Tuesday, July 31, 2012

melodi mengusik

16 comment(s)

ada yg kata lagu itu lara

entahla, lagu banyak hubung kaitnya,melodinya yg indah ofkoslah ramai yg terhibur

genre yg dipilih itu terpulang



zaman skrg bukan mcm dulu

lagu juga beredar mengikut perjalanan masa

kalau zaman skrg ni sape yg minat lagu ala ala version WESTLIFE mesti dikeji

semuanya mau hip hop, Kpop...ala busuk busuk pun lagu Tok Iti, kira selamat lagi



Tapi lagu juga berjuta ceritanya, nak nak mempunyai kenangan dengan seseorang

yg pernah kita senang dan sayang

once terbuka lagu itu, kenangan mengusik, silap haribulan menangis sang pencinta itu



biarlah melodi lagu itu kita simpan sampai bila bila

fyi, perjalanan cerita aku mempunyai lagu tersendiri


bidang kerja

12 comment(s)

bekerja juga kewajiban setiap orang, apatah lagi bekerja merupakan sumber pendapatan untuk menyara hidup

mana nak dapat duit beb nak bayar sewa umah, kereta , kredit card segala kalau tak keje

lagipun penat-penat belajar selama ni mmg untuk mendapat kerja yg bagus kan?



kerja ada byk cabang dan bidang

kalau nasib baik, dapatla anda seiring dengan ilmu yg anda tuntut since zaman belajar dulu

tp pepaham la zaman sekarang nih, byk yg lari bidangnya

cthnya mcm aku zaman belajar kemain agi ambik bio, sains student katakan, tp alih alih kerja bidang retail gak

tiada siapa yg tahu rezeki anda di mana di masa hadapan, maka berusahalah untuk mendapat yg lebih baik

actually aku tak ralat pun, tak sangka gak bidang retail one of my passion



as long kamu ok dengan apa yg kamu kerjakan, rasanya itu tak menjadi masalah

masalah akan muncul kalau kamu tak suka dengan apa yg kamu jawati sekarang nih

kerja tak enjoy, suasana kerja yg membosankan, kerja yg tension lebih dari kehidupan seharian apatah lagi dapat bos yg bossy habis

walau gaji mahal sekalipun tp hasilnya balik rumah kita mengeluh, rasanya itu bukan rezeki yang kita dambakan



tiada guna mengejar status dan gaji yg mahal kalau di hati setiap hari disajikan dengan ketengangan kerja yg amat

lama-lama ramai yg bunuh diri mcm kat negara matahari terbit tuh


berdenyut

14 comment(s)


dalam hidup mcm tulah

disakiti, digembirakan, dipermainkan atau dihargai



asam garam hidup, mana yg tak tabah, dah lama giler terluka atau ada juga yg bunuh diri

hari tu terbaca ramai yg bunuh diri kat Jambatan Pulau Pinang

gara-gara tak tahan dengan dugaan hidup, ramai yg bukan Islam melakukannya 

Alhamdullilah agama kita mengharamkan bunuh diri

kalau tak ramai yg dah join sekaki,kononnya kaedah ini cara nak kuar dari segala masalah



pepaham jelah, hidup takkan sunyi diuji sehinggalah ko mati

semakin tinggi iman ko pun, semakin tinggi dugaan untuk kamu



bab bab cintan belum sentuh lagi

selalunya ada yg kantoi atau kurang kasih sayang yg menyebabkan hatinya banyak terluka

tp anda kena ingat, sekali anda biarkan hati anda terluka atau tidak gembira

jangka hayat muda anda akan ditarik, dah tak awet muda dah



sbb tu lah, kena kuat walau sebesar macam ana dugaan pun

please back to basic, jgn lupa pada Dia ye  




Monday, July 30, 2012

OKU

13 comment(s)

bidang kerja

seseorang pekerja yg rasakan dirinya senior & otai akan mula menampakkan ego dengan pendatang baru yg dirasakannya tidak tau apa-apa ( bukan semua tp segelintir )



cthnya aku ada seorang staff actually

beliau agak aneh tp baik serta rajin (sedikit OKU)

disebabkan beliau sudah lama di dept beliau, beliau mula bersikap agak tidak baik dengan staff baru

kadang ok, kadang tidak ok



kami cuba memahami beliau dengan keadaan beliau tp kadang sudah melampau dengan menjerit tengking dengan tidak tentu hala

even dengan supplier yg tidak kenal pun beliau berani untuk menjerit sana sini

kadang risau dengan sikap beliau itu takut beliau akan dikasari nanti



tp Alhamdullilah semua owg cuba memahami beliau

menghormati beliau dengan keadaan beliau sebegitu

namun aku agak kecewa, sbbnya dulu-dulu masa mula kenal ( masa masih new staff )

beliau sedikit pendiam, menuruti & ok


tp tak taula, sbb dah rasa senior kot

beliau dah start mula ada ego & memperlekeh ilmu owg lain

aduii...dahla keadaan mcm tuh, sempat agi jadi macam tu ye

risau takut berlarutan

mungkin pendekatan baru harus diguna pakai untuk menangani staff mcm ini



* FYI company retail mcm kami nih support local community growth dengan menawarkan peluang kerja kepada warga OKU

namun pengawasan tertentu diambil agar tidak melibatkan salah paham kepada para pelanggan atau pekerja lain

cthnya dengan memakai label OKU pada lenggan tangan


asam garam

12 comment(s)

ada yg kata, alasan meninggalkan dunia blog hanya kerana tiada idea

atau ketandusan isi penting untuk dibicarakan

hanya beberapa tahun shj bertahan setelah mengumpul ribuan follower atau hanya beberapa kerat

selepas itu sunyi sepi sehingga terlupa password nak bukak balik dah



aku harap, aku tak mcm tu, harap sehingga ke hari tua, aku bangga dengan diari buatan maya ini

sekurangnya ada hasil untuk dikenang

walhal kalau bukak balik cerita lama

boleh buat aku sengeh sorang2, belum sebut tang gaya menulis

semua nak dikalerkan, difontkan atau tulisan menggunakan stail mcm-mcm



malu plak tengok, gedik sungguh ketika itu dengan dunia bloging nih

semua nak diluah rasa, dari A-Z sehingga pekung sendiri terselah

lepas tu bila ada yg rapat terbaca, mulala emo atau delete atau beralih ke link baru

atau mati mcm itu je



biasala, asam garam dunia bloging



Sunday, July 29, 2012

ketupat sotong

10 comment(s)



selain gila kan akok yg manis dalam entry sebelum ini

aku juga mendambakan makanan ini, walau manisnya lagi manis dari akok tp kesedapannya forsure hingga menjilat jari

sesuai la kot, owg kelate suka manis-manis, sbb tu rakyatnya ramai yg chumil bak gula



btw akok femes time puasa, tp ketupat sotong plak popular time raya

jarang aku jumpa rumah-rumah hidang makanan nih, lagipun sotong skrg dah mahal, sekilo dh beringgit-ringgit regenya



sedap wei, mana yg tak try tu, sila-sila cuba, tp owg-owg luar kelate selalu complain, santapan nih manis sgt, mereka tak berapa gemar

yala, sama mcm kami complain masakan johor pedas sgt walhal mereka baru letak seketul cili je dalam gulai



ketupat sotong nih, kuahnya manis, dari gula melaka. Sotong plak diisi pulut dan dicucuk lidi kelapa

so kalau tgk sotong nih, gemuk2 belaka ngn pulut didalamnya bukan kerana telurnya

nenek blah abah aku suka buat, compare ngn my nenek sebelah mak aku yg biasa buat ketupat palas aje

tu pun manis gak, siap special ada kacang 


gurau kasar

18 comment(s)

bergurau kasar

kadang aku bole terima je, lagipun aku jenis open gak, tak de hal sgt untuk nak kutuk, mengata akan hal-hal remeh temeh

apatah lagi itu asam garam berkawan, ok je bertambah seri rite?



namun kalau melampau sgt sampai melibatkan maruah org lain, itu bukan bergurau namanya

tapi memburukkan serta menjatuhkan org itu terus

kena ingat ya, terlajak perahu bole la diundur tp terlajak kata, silap hari bulan boleh putus kawan



open mcm ana pun orang itu

mereka juga tetap ada perasaan, fikir sebelum terlajak

jangan sampai hari ke hari kamu perasan hanya tinggal kamu seorang saje kat dunia nih

disisih terus oleh mereka yg kamu rasa akrab itu



Saturday, July 28, 2012

Maggi rendam VS masak

12 comment(s)



Maggi? walau bukan maggi pun owg panggil maggi gak walhal mamee upanya, tak pun mee sedap

lembu punyer susu, tp sapi dapat nama ( biasala dunia ... )

this is eat item yg paling pantang untuk ayah aku, beliau tak suka anak-anaknya beli atau pun makan

katanya khasiat takde tp bawa penyakit



tapi ko paham la kalau duk KL jauh dari mak abah

ingkarla jawabnya, tambah-tambah nih makanan owg miskin atau time gaji ujung nyawa ( hujung bulan )

nak jimat duit belila sepeket, bule tahan lama gakla, makanan alas perut cepat kenyang



abaikan suma tu, cuma nak bgtau kat sini, ada beza makan maggi masak guna air panas jerang atau masak terus (pakai dapur gas)

bezala kot, mana bule letak telur bawang pakai air panas, kan tak masak plak perkakas tambahan tu

hina sungguh bila makan nnti

tp kalau masak pakai dapur, lebih sedap sbb manyak menda tambahan bole masuk



kalau duk asrama tak boleh la buat mcm tu ( masak pakai dapur ), tu ramai yg pakai air panas kettle je

siap rendam dalam timba lagi ( aku tak tau nih betul ke tak? atau sekadar dongeng aje, kalau aku never ever nak makan pakai tuh, hygiene wei! tak selera gua )

actually baru haritu aku try, sedap lagi yg dimasak pakai dapur sbb letak satu maggi dah bule makan dengan kenyangnyer


kalau rendam mcm tu, feel tak sampai sbb limited bahan bole letak,siap tambah dua maggi lagi, rasa sikit sgt, tak kenyang dan tak cukup

rasa mmg rr dah cukup dengan sambal segeranya, tp umph! takde!



* mmber aku pernah kurus dulu sbb makan maggi aje, dasyat!...kalau beliau tidur tepi dinding tu, dah rasa macam ada tulang tulang berselerakkan plak tepi dinding, siap bole sapu dah buang dalam tong


Friday, July 27, 2012

en hensem & cik cantik

18 comment(s)


' Kecantikan akan pudar,tapi hodoh akan kekal selamanya'

petikan kata juri animal planet..



btw cantik hodoh itu subjektif

kita tak tau penilaian org lain, walhal cantik bg kita tp tak seberapa dgn org lain

dulu owg kata gemuk itu hodoh, tp tgkla skrg mamat mamat cute kahwin ngn pompuan jelita 

atau muka tak seberapa tp kahwin ngn perempuan rebutan ramai, beauty & the beast

( harap bukan kerana wang )




zaman skrg sukar diduga

even aku dengar dekat korea, ramai buat plastik surgery sbb nak jd muka secantik dan sehensem artis

down katanya sbb muka tak lawa

namun pucuk pangkal back to akhlak gak, kalau hensem bak brad pitt pun tp perangai mengalahkan penagih dadah

out gak!



tetap yakin dgn diri sendiri, walau direject berkali-kali, kita tak tau keje tuhan,kita tak tau jodoh itu mcm mana

last aku dengar gak, ramai yg takut nak kahwin dengan mamat mamat hensem atau perempuan cantik sbb insecure

takut mereka senang berubah hati,berpatah arang dan main kayu tiga

maklumla muka ada market

bole test sana sini



btw hensem & cantik itu bonus je


asal usul beruang panda

14 comment(s)

oh?

patutlar beruang panda tu chumil

ujian time puasa

14 comment(s)

entahla, bulan puasa nih byk menguji kesabaran

kadang mmg tak tertanggung

dari hal keje, bos, anak-anak ( kucing je ), pelanggan, my staff

semua buat perangai

byk songgeh plak tuh, kadang aku 'haaaa' je, malas nk respon lebih-lebih

kan lebih sia-sia plak puasa



mulut masing2 bole tahan, semua pentingkan diri sendiri,kalau kucing aku bole bercakap, rasanya dia pun nak melaser aku

tp customer lagi dasyat, depan-depan aku menyidir kata Melayu tak guna,Melayu sama Melayu tak mau tolong ka?

bukan tak mau tolong makcik oi, cuma keadaan tak mengizin kan!

aku cepat-cepat blah lepas mintak maaf takut menda lagi tak elok terjadi



kadang aku bukan boleh percayai kesabaran aku

luar biasa gak keluar nnti, mulut aku boleh tahan c**ai gak

ternganga ko nanti




Thursday, July 26, 2012

desktop view

12 comment(s)



[ DID YOU KNOW ? ] Possibly "World's Most Viewed Photo" taken by Charles O’Rear

Do you familiar with the photo? This photo was taken by him on a drive to Napa valley and was purchased by Bill Gates . The photo became the default wall paper of Windows XP since 2002. Got it? 

"When it comes to famous photographs, a computer desktop image is unlikely to be the first thought on most people’s minds. But more than a billion people around the world have seen O’Rear’s photo of the countryside near his Napa Valley home. Most of them don't even realise they have been looking at it. For it was chosen by Microsoft engineers as the desktop image for their Windows XP background" Daily Mail reports.




masa mula-mula beli laptop atau PC, gambo ni lah yg kuar dulu as dekstop background sblm korang tukar letak gambar cantik korang atau view yg korang mau.


Wednesday, July 25, 2012

pom pam pom pam

25 comment(s)



huh!

dah start dah weh

pom pam pom pam sana sini



get ready msk TV, msk spital

herannya time raya cina xde plak putus tangan, putus kaki



si muda berkahwin

25 comment(s)




Tahniah buat mereka berdua

sesungguhnya majlis baik sebegini harus disokong



walau seperti mencatat rekod bila masing-masing masih setahun jagung
 ( lelaki 16thn & girl 14thn )

tp kalau dah mampu proceed je

mak ayah diaowg ok kot, walau kedua anaknya masih belajar



( minta dijauhkan )

jgn plak nnti selepas kahwin pelajaran entah ke mana

lelaki tidak mampu menanggung si perempuan

atau lelaki plak menyesal sbb kahwin muda tak bole enjoy



namun itu sekadar alasan bila rumahtangga diuji

doa kita moga perkahwinan ini berkekalan ke anak cucu

aminnnn....

akok

20 comment(s)




antara juadah berbaloi utk dibeli ketika berbuka

wajib ada kat bazzar Kelantan, namun kat KL tengok tmpat gak, ada yg ada dan ada yg tak de dijual

resepi istimewa keluaran pantai timur



manis letin org kelantan kata ( mmg manis )

makin mahal plak dia skrg ( rasanya dah 2 seringgit )

beberapa hari Ramadhan nih belum ketemu lagi

InsyaAllah kalau jumpa konpirm beli



btw nama dia AKOK





Tuesday, July 24, 2012

aku pun pelik

24 comment(s)

aku rasa, aku nih aneh sikit

dah a few years beraya diperantauan, ramai yg mempersoalkan nape mcm tu

entahla, dah aku suka kot ( its not about suka sgt, mungkin juga lari dari mcm2 persoalan kt kg tuh )



bukan mau jd anak derhaka atau jauhkan diri dari keluarga tersyg

then diaowg pun ok, dah biasa aku raya diperantauan ( kalau hari raya pertama aku xde tu, dah biasa, dah lali )

aku tak risau sgt, adik beradik aku ramai, mak ayah pun tak kesah kalau anak ke-2 nya nih hilang time hari raya

katanya at least aku balik, rasanya tahun nih raya ke-4 kot baru ada kat kg

haha



takdela aku sedih pun, cthnya time malam raya, kawan2 pun ramai kat sini, ada juga yg bekerja

so aku tak khilaf sgt la



*perantauan tu KL je    :  P


kunang-kunang

17 comment(s)

melihat kisah lepas dari jauh

sedih gak bila diingat, tp itu pernah menjadi sebuah kenangan istimewa

dulu aku pernah menerangi hidup yg disayangi,harap kini lebih mampu



sejarah lepas mengajar kita untuk menjadi lebih matang dalam membuat keputusan hidup

berhati-hati supaya hati tidak dilanggar todak lagi


' oit! udah-udah la tu! lara semuanya...puasa ke tak nih?! '


terus tersedar dari lamunan mimpi  ( sengih )

dirosakkan

11 comment(s)

ada certain-certain buat rasa penat

paling pantang mood yg ceria dirosakkan begitu shj

harap dpt bersabar di bulan yg mulia ini

Monday, July 23, 2012

ponteng

10 comment(s)



saya puasa saya ok!

moh kita kejar pahala byk byk bulan rahmat ini


* terukla kucing nih!sape tak puasa mcm kucing ni lah

uncle mengamuk dekat SenQ

12 comment(s)





i m not sure the detail, tp dipahamkan uncle ni mengamuk sbb TV uncle nih rosak tp pihak SenQ tak mau bertanggungjawab


* anehnya mcm lakonan lak, sbb video diambik live, terang siarannya, mcm pakai video cam

* guard guard tu asal tak hold atau tahan uncle nih, kang lagi mudarat uncle nih pecahkan laptop atau TV flat screen yg mahal-mahal tu, tak ke nanya

* maybe uncle nih bengang gila sbb dia tertipu, sek baik tak de adegan tumbuk menumbuk, dia kira ok bg balik hset perkerja tuh dan tak mencederakan pekerja terdekat

* sila abaikan penggunaan kata kasar uncle tuh, bole mengurangkan pahala puasa ye

Sunday, July 22, 2012

tak

10 comment(s)

dan selamat beramal

bawak bersabar ye

14 comment(s)




keje retail @ keje kat supermarket di bulan puasa memang menguji kesabaran

rasanya entry mcm nih wajib digarap oleh aku tiap2 tahun, sbb masing2 ada pengalaman tersendiri terutamanya ketika bulan Ramadhan ni

adakalanya aku rasa, ada certain pelanggan spt tidak berpuasa kerana tidak dapat menahan dugaan ketika bersama ramai pelanggan lain untuk shopping itu ini



mcm biasala, nama pun bulan puasa, bulan membeli mcm2 untuk kelengkapan sahur atau berbuka

ada yg nak masak, ada yg mahu segera ala kadar je

yg geram tu yg tak paham ketika ramai owg nih,masing2 pentingkan diri sendiri dan hendak cepat je, gaya macam ko owner supermarket tuh



aku ngn team aku, mencuba yg terbaik untuk memberi perkhidmatan 

biasala adakalanya tidak sesempurna spt yg diharapkan

namun jgnla dicerca, dimakikan dan digaduhkan yg melambangkan kelemahan diri sendiri

ala mcm tak puasa plak bila tarik muka melampau tu serta menggunakan bahasa yg kesat dan sinis 



cuba bertenang, kami lagila kena bertenang kerana bilangan pelanggan sangatla ramai

terutama di bahagian ikan, sayur & bahagian membayar

semua benda kami kena buat serentak dan berturut2 plak tu

dengan puasa lagi, dengan kudrat tak seberapa tu, ada kalanya anak buah hamba membuat kesalahan



jgnla dihukum mereka terus dengan caci maki melampau

rasanya perlu diisi sedikit dengan kesabaran puasa

kami mencuba memberi yg terbaik untuk mengatasi masalah yg ada,yg timbul tu



yang memalukan tu, yg membuat ona tu, orang Islam plak tu, orang melayu yg rasanya conpirm berpuasa di bulan mulia nih

baik yg pompuan muda vouge atau pakcik tua yg perasan poket ketat mmg kekwat sgt nak hina orang2 retail cikai mcm kami nih

kena ingat ya, ada certain yg bekerja, ada juga berkelulusan yg boleh tahan atau mungkin lebih dari kamu

mungkin ada yg memilih bidang ini sbb minatkan bidang 'customer service' nih

jgnla duk pandang rendah kat kami mcm kami nih kuli batak masyarakat plak

kalau mcm tu baik korang gi tanam sayur sendiri, jadi nelayan cari ikan sendiri atau apa sahaja la asal ko puas hati, hoho



kadang sehabis baik kami memberi perkhidmatan

tapi ludahan yg diberi

mmg ada staff yg membuat ona, tp rasanya tak salah menggunakan pendekatan cara baik supaya orang lain lagi hormatkan kamu dengan cara kamu itu

ini tidak semua mau ditekingnya gara2 salah harga RM0.10, menunggu lama mau membayar, mau perkhidmatan lebih

jgn risau kami dididik untuk suasana ini, cuma kena ingat kami juga manusia membuat kesilapan

lainla robot ye, bole bg perfect 100% sbb asyik buat menda sama



btw dahla ramai owg, sila paham untuk tggu turn masing-masing

pengorbanan orang keje retail agak luar biasa bila terpaksa keje weekend, keje time owg cuti dan ada yg keje lebih masa

kdg kudrat mereka tidak mampu melayan kehendak pelanggan itu ini

harap bersabar ye


* pjg plak entry aku, point kat sini aku nak bgtau, dalam semua menda, tak semua boleh dapat seperti yg diharapkan, tiada yg sesempurna mungkin dan mencubalah untuk bersabar. Jgn dimaki untuk menda yg sama-sama bole kita selesaikan.

kadang ada pelanggan lain yg geleng kepala gara2 tak bersetuju dengan sikap pelanggan lain yg tak reti sabar tu.

Saturday, July 21, 2012

bengang

24 comment(s)

sek baik bulan puasa

dan mengenangkan ko tu binatang xde otak aku maafkan



ni marah nape?

yelah, bengang aku ngn anak hamster nih

dahla dari 7ekor dah tinggal 5ekor, 2 ekor menggedik nak kuar sangkar dan 2 ekor lagi dah selamat hilang entah mana ( disambar helang kot? smpai skrg tak jumpa-jumpa )

fyi, umah aku nih ada 2 ekor kucing, tak ke mampus kalau ko tu dimakan? kecik menyelerakan untuk kucing2 kampung tau tak?! (marah giler aku nih,ngn anak hamster pun nak bergaduh)



sek baik 2 ekor nih kucing bandar je, tak reti istilah makan tikus @ hamster malang, tau makan whiskas/ smartheart je

kalau tak selamat la 2 ekor anak hamster yg degil itu

cam haram je mereka nih, dah rr kuar time kul 2 atau 3 pagi

bising memekak je sbb defend diri 'mngecik' dari dikacau kucing 2 ekor tu bila berjaya melolos diri kuar  dari sangkar, ganggu kaco aku tidur je!

sedap plak kucing aku 2 ekor tu buat ko mcm 'toys', padan ngn muka!


xde penyakit cari penyakit!

dah tau luar sangkar bahaya lebih, xde makanan dan air utk dikenyangkan, gigih jugak panjat sangkar nak kuar

kalau mampos nnti menyusahkan!

aku maafkan je sbb ko tu haiwan

huh!



nak kuar je keje ko ye 'Fatimah' ! mentang kecik muat keluar sangkar, menyusahkan owg je! taula curious kat dunia luar,muahaha

Friday, July 20, 2012

baru aku sedar

17 comment(s)

baru aku sedar rentak P1 wireless nih aka internet gua

kira P1 nih abang besar pada para broadband la, sikit canggih and lagi kuat server serta mahal juga bayarannya

namun fyi beliau mcm astro upanya, aneh & lembab time hujan


asal hujan je, terus mampus, xleh nak connect server ( sejibik mcm siaran Astro yg tergendala )

kalau bule pun dah jadi adik beradik kura-kura ( lembab nak mampus )

sek baik hari biasa kamu membantu, laju leh tahan, youtube bole open terus


asalnya nak masuk Streamyx & unifi kat umah aku nih, tp tak taula nape dikatanya takde line area sini

padahal aku duk tgh bandar KL dah, siap kalau duk beranda umah dah bole nmpak KLCC

tp both ( streamyx & unifi ) mmg pemilih kawasan, haktuih!


cam aku xleh bayar je

batman

16 comment(s)
batman SUPERB!

cepat-cepatla ke panggung

Thursday, July 19, 2012

tazkirah diet

14 comment(s)


Hari ni khamis,esok jumaat dan lusa sabtu

dah nak puasa kita lah ye, rasa baru semalam je Ramadhan tahun lepas berakhir, cepatnya masa berlalu

Alhamdullilah dipanjangkan umur bertemu lagi Ramadhan kali nih

syukur



ambikla kesempatan ni utk diet ye, diet buang lemak, buang dosa, buang maksiat, buat lara dll lagi yg jahat syaitannirajin tuh

buat amal byk-byk,keberkatan lebih utk bulan ni

jgn plak asal sahur je mkn byk, berbuka lagi triple byk


nafsu serakah membeli belah makanan tu kurang-kurangkan

tak habis membazir je, sian anak2 Afrika tak dapat makan, kita ilek je buang



sekian tazkirah buat aku dan teman-teman.




Wednesday, July 18, 2012

foursquare

14 comment(s)

pernah dgr pasal application FOURSQUARE? ( malas nak letak gambar, google sendiri utk yg tak tau)

sape pakai smartphone ligatla check in situ sini, saje nak hilite dia dapat smpai tempat tu, sedangkan aku belum lagi (sedikit jeles)

ada juga gatal2 nk check in masuk keje pun ada, tu pun nak bagitau!

inilah kecangihan zaman kini, mcm lelong besar plak nak bagitau diri tu kat ner



aku nih on je foursquare tu kat phone, sekejab sekejab message masuk bgtau follower aku tu check in kat ner

sekali dua ok rr, dari tak tau dah tau ko melepak kat ner

tp lama2 rimas plak, cam artis plak mereka-mereka nih, lain la datuk CT kan, nak gak aku usha



alih-alih off je, sms dari kesayangan tak plak masuk, mencik!  (opsss!)

namun terpikir seketika aku, cam ana la kalau ada stalker yg ada niat nak jadi pembunuh bersiri tu pakai juga application nih dan add mana-mana mangsa dia

tak ke bala tu?

glupp!


kawan rapat

14 comment(s)

tp bila dah agak tua nih, kawan makin jauh

bukan sbb loser ke apa, tp komitment masing-masing

sesekali berjumpa berderai pecah ketawa



kedai mamak jadi mangsa

mereka lah yg paham kita since awal dulu

kdg ada certain rahsia yg kita simpan sampai rini, hanya dia je yg tau


dari sekeping gambar

12 comment(s)


pernah anda memandang jauh, terasa diri seperti dipulau,keseorangan

terasa tidak layak bersama mereka yg dirasakan hebat itu, hanya sekadar melihat

kita hodoh, mereka lawa,hensem

kita miskin, mereka kaya,ada semuanya

kita yatim, mereka ada ibu ayah

kita seorang dan mereka berpasangan

losernya





credit gambar ( tgk sendiri kat atas, penat nk link )


Tuesday, July 17, 2012

i love u

16 comment(s)

cinta tak perlu dikata

kita boleh merasa

juga boleh rasa kalau owg tu curang! : p


hamster gua

24 comment(s)
btw aku tak sure, aku pernah entrykan pasal hamster aku atau tidak

selain kucing galak 2 ekor tu, aku bela jugak 3 ekor hamster, 1 jantan namanya Hugh Jackman, 1 betina yg namanya Lana de ray & 1 lagi namanya plak scarlet Johnson ( baru aje beli )

jgn kamoo persoalkan namanya itu, sbb aku juga redha (housemate aku yg letakkan), asal sblm itu nak letak nama Cik Timah & Pak Dollah rasa tak smpai hati, kampung sangat bunyinya

btw Lana de ray dah beranak 7, Hugh Jack Man memang power bg benih, tak sampai 2 hari dah pregnant



kalau bela binatang nih ( actually umah aku dh mcm zoo negara ) ada paedah juga, selain pengubat kesunyian , byk tips bole tau pasal haiwan peliharaan.Do & don't, tips itu ini atau pantang larang yg tak pernah didengar pun bole tau



1.) hamster suka mengigit ( tak kira jantan atau betina atau anak-anak ). Suma nak gigit, penat beli batu, botol air mereka pun nak gigit ( petuanya jgn beli yg besi, ballnya akan rosak & sangkar banjir! )

2.) hamster jantan mmg loser, sbb alwys kena buli ngn betina. Sblm nih ada jantan yg pernah mati

3.) bila hamster betina mengandung, beliau akan emo memanjang. Nampak jantan asyik nak tengking sepak teranjang je

4.) yg betina akan back up anaknya habis habisan, sudu aku nak bg mkn pun nk gigit.Ingat aku nak culik anak ko?!

5.) hamster aktive time tgh malam, waktu siang specially tengahari mereka akan tidur. Time malam tu umah akan bising, kita tak bole tidur sbb satu sangkar tu suma mereka nak gigit. Konon power rr gigi diaowg tuh

6.) bulu hugh jack man aku mcm bulu penyapu( suma smpah melekat kat beliau ), tp betina seksi yg amat. Montot ok!

7.) hamster paling suka kuaci

8.) Hugh jack man kuat sex ( dah naluri binatang )

9.) kos pelihara hamster tak tinggi, makanan diaowg sgt jimat & murah walau mereka ini mkn byk tp masih bole save makanan. Rasanya 2 kali sehari bagi.Itupun 2 sudu jah!

10.) kalau pandai menternak, mungkin bole jd tauke hamster yg berjaya.Seekor boleh cecah RM15-40, pandai2la ko kacuk. Lagi lawa lagi mahal.




*dah binatang kannnn




*anak Lana de rey, namanya Siti Fatimah






Monday, July 16, 2012

kuasa

16 comment(s)


takpela sama-sama kita belajar, masing-masing belajar dari kesilapan

dalam pekerjaan, kadang kena professional, kadang hati staff juga kita kena jaga kerana mereka juga punyai harga diri

ada cara mahu marahkan staff, biarlah staff kita nmpak kita marah atas dasar teguran membina kerana kerja yg salah

bukan kerana marah disertai emosi ( yg menimbulkan kelemahan kita sendiri )

inilah yg berlaku hari ini. Lambat laun staff itu akan meninggalkan tempat kerja dan merasa seperti mereka dipulaukan atau diperlekehkan serta keringatnya berkerja seperti tidak dihargai

btw jgn sesekali mengambil kesempatan dengan kuasa yg ada

kerana kita bukan selamanya di situ

penungang motorsikal

16 comment(s)

rakyat Malaysia boleh tahan dasat actually

cthnya penungang motorsikal

nak dijadikan cerita,ada yg pakai hset masa bwk moto, bercakap ngn owg belah sana dengan selit handphone celah topi keledar (super wow, sbb mana2 mat salleh blum buat lagi )

bawak moto boleh tahan laju ( lagak profesional ), potpet potpet mengejutkan pemandu kereta sebelah yg jugak tgh dail owg lain ( ini dah biasa )


kat trafik light plak masa berhenti tu ada masa agi utk sms, urgent sgt agaknya, isteri nak bersalin kot?

kalau xcident, suma dah tau punca, so takleh nak salahkan sape2


mat rempit agak otai jugak buat perangai mcm nih

tp aku perasan hset yg dipakai, hset biasa biasa je ( cap ayam kot )

smartphone setakat nih xde lagi, mungkin tak berani buat sbb terlalu mahal

baguslah tu, sbb nak jawab call pun kena guna 2 tgn ( touch skrin katakan )


agaknya mat rempit belum mampu lagi bli smartphone

hanya habis duit alter enjin motor & byr saman


* sekian pengalaman saya sbg antara penungang motorsikal jugak, ini yg ternampak hari-hari masa pergi & balik keje








Sunday, July 15, 2012

iklan 1 Malaysia

12 comment(s)




masih ada lagikah seperti ini? boleh bilang ngn jari kot

tp untung bila ada bangsa yg paham 3 bahasa nih, untung hidup kat Malaysia, sape nak ngumpat pasal dia dalam bahasa lain pun tak bole



aku ada a few friend mcm nih, tamil dia otai, melayu kat hujung jari & mandarin pertuturan hari-hari

gila bonus buat mereka



tp aku perasan ada a few iklan '1 Malaysia' yg dipolitikkan

tgk sekali pun dah tau sape yg bikin iklan & sape yg dicerca dalam iklan tuh
 ( tersirat sgt )

namun aku tgk ada plak yg berlakon macam kayu, hafal skrip seketul seketul
( iklan masa meeting )

merosakkan mood penyampaian iklan aje



* btw pilihanraya dah dekat, well masing2 dah paham motif masing2




susu anak

18 comment(s)

sejak keje retail 

fenomena kat atas nih dah bese dah aku lalui, walau aku masih lum kahwin & punyai anak tp paham sgt situasi si bapa bapa nih

lainla kalau bapanya tu HOUSEHUSBAND sepenuh masa rite, mmg xleh tipu bab bab susu anak nih



bukan apa susu anak nih complicated, nak2 anak yg ada alahan & pemilih

kalau susu sesuai ngn dia & dia suka, tak kira la mahal atau murah maka susu tu lah yg dipilih

nak-nak enfagrow tin 1.7kg tuh, tak menggaru kepala si bapa kerana harga nya mencecah ratusan per tin



mak mak oklah selalu bergelumang, si bapa nih was2 memanjang nak beli susu yg mana satu

sbb tu lah kot si lelaki fail bab2 shopping , jimat duit byk katanya except rokok!


ayat jiwang

10 comment(s)



malam-malam kalau sunyi ( kul 2 pagi ke atas, nak-nak weekend )

ramai yg mula layan perasaan

yg tak romantik pun jd jiwang

suma madah bersajak suma keluarla

ayat jiwang yg sukar dibentuk selama nih pun bole jd romantis



sesungguhnya byk yg disembunyikan insan dalam benak perasaannya
 (yg sedang dilamun cinta apatah lagi)

jantan2 macho pun sama, 2x5 ngarang ayat, kalah para gadis seayu alam


jgn nak elak ye, tukang baca entry nih pun sama!


Saturday, July 14, 2012

mencari pembunuh upahan

11 comment(s)


bila tgh marah mmg terlintas nak buat mcm nih

ajar sikit! bgtau mereka mereka tu tinggi rendah langit dunia nih

dan tips supaya tak dibuli , asyik memanjang je serata umah owg

haha






settle sudah!

4 comment(s)
ok done!

proceed ngn hidup gua! keje gua dan rumahtangga gua je!

yg lain tu gi mampus!


hoho

actually tak marah pun, cuma aku rasa beberapa hari nih atau minggu2 nih, aku lalai sikit

kadang aku rasa itu bukan aku

sek baik aku cover cepat & sempat touch up diri balik, back to normal katanya

hidup dalam lara lama2 nih bahaya

suma menda tak menjadi


so skrg aku dah ok balik

fokus keje, dia, anak2 ( anak kucing lol ), future dan apa2 je aku minat atau aku layan


sekian





Friday, July 13, 2012

tiada guna

4 comment(s)
orang kata kalau penantian terlalu lama

smpai saatnya kita akan mengalah dan berlalu pergi juga

penat menunggu gamaknya


kehidupan pun perlu diteruskan

tiada guna mengharap keajaiban berlaku lagi jika ini ketentuan dariNya

berjalan dalam tak rela & pasrah   



* dalam hidup akan ada saat ini yg akan kita lalui

maka buatlah keputusan dengan bijak ye

letak dalam bloglist

10 comment(s)

gigih aku mencari blog blog untuk diletak dalam bloglist BLOGGER(s) aku

mcm mengutip buah-buah ranun kat dusun lak rasa

ciri-ciri :  1.) blog simple & ringan
                   (gadget berjela tp tak diguna memberatkan blog tak dilayan, maaf, rata2 adalah blog pompuan)                       

              2.) isi str8 to the gay ( opsss! point la )

              3.) kelakar & berinformasi ( ada U,18sx,18PL lagi baik,bonus la tuu! )

         

Thursday, July 12, 2012

ado sekor anok tupa

8 comment(s)

muahaha!

biasala mereka takkan serik

selagi nafsu yg diperjuangkan dulu

masih

2 comment(s)

masih mengharap keajaiban berlaku

seperti mana nenek ini, mengalas muatan yg lebih dari berat badan sendiri

masih menyimpan rasa itu

tp tak taula berapa lama


hope

4 comment(s)


harapan untuk menjamah perjalanan hari

dengan positif & senyuman   : )






On The Spot : 7 Kejadian Tak Terduga Artis Dunia

2 comment(s)


hoho

yg tak tahan part last sekali bila mamat EMINEM berada kat celah kelakang mamat angel tuh

muahaha


* kredit to on the spot, Trans Tv indon

Wednesday, July 11, 2012

perisai

0 comment(s)


berteduh setelah berpanas

bangkit setelah gagal



forget the past dengan perisai yg maha hebat

melupakan jalan terbaik

tak mau berpenat memikir lagi



pakai topi sebesar biar tak kena hujan dan tak kena panas

mmg masalah mana bole dielak

tp biarlah begini

lantaklah!





kadang kejamnya hidup

8 comment(s)

dalam dunia nih

kalau terlalu mudah dapat, manusia takkan menghargai

tak dirasakan xclusivenya agi



dibuangnya ke tepi sesuka hati

tp bila tiada

entah macam ana kudrat menghargai tu wujud

masa tu menyesal pun tak berguna




* jgn dianggap main2 jika dari awal bersungguh2 untuk mendapatkannya

mmg benar hidup kadang kejam

tp jgnlah dihukum pada yg tak sepatutnya

Tuesday, July 10, 2012

compare

2 comment(s)


complicated


Monday, July 9, 2012

test & bahagia

4 comment(s)

sape kata dah masuk alam pekerjaan, xde test exam bagai

ada ok!  tp nasib baik setahun sekali aje

kalau berkali-kali mmg leceh tuk aku, aku mana suka2 menda test , tension bagai nih

tak suka baca note dan berdebar tunggu hari nak jwb soalan

rimas!


patutlar aku lagi suka keje dari belajar

busuk2 pun ujung bulan bole dpt duit


btw Alhamdulillah, bole je jwb td

nih actully upgrading test ( jwb soalan mcm jwb soalan SPM ) untuk kenaikan gred & gaji

pah lepas test nih kena gi interview lak

xde menda senang utk nak dapat rezeki ok


apepun syukur aje, then aku pun makin ok

sudah buang menda2 tak patut dalam otak

lagi difikir pun bukan bole settle

kita dah buat yg terbaik dah pun

harap segalanya BAHAGIA, if tak pun, aku redha, anggap bukan rezeki

aminnnn....


Saturday, July 7, 2012

we are young

0 comment(s)




yes we are young ( walau hakikat tua reda dah ) haha

but if you believe

yes!  you are


udahla tu, tinggalkan kesedihan

lupakan kegelapan

tolak syak wasangka

buang ke tepi menda yg remeh

dan selesaikan masalah


yes we are young

better than before

lupakan segalanya

* awet muda!

Friday, July 6, 2012

asam

12 comment(s)

ada yg kutuk

''woi! ko mkn asam berapa bulan dah?!''

ada plak, lelaki tak leh mkn asam ke?

sedap ok, nak nak time sakit kepala

kira pengganti panadol la tuk aku, tp serius menjadi, hilang plak peningnya tu ( tak taula mujarab peningnya untuk owg lain )


namun makan byk tak elok gak

pengawet dia luar biasa, kena kesan jangka pjg plak nanti

tp serius sedap wei, nak yg masam kaw kaw tu!


berbaloi ke?

4 comment(s)

ada certain certain menda aku masih lagi tak puas hati

tp aku ignore je

kemain agi aku cuba positif

harap berbaloi lah ye!

kisah silam & menerima

5 comment(s)

cuba menghormati sejarah silam atau kisah yg lepas org lain

kerana kita juga punyai kisah silam sendiri yg kdg memedihkan


positif menerima walau sedikit sebanyak kisah itu memberi kesan kpd kita


pening kepala

6 comment(s)

kadang kadang aku pening kepala

sbb aku tak tau apa yg berlaku

Thursday, July 5, 2012

bermalasan

4 comment(s)


hari malas malasan rini

horray!

Wednesday, July 4, 2012

as

4 comment(s)

as happy as i am

saya berbicara pasal saya

0 comment(s)

aku pernah cakap, kalau obses kat menda tu, obses yg amat!

tp kalau aku tak mau & tak minat mmg aku ignore mcm tu je, sesekali je jengah tu pun sambil lewa je kot

dah tua2 mcm nih kdg rasa nak disyg gak, dimanjakan gak

aku jugak suka buat menda giler, kdg tak tercapai dek akal owg lain pun aku buat

tp sebenarnya aku xdela sekuat itu, seberani itu, pemalu aku bole tahan juga, jika tak kenal owg secara mendalam, aku layan sipi sipi je dan asal bule elak aku elak.


tp once terjatuh syg, aku syg betul2, ambik berat & belai habis habis la

aku setia je pada cinta walau berpuluh kali dikhianati pun aku ok je

tp perih weh kalau kantoi, agak mengambil masa nak ubat, aku plak jenih mengalah je serah kat masa nak ubat tampal hati yg luka kononnya


apepun suma tau, hidup saling memerlukan, antara insan ke insan yg lain

even ada masalah pun sekejab aje bole menyendiri mengubati

last2 kita akan kembali mencari teman untuk didengarkan luahan (pilihla teman yg betul ye)


sekali masalah dtg, jgn give up, try sepositif mungkin

kdg bila dipikir balik, ia sebenarnya mengajar kita untuk berfikir & berhati-hati

supaya perkara yg sama tak berulang

serta kita boleh mencari penyelesaian untuk menyelamatkan hati kita yg seketul nih dari terluka lagi






Tuesday, July 3, 2012

back to

5 comment(s)

masa tuk ubah balik mood mood yg pelik nih

back 2 work

back to rash yg lama

Sunday, July 1, 2012

tidak 'pause' lagi

0 comment(s)

tak peduli yg berlaku

atau apa yg bakal berlaku

hanya hargai setiap saat dan ruang yg ada

berjalan tanpa menoleh lagi