Thursday, February 26, 2015

group lain tema dengan kita

3 comment(s)



kadang seronok bila aku cuba masuk group group yg bukan sekepala ( i mean group kat tmpat kerja )

bukan sekepala bermaksud bukan tak suka each other tapi diaowg more to minat yg aku sendiri tak

paham cthnya different hobi, haha

ko pikir la sendiri



tapi sesungguhnya mempunyai ramai kwn adalah perkara yg best

walau di mana kamu berada, kamu tak rasa terpencil

cthnya kalau aku pergi kantin tmpat keje sorang2 takde teman, maka bila nak makan tu rasa kekok la sbb cam loser bila makan sorang diri

tapi sbb aku nih jenis ramah , maka mana2 meja pun boleh gi, boleh join sekaki , makan & sembang

tak losser dah, haha

walau kadang berbeza minat ( cth mereka minat bola & aku tidak ) tp itu tidak bermakna kita tak boleh join diaowg



even geng diaowg sembang itu ini tapi aku tetap ada sekaki kat situ

walau kadang apa yg geng diaowg sembangkan aku blur

tapi sesekali nyampuk ngn menda topic yg lain ( pedajal balik ) buat hubungan jadi syok

tetiba kami mampu gelak together2 smpai keluar air mata

tapi kena ingat,anda perlu bijak susun ayat, kadang boleh annoyed plak plus one day diaowg akan blah bila ko dtg



hubungan sesama manusia ini subjektif

cuma bergantung pada kita aje untuk membawa diri

usah di negatif kan semua perkara sehingga ko hilang kwn & dipinggirkan

kadang mencubalah untuk masuk geng geng itu tp biar kena kesesuaian

masuk kandang kambing biarlah mengembek la kannn



Sunday, February 22, 2015

#anugerahmeletopera2015

1 comment(s)


saya takde ASTRO kat rumah

so nak tau result jugak, just tengok kat

#anugerahmeletopera2015


haha

ini aje la yg mampu




Thursday, February 12, 2015

saya bercuti lagi

3 comment(s)



kali nih bercuti lagi

rasa2 kat mana? mana yg tau, taulah kot

tak lama pun jalan-jalan, tapi mcm biasalah kami prefer percutian yg singkat,best & jimat juga tak menyusahkan sape-sape

fyi, percutian kali ini tak dirancang pun

asalnya mau jejak kaki ke Perlis alih2 turun ke pantai

haha,sewonok



btw aku tak macam org lain, kiri kanan aku tengok kalau mereka mereka yg berjalan atau mengunjungi tempat best mesti bergambar,berselfie bwk kamera

seronok mereka rakam moment

for me aku simple je, kadang ambik gambar sekeping dua atau kadang tak ambik langsung pun

aku lahir takdelah hensem atau jambu, maka bergambar itu adalah soal kedua



nikmat kegembiraan boleh dicari dengan banyak cara

maka hargai setiap saat yg ada k