Wednesday, July 31, 2013

cuba bijak

6 comment(s)

lately ada a few yg agak menguji kesabaran

kerana jika mungkin tidak dihandle dgn baik akan menjadi menda yg tidak baik pulak

nasib baik tidak ada setan di bulan yg mulia ini

kalau tak, tak taula apa jadi



org kata biar nak handle sesuatu menda tu, biar kita nmpak bijak

aku berusaha ke arah itu

menyelesaikan apa yg dinampaknya masalah

dipikir tiada guna jika buah penyelesaian tidak dilakukan



kadang nak handle yg bernama 'barang' agak senang kerana dia tidak boleh berkata-kata balas

tetapi handle manusia ini, hanya tuhan aje yg tahun seksanya

'lempang jugak karang!'

Tuesday, July 30, 2013

macam-macam jenis manusia

4 comment(s)




u know what dalam dunia nih ada mcm-mcm jenis manusia

nak nak yg spt ini yg ego nya menggunung

kadang boleh memalukan bangsa sendiri

agama sendiri



pernah depan mata aku, ada seorang pakcik tua,Melayu beragama Islam ( berlaku pada bulan puasa )

memaki-maki hamun seorang anak muda yg hanya tersalah asing barang, tercampur brg basah & kering ( situasi berlaku di cashier kaunter sebuah shopping complex )

silap sikit budak itu tapi dihamun mcm bdk tu bodoh sgt sbb kerja kuli kat sebuah shopping complex



tinggi ego pakcik tu, walhal bulan puasa tu

tetiba panas amarah sbb lapar kot rasanya



bagi aku semua org buat silap, kita yg mungkin terkena jgn overreacted sgt

karang kita yg malu sendiri

pelanggan yg lain hanya menggeleng kepala melihat gelagat pakcik tua tuh

dia tak ingat, dia marah anak muda, karang setepuk dua penumbuk pun ko dah jatuh tertiarap



sek baik anak muda yg membantu cashier tu tidak melawan

cepat-cepat pergi masuk ke dalam risau katanya darah muda mungkin meleleh


Sunday, July 28, 2013

cabaran home based boarding kucing

6 comment(s)

sape kata boarding tu senang, jaga kucing owg nih memerlukan ketabahan yg agak tinggi juga walau kucing sendiri pun dah cukup penuh kerenah

sejak berkecimpung dgn business ini, rasa seronok plak

masa free pah balik keje mmg terisi lah

kadang takde masa nak kebusunan keseorangan di rumah



Alhamdulillah business ini memberi pendapatan buat kami, juga dapat membantu empunyer tuan si kucing yg ingin bercuti,outstation atau balik kg

btw antara experience since jaga kucing2 nih, seronok tapi kadang menguji kesabaran


1.) mereka ( kucing ) mengeow tak tentu masa sbb duk dlm sangkar, kucing kan suka bebas, bising smpai ke malam kdg

2.) bila pasir baru ditukar selepas dibuang najis, tak sampai seminit mereka tambah lagi, aduyaii

3. ) kucing yg asalnya manja & lembut boleh jadi garang kerana bertentang mata dgn kucing luar yg juga boarding atau aku jaga

4.) ko bygkan mereka bertukar menjadi rimau, aku dicakarnya, terasa takut jab, tp Alhamdullilah ada cara utk menenangkan mereka balik

5.) mereka juga gemar sepahkan sangkar sendiri, makanan diterbalik, air ditumpahkan ( hanya tuhan aje yg tahu perasaan aku masa tu )

6.) selalunya hari pertama boarding kucing tak makan sgt/ tak makan langsung disebabkan sedang membiasakan diri dgn persekitaran yg baru, ada juga yg sentiasa ketakutan atau berjaga-jaga, takut pada kucing yg lain

7.) paling takleh ingat, adalah bau najis semerbak memenuhi bilik kerna aku boarding home based je, so paham-pahamlah baunya, tapi nasib baik kami ada tips tersendiri untuk menggelakkan rumah tidak berbau



itu antara cabaran yg aku & housemate aku pernah lalui

pahit adalar juga tapi terubat bila tgk keletah mereka yg sangat comel comel belaka

well, u know cats rite? ofkosla gebu-gebu belaka

Thursday, July 25, 2013

Saban tahun

3 comment(s)

Macam-macam, bila masuk keje

Kepala dah 100% kerja

Byk menda wei kena settle



Mood raya entah ke mana

Rasanya beginilah saban tahun

Bila dah tua mmg begini kot

Tua?!  Cis


Monday, July 22, 2013

suara ' chipmunk '

6 comment(s)





* kamu jangan melintas jalan kerna ada kereta


aduii lawakk


Saturday, July 20, 2013

bebola kapas

5 comment(s)

kadang kita cuba lari dari kenyataan

yg amat pahit itu

mana mau memenat diri mendukung masalah



tapi sampai bila?

kerna sampai masa kita perlu menghadapi jua



usah begitu, biarlah mencuba walau pahit

anggap sedikit aje pahitnya tapi manis melebihi bebola kapas



Friday, July 19, 2013

bengong

8 comment(s)


----> sexy → Kena rogol dengan bangla → Mengandung → Bagitahu bf → Bf cari bangla → Pukul bangla → Dpt anak mcm Shah Rukh Khan → Bangga

* status seseorang kat FB


aku rasa lawak,bengong!

Thursday, July 18, 2013

kerana

4 comment(s)


pael org kita

kalau sesuatu business itu tiada result gedebuk maju

sampai bebila di pandang rendahnya



never give up

maju business bukan kerana pada kata org

tp kerana berani untuk mencuba



Sunday, July 14, 2013

kita bukan maggi

10 comment(s)





ya benar!

kita bukan maggi, tidak perlu dilabel



maka yg ada jgn duk buat kacau bilal kan negara yg sedang aman ini

jgn fanatik sangat, wasatiah sudah

dituju utk tidak kira bangsa mahupun agama

masing-masing punyai kelemahan yg sebenarnya suatu kelebihan




bazar pada saya

9 comment(s)

bila dah tua

dalam erti kata dewasa

mengunjungi bazar adalah perkara bukan xcited lagi



duduk di KL handling fulus bukan sesenang 123

salah percaturan ikut nafsu

hujung bulan makan maggi

tapi kalau makan maggi takpe lagi, tp kalau makan pasir?



tp ada gak yg mengidam nak makan maggi walau duit semerbak wangi di dalam wallet

well, mencari makanan untuk berbuka kini hanya sekadar mencari baju

sekadar cuci mata & nafsu je ( nurkilan kuih kuih penjaja tuh belum tentu sedap lagi ye )

berbelanja cukuplah RM2 je



this is KL! ( sebutan slang sikit ok! )


Saturday, July 13, 2013

syabas!

7 comment(s)


geram duk kat KL nih

haritu worst dengan isu tiada air kat rumah

kali nih air ada tapi karat yg amat

sangat hinalah karatnya



ada air mcm tiada serupa air

tadah pun tak guna macam nih sbb xleh guna kena buang

InsyaAllah nnti bill dicasnya

SYABAS!


Friday, July 12, 2013

bila ibu bersalin

9 comment(s)

tadi, ketika sedang rehat-rehat tengahari bersama geng-geng sekerja

yala, mana boleh makan tengahari

maka ada yg pot pet pot pet sambil baca newspaper



kami si dua lelaki & aku yg belum kahwin, mmber dah

tetiba member pompuan bercerita pasal 1st time bersalin

entah nape masing-masing open plak



diaowg cerita pengalaman di wad kecemasan

rahim dipotong dgn gunting ( oh! ) untuk bg laluan

xperience ngn ibu bersalin lain

jerit-jerit pekik

banyak doktor lelaki dari pompuan yg jadi bidan



maigod

besar pengorbanan kaum hawa as a mother

Thursday, July 11, 2013

Siti Nurhaliza Dewan Philharmonic PETRONAS

5 comment(s)

a bit kecewa sbb tak dapat pergi

atas sbb sbb tak dapat dielakkan



namun ramai memberi komen yg positif tentang konsert beliau kali ini

sgt positif apatah lagi bila menyentuh tang vokalnya

btw paling sedih bila tok iti announce katanya untuk konsert kali ini tiada rekod lagu mahupun visual as CD or whtever

exclusive katanya untuk peminat yg pergi menonton aje



however thanks untuk peminat beliau yg berjaya merekod pakai phone masa gi konsert ritu

walau sound tak berapa sbb direkod secara tidak rasmi

namun tetap kendengaran jelas vokal merdu dato' ct

congratss! btw vote untuk lagu baru dato' ct   ' LEBIH INDAH ', sangat lazat bunyinya














share video by sizart


Wednesday, July 10, 2013

bulan yg mesra

3 comment(s)



dah 5 hari tiada menconteng kat wall blog ini

no idea walau memang aku bukak hari-hari



btw wish u all selamat berpuasa

especially untuk warga blogger yg dikasihi

maaf jika ada terkasar bahasa kat sini



aku sentiasa singgah blog korang sebagaimana korang walau kadang tak sempat nak komen

huhu

btw aku rasa blog blog korang lagi marveles dari aku

enjoy the puasa & ambik kesempatan untuk buat amal byk byk ok


Friday, July 5, 2013

Madu

4 comment(s)


Thursday, July 4, 2013

Kesalahan

2 comment(s)

sedikit kesalahan..anda termenung berbulan2..berhijrahlah sebelum anda terlambat..

Tuesday, July 2, 2013

dunhill gambar bayi

5 comment(s)


hari tu masa tengah makan kat sebuah gerai

terdengar suruhan seorang kawan pada kawan satu lagi



'' wei, tlg beli rokok tuk aku sekotak, dunhill'' - kwn 1

'' ok '' - kwn 2

'' oit, jab! jab! ...beli yg ada gambar bayi'' - kwn 1




lawak pun ada gak aku dgr

skrg kempen kerajaan untuk menakutkan perokok tidak berguna dengan segala gambar ngeri itu

bahkan dibuat cop, yg mana type yg paling sedap

aduiii