Thursday, November 29, 2012

zaman bahaya

21 comment(s)


cerita nih dah lama berlaku

xdela lama mana pun, hujung bulan lepas je



nak jadi cerita one of my staff ( lelaki ok ) tengah menunggu kawannya kat bus stop sorang2, kira-kira pukul 1am

betul betul sebelah Aeon Au2

tetiba datang 10 budak lelaki, kata staff aku tu semua remaja

dan mereka mereka ini bawak kayu besball, kayu hoki, rantai besi, rantai moto, pisau dll yg mmg merbahaya



anak buah aku nih terpingga-pingga 

diugutnya dia supaya dibagi dompet, hset dan segala menda berharga padanya

kasar ok cara mereka ( ofkoslah dah penjahat )

disebabkan 10 org, tak de maknanya anak buah aku nih nak melawan, tambah-tambah dengan senjata tajam lagi

semuanya berlaku dalam sekelip mata

hilang segala harta berharga staff aku nih, sek baik tak hilang nyawa



well, tengokla, lelaki pun boleh kena, apatah lagi perempuan

kalau perempuan tadi, aku tak taulah apa jadi

kesimpulan hati-hatilah zaman skrg

ada antara yg nak kaya cepat tapi guna kaedah yg salah

mmg zaman bahaya


Wednesday, November 28, 2012

retis

12 comment(s)


kalau ada sesiapa add twitter artis

mesti nak artis tuh balas tweet

kepuasan bila tweet dilayan

tersenyum dan serasa nak print screen



jgn haraplah weiii




pulut durian

11 comment(s)




u know what, pulut durian mmg manis, mmg sedap

kelate suka manis, hakikat takleh ubah

sbb tu glamer kat negeri sana je kot



one of my feveret

even tanpa pulut & santan pun aku tetap menggilai durian

dua biji ( bukan ulas ok ) boleh dihabiskan dalam 1 masa

ambik ko!


Tuesday, November 27, 2012

dua medium

14 comment(s)


2 medium aku suka memerhati tapi tak update

Facebook & Twitter



aku belum obses pada mereka lagi

dan rasanya tak kot

skrg nih cuma pada hamster


politik

9 comment(s)


politik aku tak suka

serius smpai ke hari ni, lagu tu la

tgk berita TV3 pun dah tunjuk kelemahan



mesti buka

9 comment(s)

selepas melihat komen kat blog sendiri

aku suka jalan-jalan



1st tgk tajuk, entah nape aku suka tajuk simple penuh makna

then gambar adalah bonus

mesti buka


Monday, November 26, 2012

complete

6 comment(s)


tolak ansur

belajar menerima kekurangan masing-masing

barulah boleh complete each other


Sunday, November 25, 2012

pets

3 comment(s)




kerja penat & stress then bila balik umah ada pets

yg comel,yg manja



stress hilang bosan pun takde








out dulu lah

3 comment(s)


' out dulu lah, nak mandi '


omaigod

mcm haram status kat FB dan twitter

hamba Allah nih nak perhatian sungguh!



Saturday, November 24, 2012

termiss

3 comment(s)


berada di zaman sekarang aku tidak kisah sangat kalau termiss rancangan kegemaran

apatah lagi belum ada Astro d'rumah

sia sia ada TV besar



youtube actually membantu

maharaja lawak episode 1 & 2 khatam sekaligus

Jozan jadi pilihan

semerbak

2 comment(s)


bila ada 4 ekor kucing

bila poo mereka bergelimpangan bersama

rasanya perfume rumah tak mampu menutup kelemahan ini

semerbak



belum tanya lagi position shit shit mereka


Friday, November 23, 2012

terbuka

1 comment(s)


bukan semua menda boleh 'open minded' sgt kan

sbb tu lah turunnya wahyu yg namanya Al-Quran dan para nabi,rasul

akal kita ini terbatas



fakta kata salah dengan bukti-bukti yg sahih

so salah la

usah digaduhkan dengan pendapat berbeza yg kononnya kita perlu terbuka/ demokrasi



tapi adab dunia tak macam ini

sbb tu lah bergaduh


penting tapi dilabel remeh

3 comment(s)


aku sedar ada mcm mcm perkara tertangguh ( kerja remeh yg harus d'buat )

yg mana ramai anggap tak penting sbb ianya dilabel 'remeh' tapi sebenarnya ia amat penting

so kena bijak untuk mencari masa untuk nak settlekan

key nya d'situ


cth ' lipat kain smbil berblog walking '

nyelam minum air


fajar menyinsing

6 comment(s)




berakhir sudah part II tadi

selepas kerja bergegas ke cinema untuk menjamu TWILIGHT breaking dawn

bagi aku super owsem!



namun ada certain part ada bad review

up to selera masing-masing kot



pepun aku puji part perang

kemuncak cerita bila perang berlangsung

super best dengan kelebihan masing-masing

debaran aku tak henti-henti untuk setiap pembunuhan

nak aje aku jerit ' mampus ko!'



lama aku menanti selera perang mcm nih

yg pernah dulu aku harap melalui X-Men & Harry Potter tapi hampeh tak kesampaian  

mungkin ramai yg bengang sbb cerita nih happy ending dan peperangan yg digambarkan cuma ilusi tapi serius menjadi

sebab aku ingat perang betul



tapi ada bait bait part yg korang benci

bila mana watak banyak bercakap, bermain emosi dan cerita seakan mengejar waktu untuk penjelasan setiap watak

aku tak mau bercerita detail, kalau mau senang, boleh google , info berlambak

lagi bagus kalau korang beli tiket dan tgk sendiri



aku bagi 9/10...


Thursday, November 22, 2012

Kahwin campur

3 comment(s)

India kahwin ngn cina

Anak dah mcm Melayu

Bleh speakng tamil & bertutur cina



Demn jeles aku!

Wednesday, November 21, 2012

belakang tabir

3 comment(s)




semalam gigih hantar pada para pelanggan

kul 10.30pm pun jadi

serius seronok plak buat business belakang tabir nih

mmg rr pendapatan tak seberapa tapi serius puas



namun pada yg masih berminat boleh jeling jeling sekali lagi kat AIS Pet Store

Fyi telah ada ibu baru yg pregnant dan yg telah selamat melahirkan anak

masih menanti untuk beberapa ekor lagi



giat 'mate' kan short hair

kacuk dengan bangka yg kaler kiut



Tuesday, November 20, 2012

kalau nak

4 comment(s)



kalau nak takde

kalau TAK NAK berlambak-lambak plak

nak cari laundry bag je pun


hak tuih!!



Monday, November 19, 2012

dalam

3 comment(s)


dalam kegembiraan ada juga ketidak gembiraan

sedey tapi redha


AiS Pet Store

5 comment(s)




ikuti / LIKE atau boleh juga purchase kat sini

atau boleh tegur kami kat sini dan bertukar pelbagai ilmu lain berkenaan 'pet' especially berkaitan Hamster, Kucing & ikan



gua dah letak kat sebelah tu , boleh link,berkunjung & LIKE

kalau tak PM saya je kat sini atau FB gua untuk any purchases

thnks




Sunday, November 18, 2012

aku yg tersakiti

1 comment(s)





its not about aku yg tersakiti

even aku bahagia pun dengan si dia dan sesiapa pun di dunia ini

walau badai duga melanda tapi redahkan aje dengan pelajaran yg baru



tak putus putus aku putar lagu nih

selagi minat dan tak puas

dan hilang minat nanti, putarlah lagu lain



ada sesuatu yg mengasyikkan



Saturday, November 17, 2012

legend

8 comment(s)




mau aje d'susun dalam satu botol cute

isi penuh-penuh

buat hiasan letak atas meja

syg untuk d'makan



oh legend nyer dia


Friday, November 16, 2012

tapi

4 comment(s)


kawe penat

banyok kijo

tapi tak kayo kayo jugok



positif positif


Thursday, November 15, 2012

kencing

9 comment(s)


ada petua tak nak halang kucing jantan nih dari kencing merata?

aku siap buang bau dengan basuh dengan clorox tempat dia kencing tuh

alih alih dia buat lagi



hangin rr, asyik asyik nak basuh tempat yg sama

hancing ok!

aku clorox dia karang!

nak tanda kawasan pun agak agak rr

dalam rumah je pun


Wednesday, November 14, 2012

salam bulan baru

7 comment(s)




salam Maal Hijrah

kalendar baru untuk bulan Islam

yg ramai tak guna tu



apa azam?

betul kan solat 5 waktu? cukupkan solat 5 waktu yg kadang lalai tak cukup?

aminn...syukur


tak pernah habis

4 comment(s)


kerja tak pernah habis

kadang serabut pikir



tak pikir karang

tak jalan plak

tak kerja, tak de gaji plak



Tuesday, November 13, 2012

memahami

6 comment(s)


bagus gak kejiranan aku nih

memang berbilang bangsa

Melayu ada, India ada dan apatah lagi Cina



hari ni Deepavali

meriah giler bunyi mercun, rasa annoy pun ada

tapi aku perasan cina mahupun Melayu tak marah pun

kalau marah pun, marah halus halus je dalam rumah

maklumla kul 12am mercun memekik tak hengat dunia



tapi setakat nih xde yg kuar rumah bawak parang nak amuk

masing-masing saling memahami tradisi 

syukur sbb di sini kita aman dan tak berperang



aku smpai skrg kagum bila cina sembang ngn mamat india guna bahasa Melayu kita

walau pelat tapi nice


Monday, November 12, 2012

apy diwali

6 comment(s)


hei! esok deepavali rite?

ramai pelanggan Melayu cakap tadi diaowg shopping last minute

gila over tau statement



aku ada berapa kerat sgt mmber India

jiran-jiran ramai la

tu pun xde rr tegur, setakat senyum bila lalu sebelah

btw pernah tgk diaowg fight live

bawah beranda rumah aku



gaduh pasal apa aku tak tau

sangat dasyat

pepun apy diwali

kita yg bangsa lain,Melayu dan Cina tumpang sekaki cuti korang


selipar kita

6 comment(s)



kasut ---- > capal ---- > sandal ikat ---- > selipar jepun



actually xde la selipar jepun yg hina yg bawak pergi bilik air

yg bergaya ada lambang FB, angry bird atau MU / Chelsea ka



lebih senang kaki bernafas

fesyen zaman skrg makin simple

anak muda lelaki lebih macho berselipar jepun aje, seluar pendek dan baju V neck serta ada enak pack


Sunday, November 11, 2012

kekurangan

6 comment(s)


aku rasa setiap org ada kot kelemahan diri tak kira fizikal, mental ataupun perangai

kekurangan yg kita tak mintak tapi ada

maybe tuhan nak uji supaya kita lebih kuat dan lagi matured



aku paling pantang bila kelemahan dimentioned org lain atau oleh kenalan rapat

konon nak gurau tapi dia tak tau kita tak suka

buat control control gelak aje, tapi dalam makan dalam wei

merah padam dah muka



hilang semangat serta merta dan takde mood

rasa nak lari bawak diri jauh jauh

dan lepas tuh persetan aku takkan mau tengok muka org yg mengata tu lagi

itulah yg terjadi, tapi alih alih jumpa gak sbb mereka yg kita hadap tiap hari 



btw aku senang je, terima jelah kekurangan tu walau pahit

nak buat macam mana, nak ubah pun tak boleh, dah lagu tu

positif ajelah, telan bulat bulat tanpa rasa bersalah

lama-lama senyap la mulut khinzir tu

kah kah kah 


tiada

10 comment(s)





tiada yg best melainkan bercuti dari kerja


Saturday, November 10, 2012

Galau by Dato' CT

0 comment(s)


hari ni aku rasa cantik plak turutan hari bulan dan tahun

10 11 12

mood aku pun baik

sbb untuk beberapa hari ni, aku juga turut bercuti



so memandangkan mood baik

terimalah Galau by dato ct

demn! tak sedap lagu nih, suara tok iti je sedapp








Friday, November 9, 2012

ada benarnya

2 comment(s)


dipetik dari status FB my fren


'' Ada juga manusia jenis fasik,sebelum ni haram jadah jarang-jarang datang solat jumaat kat masjid tetapi bila

 anak dia nak berkahwin, setiap minggu datang solat Jumaat.siap dtg awal dan duk saf depan lagi,rupa-rupanya 

dia nak ajak jemaah masjid supaya pergi ke majlis perkahwinan anaknya. Yela takut nanti org kampung tak 

datang kenduri plak, bukan mengata tapi renung-renungkan ''



mungkin ada benarnya pernyataan ini


88

6 comment(s)




hari tu balik kg kerana kenduri kahwin adik aku

masa singgah kedai runcit area rumah kg, ternampak chewing gam nih

nolstagia sungguh



terus beli tanpa fikir panjang

RM0.20 dah sekarang serta rasa dah tak ' ummph ' seperti sebelumnya

shape pun makin kecil

serta merta sebak teringat zaman kanak-kanak yg setiap harinya adalah ' kebahagiaan '




Thursday, November 8, 2012

rusa

8 comment(s)




manusia yg berhati busuk patut dihinggap lipas dalam hidupnya

napela akhir akhir ini aku dibelenggu manusia yg pentingkan diri sendiri



kadang aku rasa kat tempat kerja

aku mcm medium kat tengah-tengah, tempat pelepas marah walhal org yg ingin dimarahi adalah org lain

kadang rasa macam seekor rusa yg dikelilingi gajah gajah yg tengah berang

demn u!



Wednesday, November 7, 2012

settle

9 comment(s)



a few beban yg ditanggung seperti dilepaskan

release mungkin dengan jayanya

Alhamdullilah



ralat serta aneh juga rasa bila mana tak dapat mencoret secara live pakai PC , asyik guna hset untuk update blog

itu pun update ketika bekerja,janggal rasa

agak lama juga menyepi disebabkan masalah internet kat rumah, my adik kahwin & bz dengan kerja yg amat

untuk segalanya beban itu settle

org kata kalau sabar, hasilnya berbaloi



tengok lah a few post aku tak sempat balas komen

apatah lagi untuk berjalan ke blog kawan-kawan yg best kat sini

nasib baik ada a few yg tak putus untuk berkunjung ke sini, thnks all



btw aku masih ada beberapa ekor hamster untuk dijual

special untuk kengkorang aku jual RM6 je sekor, i think sangat murah setakat ini

kenapa nak jual? bukan bermakna nak bersara dari dunia pelihara hamster tetapi bila mereka ramai sangat, aku rasa patut dijual kot

a few mereka sangat-sangat chumil

pada sapa sapa yg berminat boleh PM me kat FB atau kat sini

atau mungkin ada kawan-kawan lain yg berminat boleh bgtau aku



TQ


Saturday, November 3, 2012

Bz

5 comment(s)

Bz tahap tahap tahap luar biasa

Tp balik rumah, lenang...

I luv my job!

Thursday, November 1, 2012

Langit runtuh & anjing mati yg hidup

4 comment(s)

D'one utama

Sesekali & jadi hobi

2 kepala satu hati