Saturday, December 27, 2014

buat pertama kalinyer, banjir kali ini, kampung ku

7 comment(s)

tak sangka penutup tahun 2014 begini

tapi ini semua kehendakNya,siapalah kita untuk menghalang



actually untuk kawasan pantai timur kalau banjir adalah perkara biasa pada bulan 12 khususnyer

even kalau family call pasal air naik tak brapa nk risau sgt sbb mmg tau air plg komen teruk naik rumah kami pun kat bahagian dapur je & 2 putun tangga paling hebat dia cecah



tapi tidak kali ini

dugaan maha hebat buat family aku, aku yg diperantuan turut terasa

dari gambar FB & adik aku send buat jantung dup dap dup dap wei!

sbb mereka yg mengharung susah senang dikala air besar kali ini



rasanya dh nk masuk 4 hari elektrik xde, air bersih takde

air plak makin naik, rumah kat kampung aku skrg paras dada ok, ruang tamu yg selama 30 thun aku duduki tak pernah naik air kini paras pinggang dah

maha dasyat!

namun aku tetap bersyukur sbb aku ada ramai adik2 lelaki, tak risau mak ayah sbb ada adik2 besar bleh bantu & abg sulung pun kat kg



tapi walaupun begitu tetap risau, sbb nak hubungi susah sgt, ko pahamla zaman skrg, bateri hset canggih cepat habis, kalau 3310 ada lagi bleh la tahan smpai 2 hari

ini kalau xde letrik mana mau charge handset tu, harapkan power bank apala sgt

nak dijadi cerita si dia juga balik kg, satu kg katakan

juga terperangkap kat sana tak dapat balik sini



sian dia, dia call tadi sayu aje suara

katanya kalau boleh nak terbang cepat2 balik sini, tapi mengenang keluarga beliau tetap bertahan

pepun aku tetap berdoa semoga semuanya bakal back 2 normal

biarlah musibah ini cepat berakhir, walau pahit tapi biarlah semua selamat

aku dan 3 org adik beradik lain yg diperantauan berdoa moga mereka suma selamat

aminnnn...InsyaAllah


* jikalau aku adalah 'storm' si mutant X tu, dah lama aku tolak cuaca hujan ini ke tempat lain


Thursday, December 18, 2014

cuti cara kami

2 comment(s)


ada org kalau bercuti mau grand grand

ada org kalau bercuti maunyer budget 500 ke atas atau lebih

dan ada juga punyai perencanaaan yg rapi yg maunyer berbulan plan

seronok kan?

bercuti sape kata tak seronok, apatah lagi bleh lari terus dari norma kerja makan gaji yg membosankan tu,haha



tapi tidak kami

kami pilih percutian yg amat budget, sekadar dekat2 atau mungkin jauh, yg seringkas mungkin

book hotel pun satu malam je, bwk kereta pusing2 tempat asing, google siap2 pe special bandar yg dipilih & enjoy!

thats it!

kami apy sbb seronok duk tempat baru yg mana diluar dari tmpat kami pijak hari-hari



lain org lain terapi cutinya

kami tak perlu hotel 1juta bintang atau kawasan exclusive tapi janji bersih, tenang & cantik

sederhana tu penting yg penting menikmati moment yg ada

paling best golek2 dalam hotel dgn sembang2 yg rancak sepanjang perjalanan

moment yg tak boleh dijual beli



* btw kami baru je balik dari Alor setar, walau bandar ini simple yg amat tapi seronok 



Wednesday, December 10, 2014

hanya kerana kucing

2 comment(s)




Kepada yg suka sngt mintak kucing free...dah fikir perbelanjaan selepas tu..mknan...ubatan...walaupun dpt kucing tu free...fikirkanlah tanggungjawab selepas tu...kalau dah minat sangat...bela je kucing mana2 pun...semua kucing..kalau jaga betul2...cantik jugak... ~ di petik dari pesanan Sam Qasrina Cattery kpd group kucing parsi & baka DLH


aku rasa, aku tak perlu xplain pjg...cth kat atas sgt jelas, even peminat kucing zaman skrg mau yg cantik2 shj, tu ofkos cuba nasib mintak free tp bila sy iklan kucing kg yg biasa2 tapi free tiada siapa yg mau, mmg benar hak mereka untuk memilih tapi masing2 perlu ikut kemampuan & tanggungjwb


menjaga kucing mmg nmpak mudah tapi sebenarnya tidak wei kdg memerlukan kesabaran yg tinggi even bg yg mahal2 beli tu jua perlukan perbelanjaan bukan sikit untuk memantainkan kecantikkan mereka & kesihatan mereka. Kalau ikut yg lagi cantik & mahal harganya lagi cerewat mau jaga, mereka ini tak lasak, manja & kadang senang mati jika tak vaksin & moniter


yg penting passion & perlu ada rasa syg pada kucing tak kira jenis apa kucing itu pun, ini tidak ada certain group sgt memilih, kucing jenis kg tak dipandang, tuan empunyer diperlekeh...aku kdg tak paham kenapa? kucing aje pun, mereka harmoni je hidup, kita plak yg emo gaduh2