

10 comment(s)



Aku rasa tak sedap hati, serius!

Entah lol, entah apa yg dirisaukan,aku pun kurang pasti. Aku sgt sgt tak suka bila keadaan nih menjengah, sesekali dalam keenakkan meniti hari kalau menda ini terjadi mmg aku tak gemar.

Ya mana mungkin tiap2 hari ok je,langit cerah,happy, kadang-kadang dugaan juga melanda disertai hujan badai. Tu yg buat aku rasa mmg tak syok. Aku nih jenis pemikir, asyik nak pikir je akan hal masalah tu, last2 nengok menda tu makin besar lak. Tu yg aku tak suka.

Nnti kalau cerita kat sape-sape mesti cakap, ala...jgn duk pikir-pikir sgt. Mmg rr...ok je atau kata lain berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. So orang yg merasainya yg tau beban nya macam ana.

Mungkin go with the flow je kot. Tgkla nnti apa yg jadi, aku tak mau melatah sgt apatah lagi melayan memikirkan perkara yg bukan-bukan. I m try my best.






* Ini kot gunanya blog, sbg medium luahan, sekurang-kurangnya terluah kan?

10 perkara kalau lelaki cakap

2 comment(s)




1. Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek

Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.



2. Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.

Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.



3. Kalau lelaki kata: kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.

Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.



4. Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sori.ttdo td.

Maknanya: ye,memang kami tdo pon.



5. Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, kay?

Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.



6. Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.

Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene lawa.



7. Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.

Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.



8. Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..

Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.



9. Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..

Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel ble mrajok.kihkihkih



10. Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?

Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi pnye.nk jage standard la kate kan.





*Punye la senang nk pham ayat lelaki.direct je kan.so,jgn pk bukan-bukan ea.


Monday, April 25, 2011

Menjerit 4

2 comment(s)




Salam,

Hari nih cuti lagi, buang duit lagi,buang masa lagi aku. Pe lagi tgk wayang lol...cerita pe?


SCREAM 4


Best!!!

Enjoyz gak, ala-ala macam tgk cerita-cerita seram bunuh owg pute masa time-time remaja dulu, i mean 90an dulu. Macam biasa pembunuhan mmg cruel giler smpai terpaksa di cut cut lembaga penapisan kat sini.

Suspen tu menjadi, sesekali aku terkezut dek kelibat yg tak dijangka. Well, perasaan nih yg aku mungkin tak jangka atau takde pada mana-mana cerita seram Melayu kiter.

Actually aku tak nengok pun sequel SCREAM nih dari 1-3, but macam paham sbb aku penah nengok SCARY Movie yg lawak tu. Walau watak kali ni serius tetapi sesekali aku terimbau masa layan Scary Movie, ha..ha...ingat macam scene buat-buat plak.

Dari awal akhir sampai abih cerita kita mmg susah nak agak sape pembunuh, hingga last sekali ko tak sangka watak tu upenyer. Btw pengarah tu mmg pandai main watak hingga sesekali aku tersalah teka siapa pembunuh. Cerita Melayu mampu ke wat macam nih?!

Korang gi la tgk kat panggung, kang aku cerita detail tak surprise lak.

BTW cerita nih mcm come back utk Sidney(watak utama) ke town dia, bila dia pulang aje siries pembunuhan dulu-dulu tu berulang balik, mostly watak-watak yg ditonjol mati. Tragis ok mereka mati. Tikam belakang depan suma ada!

Macam biasa team Gale ngn suami dia serta Sidney sendiri cuba ungkaikan pembunuhan, tp susah, watak pembunuh tetap ada.

Actually motif utama kenapa berlaku pembunuhan adalah sbb jelez dan nak femes je. Korang gi ekk tgk, nih aku cerita nih dah buat macam kurang ummph korang plak nak ke panggung.

awak tu awak la

5 comment(s)


Apa istimewanya anda berbanding orang lain?

Kadang ada yg kecewa dengan diri sendiri, sbb apa? Sebab diri sendiri takde apa yg orang lain ada.

Kepercayaan terhadap diri itu penting sbb Allah menciptakan hambanya dengan cerita tersendiri. Jatuh bangunnya seseorang itu sudah tentu bergantung pada diri sendiri. Manusia tak perfect dan tak mungkin perfect sbb sehandal mana pun dia tetap ada kelemahan.

Untuk menanamkan kepercayaan terhadap diri sendiri,senang aje. Yakin aje dengan diri kamu,kelebihan kamu dan semestinya jgn compare dengan org lain. Jika kamu compare/ bandingkan sbb tulah ko rasa diri ko tu lemah.

Jalan aje selagi mampu, peduli akan orang lain. Mereka tak bagi kita makan pun,tak bagi kita duit pun, jatuh bangun sendiri tanggung.

Kita yg miliki nyawa sendiri, kita yg miliki otak sendiri utk gerakkan tangan kaki and so whatever dan kita juga lah yg mencorakkan perjalanan atau kisah kita, maka apa takut, semuanya kita yg tentukan.

Tawakal itu penting dalam setiap usaha begitu juga dengan wasatiah, bersederhanalah kamu, sbb lagi tinggi ko capai, lagi kaya ko ngn duit serta lagi tinggi darjat ko maka lagi tinggi jugalah risiko dan cabaran kamu.

Hidup hanya sekali, jadi buat apa sedih sedih, kita hentam sajelah!!!


Sunday, April 24, 2011

Entry biasa

3 comment(s)


Bangun pagi pagi tgk matahari bersinar, hanya tuhan aje yg tau bertapa tenangnya jiwa...


Jiwa yg gundah,kadang2 sukar dipujuk namun sesekali melihat alam dan mengingati Dia, kita akan tenang. Sesungguhnya ubat yg baik utk diri adalah mendekatkan diri pada Nya dan sesekali duk termenung tepi tingkat,tgk matahari chumil tu dan alam sekeliling yg menghijau.


He...he...


Selamat pagi semua, salam hari Ahad,selamat berehat dan selamat segala-galanya.


Jgn nakal-nakal, senyum sokmo okies!

Ikut mood punyer pasal

6 comment(s)



Sesekali terasa malas utk nak update blog, entah lol, mood tak sampai seru.


Rasanya berbanding bulan lain, bulan nih paling c,kit entry dan paling liat idea. Bulan lepas sampai 80 entry, tp bulan nih ujung bulan pun separuh je baru cecah.


Ni lah aku, semua nak ikut mood, makan nak ikut mood, nak kuar nak ikut mood,jgn keje dah lar...nnti haram plak duit aku dapat. Tak gitu?


Well, hari nih xde yg menarik pun, td kuar jab karoake selepas balik keje. Bersama best fren dan awek tercinta. Ha..ha..aku bercinta kah?


Ya benar...nnti aku kenalkan kat korang k...




Sekian...


Friday, April 22, 2011

Kisah bra

7 comment(s)



Aku siar nih on behalf kawan aku...


Customer: Dik, akak nak cari Cup C, ada renda2, tp murah...


Aku: Kt Jusco, kita paling murah utk cup C RM15 shj. Itu pn xbyk lg tinggal. Paling byk RM19

Customer: Mahalnya! Xder diskaun ker?


Aku: Maaf cik, brg kita mmg xder diskaun


Customer: Mahal sgt... Triumph kt ner?


...

Kisah betul2 jd kt aku. Customer sengal ni cakap brg aku mahal, tp last2 cari Triumph. (PS: kalo korg xtau, Bra Triumph paling murah pn RM 89.90)


Kisah benar yg berlaku kat Jusco tadi...

Istimewanya Bukit Mertajam

2 comment(s)
Ha..ha..tajuk promo tuh

Apa istimewanya BM (Bukit Mertajam)? Nih actually tempat memory kami since zaman belajar kat Matrik KMK(Kolej Mara Kulim) dulu, sbb kat Kedah masa tu yg best cuma area Kulim dan BM je, yala nak berhibur segala perlukan tempat utk shopping,panggung wayang, CC and so wht ever.

Hari tu kami pergi (bercuti) tak berubah sgt...ok la...Shopping Complex Summit tu tetap kami singgah.

Then masa jalan-jalan dan rewang rewang c,tu aku jumpa nih.



Time karoake, aku terpandang kat dinding bilik. So sape sape yg beragama Islam paham-paham je lah ye. Bayangkan pompuan nih gi BM nak karoake, mesti dia tak nk masuk punyer sbb malu. Muka dia merata-rata weh.







Tgk nih...kedai CD kan? Sorry kabur c,kit...tp mmg kedai CD. Tppppp...ko tgk signboard dia



.



.



.



V





Pasrah aje kanzzz?! Kot ye pun tukar la signboard tu. Aku tgk kedai CD tu mcm dah lama, agaknya dah bertahun-tahun biar signboard mcm tu. Aduyaiii...


Thursday, April 21, 2011

Aku rasa aku dah rapat ngn diaowg

7 comment(s)
Aku rasa aku dah rapat ngn diaowg...Korang rasa?


Yup, kamo kamoo selalu dtg blog saya dan komen, kadang naik segan sbb sy agak jarang pegi blog kamoo kamoo. Namun, jgn risau, sy ingat kamoo,sy tetap baca blog kamoo jika kamu update.


Terharu...


Thnks utk kunjungan kawan-kawan, sy rasa bersemangat utk berkongsi dan meluahkan di sini. Fren 4 ever. Sbb kamoo kamoo gak Blog yg biasa-biasa nih hidup.







Mamat nih aku dah add FB dia, selalu perasan dia update status FB dia, tak mcm aku,semua berahsia, tp ko Ezam mmg selalu update la...nak berak pun bgtau...opsss!!!







Faiz Farish
Lately En Faiz dan makin rapat ngn aku(walau xpenah jmpa) sbb dia selalu dtg komen sini,bg cadangan,bg tu bg nih, lama dah actually simpan link blog dia nih, aku selalu baca dan komen kdg2 utk entry beliau,walau blog aku nih bertukar rupa dan link dlm bloglist tp link dia tetap aku simpan,tak tau nape?...dulu aku perasan dia mcm tak tegur aku sgt...tp akhirnya dia dtg gak gegar blog aku nih (terbangga jab!). Aku dengar dia nih ramai peminat.Tul ka?






Pak Cek Biola
Bro nih aku tak kenal sgt, tp sbb dia selalu singgah terus aku kenal dia. Rajin dia update blog dia k...ada mcm2,suma dia nak share. Keep in touch Rozuan...









Bro nih mmg aku rapat sgtla kat alam maya blog nih, dia mesti ada utk setiap entry. Terharu sbb sudi mengikuti. Dan sbb itu aku rajin bukak baca entry dia,mesti!!! Dengar cerita mcm duk dekat2 area umah aku, tp haram tak penah jumpa pun...ha..ha...





Kak Ika

Well...akak nih paling aku suka, kak Ika kiter, actually aku tak brapa pasti umur dia berapa, nmpak mcm muda tp tetap aku panggil akak. Maklumla dah kahwin, so kena respect c,kit panggil akak. Aku kira adikla sbb tak kahwin lagi,hu..hu... Most of my entry kak Ika dtg komen dan bg kata kata cun beliau...blog dia mmg selalu dihiasi cerita cerita family, aku harap nnti aku kahwin mau bahagia spt mana beliau...hebat rr kak Ika :P






Menari dengan hati

7 comment(s)



Hilang pun habuk kat bilik! Bersih bersih bersih...tenang tengok surrounding yg licin suma!! Aku dah halau semua petualang kat bilik ngn penyapu dan bulu ayam tadi...ha..ha..


Dua hari dah cuti, cepat aje masa berlalu, manala cukup lagi rehat tambah dengan mood malas aku nak gi keje, hu..hu..pepe jela, lagipun esok keje pagi. Tak heran sgt...

Korang pe cerita ekk? Ok tak kat tempat keje tu? Enjoy tak? Tertekan ke? Kerja berlambak ke? Harapla tak, harap enjoyz je keje. Biasala keje, ada pasang surut, mana ada hari-hari enjoy dan bahagia, sesekali tension gak melayanz keadaan kat tempat keje yg sukar diduga.


Macam bos aku cakap, dunia keje mmg cam nih, so kalau dilanda dugaan atau kena marah tu wat bodo je! Esok esok okla tu.


Aku ok je walau kadang-kadang terasa hati sikit tp lantakla...lama-lama okla tu. Aku penah kena sekali so aku rasa no hal kot utk yg kedua nih.


May be kena cari suasana baru, cerita baru atau feel baru. Baru syok...semalam aku beli h,set baru lepaskan geram, awal bulan depan lak nak gi bercuti ke Kuching ( 4 hari 3 malam ), ok rr tu penat-penat keje sesekali enjoyzzz...




*Btw..tajuk kat atas tu, maknanya hidup perlu happy happy bukan sedih. Tak gitu?!

kesan minum ais

5 comment(s)


Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah

akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.



:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!



Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...




Lepas geram

8 comment(s)

Baru dapat seru update blog setelah bergelumang dgn sst yg boleh wat aku lupakan apa2 je yg merungsingkan aku skrg nih.

Tanda lepas geram kot...td pah dating terus usha menda nih, alang2 dapat bonus bg sikit penghargaan kat diri sendiri. Beberapa hari lalu dah berniat, aku mmg cam tu, kalau berniat nak tu mmg usahala smpai dapat.


Apa yg specialnya dia? Aku suka! Menepati citarasa aku...


Berpatutan dia!




Sony Vivaz - H,set baru lol !


Wednesday, April 20, 2011

berakhir gak!

8 comment(s)


waaa...penat!!


Berakhir gak hari ni, aku malas nk pikir pasal keje, nk rest pepuas, cuti 2 hari ni harap berbaloi..


Customer td bole tahan utk tgh2 bulan mcm nih, not bad walau tak sehebat j.card day owg lain.






Tuesday, April 19, 2011

Hidup positiv !!

6 comment(s)


* Senyum n enjoy!!!

Hari ni ada J.Card Fiesta kat Au2,Jusco. Aku kena keje la,lebih masa sekali, msk kul 12pm-12am...penatnyer.

Nasib baik esok cuti then esoknya plak gi dating ok! Ha..ha...

Aku mahu tinggalkan segala yg sedih sedih tu, hidup tetap kena proceed, teruskan perjuangan tanpa toleh belakang agi. Pahitla gak nak telan tp redha aje sbb ini jela rezeki aku. Dun wurry aku tetap mencuba yg terbaik utk diri.

Tak perlu dendam, nama pun hidup macam roda, kadang di atas dan kadang jua di bawah. Aku percaya suatu hari nanti kalau niat kita ikhlas kita mesti mencapai apa yg kita nak.

Jgn putus asa...

Aku nak enjoy pepuas, nk buat amal byk2, nak apy apy dan nak teroka macam-macam. Caiyok!!!


Monday, April 18, 2011

Perasan tak?

7 comment(s)


1.) Perasan tak slot berita ''Fuhhh!!!'' sama dengan ''Melodi'' nyer? Nama pun satu team nyer (Media Prima), tp tak syoknyerr mcm ulang cerita lak kan?

2.) Berat sebelah tul media kita...specially tang berita politik? Muakkk tetiba...korang perasan tak?

3.) FB jadi medan utk segala-galanya, cthnya kalau kami nak siasat tentang bos utk apa-apa news,dia tengah marah ke apa ke?cuti ke dia? Atau kata mana dia berada? Fb la boleh bg track...thats why aku tak simply2 update FB aku, kecuali jk perlu je...

4.) Perasan tak cerita hantu Melayu kita kat TV dan filem melampau2...asyik2 cerita hantu je, trend tul ya? Dulu kemain lagi di block kat Tv! Apepun aku tau penerbit tempatan playsafe je ye...

5.) Ct tetap juara kat persada seni? Setuju tak?Ekkk...ni ada kaitan ke? :p



Hujan rahmat kot...

2 comment(s)
*tgh tak keruan nih baik makan aiskrim ekk...

Hari ni aku seperti tak bernasib baik lagi, ada sesuatu yang menyedihkan aku dan buat aku rasa diri aku seperti diabaikan. Namun aku tau itu hanya perasaan je.

Then keputusan yg berterusan menyedihkan yang membuatkan aku give up sgt-sgt dan tertipu, namun aku sabar lagi sbb aku rasa ini merupakan ujian utk aku.

Lepas tu plak bos aku salah paham dan kecik hati dengan aku. Apa lagi merajukla dia plus marah kat aku.

Sekarang, aku rasa aku macam nak gila je. Masalah bertimpa-timpa, sedih sangat-sangat dengan keadaan yang tak menyebelahi diri.

Ubatnya, aku balik umah cepat-cepat lepas abih keje then tidur pepuas. Lepas tu bangun sembahyang Asar dan berdoa minta ampun dengan Nya. Mungkin ada sesuatu yg pernah aku buat kot yang menyebabkan tuhan marah kat aku atau Dia sengaja nak menguji aku supaya aku jadi lebih tabah. Itu tanda sayang dari Allah SWT.

Jalan yang terbaik adalah yang lepas biarlah lepas, bukan setiap hari, hari itu cerah kadang bumi yang damai ini juga ditimpa hujan. Seperti hari ni pagi-pagi dah hujan turun lebat, rasa malas je nak gi keje pagi tadi.


Syukur padaNya...




*Gambate Kudasai!!!!


Sunday, April 17, 2011

Abg security baju kuning AKA penculik

5 comment(s)


Lupakan terus akan hal yg sedih tu...tak sesuai utk d'pikirkan lagi.

Btw...aku ada satu cerita nk share ngn korang, berlaku hari ni tau,kat tempat keje aku.Lawak gilaks...

Cerita bermula....

Ada sorang makcik bersama dua orang anaknya,sorang anak pompuannya dah besar dan sorang lagi masih kecik agi, masa diaowg berdua sibuk shopping,anak kecik tu main-main dan lari-lari kat bahagian pakaian.

Seorang security tertengok anak kecik tu berlari terbiar, so dia pun kejar budak tu takut budak tu sesat. Then pegang dia nak bawak nak gi cari mak ayah budak kecik tu. Nak dijadikan cerita security nih pakai baju biasa je ( sbb kena nyamar jadi customer hari nih, taktik nk tangkap pencuri ). Pakai baju warna kuning dan dia tak perasan kakak dan mak budak kecik tu.

Then bila mak budak tu tertengok, dia cepat-cepat ke arah security yg menyamar td, dia risau sbb ingat anak dia nk kena culik.Cepat-cepat dia ambik anaknya.

Makcik dan anak pompuannya cam bengang so gi la lapor kejadian nih kat information kaunter kami, bgtau tadi anak dia hampir-hampir nak kena culik,disambar oleh sorang yg tak dikenali, berbaju kuning katanya.

Apa lagi lepas tu bising la satu jusco sbb ada penculik kat dalam, semua security get ready dan cuba cam mana penculik yg berbaju kuning tu.

Then aku nyer incharge security, dapat information melalui walkie talkie akan kejadian nih, dia pun get ready la, turun padang check, hari nih dia pakai baju biasa so senang dia menyamar nak cam pencuri.

So pergila dia ke information kaunter nak jumpa mak dan kakak budak kecik tu utk nak dapatkan keterangan selanjutnya. Apa lagi!!! Tiga-tiga tergamam, sbb yg dtg adalah brother security yg berbaju biasa dan color kuning.

Barula makcik dan kakak budak tu tau, upanyer owg yg memengang anaknya tadi adalah security jusco sini yg menyamar jadi customer. Ha...ha..semua malu dan gelak besar lepas tu.

Bila incharge security tu masuk office,kami ramai-ramai gelak...yala...satu Jusco gempar sbb berita nih, upa-upanyer salah paham je.


nanges

5 comment(s)


Nak nanges c,kit bole tak?


Dah tak tahan dah...kejamnya ko kat aku!!! Ko buat dan biarkan aku macam nih!


Persial!!!!


Saturday, April 16, 2011

Tidak adil

3 comment(s)

Salam, Thanks kawan-kawan utk komen-komen anda ( utk entry 'Apa yang korang mau' ),saya hargai...

Hari ini aku sedih,aku demotivated kerana aku diperlakukan tak adil. Apa yg aku telah diberitahu sgt menyakitkan. Aku cuba pujuk hati,cuba pujuk untuk positive tapi tak mampu,kadang gagal. Napela aku diuji begini.Teruk sgt ke aku? Atau memang ini dah nasib aku.

Aku takde tempat nak luahkan...aku kecewa,kecewa sebab aku diperlakukan tak adil.

Actually, aku nekad esok, aku mahu berjumpa dia untuk mendapatkan penjelasan. Just penjelasan,apa di depan pun keputusannya aku tak kisah.

Btw maaf kawan-kawan aku tak reveal sgt masalah d'sini. Namun masing-masing mestilah mahu yang terbaik utk diri sendiri kan? Aku bukan jenis tamak ke apa ke, cuma melakukan sesuatu adalah utk kepuasan. Aku tetap bersyukur padaNya atas segala rahmat dan nikmat rezekiNya.

Hmmm...thnks kpd sesiapa yg telah memberi semangat.


Apa yg korang mau?

5 comment(s)



Sebelum tu thanks byk2 kpd sape-sape yg singgah d'sini...

Entry kali ini berunsur pertanyaan sikit, sudi ekk sape2 menjawabnya...


Rakan-rakan suma nak blog saya nih macam mana? Entrynya macam mana?


TQ tau utk jawapan...




*Maklumla nak improvekan lagi entry-entry kat sini dan blog nih, ada idea? sila-sila....

*Dulu ada tanya, tp nak tanya lagi...maklumlah masa dah berlalu so blog pun kena ikut peredaran gak...tak gitu?



Happy saturday!

4 comment(s)

Apy Saturday 2 all... Hari ni hujan lebat pagi-pagi lagi, syok aje nak sambung tidur tp nasib baik aku keje ptg maka tidur sampai limit kul 11am je.

Tiada apa yg menarik utk diceritakan pun hari ni...

Apepun apy weekend to all all yg cuti ok...keluar la jalan-jalan rehatkan diri,cuci mata,cuci hati dan shopping mana-mana yg masih bergaji tu. Btw jgn lupa 19hb nanti kat Au2 ada J.card Fiesta(sempat agi promo)...

Aku tak taula nape company aku gigih gi wat promotion time nih walhal ada yg dah kering time tu,so kalau tak archieve jgn salahkan kami! Redha ajela, dengan aku yg terpaksa change cuti sbb last minute event/J.card.


Mengapa wanita sgt istimewa

2 comment(s)

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...

tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...

nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...

la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..

ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..?

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...

foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...


Friday, April 15, 2011

Rahsia disebalik rahsia

6 comment(s)

Zuraini berjumpa ayahnya untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Shahrul. "Ayah, Shahrul mahu melamar saya" kata Zuraini. "Apa kau nak kawin dengan Shahrul?.. tak boleh!!" Kata ayahnya dengan nada tinggi.

"Kau boleh kahwin dengan siapa saja asal jangan Shahrul..." "Kenapa saya tidak boleh kawin dengan Shahrul?" Tanya Zuraini Sambil berbisik...

Ayahnya memberitahu... "Sst jangan sampai emak kau tahu ya.. Shahrul itu adalah abang kau." Zuraini terkejut... lalu pergi mencari emaknya.

"Mak.. kenapa ayah melarang saya berkawin dengan Shahrul" tanya Zuraini kepada emaknya. "Engkau tak payah dengar cakap ayah kau tu.. kau boleh kawin dengan Shahrul..." emaknya menjelaskan. Zuraini hairan bercampur gembira.. "Kata ayah Shahrul itu abang saya...?"

"Ayah engkau juga tidak tahu yang engkau tu bukan anaknya."Kata emaknya.


Bonus + Iphone + Kerja

4 comment(s)


Syukur pada Nya, masa tengah-tengah bulan mcm nih company bg bonus, walau tak sebanyak tahun lepas tp Alhamdullilah dengan rezekiNya, at least ada juga wang utk simpanan,family dan diri sendiri.

Actually xde ape sgt aku nak beli utk kemahuan diri sendiri as a bonus utk diri sendiri. Namun aku mengidam Iphone gak, tp pikir-pikir balik itu adalah kehendak bukan keperluan. Awal bulan 5 nanti nak gi Kuching plak, so byk belanja, 4 hari 3 malam lak tu. Jalan-jalan punyer pasal.

Cukupla sekadar buat masa skrg aku bg hadiah kat diri sendiri dengan berjalan-jalan ke serata tempat.

Hal keje, takde apa sgt yang mengembirakan aku. Tp aku harap akan ada perubahan, mungkin kalau tukar department akan ada mood baru.Doa-doalah aku naik pangkat ya kawan-kawan,InsyaAllah..beberapa hari lagi result akan kuar.


Thursday, April 14, 2011

usia muda + uban

5 comment(s)

Ada pepatah mengatakan bahwa rambut merupakan mahkota wanita dan lelaki. Namun, terkadang kita menjadi terusik ketika mulai muncul uban di kepala.

Apa yang perlu kita ketahui tentang uban? Kenapa uban dapat muncul di usia muda? Munculnya uban dapat disebabkan oleh banyak hal. Yang paling utama adalah karena faktor genetik atau keturunan. Uban dapat terjadi akibat pigmen di rambut sudah tidak ada lagi, karena pigmen inilah yang menentukan warna rambut.

Rambut putih atau uban biasanya sinonim dengan rambut kakek dan nenek. Tapi uban tak selalu berkaitan dengan usia, karena banyak juga orang yang masih muda sudah beruban.

Ada dua macam pigmen rambut, yaitu eomelanin dan feomelanin. Pigmen eomelanin biasanya terdapat pada orang-orang berkulit berwarna, seperti orang Asia, Arab, dan India. Pigmen tersebut berwarna gelap dan hitam, sehingga rambut dan kulitnya pun akan berwarna gelap. Sedangkan pigmen feomelanin terdapat pada orang-orang kulit putih. Pigmen tersebut berwarna kuning. Tapi, itu bukan bererti mereka tidak punya pigmen eomelanin.

Orang kulit putih tetap mempunyai pigmen eomelanin, namun percentagenya lebih sedikit. Orang Asia juga mempunyai pigmen feomelanin, meskipun tidak terlalu banyak. Di kepala kita, banyak sekali akar rambut, dan ada sebahagian yang memang tidak mampu memproduksi pigmen. Misalnya pada kasus albino dan vitiligo. Albino adalah orang yang tidak mempunyai pigmen sehingga seluruh kulit dan rambutnya berwarna putih, sedangkan vitiligo hanya sebagian saja yang berwarna putih. Ini juga disebabkan oleh faktor genetik dan sampai saat ini belum dapat disembuhkan. Jika kadar pigmennya berkurang, rambut pun akan semakin pirang dan kemudian menjadi putih atau beruban.

Biasanya uban akan muncul pada orang tua karena produksi melaninnya memang sudah mulai berkurang. Metabolisme untuk memproduksi pigmen sudah mulai lambat atau bahkan tidak ada lagi. Namun ada orang yang sudah tua tapi belum beruban atau hanya muncul uban sedikit saja, tapi ada pula yang masih muda tapi rambutnya sudah beruban. Hal ini disebabkan karena faktor genetik.

Selain faktor genetik, uban juga dapat muncul karena penyakit anemia pernisiosa, yakni penyakit kekurangan darah yang sering menyebabkan rambut menjadi beruban. Uban dapat juga muncul kerana adanya kelainan metabolisme, misalnya gangguan tiroid atau kurang gizi.

Kurang gizi dapat membuat jumlah enzim pembentuk pigmen menjadi berkurang, sehingga penderita akan cepat beruban. Oleh karena itu, makanan cukup gizi dengan protein yang baik sangat perlu untuk pembentukan enzim pembentuk pigmen, sehingga rambut akan menjadi sehat dan tidak cepat beruban. Uban juga dapat muncul karena pemakaian zat kimia tertentu, misalnya cat rambut. Pemakaian jenis syampu yang banyak mengandung sulfur juga dapat memunculkan uban. Pada umumnya, uban memang tidak boleh dikembalikan menjadi hitam, kecuali pada mereka yang menderita gangguan metabolisme, khususnya orang tua. Secara medis, uban juga tidak boleh diubati.

Jika penyebabnya adalah faktor genetik, yang boleh dilakukan mungkin hanyalah dengan mengecat rambut untuk menutupinya. Stres juga dianggap sebagai penyebab uban prematur. Stres, banyak membeban fikiran dan kecemasan juga dapat menyebabkan penuaan dini.

Selain itu, vitiligo adalah kondisi sistem autoimun yang merusak melanosit, sel-sel yang menghasilkan pigmen yang bertanggung jawab untuk warna rambut. Menurut sebuah studi tahun 1996 yang diterbitkan dalam British Medical Journal, orang yang merokok empat kali lebih mungkin mengalami uban prematur berbanding bukan perokok.


Dalam beberapa kajian, penggunaan ubat mampu menjadi penyebab untuk uban prematur. Penyebab pasti di balik fenomena ini tetap tidak diketahui, tetapi hubungan terlihat antara uban prematur dan ubat-ubatan tertentu, seperti lithium. Terakhir adalah pemakaian zat kimia, misalnya cat rambut atau pemakaian jenis sampo yang banyak mengandung sulfur yang tinggi. Pencegahan Sebaiknya jangan gunakan cat rambut terlalu kerap. Apalagi jika kulit kepala anda adalah sensitif, sebab kondisi ini mampu memicu dermatitis kontak atau eksim pada kulit kepala. Gunakan syampu yang tidak terlalu alkalis (terlalu berbusa), sehingga malah membuat rambut jadi terlalu kering. Lebih bagus lagi jika menggunakan kondisioner rambut secara terpisah. Pertumbuhan rambut terjadi secara bertahap. Akar rambut berisi struktur seperti tas kecil yang disebut folikel rambut. Folikel rambut ini mengandungi melanosit yang menghasilkan pigmen yang disebut melanin, yang bertanggung jawab untuk warna rambut. Ada beberapa helai rambut yang tidak tumbuh dan masih dalam tahap istirahat. Seiring dengan berjalannya waktu, rambut tersebut menjadi tua dan mulai berubah warna dari hitam menjadi abu-abu dan putih. Proses ini umum terjadi pada usia 50-an tahun. Berlawanan dengan kepercayaan popular bahwa rambut uban identik dengan usia tua, beberapa helai uban juga terlihat pada anak-anak yang berumur 10 tahun. Hal ini juga terjadi pada remaja. Banyak orang muda yang mengeluh ketika melihat uban di kepalanya. Uban prematur ini dalam terminologi medis disebut canities. Meskipun wajar memiliki beberapa helai rambut putih atau uban, dapat hal ini mulai menjengkelkan apabila uban memenuhi hampir separuh rambut di kepala. Untuk menghindari rambut beruban di usia dini,beberapa tips dikongsi


1. Pola makan Masukkan makanan yang kaya akan mineral seperti zat besi, natrium dan vitamin B dalam menu harian Anda. Mengonsumsi buah-buahan dan sayuran juga bermanfaat, seperti yang kaya antioksidan, sehingga dapat membantu memerangi radikal bebas yang menyebabkan uban prematur.


2. Pijat rambut Pijat rambut dengan minyak kelapa akan menjaga rambut panjang, hitam dan kuat. Anda juga dapat merebus daun kari dalam minyak kelapa dan memakainya untuk rambut. Memakai minyak dan campuran bubuk gooseberry kering adalah pengobatan yang efektif untuk uban.


3. Menggunakan pewarna rambut henna Henna adalah pewarna rambut alami untuk rambut beruban karena membantu dalam menutupi uban dan mengembalikan warna rambut menjadi coklat gelap. Ini juga dapat menjadi penyelesaian alami untuk uban.


Wednesday, April 13, 2011

SAHARA dan si Tina yg biadap

8 comment(s)

Tgk tak cerita SAHARA kat TV3 tu, selasa-khamis 10.30pm...?

Ada jugak ye watak2 mcm tu. Sahara ngn family nyer sgt baik ngn adiknya si Tina tu, tp Tina tu tak sedar dek untung, dahla dia tau dia tu anak angkat tp perangai tak pernah berubah. Tetap biadap macam biasa.

Namun mungkin jadi macam tu sebab jantan kot. Aku tak rasa sebab harta.

Tapi yang herannya nape Sahara tu baik sgt ngn si Tina tu? Family dia pun sama walau si Tina sgt sgt anak tak guna!

Apepun cerita nih banyak sgt persoalan tp not bad untuk dilayan, ambik jela pengajaran dari tu.

Dinner Party'11

1 comment(s)

2 hari agak memenatkan, dengan macam-macam dugaan dan cabaran, walau aku tak se busy dulu tp penangan yg tak best tu tetap ada. Specially dengan my boss yg tertekan dan aku plak as committee turut terkena tempiasnya.

Namun biasala tu...semuanya bukan sempurna. Tapi apapun segalanya berjalan dengan baik walau penatnya tuhan aje yg tahu. 2 hari keje seperti full,dari 9.30am-12am selama 2 hari mmg memenatkan.





Retro Blue n Pink temanya, walau persalinan aku xdela vogue mana tp tak kisahla lagipun comittee kan? Bz dengan macam-macam...

Ni a few picture aku share, sgt best ....tetap have fun dan bole enjoy dengan persembahan staff dan manager2. Dua Jusco digabung untuk dinner party kali ni. Jusco Au2,Keramat dan Jusco Wangsa Maju.