Thursday, June 30, 2011

4 love

3 comment(s)
Untuk CINTA yg ada ini ...


AKU akan TUNGGU...


Wednesday, June 29, 2011

Dongengan sebuah cerita

6 comment(s)


Lately aku asyik layan cerita-cerita kt Youtube je, dr cerita happy2,perang2,sedih2 dan sehinggalah cerita cinta.Mostly yg xde kat TV dan film...specially cerita2 dr site indie.Pengarapan cerita pendek yg diadun baik kata ko.

Kekadang semua tu hampir berbekas kat diri aku, dihanyut arus perasaan sendiri ketika melayan cerita tersebut.

Indahnya mereka, manisnya mereka menikmati kehidupan yg telah dirancang itu. Aku aje yg agak terumbang ambing dek perjalanan yg belum tentu. Namun jauh kat sudut hati, aku tetap bersyukur aje atas segala rahmat dan nikmat tuhan.

Bila dihayati dongengan mereka, sesekali terkena kat batang hidung sendiri, specially tentang cinta. Hu..hu..manisnya, pahitnya...dan sedihnya mereka. Terbuai sendiri specially bila OST nya mencengkam jiwa.

Kisah mereka shahdu dan pelbagai...semuanya telah dirancang baik oleh pengarahnya. Aku yg menyaksikannya nih perlu belajar kot, walau tak banyak...at least sbg pengajaran utk meneruskan perjalanan hidup.

Tak semua yg bernasib baik...tp tuhan telah menciptakan yg terbaik utk setiap hamba2 Nya.


Jika kisah manis drama2 nih pernah wujud kat dunia nyata ataupun sekadar dogeng shj, maka kisah manis-manis kita pun bakal ada kot. Hargailah apa yg ada ye.






* Sedih...malam nih akan berangkat ke KL, keje menanti.

Tuesday, June 28, 2011

ubat nyamuk

3 comment(s)



Sejak balik kg nih...sgt malas! Yala...semua senang dan makanan pun terhidang depan mata. Tp esok malam nak balik dah...hurrrmmm...

Well...tgk gambar kat atas tak?

Tu ubat nyamuk owg Kelantan panggil, jenama Fumakila, sape tak kenal tak taula...

Dulu selain guna kelambu, nilah antara alatan yg canggih utk halau nyamuk dari gigit badan-badan cute kat umah nih.Walau bau dia busuk tp byk membantu dari digigit nyamuk sial tu. Time kita masyuk tidur tula dia ganggu ngn bunyi dan gigitan nya.

Jarang dah owg pakai kot...kt kg aku pakai agi.So traditionallah... but membantu.Kalau kat bandar owg gemar pakai yg cecair, bar, semburan dan alat bunyian utk halau nyamuk tu.

Teringat masa kecik dulu...sebelum tidur mesti pasang nih, yala...kat kg byk nyamuk kan.Tak perlu bakar sampah asapkan umah lagi utk halau nyamuk, itu lagi tradisional wei.

Selalu guna penutup periuk utk alas ubat nyamuk tu, tak mau habuknya mengotorkan lantai.



* Sakit ati ngn maxis...siapla kalau aku dapat tau pe yg ko overcharge!


Monday, June 27, 2011

Negeri cik siti KU!

3 comment(s)


Dengan jayanya smpai ke Kelantan tadi, walau lambat sikit sbb bas hantar owg ke Jerteh dulu but okla smpai gak.


Happy je kt Kg, rasa bebas, free dan mood bercuti membara-bara, sekejab pun jadila asal dapat rasa nikmat berehat tu.


Btw masa otw td kat bandar KB aku nmpak bangunan nih (gambar atas)...1 bangunan penuh alat deco aje. KL pun xde sebesar nih...hebat rr negeri kawe.


Orait then nak lepas geram gak kat sini, ada marah byk ngn maxis skrg nih, ada something wrong...ko charge bill aku melampau-lampau,aku rasa tak guna sebanyak tu! Rasa nak potong line je nih. Mencik!


Sunday, June 26, 2011

Balik kg

4 comment(s)
Kt terminal Putra skrg nih...

Lama tak balik kg,miss my hometown,family dan kwn2...

Moga terubat... Dalam bas aku nk tidur je.Cepat2 rr smpai Kelantan...

Saturday, June 25, 2011

Boroi

3 comment(s)
Dari pemerhatian aku lah..jgn salah paham ye, ni dr pemerhatiannnn...


Aku tgk kebanyakkan lelaki Melayu skrg nih mudah boroi...yg lum kahwin ke, yg dah kahwin ke pun sama...nengok atas dah tough tp bila tiba tang perut terus kantoi...aduyaiii !


Aku pun sama tgh risau nih, ia mulai naik...kena wat 'AB Workouts' lah macam nih, tak mau boroi! Apatah lagi gemukkkk...

Wisauuu....

Friday, June 24, 2011

Tersedar

4 comment(s)

Sesekali kita tersedar dlm hidup bahawa kita sebenarnya insecure, tak berguna, gagal, penakut dan tak dihormati.


Kenapa ini terjadi? Kitalah puncanya...ada sebab musabab kenapa kita merasa begitu. Puncanya adalah kerana diri sendiri disebabkan apa yg dicitakan belum terlunas lagi.


Mahu diselesaikan byk halangan serta dugaan.


Hurrrmmmm.....nak wat can ana ekk? Xde cara lain der...kena buat gak!

Thursday, June 23, 2011

Menakutkan LELAKI

5 comment(s)


Antara perkara yg menakutkan LELAKI adalah TIDAK BEKERJA atau tidak mempunyai WANG....


Betul ke?





*Aku rasa benar....


Wednesday, June 22, 2011

Pengalaman termasuk ke toilet pompuan

5 comment(s)


Penah ada satu kali tu,actually aku tak penah bgtau sesiapa pun pengalaman nih sehinggalah rini...rasanya kira2 6 tahun dulu kot kejadiannya.


Nak kata nih pengalaman lawak bole gak, cuak dan pahit pun boleh tahan gak.Cuma nasib baik tak kantoi je ye.


Nak dijadikan cerita masa 1st year kat Uitm S.Alam, masa nih aku ada kelas kat Bangunan Sultan Abdul Aziz yg tinggi tu. Time rehat kot kalau tak silap...masa nih urgent nak pakai toilet. So aku bergegas ke sana.


Disebabkan tak tau toilet lelaki mana satu sbb signage dah hilang maka dengan confidentnya aku masuk je toilet depan mata sbb tak tahan nak buang air besar kata ko.


Masa dengan senang hati ketika melabur saham, tetiber terdengar suara gadis2 sedang guna toilet. Sah!!! memang aku silap masuk toilet nih...merah padam muka aku tetiber...dahla masa tu tgh melabur lak tu.


Aku mula cuak, risau plak...kan jadi isu plak kang, nnti dituduh skodeng toilet pompuan, aku dah takut giler masa tu.Yala mana berani aku nak wat cam tu,cuma tak sengaja tersalah toilet je.


So as a countermeasure, aku diamkan diri je. Teruskan plan melabur tu...para gadis pun mula nak kuar, riuh rendah tadi dah hilang.Sekarang mission aku adalah tunggu toilet nih clear je,xde owg. Then lekas2 kuar...


Syukur, pah line clear...after cuci segala...aku kuar ngn cepat-cepat tanpa toleh ke belakang lagi. Yang penting adalah harapan takde owg melihat.


Syukur nasib baik tak kantoi...mak aih sgt cuak, bila terasa kiri kanan toilet diguna tadi, siap mereka flush segala...bayangkan kalau mereka tau, toilet yg tgh tu lelaki yg tengah guna. Masa nih aku innocent agi, takdela terpikir nak wat menda yg bukan2 ke ape.


Fuhhhh...pengalaman tul, maklumlah 1st year kan.Tak maula ada sebarang pertuduhan tak enak lak, sbb aku bukan sengaja pun termasuk ke toilet pompuan...nmpaknya kaedah mendiamkan diri dan cepat2 keluar bila line clear adalah tepat. Hu..hu..


Bila pikir balik...aku tersenyum sendirian...

Tuesday, June 21, 2011

Suara kuat

5 comment(s)


Aku mmg alergic tul ngn owg yg cakap guna suara yg kuat2 nih...mcmlah aku jauh sgt ngn dia smpai cakap suara terjerit-jerit.


Ada yg tak perasan dia mmg bercakap mcm tu.


Kalau duk office tu,satu office bole dengar suara dia.Sgt tak suka! So segala cerita yg patut dirahsiakan terus terbongkar...adakah ini suatu penyakit?


Sama gak ngn manusia yg bercakap pakai h,set tp sebatu suara bole dengar...tak perlula memekik ye, sbb mulut ko tu dah memang dekat ngn h,set lainla kalau owg belah sana kurang pendengaran.


Tak sesuai manusia mcm nih...mencacatkan kredebiliti diri atau pembawakkan diri ko tu.

Aku atau ko?

3 comment(s)


Apa yg sewonoknya jadi diri sendiri?



Bermalas-malasan

6 comment(s)


Kadang2 kita lebih senang menyendiri, tanpa mau diganggu dan hanya mahu berada di rumah atau dibilik tanpa disapa atau diganggu sesiapa.

Kalau bule call tak mau angkat dan sms tak mau jwb.

Kdg2 saat spt nih akan dtg dalam hidup kita yg mana kita just mahu menyendiri, bukan ada masalah pun cuma mau bersenang lenang tanpa diganggu specially bila time cuti menjelma.

Aku 2 hari nih lately mcm tu. Nasib baik cuti. Aku bermalas-malasan tahap giler2, hanya berteman bantal,laptop,internet,TV dan sedikit mknn kat sebelah.

Kadang2 nak turun beli mknan kat bwh pun malas. Nak mandi malas, basuh baju malas dan semuanya malas.

Tak elok pun tabiat nih sbb bole wat ko jadi PEMALAS, sekali sekala aje dibenarkan. Kununnya nak reward diri setelah penat bekerja beberapa hari. Kalau rasa ini sbg satu terapi utk diri sendiri apa salahnya kannn?...

Terapi dari ketensionan dan keserabukkan hidup. Maka ubatnya adalah bermalas-malasan kat bilik.Nak cuba? Sila sila....


Monday, June 20, 2011

Diari semalam

7 comment(s)


Lama tak pegi uptown...uptown Danau kota

Pergi dgn niat nak cuci mata, cuci duit, cuci segalanya lahhh... :P

Then beli sehelai jersi...murah aje.

Thnks kawan-kawan yg temankan, sebelum tu kami main bowling, karoaks dan gosip2 kat kedai mamak. Walau kat mamak ni dh terbukti suma mahal dan cara pengiraan si mamak2 kira makanan diragui tp tetap nak gak lepak kt c,tu.

Balik dlm 12.30am...ngn sleepy2 chumil, cian mmber yg penat since 10am(mereka dh kuar sebelum tu), manakala aku yg penat bekerja rini. Mereka cuti dan aku tidak.

Sekian diari semalam...




* Di sini dinyatakan, bahawa idup anda akan sunyi jika anda hanya ada diri anda saje. Sesekali hang outla ngn kawan-kawan, sekurangnya perjalanan idup anda tu ada warna2 sikit. At least ada tmpat mengadu, meminta tlg, berkongsi dan bergelak ketawa...idup dan masa pun terisi.



Walau bukan lama...sewonok tetap ada.


Saturday, June 18, 2011

Selamat ari abah

8 comment(s)


Aku dari kecik sampai loni, tak celebrate pun apa2 event spt mana owg bandar celebrate, cthnya birthday party ke, hari ibu ke, hari bapa ke...mmg tak penah. Sesama kami sampai loni mmg tak penah la...tetiba kalau kami buat mmg akan dihentam buang tebiat katanya...ha..ha..

Sbb kami 1 family diajar utk berkeadaan spt biasa je...yala owg Kg kanzz...

Apepun pah pindah KL, mula lain ceritanya...aku terdedah ngn suma nih. Tp still ngn family tetap tak sambut, may be keluarga kami sempoi je kot. Nak nyatakan kasih syg tu ngn cara kami tersendiri je.

Tp aku tetap tak lupa dan tetap ingat bahawa arini adalah ari utk celebrate my abah. To ''Ma Hasan Bin Harun'' walau kita tak celebrate pun tp anak mu nih xdenyer lupakan mu.


To all...selamat ari abah...

Cermin mata

7 comment(s)


Susah gak pakai cermin mata nih ya...

Dahla susah, merimaskan, then kalau ilang mmg alamat membataskan suma keje nak buat. Kalau pakai konteks lens plak leceh katanya, sbb malamnya kena bukak,basuh...

Itu kata-kata kawan aku larr....dia macam marah kat aku sbb aku kata syok plak pakai konteks lens atau cermin mata.

Bukan setakat bule bergaya, nmpak hensem plak bila kat muka nih kata aku.

Lagi parah katanya, tiap2 tahun tambah power, then tambah duit agi, itu kalau belum cermin mata tu rosak,pecah...kalau tak beratus2 lagi melayang.

Hurrmmm...entah lol, tp bg aku smart pe pakai cermin mata, aku pakai yg xde power je, just yg bergaya-gaya tu. At least nmpak lain...

Biasala manusia nih kan, bila dia dah lalui baru dia tau susah payah menanggung menda tu, kalau tak elok je,senang je di matanya.


Friday, June 17, 2011

Kaya pun sengsara

5 comment(s)


Aduyai...

Kaya pun sengsara ye, ingat ke dgn kaya nih hati senang bole wat mcm2... Tp hakikatnya dusss!!!

Ingatkn pulak miskin nih susah mcm2, yala xde duit kan.

Namun hakikatnya pucuk pangkal adalah diri kita.wasatiah jela...

Jgn sesali dgn apa yg kita ada,teruskan perjuangan idup ngn berhemah dahla, bersyukur je ngn apa yg ada.

Tak kaya harta xpe, tp kaya budi bahasa dan imannya, itu memadai. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, June 16, 2011

Apa uniknya anda?

3 comment(s)

Setiap insan kat dunia ini punyai keunikkannya tersendiri...tak kisahla ko tu sape? Normal ke? Cacat ke? Tuhan dah jadikan ko sebaik mungkin dah...cuma dengan ko sedar atau tak je.


Oleh itu, jgn duk pandang rendah kat diri sendiri, anggaplah keunikkan ko itu sebagai perangsang utk ko jadi yg terbaik dlm kehidupan...


Disamping keunikkan tu, ada gakla kelemahannya...mana ada yg perfect kanzzz manusia nih...maka yg lemah itu biarlah tercover dek keunikkan ko tu.


Semua owg mana mau dedah kelemahan dan keburukkannya tul tak?...keunikkan takyahlaaa, kalau bule 24 jam aje nak tayang.


Tapi sakitnya hidup nih, setitik keburukkan kita wat...sejuta tahun dia bole ingat.Namun yg tang baik baik tu kemain agi susah nak kenang...kadang2 adab dunia nih mmg bole melemahkan kita.Dugaaaannn...


Btw, apepun...sabor jelah, tuhan ada...dun wurry, kalau niat ko tu baik,suci, maka tetap ko akan terlindung dari yg tak diingini...back 2 basic je...tak gitu?

Wednesday, June 15, 2011

Hackers & ASTRO

3 comment(s)


Isu malam ni bila bukak TV tgk brita...isu pasal Hackers & ASTRO


Hackers yg annonymous, saje hack website gov dan mana2 website glamer, motif sbb tak pueh hati. Internet disekat sana sini katanya...xleh bebas download dan link spt dulu.Takut gak dengar, nasib baik BK nih blog peribadi dan blog biasa2 je, tak berbaloi sgt utk dihack.


Hurrmm...mcm2 dan owg Malaysia nih makin berani, bila dah pandai kadang2 salah guna plak. Last2 yg tak bersalah pun terlibat.


Then pasal ASTRO, yg dikomen oleh team politik tadi sbb naikkan harga package ikut sedap walhal haram...ari ujan je signal cam celaka, takleh nengok rancangan.


Kata mereka(team owg politik) bila dah untung byk, jgnla lupa diri dgn naikkan harga sebarangan, baik betulkan masalah yg tak settle tu je. Baru pueh hati.


Tak taulah...owg tak berkira sgt kalau service bagus, ini sama je kat takuk lama tu. Kalau byr byk tp pueh hati guna ada gak berbaloinya, mcm guna iphone nih...pueh je hati walau mahal...hu..hu..(nak jugakkkk bgtau :P )


Apepun mereka jela yg tau pe sebenarnya yg berlaku, aku nak komen byk2 pun bukan byk ilmu pun dan bukan byk tau sgt pun. Pandai2 rrr nk idup...yg penting dalam hidup jgn menyusahkan owg nnti kena balik kat batang idung ko sendiri.

Motif aku

4 comment(s)
Aku dah buang shoutbox...kotak kecik utk sembang-sembang tu.Yg duk sebelah kanan blog aku sebelum nih tu.


Motifnya...adeler, bukan mengada yer...


Nak komen masih bule agi...kat entry komen tu...nak berkenalan kat situ pun bole.Ha..ha..


Btw...ramai blogger aku perasan wat entry 'wordless wednesday' yg letak gambar aje tu.Aku spt tak tau...nampak sangat spt tak mengikuti perkembangan dunia blog ye.

Tuesday, June 14, 2011

Super lapan

4 comment(s)


Motip gambar tiket wyg very the romantik...ha..ha..saje je, after edit td...


Btw baru je pah tgk wyg...cerita spt yg tertera kat gambar tu. Superb and best!!! kata kau...pueh hati, yela...penerbit stephen spilberg kanzz...


Warga seni perfileman Malaysia patut contohi diaowg wat filem...mmg rr aku tau CGI tak bole sehebat mereka but cara penyampaian mereka menerusi filem ini patut dicontohi.


Iaitu dari elemen pengenalan watak tu...alien tu dr awal agi muncul but yg bestnya muncul sekejab2 and sekali sekala...camera pun tak fokus terus kat alien tu ...so segala kelemahan CGI makhluk alien xleh nampak...


Ini tak mcm cerita melayu...kalau tang hantu tu, satu bdn bole nengok...tepung gomok kat muka pun bole nampak agi. So tak surprisela hantunya and hilangkan feel takut penonton.


Alien nih selalu disembunyikan pengarah...cuma kdg2 nmpak kesan kemunculannya di sekeliling, barula penonton ada feel nak stay lama utk nak tahu rupa alien tu tul tak..


Berkenaan jalan cerita...superb...mereka olah ngn baik aje...pelakon bdk2 pun tak kaku, penuh dramatik, dari awal smpai akhir byk scene bebudak nih yg menampakkan mereka pun hebat menerajui jalan cerita.


Korang gi rr tgk sendiri...cerita yg berkisar akan alien yg cuba menyelamatkan diri, cari solution nak pulang ke dunia dia.Bebudak nih plak cuba nak wat filem sendiri, cerita zombi yg menyebabkan mereka pun terlibat sekali ngn alien nih...


Tak lupa juga elemen sedih pasal kekeluargaan juga ditonjolkan...pendek kata drama ada, alien ada, adventure pun ada. 3 dalam satu la kata ko. Bestttttt!!!




*Upanya super 8 tu adalah berkenaan 8 owg bdk...pening pikir apa kaitan tajuk nih ngn alien?


Comfort zone

7 comment(s)
Internet cam haram je,aku update pakai iphone jeh!

Sebut tang comfort zone,adakah aku kat situ skrg? I dunno, tp comfort comfort ni menakutkan gak,sbb ia buat ko tak berkembang. Mcm tu je...

Dlm idup klau tak kuar dr kepopong tu ko takkan maju, nk tak nk ko kena kuar dan maju setapak ke depan walau pahitnya tuhan je yg tau.

Btw dugaan kat mana2 pun...

Telanla dulu dan nikmati hasilnya yg hebat kt depan tu.

Tp jgn lupa gak, idup tetap punyai pilihan... Pilih mana yg ko selesa beb but memajukan ko.

Monday, June 13, 2011

Manusia

5 comment(s)
Kadang2 lebih senang uruskan brg yg tak bernyawa berbanding manusia yg mcm- mcm perangai nih.

Masing2 tau nk puaskan nafsu sendiri je,selfish...

Busan kdg2 aku,ubat yg terbaik adalah wat bodo je.Lantak korangla...

Esok2 sape yg susah, korang gak. Jgn asyik nk tunding jari je! Cubala belajar bersatu sikit!

Sunday, June 12, 2011

Seindah biasa

5 comment(s)
Tiada pe yg menarik pun...

Biasa-biasa aje...

Seindah biasa kot...

Btw...ceh!! Kelantan kalah lak, marah marah marah!

Saturday, June 11, 2011

Weekend dan tak update blog

2 comment(s)


Baru aku perasan, time weekend,hari cuti...tak ramai owg update blog...

Hu..hu...menghargai cuti yg ada ye, tidur lewat,bgn lewat tp kalau bangun awal pun sbb nak kuar jalan-jalan katanya.

Plus ada gak yg takde broadband,tenet segala...harapkan yg free kat office tu. Tul ekk?

Pepun aku sunyi gak kalau ramai yg tak update, kdg2 sewonok baca entry blog owg nih...bukan setakat buleh buang bosan bahkan info2 terbaru leh dapat.

Aku yg tak minat bola pun leh tau goal2 yg dipunggut berapa skrg...apatah lagi berita dunia.Sebelum baca news paper pun dah tau isunya.

Orait den...to all ...apy holidaylah ye, nmpak gaya cuti sekolah tinggal 2 hari lagi.Buat para guru..selamat kembali bertugas.Biasala cuti lama, ada yg suka dan ada yg tak suka kembali bertugas tu.


Friday, June 10, 2011

Apy Aniversarry BUKANKOSONG!!!!

7 comment(s)




Baru perasan tadi...aku pun bukan ingat sangat...yg aku tau bulan June je...


Sekali tertengok LINK WITHIN...post pertama aku, upanyer arini birthday blog aku nih...sob2 dah setahun upanyer my BUKANKOSONG nih...







Walau mudanya dia tp sebenarnya aku dah berblog lama sudah, cuma blog lama tu aku dah delete pun. Atas sbb sbb yg tak dapat dielakkan.


Tujuan blog nih dibuka actually jadi tmpat sesi luahan perasaan je. Then terus bertukar jadi general nyer blog.


Aku bukak blog nih juga kerana dia, (siapa dia biarlah rahsia), frust sgt masa tu ngn cinta dia barangkali. Beliau ada lagi kat FB aku tu, kami jadi kawan biasa je skrg, tp kalau teringat balik mesti aku sedih.


Orait! Lupakan kisah lalu...


Tak baik sedih2 since nak celebrate my 1st year BukanKosong nih, apy birthday! apy anniversarry!


Tanpa bukankosong nih mesti idup aku busan kan?...ada dia terubat sikit dan dah jadi hobi pun aktiviti berblog nih...di samping dah jumpa a few kenalan kat sini.


Kenapa aku letak nama BUKANKOSONG? ...ada yg pernah bertanya...


Aku letak nama ni selepas ia terlintas kat hati aku, aku letak ia dengan perasaan aku sekali, masa tu perasaan sedihla yg paling byk...sob...sob...


BTW...selamat hari lahir, tak sangka baru setahun ye...




*Kawan-kawan yg singgah...apa pendapat korang ttg BUKANKOSONG nih? Any komen? Sila-sila, aku nak dengar gak...alang2 dah setahun kan...

Beza Mereka

5 comment(s)



Setelah hampir 4 thn bekerja kat Aeon Comp.(M)Bhd aka JUSCO...

Dapat dirumuskan customer nih ada mcm-mcm cerita tersirat. Tak taula tepat ke tak tp inila mcm realitinya. Pendapat aku larrr...



1.) Customer Melayu: -Ada yg baik, mmg baik sgt, tp certain2 yg kaya dan higher edu nya mcm karet, specially yg ada title datin...byk songgeh dan mau dilayan spt raja spjg masa. Mereka suka beli brg yg familiar brand spt Milo,colgate,Maggi & so on.Tak berani cuba product baru.Kalau bule nak beli yg iklan kat TV tu. Tak berkira sgt tang harga tp kadang2 mintak discount tak bertempat. Kalau ada diskaun lagi bagus katanya.Apatah lagi yg murah-murah...mmg laku la barang tu dia beli.

Lagi satu tak leh menerima perubahan...suka duk dalam kepopong comfort zone nyer.Specially time no plastik bag day,ari sabtu tu.Mmg berat lagi nak terima kempen ini.



2.) Customer Cina: - Professional sikit tp particular sgt tang harga.RM0.10 pun berkira, namun mereka akan beli brg tu byk2 jika harganya melambung turun.Tak berkira langsung masa tu...beli aje semahunya.

Tak suka ditipu, kalau harga promotion tu mmg nak harga promotion.Suka beli brg2 kesihatan, senang jadi regular customer dan setia ngn sst product.



3.) Customer India: - Dh jarang involve ngn mereka since dah tukar ke Jusco Au2, namun mereka mmg minoriti, jrg nampak mereka shopping.Tp setakat ini ok je, senang dibawa berbincang. Beli brg pun,beli apa yg perlu aje.Jrg nampak mereka shopping byk-byk.



4.) Others: - Foreigner la...mereka ok je, just ambik dan byr...mungkin brg kat Malaysia nih murahla utk mereka. Yg mahal pun kadang mereka sanggup byr...very open minded specially warga UK,US...

Tp kat AU2, bole tahan gak foreigner Korean.... K-Pop tul ye...English mereka tak seberapa tp tetap mencuba berkomunikasi ngn kami. Mereka tak berkira dan mmg respect staff2 kat sini.




* Ini cuma pendapat dari pemerhatian...tak semestinya pendapat ini betul. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Meh kita follow menda2 baik je ye...


* Aku byk komen pasal cust. Melayu sbb profail kami kat Au2 mmg ramai pelanggan Melayu...majoriti....

Ringtone sms

5 comment(s)


Kadang-kadang terfikir, elok gak ada h,set yg punyai ringtone simple je...tak perlu nak tunggu abih 1 lagu berbunyi...jenuh plak mendengar.

Cth time kat kelas ke, surau ke, bilik ke kalau sms masuk kemain agi lama bunyinya...nak nak pakai h,set nokia, mmg kena tunggu abih satu lagu baru senyap.

Paling nanya kat surau/masjid, kalau lupa silent h,set jenuh tone sms bunyi lagu smpai habih, nak-nak lagu panjang mcm lagu Isabella tu. Tak kusyuk buatnya owg2 masjid tu. Lepas sembahyang suma pandang semacam...glamer terus.

Sbb tula agaknya kat masjid suruh silent h,set dulu sblm solat. Hu..hu...

Kadang kawan aku pun sama, dia pergi mandi, aku plak tidur...then bila bunyi sms masuk...mak aih lama giler ringtone lagu smsnya nak padam...nak aje aku ambik h,setnya tu baling kat luar biar senyap terus,ganggu aku tidur je.

Biasala...ringtone h,set ada pelbagai,ramai suka lagu2 yg terkini,latest, baru ada feel sikit bila dengar,cuma tang masa tak sesuai berkemandang tu bole mengamukkan owg.

Skrg nih aku pakai ringtone h,set simple je, bunyi ketuk besi,ketuk kayu,robot...sgt simple, sekejab je bunyi.Tp keburukkannya kadang tak tersedar ada sms masuk.

Apapun...terpulangla lol, ko punyer h,set.Ni bukan isu besar pun..Cuma nak cerita baik buruk nyer jah!

Thursday, June 9, 2011

Karoake

7 comment(s)
Satu hobi utk semua owg....

Walau suara cam haram,ala2 mcm aku nih.Tp hari2 asah mcm sedap plak,hu..hu

Owg kata suara sedap dtg dr perut,menyanyi pun tak lelah.

Nk kaya cepat zaman skrg suara sedap ngn pakej lawa,hensem muka mesti kaya cepat.

Hu..hu..

Tp apepun karoake tetap menyanyi underground je,klau dah tau suara tak sedap baik tak yah gi apa2 pertandingan.

Buat malu,siap msk segmen suara hampeh utk rancangan tu.

Lainla ko muka jenis tak tau malu dan nk glamer ngn cara memalukan.

Karoake hnya sekadar hobi je,yg dgr suara sumbang mahram ko adalah kwn2 ko je.he..he

Trimala entry xde motip mlm nih...

Hidup dan belajar

3 comment(s)
Lepas adalah lepas, tak berbaloi pun utk dikenang...

Impian lepas ini adalah segalanya.Bina,bentuk dan lakukannya.

Gagal biasala tu,kata suruh kita belajar. Kalau jatuh bgn sendiri, tp bangun dengan semangat utk mencuba lagi.

Solat jgn lupa,owg tua kena hormat tp penjahat kita belasah.

Itu dia motivasi utk ari ni....daaa!!!!

Wednesday, June 8, 2011

Baby bogel

2 comment(s)
Moto yg tgh dibaiki

Susah giler nk cr owg tulun baiki,yala tersadai kt wangsa walk kan.

Akhirnya berjaya bwk ke bengkel.

Tengah gigih tunggu utk disiapkan,ptg ni keje lak tu.

Dugaan tul...

Sesekali dia sakit daaa,patah 1 kaki. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Testing via iphone 3

0 comment(s)


Free upanyer....

Suka suka!!!!

Pah nih bole selalu post BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Testing via iphone 2

2 comment(s)
Testing testing

Kali ni testing stail ada gambar lak...

Sambil uji tgk dia tangkap guna byk bytes tenet tak...

Kalau ok,next time iphone jd teman ke-2 post blog lepas my luvly lappy...

Hu...hu...

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Testing via iphone

0 comment(s)
Baru je install software baru...nk merasa tulis blog pakai iphone plak. Testing testing...ok x?

Tp mcm xleh letak gambar lak..hurrmm..

Tuesday, June 7, 2011

Patah kaki jab

2 comment(s)




Aduiyai patah kaki jab bila moto yg aku sayangi tu rosak plak...


Kung Fu Panda punyer pasal moto tu plak yg tersadai kat Wangsa Walk...hurrrmmm..kedai pomen pun dh tutup...terpaksalahhh...moga selamat kat sana ...aminnn...

Esok settlekan...dhla keje ptg...malehnyer...

Nasib baik lusanya cuti balik

Then cuti tu kena gi beli tiket balik KG...yahoooo d'situ!


:P





*Btw...kung fu Panda is the best...lawak gilaksss!!!

Monday, June 6, 2011

Mereka OKU

8 comment(s)




Aku bangga ngn company aku...

Jusco tetap menerima orang kurang upaya seperti mereka utk mendapat sesuap nasi/rezeki, mereka menerima gaji,benefit dan layanan sama spt normal staff lain.

Sekurangnya mereka diterima masyarakat bukan dianggap menyusahkan.

Gadis ini pekak dan bisu utk pengetahuan semua.

Bagaimana beliau bole berkomunikasi? Mostly pakai bahasa isyarat buatan sendiri, tulis atas kertas dan mcm-mcm ragam lain. Yang penting mostly staff lain menerima beliau seadanya.

Tadi seronok bila melihat beliau have fun ngn kawan2 normal lain, mcm dia tak lain. Dan dia merasa dirinya seperti yg lain juga.

Terbaru aku dengar dah ada pakwe dah. Owg normal plak tu. Komunikasi pakai h,fon dan bahasa isyarat. Tersenyum aku dengar.

Wah...wah..wah... :p

Apepun tahniah utk company-company yg menerima org kurang upaya spt ini.

Pelanggan pun paham...takdela marah bila nengok label kat lengannya tu. Rasanya ada a few staff lain yg OKU diterima bekerja d'sini.


Pilihan yg terpaksa

5 comment(s)


Penah lalui dlm idup tak kalau anda terpaksa melakukan sesuatu sbb ianya perlu dan terpaksa dilakukan?


Suka atau tidak, kena gak buat sbb dah memang kena buat, kalau tak buat hancusss la ko atau berada la ko kat tahap macam tu selamanya...


Hidup mmg byk pilihan tp kadang-kadang sst pilihan tu tetap terpaksa kena ambik gak.


Hurrrmmm...buat jela ye, buat yg terbaik walau terpaksa.

Sunday, June 5, 2011

2 hari yg full

7 comment(s)
Penat!

Mata dah kuyu!

2 hari yg full with aktiviti n cerita



Karoake --> bowling --> Karoake --> Lepak kedai makan -- > wayang(X-Men) --> PENGAPIT



Syukur pada tuhan atas kurniaan kawan yg best

Walau jiwa kadang dihimpit sedikit resah

Namun dengan mereka aku tetap gembira




* X-Men, superb!!! Puas hati...compare ngn sequel before...

Thursday, June 2, 2011

Macam-macam

7 comment(s)


Beralih minat atau tengah obses ngn si gadget cute tu...

Blog mcm mula terabai, tp kawe tetap syg mung!

Waaa...minggu ni minggu bz,minggu mcm-mcm...dah ready nak jadi pengapit?!

Tula dia...aku mmg kena jadi pengapit! :P

Wednesday, June 1, 2011

Cuti,iphone & Jalan-jalan

5 comment(s)




*Kapal Mr Pirate kat Midvalley



Setelah seharian berjalan,maklumlah cuti kan...ke Midvalley,Bukit Bintang dan Times Square setelah berkurun tak jejak.

Ponat den...

Asal nak nengok Kung Fu Panda...tp haram!! suma tiket full, ada seat tak elok je. Batalkan terus kami niat tu!

Entah bila bole nengok...baru teringat upanya skrg ni tgh cuti sekolah, patutla sesak sana sini, LRT,komuter dan monorail...suma sama! Benci den ngn kesesakkan itu.

Then setelah puas merayau, balik aje umah...skrg turn iphone lak, bermanja-manja ngn nya.Godek sana-sini,tanya pakar can ana nak handle,download dan sycn....jenuh gak aku berexperiment sendiri sehingga akhirnya aku tau can ana fungsi dan kawalannya.

Menda canggih nih maka kita kena berlagak canggih gak.

Software nak2 yg unfamiliar aje. I tune la tu la...whatever! Asal puas setelah berjaya menguasai ko...hu..hu..