Saturday, March 30, 2013

tergesa-gesa

4 comment(s)

1 hari yg tergesa-gesa

dari pagi masuk kerja sampai habis kerja & terbawak ke rumah sekali

buat itu ini tanpa sedar masa berlalu



then ada customer call plak nak beli hamster

then kena ambil kucing

itu semua dilakukan dalam tempoh yg singkat smpai tak sempat nak makan malam

terkejar-kejar



btw ada 2 ekor kucing jantan aku nak bagi free kat korang

ada sape-sape nak PM saya

takkan nak buang , tak smpai hati

anyone yg mempunyai keturunan darah sayangkan kucing sila contact saya ASAP



Thursday, March 28, 2013

masalah sendiri

4 comment(s)

jgn salahkan orang lain kalau diri sendiri tak mampu selesaikan masalah

jangan diulang sebut masalah yg sama jika anda sudah dapat mengagak penyelesaiannya

let go, lepaskan pergi masalah itu,perjalanan harus diteruskan

usah ditangisi dan menyalahkan takdir

hidup memang begini sentiasa menguji



memang benar, yg perit itu yg empunyer merasa masalah iaitu yg berada dalam kasut itu sendiri

tapi sampai bila harus ditenung,dipikir,ditanggis dan mengeluh

buka mata, tarik nafas, berusaha, tawakal dan berjalan terus tanpa menoleh lagi



penutupnya, anda harus bersyukur dengan kurniaan tuhan

Dia tahu mana yg terbaik untuk hambaNya

berfikir positif bukan makin negatif



sekian




Wednesday, March 27, 2013

lupa

4 comment(s)


dan bila kamu terlalu bergantung pada org lain

kadang kamu lupa kelebihan diri




Tuesday, March 26, 2013

ubat saya

7 comment(s)

ubat saya kalau tak mau lemah semangat

bersyukur & take positif dengan apa yg tersurat


well kita kena ingat bukan kita selamanya di atas

kdg bila kita tak dapat apa yg dikehendaki, kita emo plak tetiba

kita tak pikir plak org yg pernah emo kerana kita di atas dulu

now ur turn, sama merasa ( its not all about urself )


hidup memang begini, sentiasa mengajar untuk menjadi matured

mana ada yg perfect abe wei! & kakak wei!





Sunday, March 24, 2013

join Earth Hour

6 comment(s)


tadi join Earth Hour, rumah aku gelap gelita

sgt gelap, takde satu lampu pun bukak

bagus kan aku?



*tapi masa tu aku kat Aeon, tgh bekerja   : p





Saturday, March 23, 2013

telur

4 comment(s)




telur otak kau!


Friday, March 22, 2013

bila mana

3 comment(s)


bila mana hari sangat enak untuk bermalas-malasan

: p


Thursday, March 21, 2013

Tuesday, March 19, 2013

Beyoncé - Single Ladies (feat. Justin Timberlake)

3 comment(s)




kah kah kah

sila layan smpai habis yer

mmg beyonce single ladies aje kat situ


Datuk K

3 comment(s)

hai,

saya ada sekor ikan puyu

beliau lah yg paling kuat, hidup tak perlu pam oksigen segala

makan pun rileks je tak memilih



beliau namanya Datuk K


Monday, March 18, 2013

kelebihan kucing

7 comment(s)

kelebihan kucing aku kat rumah nih

adalah tak makan tikus, tak makan hamster

sbb itu mereka boleh tinggal sebilik



even aku cuci sangkar hamster atau hamster terlepas sekalipun

mereka tak kisah

sekadar melihat

lagi satu kucing bandar aku nih tak makan makanan luar ( cth keropok lekor,nasi )

nasib baik, kalau tak habis dapur diselongkarnya



Sunday, March 17, 2013

syair

9 comment(s)


antara pengalaman pahit saya

ialah ketika menyampaikan syair tapi sumbang di khayalak ramai

( zaman high school )

tidakkkkk!



sekolah rendah ok lagi, masa tu suara mickey mouse

tapi di sekolah menengah tidak lagi, suara dah pecah ,akil baligh

garau sudah




Saturday, March 16, 2013

Pemberi semangat

5 comment(s)

Aku rasa selagi org tu tak bermasalah, dia boleh menjadi motivater yg baik

Memujuk & memberi semangat



Kerana bila masalah melanda, goyah juga semangatnya walau positif mcm mana pun owgnya


Friday, March 15, 2013

air di KL

3 comment(s)

kat KL nih air tangki tak berapa boleh percaya

keruh,byk klorin

bila masak tgk lain mcm je keruh melekat kat bekas tu



maka air mesin yg diletak kat area rumah sgt berguna

RM1 dah dpt se tong besar

tak mau tanggung risiko actually

tak mcm air kg, air telaga




Wednesday, March 13, 2013

sedia utk dijual

5 comment(s)


hamster dah ready utk dijual

ada yg RM8 sekor & RM10 sekor ( boleh tawar lagi )

jenis syrian, more info klick kat fb AIS pet store sebelah



zero charge delivery area keramat Au,setiawangsa dan mana-mana yg dekat ngn rumah kami

sementara stock masih ada

bleh hubungi 0129292382 utk tempahan




Nk bgtau semuanya

5 comment(s)

" sakit perutlah, tandas jab! "

Ko bygkan status ni ditulis kat fb

Adui, semua menda nk bgtau

Nak update



Puih!

Tuesday, March 12, 2013

ada tak?

10 comment(s)


ada tak medium lain yg syok

selain FB,blog,youtube,instagram,twitter?



Monday, March 11, 2013

OZ VS jack the giant slayer

7 comment(s)


dua dua drama magik, fairytale

yg kita disajikan sejak kecil dulu

dua dua aku layan semalam & hari ini

tiket mahal wei ( RM14 seketul ) kat wangsa walk, asal mahal sgt tempat nih? kalah Midvalley



asalnya aku terlalu mau melayan OZ tapi tidak berapa gemar Jack the giant slayer

lepas menonton, sudah terbalik

masing-masing ada kekuatan



fyi OZ akan ada sekuel, Jack belum tentu sbb kutipan tak seberapa dengan budget nak buat filem tuh

tapi Jack ( watak utama ) juga untuk warm bodies ( filem zombi jatuh cinta kat manusia ) tuh lagi mendapat sambutan berbanding versi slayer giant nih

untuk pengetahuan juga, jack ( watak utama 2 filem ini ) adalah watak 'beast' dalam x-men 1st class





Sunday, March 10, 2013

pentingkan diri sendiri

5 comment(s)

ada seorang nih di tempat kerja

lama dah sedar dia manusia yg pentingkan diri sendiri

kali nih sanggup putar belikkan fakta

demi diri sendiri & menjatuhkan anak buah sendiri



bukan hak kita untuk menghukum

tapi bukti sudah jelas lagikan bersuluh



tuhan mungkin bayar cash nanti

atau kredit card, jumpa kat akhirat yer




Saturday, March 9, 2013

gila camera

5 comment(s)

mcm mcm stail kamera ada

serba serbi dari apple ( iphone ) mahupun android

rasanya kalah DSLR



sana sini follower suka ambik gambar

adjust sikit terus nampak superb

skrg giler instaweather la plak



betul apa sy cakap?

6 comment(s)


cerita org puteh lebih kreatif dari org Melayu

idea mereka sering unik dan mereka suka lari dari kebiasaan

saya  bercakap tentang filem



filem kita memang wajah kita

pengajaran tak payah ajar,sudah terang lagikan bersuluh

penyampaian adalah str8 2 the point

sering tak kreatif

mungkin target kita adalah untuk mamat & minah kilang

yg terer terer tu suka download atau tggu tygn kat astro atau jua hari raya



betul apa saya cakap?


Thursday, March 7, 2013

mana?

4 comment(s)



mana sang matahari untuk terangi hari yg mendung dan hampir hujan


Wednesday, March 6, 2013

Owl City feat Yuna - shine ur way

3 comment(s)





1st time dengar

wah, tumpang bangga

suara beliau seiring sejalan dengan hollywood nyer team



harap beliau tabah menempuh dugaan kat luar sana tuh

owg kat sana actually susah nak terima owg luar except Malaysia je

ini adalah OST untuk animasi movie The Croods







Tuesday, March 5, 2013

Tombol pintu

5 comment(s)

1st time pasang tombol pintu

Step pertama masukkan lock pintu tp belum masukkan tombol lagi

Tengah check tiba pintu tertutup



Chantekkkk!

Aku masa tu bertuala je

Terkontang-kanting kat luar pintu

My fren di dalam cuak biru sbb dia tak reti masukkan tombol pintu

Sunday, March 3, 2013

Mood ini

2 comment(s)

Kan bagus kalau mood ini setiap hari

* bahagia


Saturday, March 2, 2013

berat badan

7 comment(s)




bila berat badan dijadikan motivasi hidup

anda takkan bahagia