Tuesday, May 31, 2011

iPhone 4 ` Finally!

7 comment(s)


Dengan jayanya semalam!

Suka! Tp melayang gak hampir dua riban, give and take la kan... :p

Btw ada function yg tak reti pakai, ada sape leh bantu?








Sunday, May 29, 2011

Main kutu

5 comment(s)

Waaaa!!! Nak iphone! He..he..


Tgk rr can ana nnti, kalau takleh kawal nafsu nak nak nak nih, maka beli rr dia.Hu..hu..


Btw nak gerak gi keje, i keje hari Ahad lol,cuti hari biasa.


Happy sikit bulan nih, dapat duit kutu, boleh menyimpan lebih sikit atau manala tau bole beli iphone tu :p


Untung gak main kutu nih, menyimpan secara senyap. Walau tak mcm menyimpan kat bank tu, at least untung lol, sbb takde bunga segala. Ha..ha..


Macam mana main kutu?...Tanya rr owg yg tau. Bukan main kutu kat kepala tu k! :p

10 tentang hal aku

4 comment(s)




Keadaan yg mcm-mcm skrg nih...meh aku luah atau cerita sikit kat sini.Adala effect kat aku walau tak seberapa. Ada yg baik dan ada yg buruk.



1.) Aku nih bukan jenis nak marah-marah owg, tp sekali ko wat aku marah, aku bole wat ko bunuh diri.Statement aku kadang-kadang mmg laser!...nanggisla ko ngn kekejaman aku (ha..ha..gelak evil!). Jgn ingat owg lembut ati mcm aku nih sedap-sedap ko nak tindas.



2.) Mula terfikir akan hal kahwin, insyaAllah lagi tiga 3 tahun, already plan but will see...dlm tempoh nih aku nak cari dan kumpul harta byk-byk utk dimensi baru tu nnti.



3.) Ekonomi Malaysia mcm tak kukuh sgt skrg nih, harga naik sana sini.Kalau tak pandai jaga, utang makin bertambah plus perbelanjaan sekali pun. Pandai-pandaila budget ok !



4.) Tengah bersedia utk jadi pengapit owg...tak penah aku terfikir dlm hidup aku ke arah itu.



5.) Aku mintak jauh sikap-sikap buruk yg mengapi-apikan owg...dengki,tangguk di air keruh dan tak bersyukur ngn apa yg telah ada.



6.) Aku perlu keluar dr kepopong selesa, kadang-kadang perlu menda baru. Keberanian tlgla ko muncul.Nak tak nak kena sahut cabaran. Zaman skrg mcm-mcm, kalau tak do something mcm tu la ko.Kat takut lama.



7.) Aku tgh obses ngn iphone skrg nih...entah pe jadahnyer aku tak tau.Nak beli mcm bukan keperluan lak...entah lol.



8.) Aku nak bercuti ke luar negara, tp tengah cari lubang. Ada sape-sape nak teman,jadi tukang plan ke?Kita merai sama-sama. kawan-kawan baik makin susah nak hang out.Mereka mcm byk komitment yg menyebabkan aku takleh kaco mereka.



9.) Kadang-kadang aku gembira ngn diri aku. Tp kadang-kadang tak.Rungsing dengan flow skrg nih.Mcm wat aku tak kukuh jiwa raga.



10.) Keje skrg dah ok...tp biasa je dan tak mencabar. Nak cari keje baru malas...gaji pun ok lol...








Friday, May 27, 2011

Orang kata kalau tak cuba tak tau kan?

6 comment(s)


Cepatnyer masa berlalu...kdg2 tak sedar dan kdg2 tak menyempat.

Wah takutnya kadang2...

Sbb byk lagi yg belum dicapai, ruginya kita kalau membiarkan ia begitu. Kadang-kadang planning tak guna kalau tak dilaksanakan.Sia-sia aje. Ada satu misi aku tu smpai skrg tak juga aku buat.Aku takut apa pun aku tak tau. Orang kata kalau tak cuba tak tau kan?

Apapun, hidup kita, badan kita, perasaan kita, maka kitalah yg kena laksanakan. Suka ke tak suka ke buatla diri oi...ia penting,sgt penting utk kehidupan sendiri gak.

Sampai bila nak mcm nih.

Sekadar menolog dalaman di hari Jumaat yg tak sengaja tercoret kat sini.




Hurrrmmmm...

Siapa kita di mata orang lain???

3 comment(s)



Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

"Siapa yang nak duit ini?"

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu."

Dia berdiri mendekati hadirin.

Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi, "Siapa yang masih mahu duit ini?"

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

"Baiklah," jawabnya,

"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dengan kasutnya.

Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

OK, sekarang masih ada yang berminat?".

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

"Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. Biarpun renyuk, lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga."

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi pada mata @ pandangan Ilahi.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal, kerana sesungguhnya diri kita sebenarnya amat berharga.

Kita semua di sisi Allah adalah sama saja.

Yang membezakan kita ialah KETAQWAAN kepadaNya.

Siapa yang lebih bertaqwa, maka dia lah yang lebih baik.



“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
[Surah Ath-Thalaq 65: 2-3]
Credit the story to: Ustaz Nasir

Thursday, May 26, 2011

Masa Kecil Baik Bila Besar Main Bontot

4 comment(s)

*Artikel yg aku copy 100% dari FB ''Alangkah Indahnya Melayu Bersatu ''

Sekadar share ngn kengkorang...




Aku suka nak bagi tajuk artikel aku kali ni macam panas siket sebab aku tengok budak2 yg suka comment kat fb ni suka tajuk2 panas..so tajuk aku mmg panas dan aku harap korang bacala sampai habis..sebab masalah melayu adalah malas membaca tapi suka dengar orang cerita orang mengumpat orang mengeji orang menghasut itu mmg melayu suka..aku pun pelik..kalo dia dah suka dia dah sokong apa yg orang yg dia sokong kata, tuli dan buta ja dia akan percaya..xkira la pro gomen ka pro pmbgkg..sama saja..jadi korang kena ubah..jangan asik nak jom ubah tapi jom kaji dulu apa yg korang nak ajak jom ubah itu..



aku percaya majoriti budak2 yang selalu comment kat fb ni rata2 korang berada dlm lingkungan umur 20-35 tahun..dan aku terlebih yakin ramai antara korang yang dah berkerja dan ada pendapatan yg bagus..aku nak ajak korang pergi zaman korang kecil..masa tu korang darjah satu ke darjah 5 xkisah la asalkan korang masa tu memang hingusan habislah kan..masa tu korang ada pikir ke pasal sapa memerintah sapa pembangkang.?aku rasa yang aku kenal masa aku budak2 dulu Mahathir je kot..tak pun Ghaffar Baba..aku xtaw la korang mcm mana tp aku yakin korang memang advance kan..


aku dapat rasakan pada masa itu politik negara amatlah ok sekitar tahun 90-an sehinggalah terjadinya isu liwat anwar ibrahim negara jadi kecoh sekejap..berlaku macam2 spekulasi itu dan ini sehinggalah ke hari ini kita dihidangkan dengan pelbagai isu2 yang kurang lebih sama..


tapi aku xmaw tulis isu itu..apa yang aku nak korang selami adalah betapa indahnya zaman korang sekolah dulu..masa sekolah rendah lebih manis..bagi kita masa itu semuanya ok..xda yg x ok..apa yg kita taw pergi sekolah balik sekolah buat kerja rumah petang main bola main aci ligan duduk kul7 layan doraemon..haha..best gila zaman tu..


bila tiba cuti sekolah cikgu akan buat lawatan sambil belajar..antara tempat pilihan KLCC putrajaya dataran merdeka Melaka bandar bersejarah langkawi dan sebagainya..pada masa tu kan kita kagum wahh ini negara aku hebat macam2 ada..kita rasa begitu bangga dengan negara kita..cikgu kita pun ada cakap murid2 inilah Malaysia negara kita yang begitu hebat aman dan makmur..kita diajar supaya menghargai pembangunan yang dikecapi..


namun masa silih berganti kita meningkat dewasa kita mengalami perubahan umur kita ke sekolah menengah masuk universiti keluar bekerja banyak perkara baru masuk kedalam benak pemikiran kita..pemikiran kita semakin matang..banyak perkara kita dapat lihat dengan pandangan yang berbeza sama sekali dengan zaman kita disekolah dahulu..


kini ramai di antara kita sudah melihat pembangunan yang negara ada dari perspekstif yang berbeza..ada yang mengatakan pembangunan yang dikecapi tidak seberapa kerana korang dah pun tengok pulak pembangunan dinegara lain..ada yang memperlecehkan kembali apa yang negara kita telah kecapi sedang masa kita kecil dulu kita begitu suka dan kagum sekali..ini semua akibat daripada pengaruh dari pelbagai arah yang menyebabkan kita berubah corak berfikir..ramai diantara kita seolah2 tidak bersyukur dengan segala kemewahan yang telah mereka rasai selama mereka membesar dibumi bertuah ini..


akibat daripada pola dan corak politik negara yang kadang2 dilihat tidak begitu matang, rakyat lebih disajikan dengan bermodalkan kelemahan pihak lawan masing2 tanpa ada cara penyelesaian bagaimana kelemahan itu dapat diatasi demi memajukan negara..mereka lebih mementingkan bagaimana mahu menjatuhkan lawan mereka daripada berfikir bagaimana mahu memajukan dan memakmurkan lagi negara ini..akibat mementingkan diri sendiri ini, negara tidak mampu bersaing dengan negara2 seangkatan dengan kita contohnya seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura..lihatlah bagaimana Korea mampu menjadikan negaranya maju dengan cara mereka bersatu untuk menaikkan negara..pembangkang yang kuat adalah pembangkang yang bukan sahaja mampu mengkritik tetapi mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi negara..bukan mengajak rakyat berpecah belah buat rusuhan menghasut dan tidur di atas jalan menghalang Sultan sendiri..!!!!


bagi anak2 muda kini aku nak ajak korang supaya bersatu bersama memajukan negara kita..kita golongan muda kena lebih berfikiran rasional..janganlah korang emosional sangat dalam memperjuangkan apa yang korang juangkan..kita perlu lihat pro dan kontra apa yang kita juangkan dan apa yang pihak lawan kita juangkan..barulah kita mampu bersama berfikir bagaimana cara kita mahu selesaikan masalah yang melanda..kini adalah masa kita bukan masa pakcik2 kita yang suka buang masa kita dengan dihidangkan kita dengan cerita2 sensasi video lucah sumpah laknat dan sebagainya..tuduh orang ini tudung orang itu..tak bosan ker korang..???


aku nampak kita orang muda kena ubah cara uncle kita ini..kita tolak semua pemimpin yang kita sudah nampak dia memang xboleh belah laa kan..buat apa kita nak sokong lagi pemimpin yang macam2 masalah dia buat..aku pun pelik kenapa uncle kita pemimpin diatas ini walopun dia dah salah nak angkat dia lagi pegang jawatan besar..dah takda jawatan dlm kerajaan diberi pulak jawatan dlm organisasi2 pegangan kerajaan yg besar2 seperti Felda Felcra dan sbginya..aku pelik..patot2 kita tolak terus pemimpin yang haprak..semua ini boleh rugikan negara..


sudah sampai masa kita bangun bersatu di bawah payung Islam.. perpecahan hanya memberi keburukan dan malapetaka..janganlah kita menjatuhkan sesama Islam..janganlah kita berdendam sesama Islam.. jom cari jalan penyatuan..jalan perdamaian..masih belum terlambat sekiranya kita bangkit bersatu dari sekarang.. mulakan dengan diri kita kemudian keluarga seterusnya sahabat dan masyarakat kita..lkita sudah jauh ketinggalan jauh di bawah..kita banyak terleka sudah banyak kerugiaan..kita orang muda kena tukar cara uncle kita yang tamak dan penting diri sendiri dalam memimpin negara tercinta ini..


ramai lagi pemimpin muda yang boleh digilap menjadi pemimpin..kita rakyat dan orang muda Melayu dan Islam harus lebih bijak dalam hal begini..tak perlu kita terlalak terlolong menyokong pemimpin yang bodoh yang suka ajak kita merusuh dijalanan menghasut orang muda supaya membenci pihak lawan mereka semata2 memenuhi impian politik mereka..apa kata aku nak ajak korang jangan layan puak2 macam ini..kita tengok bangsa cina ada ka diaorang merusuh dijalanan..??malula aku tengok kita orang meayu suka sangat nak merusuh..reformasi la..bantah itu lah ini lah..tolak tolak tolak rasuah laa padahal rasuah tetap ada orang yang kaya tetap dok makan rasuah kita dibawah ini macam tu juga..yang makan rasuah Melayu juga Cina baik jaa dok suap..Cina pandai gila politik diaorang..kita kena la bijak..


jadi kesimpulannya sebenarnya aku nak ajak korang berfikirlah lebih bijak dalam isu politik ini..jangan buang masa menyokong benda yang buang masa yang belum tentu boleh untungkan kita..berjuanglah untuk perkara yang mampu untungkan Agama kita Islam dan Bangsa kita Melayu..ingatlah bahawa bangsa lain dengki dangan kita bangsa Melayu ini kerana kita Islam dan kita amat bertuah dilahirkan sebagai Islam dan Melayu..janganlah kita memperjudikan nasib anak bangsa kita sendiri..fikir guna akal jangan guna hati..anak muda Melayu bangkitlah..majukan diri..majukan bangsa..jangan tahu kritik sahaja tapi buka langkah selesaikan masalah dan memajukan bangsa..ayuh bangsaku..korang jangan ja Masa Kecil Baik Bila Besar Main Bontot..hahaha...


Lawak CT

4 comment(s)
*Aku dah berguling-guling gelak...pengacara dia mmg lawak bangat!!!











"Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia"

4 comment(s)




Salam satu Malaysia...

Dengan senang hatinyer aku join segmen ini "Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia" setelah beberapa lama tak join apa2 game dari mana2 blog pun. Ini semua dilink dari BLOG PILIHAN MALAYSIA yg dah glamer tu.

Tuan blog ini suruh aku pilih type blog aku. Maka setelah beberapa saat berfikir , aku nyatakan bahawa blog aku adalah'' Blog Personal Lelaki Pilihan".


Sebabnya...entry aku banyak berbau personal aku. Dari hal diri,kerja,cinta,kawan dan hal2 sekeliling.


Apa yg special ttg blog aku? Actually biasa2 je...cuma blog aku nih simple seperti mana tuannya kan? Saje nak mudahkan sape2 yg kujung ke sini, entry yg byk akan hal personal...apa yg aku cakap dan luah adalah 100% dari aku dgn menggunakan pendapat aku sendiri.


Specialnyer agi, aku suka sgt update, plus mahu tambah seberapa byk kwn kat sini...segala komen diopen sebaik mungkin kepada sesiapa aje yg mahu letal opinion kat sini.


Specialnyer agi? Aku pun tak tau lagi...kengkorang bole xplore sendiri. Aku suka wat entry dr opinion aku je,luahan aku je.Maka aku harap akan ada jua opinion dr kengkorang.Sharing is caring rite?


History blog ini adalah kerana ajaran seorang kawan tu...actually aku dh lost contact pun ngn dia. Kalau dpt jumpa dia lagi itu adalah yg terbaik...cuma tak tau mcm ana? Harap suatu hari nnti bole link balik.


Asal blog nih pun adalah hal personal, cuma adalah gak sharing info,lawak,teka-teki dan segala yg lain.Lately byk fokus akan hal personal je. Ramai yg tak berapa gemar gak akan type blog mcm nih...tp terpulangla hak masing2 kan?


Tujuan utama blog aku adalah tempat luahan perasan tika time sedih,gembira atau busan. Dia kira mcm teman kedua selepas FB. Lain2 adalah utk tambah kenalan la mcm biasa. Setakat nih ada yg dah kenal dan bole rapat pun.


Usia blog nih dah hampir 2 tahun...


Itu aje yuk...selamat berkenalan utk yg singgah kat BUKANKOSONG nih...ia bukan kosong pun sbb mcm2 hal ada kat sini.BTW jgn lupa tinggal komen dan pendapat anda. Saya sgt sgt sgt sgt hargai lol.


TAG?



Terbuka utk sape-sape pun...



Wednesday, May 25, 2011

Kawan dtg dan pergi

2 comment(s)



Kawan dtg dan pegi...

Hanya kawan yg baik shj yg akan kekal...

Hanya kawan yg serasi shj dan bole get long ngn kiter aje yg akan kekal...


Tp kawan yg xsuka ngn kiter,tak serasi, tak sehaluan dan apatah lagi kawan yg jenis pilih bulu...maka mereka akan tetap pegi.

Dalam hidup kita tak bole paksa sesiapa utk berkawan dengan kita, jika mereka suka dan ok ngn kita mereka akan tetap dtg pada kita.

Tp kalau sebaliknya...tak mungkin...mereka akan tetap pergi pada yg mereka rasa senang.

Siapa kita utk paksa mereka suka pada kita, siapa kita utk paksa mereka memahami kiter...kiter bukan tuhan pun.

Ada owg penah kata,tak kenal maka tak cinta. Tp kan kalau mereka tetap tak suka gak...maka mereka sebenarnya bukan ditakdir utk menjadi kawan kita.

But who's know keje tuhan kan...Dia yg maha mengetahui...Kadang2 musuh pun bole jadi kawan. Dia telah merancang yg terbaik utk kiter...

Tp apa pun, jika mereka tak bole terima kita sbg kawan atau pun cinta...lepaskan mereka pergi sbb mereka ada hak utk pergi.

Jgnla risau k!...kata kawan dtg dan pergi...seorang pergi,akan ada lagi kawan yg akan dtg pada kita. So cheers up!!!



Hu...hu...


Tuesday, May 24, 2011

Entry yg ada dlm kepala otak aku

6 comment(s)


Malam syok,malam best dan malam bebas sebebasnya, sbb esok cuti...yahoooo!!! Tidur lewat rr jwbnya,plus layan GLEE latest season!

Btw...td ada owg buat aku marah! Namun sbb malas aku nak bebal lama2 maka aku beli je sate 20 cucuk lepas geram.Santap sampai habih! Bukti? Gambar d'atas tu.

Esok dan lusa cuti tp tak planning agi nak wat apa...maybe duk melangguk buang masa aje kat umah. Nk kuar xde sape2 nak teman,buah ati lak keje.Ha..ha..

Actually aku mcm nekad nak beli iphone ( tp mahal sgt...), HTC pun not bad gak.Nengok mmber aku pakai serius jeles,smart lol plus manyak application yg syok!

Padahal aku baru je nukar h,set....adakah patut aku tukar agi? Membazir aje kan? Tp utk kepuasan apa salahnyerrr (kata nafsu aku, :P )...and then ujung bulan nih dpt duit kutu. Riban gaklaaa jumlahnya. Mula2 main suka-suka je...alih2 serius...mcm berguna gak simpanan senyap-senyap nih.

Okla guys...nak sambung nengok GLEE, malam nih aku coretkan pe yg terlintas kat fikiran dan apa aku rasa skrg nih je. To all, jgn sedih2 ,happy2 sokmo tau...specially to Yana.


Mr Nurr Ezam...u know the best 4 u fren...he..he..

Joey...jgn lupa janji ko...

Kak Ika, umur akak lagi muda dr sy lol...xleh terima...nasib baik dah kahwin...kih...kih...tak sia2 panggil Kak Ika.

Faiz...rajin ko singgah blog aku, malu plak aku nih, almaklumla aku jarang singgah blog ko. Tp aku tetap singgah gak k... :p

Reza...mana ko menghilang?

Azam...bz ke?





Bye222.....


Kisah hati

4 comment(s)







Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu




*Lagu yg dikasar berhari-hari,bila minatku LUAR BIASA...








Monday, May 23, 2011

suka

4 comment(s)




Penat...

Penat mengajar...

Penat bekerja sekali...

Sleepy2 dh nih...

Ada beli DVD 7 cerita,syg plak kalau tak nengok...

Plus mlm nih bakal dapat GLEE latest season...lalalala...

Syokkk...


Lupakan yg lepas

8 comment(s)



Munin semua, mulakan hari anda dengan cerita baru.Lupakan hal yg telah berlalu.


Hari ni keje agi, fokus-fokus.Tak mahu tersasar...mahu lakukan yg terbaik.


Semalam tidur agak awal walau ada kejab-kejab terjaga.Adala sikit-sikit jiwa rungsing. Mungkin smlm not in mood,bila aku rasa diri aku spt tak d'peduli.Namun lupakan sbb itu tak penting pun buat aku.


Thnks mana kawan-kawan yg mengambil berat.


Kehidupan yg aku rasa makin hari makin mencabar, makin tak bole dipercayai. Ini cabaran kot utk aku dalam menjadi lebih matang.


Okla...setiap hari biasala ada lain-lain cerita,meh kita tgk apa pula yg akan berlaku pada hari ini.Namun setiap perjalanan itu, aku tetap bersyukur padaNya.


Aminn...

Sunday, May 22, 2011

Not in mood!

4 comment(s)
Not in mood...

Sgt mood tak baik malam nih!

Tak mungkin...

6 comment(s)
Kalaula aku bole bgtau...ko tu dekat aje...sgt dekat...sgt dekat...

(pegi bilik air,tgk cermin,lihat! Kau mesti tau siapa...!!!)

Tp mana bole

Pergila kau jauh-jauh...

Perasaan ini harus dibuang!

Bahaya utk aku kot!

Hurrmmm...

Kopi dan Kisah Hati

2 comment(s)


Aku kalau lepak kat kedai, mostly kalau order air mesti mintak KOPI O SUAM atau KOPI AIS, si dia dan kawan-kawan mesti tegur...''Weh! Ko minum air owg tua laa...''.


Aku senggeh je, actually motip aku order air tu sbb aku nak berjaga malam specially kalau esoknya aku cuti. So malam bole bergelak ketawa on9 dengan bangganya.Walau asyik FB,Blog,YouTube dan chat je.

Biasala aku.Umur tua tp tetap nak wat keje owg muda.Tua kah aku? So sesuaila order air owg tua tu ye.

Lupakan akan hal tu. Nak bagitau korang,skrg nih aku terminat ngn lagu nih ''KISAH HATI~ by Alyah''.

Lagu nih memula aku dgr masa aku bercuti kat Serawak,Kuching ritu. Ingat nak balik download cari lagu nih,sekali terlupa lak.

Tetiba aku terbaca blog EZAM, dia ada selit lagu nih dlm entry dia, terus aku download ngn bangganya.Sedap bangat bila byk kali dengar.Walau lagu nih pasal lagu cinta yg tak kesampaian, tp aku spt terlupa ngn motif lagu nih.

Melodinya yg mendayu tu buat perasaan aku jd 1000 satu macam. Aku suka tp at the same time aku sedih wei...

Byk perkara terlintas kat otak dan perasaan aku nih...specially tentang CINTA. Malas aku nak ulas topik nih byk kali. Tp apa yg aku ada hari ini,aku amat mensyukurinya.






*Fyi...aku dah dgr lagu nih berpuluh-puluh kali.Cian kat Alyah...jenuh dia nak nyanyi sepanjang masa utk aku,sbb aku suka repeat.

Friday, May 20, 2011

Mengenang yg lama

6 comment(s)


Pernah satu ketika, 2 tangan langsung tak bole renggang,hati jadi satu. Kau hulur sepenuh hati dan aku menerima seikhlas rasa.

Melihat detik itu, aku gembira dan of course aku sedih juga.

Perbincangan malam tadi buat aku teringat akan cerita lama...kisahnya sama,perjalanannya sama. Terasa diri kejam! Terasa hati aku berdosa, menipukah aku itu?

Hanya kerana bosan,kau dihukum...

Perjalanan itu sudah pun berhenti...tp jejak mu tadi aku mula intai balik.Nasib baik bekas untuk mendekati mu masih ada.Bila terbuka,ku melihat kenangan kita dulu.Ia telah menjadi sejarah pun.

Menanggis?! Tidak sama sekali sbb mungkin ini takdir yg terbaik buat kita. Suatu hari kalau kita tak sengaja terjumpa, jgn tengok saya dan saya pun akan cuba utk tidak melihat kamoo.Kesannya tetap sejarah,perasaan itu adalah kenangan.Jika mampu diundur...aku tak mahu ulangi kot, sbb aku rasa ia hanya kesilapan perjalanan hidup.

Kau dan aku...Wangsa Walk,Domo kun, Secret Recipe...( hu..hu..aku tersenyum...hint bahawa sejarah itu pernah wujud).

Apepun keadaan, masa itu telah lepas.Kini aku dah besar...telah memiliki yg lagi penting, untuk dibawa ke rumah dan tangga. Takdir ini dan cerita hari ini harus diredah...dipimpin dan dibelai.

Untuk semua, aku tak minta anda faham utk entry kali ini.Hanya sekadar berkongsi sejarah lama yg tetiber terbuka dek cerita kawan yg sama keadaannya dengan aku.

Apepun dulu...aku pernah syg kamooo...


Naruto syok tp...

0 comment(s)


Aku nih sebenarnya suka jugak layan cerita NARUTO nih...

Tapi kan kalau asyik sembang lebih (dialog je lebih) plus flashback memanjang je wat aku anti climaks gak...yala, duk tgh syok-syok layan diaowg perang sekali flash back plak muncul,taula nak konkritkan jalan cerita tp kalau meleret-leret sgt jenuh gak aku nak layan berepisode.

Bayang kan...1 episode tu abih mcm tu je sbb flash back dia.

Oleh sebab itu selepas didownload harus aku skip ngn 4ward cepat-cepat.Ambik time perang je.Namun jalan cerita tetap dipahami,mana bule membabi buta je 4ward.

4 ur info, Naruto nih aku rasa antara anime yg terbaik, dengan jalan cerita yg unik,kuasa yg unik, kelebihan yg kita tak terpikir dan kdg2 muzik dan sound effect dia menakutkan/mmberi kesan.Kira sampaila msg cerita yg diaowg nak sampaikan.

Aku lately xdela mengikuti mana pun, bila tgk kat TV pun rasa cerita dia mcm version lain lak. Kat web mcm syok sikit.

Pepun penggemar dia mesti tau, adik aku antaranya.Tanya la ape je pasal Naruto mesti dia tau.



* Detail pasal Naruto klick sini >> NARUTO <<



Hati bukan nilainya RM0.20

6 comment(s)


Hati yg bukan nilainya RM0.20

Tidak bole diberi sesuka hati

Meneka di dalam terlalu sukar

Riak di depan tidak sama d'dalam




Hidup,malam berganti hari

Menghidang beronak liku

Ulamnya sedih,suka dan ceria

Manusia menerima,kadang terpaksa





Betul hati bukan nilainya RM0.20

Sesenang memberi,balasan tak sama

Kita merana

Jaga jika kau mampu




Hidup menguji sesuka hati bersama takdir

Kalau suka,tp dia tidak

Dia suka,kita tidak

Takkan menjadi




Hati benar bukan RM0.20

Bila memberi,berhati-hati

Walau ikhlas pun,balasan tetap belum tentu

Bersyukur apa yg ada dan miliki




Hidup sekejab

Awan kan berlalu

Matahari kan padam

Tp kenangan tetap diingatan



u know the best 4 urs!

5 comment(s)




Sleepy...

Nasib baik cuti rini, ni gara-gara on9 smpai ke subuh, mujurlah kul 9 malam sblm tu aku tertidur jab smpai kul 12am, tu sbb bole berjaga baik punyer.

Kalau cuti mmg aku tak berkira. Biarlah segalanya yg aku buat adalah menda yg aku suka. Contohnya berjaga dan apa-apa je yg ada,yg aku suka.

Ni baru aje bangun setelah lelapkan mata tadi, ape ekk nak buat rini? Tau la ptg nih nak gi menonton Pirets of the Carribean, tiket dh book, pegi menonton ngn awek tercinta. Double date katanya rini.Ha...ha...

Aku actually tak layan sgt cerita nih, sbb tak mengikuti sekuel sebelumnyer.But dari tak buat apa-apa better aku isi ngn sesuatu kanz...lagipun cerita owg pute, aku tak khilaf sgt utk melabur.Lainla cerita Melayu kan,mmg penuh teka-teki.

Untuk yg lain selamat bekerja lah ya,mana yg cuti tu,nikmatilah cuti anda sebaik mungkin. Kalau ada masalah apa-apa,usahlah dilayan sgt,selesaikan.Tiada guna tertekan untuk menda yg belum pasti,lainla kesannya depan mata kan.

Btw utk yg ada masalah cinta tu, anda tau mana yg terbaik utk anda. Jangan sesekali biar diri anda kantoi.Hati seketul je,kalau terluka parah duh nak ubat. Dah besar panjang pun,aku tau korang lagi bijak dan hebat dalam bab-bab cinta nih.

Namun berat mata memandang,berat lagi bahu memikul yup! U know the best 4 urs!

Thursday, May 19, 2011

Lawak Innerwear

4 comment(s)


Pengalaman lawak dari mmber aku...aku tumpang siar kat sini ~



Customer: Dik, mcm mana nk tau size?
Aku: Oh, kalo yg huruf tu saiz cup. Kalo yg no tu ukur lilit
Customer: Ok, cmtu, kalo cup A paling besar la kn?
Aku: Tak, A paling kecik
Customer: Oh... Maknanya kecik je la aku nyer ni...


~ Kenangan aku kt Innerwear dept. Sampai skang aku xtau apa respon yg patut aku balas balik bila customer ckp cmni...


Sekali CT dtg betul!

4 comment(s)


2 hari lepas br mengidam Ct dtg kat diari AF tmpat aku, sekali betul da dia dtg semalam, sygnya tak smpat nak ambik gambar sbb mcm biasala ramai sgt owgnya yg nak bergambar nak menempel tepi CT, aku plak masa tu ngah keje. Tak mau rr bersungguh sgt...

Tp mcm ramai tak tau...sbb CT mmg d'dtgkan secara rahsia.


Buat semua selamat gi keje lah ye, sbb aku pun dah mula nak gerak nih.Walau kat luar tu mendung c,kit tp hari tetap cantik dan damai.


Esok plak cuti, bertambah lagi keriangan aku.Mahu rest lagi!

Wednesday, May 18, 2011

Ucapan saje saje

3 comment(s)


Takde pe utk dicoretkan hari ni...

Ucapan buat suma...Harap apy apy selalu lah ye!...

Jgn ada sedih,jgn duk pk masalah yg ada tu...lupakan dan selesaikan

Kita idup hanya sekali, bawak bawakla beramal ye plus fulfill ngn manik-manik senyuman

Awak,kamu,saya,dia dan mereka mesti hebat sokmo!


:P

AF 9 di AU2

3 comment(s)


Hu..hu..lama aku tak bercerita akan perihal AF yg tgh berlangsung kat AU2 Jusco skrg ( kat tmpat keje aku tu).

Kadang2 aku terlupa AF ada kat depan mata maklumla hari-hari nengok ye tak?(sudah tak endah).Certain2 cashier pun dah tak heran sgt (Ha..ha..ayat kekwat bangat).

Macam biasala customer yg xcited sbb bukan selalu dpt nengok artis pujaan mereka live mmg ramai rr keliling balang kaca tu. Weekend mmg penuh, kalau hari biasa...bole laaa...tak ramai sgt yg duk terhendap nengok sana sini bebudak AF yg duk praktis wat tarian,nyanyian dan mcm2 agi.

Ada kekadang mereka shooting kat luar balang ngn berlari masuk Jusco cari sesuatu ( Game diaowg ). Kadang-kadang Pak Nil shoot pengacaraan beliau utk diari AF tuh. Plus kalau nasib baik terjumpa tenaga pengajar shopping beli sayur,ikan dan kelengkapan diaowg.


Cuma untung gak bila dapat nengok artis2 aku suka muncul secara tetiba spt HAFIZ dan AIZAD. Tp CT entah bila nak datang ( aku harap sgt dia muncul ) walau sedih sbb dia dah bukan DUTA Jusco dah. Dah smpai masa katanya JUSCO stand alone.

Tadi aku bukak YouTUBE, jalan2 tgk diari AF yg tertinggal, rasa sewonok dan bangga bila tmpat keje yg aku singgah,jalan2,pusing2, tmpat lepak,tmpat makan dan semestinye tmpat keje jadi medan bebudak AF lalu,Pak Nil lalu dan artis2 aku suka lalu. Ha..ha...

Au2 Jusco yg kurang d'kenali dulu dah mula terima ramai owg atau pelanggan sbb penangn AF nih. Kalau hari minggu dan public holiday mesti kedai makan mahupun foodcourt Au2 penuh ngn customer. Sales pun dah makin naik.

Actually secara jujurnya aku mmg tak mengikuti pun AF kali ni sbb dalam bilik aku xde Astro, kat ruang tamu aje ada. Tp d'sbbkan malas nak lepak kat luar bilik maka aksi2 dan konsert bebudak AF9 nih mmg terabai. Harapkan tgk live kat depan mata je bila pegi keje.

Tuesday, May 17, 2011

Ada yg lagi teruk dr kita...

2 comment(s)


Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...

Tadi masa bukak TV dan terlayan TV3 serta terlayan WHI sekali...aku rasa sedih lak, mereka anak-anak kecil bole plak happy sedangkan mereka ada HIV. Then bila besar nanti kalau mereka masih hidup apala nasib mereka ya?

Diterima masyarakat kah? Bole belajar mcm remaja lain kah? Bole diterima bekerja mcm dewasa lain kah? Atau bolehkah mereka berumah tangga spt mana kita semua?

Macam-macam persoalan timbul. Semuanya itu telah ditakdir tuhan, jika aku berada di tempat mereka pun mesti aku tak tenang sepanjang hidup.


Baru aku terfikir...kalau mereka bole proceed hidup dengan masalah sebegini, apatah lagi kita yg sihat walafiat nih. Kadang-kadang kita terfikir masalah yg kita tanggung dh cukup besar utk kita sampai nak bunuh diri segala, walhal ada owg lagi kat luar sana yg lebih menderita, yg melibatkan soal hidup dan mati plak tu.

Maka renung-renungkanlah...ada owg lain lagi susah dari kita. Apapun masalah selesaikan sebijak mungkin, kalau kita ingat masalah kita nih dah cukup memporak perandakan hidup ingatlah ada lagi owg lain yg belum tentu bole meneruskan hidup.

Masalah keje,cinta,rumahtangga, hubungan sesama manusia dan emosi, cubalah berusaha menyelesaikan cara berhemat. Jgn ingat bila dilanda masalah,dunia kita akan berkahir. Ada lagi tau yg lagi teruk dr kita.

Oklah...ini yg aku muhasabah utk diri aku hari ni(nak share ngn korang sekali). Buat semua selamat bercuti lah ye dan selamat menyambut HARI WESAK utk yg menyambutnya.

Enjoylah dengan kehidupan anda dan apa yg anda ada. Moga semuanya berjalan dgn baikkk...Aminn...


Gelak kat BLOG sendiri... :P

6 comment(s)




Ha..ha..ha..ha..ha...

Aku tumpang gelak utk diri aku...hampeh tul aku bulan nih, mmg sengaja biar atau mmg keadaan yg buat ia terbiar.

Mmg pecah rekod! Seminggu tak terjenggah langsung!(Aku buat rekod utk bulan nih) Tanpa sentuh dan tanpa jengok! Kalau sebelum nih kat mana aku berada pun tetap kena bukak gak, kena jenguk gak. Tp kini dan bulan ini...lain sgt!

Aduyai...baru 10 post(s) je? Ni dah hampir ujung bulan baru 10 post aje aku update (paling sikit utk blog nih)...agak mcm satu penghinaan utk blog BUKANKOSONG plak, ala-ala bagi hint macam tuan dia dah nak bersara. Entah lol...aku pun tak paham...

Takpela, aku tetap syg ko BLOG, xdenyer aku buang ko terus...aku SYG ko ngn kawan-kawan aku kat sini walau haram langsung tak penah jumpa agi.

Kat sini rr aku jumpa Joey,Achiek Ezam, Kak Ika dan EncikReza (Sekadar menyebut a few name yg femes kat sini)....so aku tetap sayang ko BUKANKOSONG. Tanpa ko aku tak bole femes ala ala mereka sekali.

Walau 10 pun okla...pahnih up up lagi ye tak?

Monday, May 16, 2011

aku ''GURU'' ke?

3 comment(s)


Salam,

Hari ni suma duk bising dan duk wish SELAMAT HARI GURU semua specially tuk para cikgu.Hu..hu..

Ada gak yg wish kat aku, ye rr...Training Officer kat Aeon Co.(M) Bhd pun mcm cikgu gak walau anak murid cuma staff2 Jusco aje ekk. Malam tadi my bos beria-ia wish kat aku, gelak sakan aku, mcmla aku nih cikgu betul ya tak?

Btw thanks la...dulu masa kecik2 mmg ada cita-cita nak jd cikgu tp apakan daya rezeki tuhan, aku jadi Training Officer je. Okla kot ala ala cikgu gak. Lagipun kat tempat keje mostly staff2 panggil aku cikgu selain En Rashid.

So dikesempatan ini nak wish kat seluruh rakyat Malaysia yg mmg bergelar cikgu ''SELAMAT HARI GURU'' moga dapat jadi pendidik yg terbaik dan terhebat.

Tak lupa buat my best fren kat Perlis(Farez) dan Johor(Klol), all Training Officer kat Jusco, rakan-rakan guru terdekat aku, team2 blogger yg mmg cikgu-cikgu, Syahril yg duk Kedah tu dan sape-sape agi rrr...wish u all the BEST!



:P

Saturday, May 14, 2011

Dasyatnya!!!

6 comment(s)



Pecah rekod!!!

Aku seminggu tak update blog! Bz punyer pasal, ni gara-gara Training kat Country Heights aritu smpai xde masa langsung nak update blog.

Then bila sampai umah 2 hari lepas, penat plak then postpone ke hari Jumaat, alih-alih ari Jumaat tu Blog under Maintanance la plak. Langsung tak bole update sehingga saat nih...

Aduyai...

Well, segalanya setakat nih berjalan dengan baik...aku ok dan bahagia cuma sesekali rasa tak happy sbb adalaaaa...

Tetiba teringat saat masa training bebudak MT...syok,best,excited...paling bangga bila kami diangkat sbg trainer terbaik dan terbestttt...suka!!!

He..he...





Sunday, May 8, 2011

update sekejab

4 comment(s)


Semalam ...aku makan byk plus sedih la gak...

Meraikan majlis perpisahan big bos aku ke Bukit Tinggi, beliau akan berkhidmat d'sana.

Then mulai esok selama seminggu aku berada d'country Height Kajang utk MTRT Trainee,seminggu takde kat store, sewonokkk...new challange rr utk aku.

Plus ala ala mcm bercuti sekali walau hampir seminggu tu aku rasa kena keje kuat kot. Yg penting ada macam-macam game utk d'handle.

Untuk semua selamat berhujung minggu lah ye, ada masa singgahla AU2, smbil shopping bole tgk AF sekali... ye tak?


bye2...


Saturday, May 7, 2011

BZ

4 comment(s)


Segala-galanya BZ...

Hempas pulas aku wat keje, mcm-mcm...kejar sana kejar sini

Seronok tp cuak gak...hu..hu..patutnya aku dah kena lelapkan mata nih sbb esok nak bangun awal tp gigih gak nak coret sst kat sini. Tak mahu BUKANKOSONG nih terabai.

Lately aku mula jarang share apa-apa aje info kat sini.Manyak pasal diri sendiri je, maklumla mood aku nih tgh macam-macam.

Satu-satu aku cuba selesaikan tugasan dan dugaan yg aku cuak2 tu. Harap yg terbaik aku bole buat ekk...

Saat nih byk fokus tang keje, diri sendiri pun mcm terabai, tp aku tetap bersyukur sekurangnya hati aku telah dipunyai... :P

Kesimpulan mmg aku BZ dan terkejar sana terkejar sini lately.Gambate 4 me! Hope my dream come true.


Thursday, May 5, 2011

'' Thor '' dan pengajaran

2 comment(s)


Baru aje balik ...

Dari berjimba2 dan nengok wayang, walau duit dan suntuk2 tetap gigih gi layan wayang gak. Lalu cerita ''Thor'' yg jadi pilihan.

Apa yg bole aku cakap...mmg superb!! Jalan cerita mantap,CGI mantap dan lakonan yg jugak hebat.What can i say, cerita barat! Mungkin cerita nih mmg berbaloi utk dilaburkan.

Aku malas nak ulas akan jalan cerita sbb korang dan tau kan?

Namun aku bangga dibalik cerita ini ada message yg cuba disampaikan, dan aku mahu belajar dari itu.Korang2 gi rr tgk, smbil menikmati aksi2,CGI dan jalan cerita yg syok tu, ada pengajaran yg boleh dituai.

Apa yg penting keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu. Pangkat,darjat,kemewahan dan kekuasaan itu semua tak penting. Tp yg penting keikhlasan hati kita. Tanpa ia apapun yg kita buat takkan ke mana. Thor sendiri belajar dari itu. Then lepas tu dia success!

Selain itu, sikap utk berubah perlu ada pada diri kita, di samping belajarlah dari kesilapan. Keangkuhan,sombong,ego,iri hati dan tabiat yg tidak sabar harus dibuang jauh2...Jgn binasakan diri anda dengan memiliki sikap itu.

Hidup adalah utk jujur dan ikhlas serta berbuat baik...

Hu..hu..Thanks ''Thor'' !!!!


Wednesday, May 4, 2011

Selamat tinggal Kuching

6 comment(s)


Setelah 4 hari bercuti, akhirnya kembali ke umah ngn tak rela hati...sbb apa? Yala rasa nak cuti agiii!!! Ketagih bangat nak berehat @ nak sambung cuti, maklumla bersantai-santai nih sape tak nak kan? Hu..hu..

Tp mana bole? Kalau tak masuk keje mana nak dpt gaji kan? Mana nak dapat duit utk berbelanja sakan bercuti suma tu. Ko nak harapkan mak ayah ke? Mmg muka tak malu...

Btw...aku dah gelap beb, muka dah hangus dek berjemur kat tepian pantai.Oh tidak!!!

Then aku beli 5 bijik kek lapis...pilih yg sedap2, kat tempat Dayang Salhah nyer, member aku cakap kat situ kek lapis mmg sedap, masa kami try suma jenih kek lapis tu mmg mau mati kekenyangan. Padahal makan sikit aje. Paling best flavour masam masam manis.

Aku selamat tiba kat KLIA td jam 11am, sayu je rasa hati nak tinggalkan Kuching, entah bila bole dtg agi. Walau bandar nih ok ok je but view dia mmg nice.Ada antara tempat tak sempat teroka sbb jauh sgt.

Namun InsyaAllah dtg lagi.Mungkin pah kahwin kot.He..he...


Kuching day 2

1 comment(s)




Hari kedua, senang cerita kemuncak segala-galanya. Suka!!!

Kami bereempat gi Bako National Park, lepas sarapan segala dan perut kenyang perjalanan dimulakan walau hujan agak renyai2 sikit.Tp okla tak ganggu plan kami.

Sampai aje cuak sbb kami kena seberang sungai yg katanya ada buaya. Korang tgkla signboard tu, tp nasib baik tak jumpa diaowg masa otw. Berdebar-debar dalam hati.

FYI, jalan-jalan kat bandar Kuching nih mcm xde signboard sangat compare ngn bandar KL yg berlambak2 tu.Sbb tu senang gila kami sesat kat sini dan terpaksa guna GPS. Nak wat can ana byk jalan sehala lak tu, nak lintas2 sesuka hati mmg tak bole rr.




Sgt syok kat taman nih, mmg superb rr...kami siap jungle tracking ngn suka hati walau hujan boleh tahan renyainyer. FYI aku cuma berselipar @ sandal je...mmg giler!! Nasib baik takde ape2 berlaku,kalau tergelecek gelongsor ke ape ke? Tak tau rr...

Mmg main redah aje sbb aku mmg tak bwk kasut.



Hutan agak dara, ngn pantai yg bole tahan cantik. Kami tak naik ke puncak pulau utk tgk air terjun sbb jalan licin dan tinggi plus xde group2 pelancong lain yg menuju ke atas. So tak berani rr kami. Mana berani berempat aje beb,kan tak pasal2 masuk muka depan akhbar lak.

Akhirnya kami finish kat pantai yg best dan permai....suka..suka ...suka...!!!




See!! Ada buaya tau sungai serawak nih!

Next lepas berehat segala, kami gi ambik angin segar kat area Waterfront pahtu naik sampan RM0.50 gi seberang utk makan. Kami singgah kat My Village jamu perut kami yg kosong nih.

So far so good kat sini walau aku rasa bandar Kuching nih agak berbeza ngn KL, parking senang tp kalau tak beli kupon mmg kena saman. Cakap pasal saman, aduiyaiii...tuhan je yg tau, yala manala tau pakai kaedah nih, senang2 aje duit sampingan lain melayan. Gaya ala2 bandar Melaka plak.

Monday, May 2, 2011

Kuching day 1

9 comment(s)




6.40am naik flight kat KLIA,excited bangat nak bercuti. Dengan senang hati berada dlm flight, kira2 1 jam 45minit selamat tiba kat lapangan terbang Kuching. My fren Yana jemput kami kat airport. Nasib baik ada dia, dia yg temankan kami bercuti kali ni, thnks 2 her gak sbb tumpangkan kami kat kereta barunya.


Bole berjalan ke sana ke sini ngn keretanya tu. Actully lega sbb ada mmber nak teman kat Kuching nih, sbb kalau main redah je susah gak kami.




So far ok la kat Kuching nih walau aku rasa bandar nih mcm kurang owg, tak jem sgt, bersih plak tu, parking pun tak full dan nak wat apa-apa tak crowded sgtla...mcm bandaraya senang je. Ye ekk?




Ada a few menda-menda baru/ berbeza aku jumpa kat sini, berbeza la berbanding duk semenanjung.Antaranya manyak makanan berasaskan chinese nye stail, makan pun jrg ada yg berkuah melainkan ada sup, air limau yg diletak garam, pahtu plak evironment,jalan-jalan dan surround bandar sgt bersih dan terkawal. Walhal aku tak nampak pun pekerja DBKU ngah sapu2 sampah kat tepi-tepi jalan.




Kat sini mulut jgn celupar(mmber dah pesan siap2) sbb mungkin nnti kena pelakuk kayu hoki atau santau segera.Ambik ko!




Tp mereka(warga kuching) tetap ramah ngn owg luar.




Paling syok bila jumpa nasi goreng enjin! Then apa2 nama-nama makanan mostly letak special yg mana kalau special mesti ada telur mata. Cth nasi goreng special atau mee goreng yg diletak telur mata satu.



Syukur sbb member2 aku dah siap buat tentative sendiri, so takdela membabi buta redah mana aje.



Ini baru hari pertama aku share.Next kita tgk hari kedua lak. 4 hari aku akan bercuti kat Kuching nih,rasa mcm mg malas nak balik smbung keje kat KL tuh.