Friday, January 10, 2025

2025

0 comment(s)

 

Setahun berlalu & aku tak mencoretkan apa-apa pun pada tahu 2024, sygkannn...1 post pun xde weh!

entahlah, mungkin apa yg berlaku pd tahun tu buat aku agak terkejut dan tak disangka

mood pun malas nk coret apapun saban bulan ke bulan


2024, manis aje...mcm biasa ada suka mahupun duka

masih ada archievement, yg mana aku tak archieve sblm sblm ini aku berjaya pada tahun 2024 tu

apa archievement tu? biarlah aku sendiri je yg simpan, for me its personal rekod yg part of me meng completekan hidup aku weh


2024 juga membuat kejutan yg mana sekali lagi aku berpindah cawangan kerja

stress jugala bila tahu, keluar gakla air mata jantan aku

penat weh bila mana aku terpaksa transfer kerja ke KL

dahla pindah TPG dah 2 jam dr umah aku kat Manjung ( skrg tak 2 jam dah,sejam lebih je, harrey la! sbb ada highway baru WCE)


Penatkan jadi org bujang nih?

ada je yg ambik kesempatan , kali ini transfer ke KL

nk berhenti kerja tak brani, sbb commitment byk

makanya aku telan jela dugaan ini & berdamai dgn takdir


Well ,pejam celik pejam celik dah dekat setahun dah aku kat KL ( Feb nnti genap 1 Yr )

Kembali kepada cawangan aku mula bertapak kt Aeon kira-kira 16 thn lalu

So far so good, aku terima suratan ini sebaiknya

aku syukuri yg menyusuri di depan , maka Alhamdullilah baikla jadinya


Siapa kita utk melawan takdir kan? 

tapi Allah sebaik2 perancang

dengan jayanya aku rileks je balik Seri Manjung setiap kali aku cuti melawat umah aku

haha...dasyat kan? drive 3 jam mcm tak rasa apa

cuti sehari pun balik, fyi aku pun tukar kreta baru weh, tak pindah KL rasanya tak tukar kreta gamaknya

kereta lama aku bagi family pakai kt kg, syukur ...ini adalah rezeki & archievement jugak


Aku buat stail ini, mcm stail cuti healing cara aku, setiap kali cuti, aku xde langsung kat KL, mesti balik manjung

Alhamdulliah , semuanya berjalan dgn baik, terkawal mental mahupun fizikal


Bukan mudah ye? byk gak pengorbanan terutamanya on kos pegi balik tu

tapi Alhamdullilah kewangan masih bleh handle

semua terkawal

betul lah org cakap, Allah menguji kita ikut kemampuan kannn ( 3 jam aku drive mcm main pondok2 je rasa )haha


2025 dah pun dtg, dgn baik aman & elok2 sahaja

dengan mcm biasa aku sematkan azam tahun baru kali ini

1.) Mahu jaga kesihatan & diet yg betul

2.) Lebihkan senaman , supaya bdn lebih healty

3.) Jaga solat & Baca A1-Quran 1 page setiap hari

4.) Face the dugaan & jangan larikan diri ( matang & enjoy the moment )


Well ini 4 perkara aku cuba istiqamah & make it habit

Hopefully berjaya & jd culture aku

Doakan ye


Doa aku juga 2025, tahun yg gemilang untuk aku

24 January, genaplah 41thn umur aku 

tua weh, middle age sudah

apapun masa tak bleh undur dah, just chill & enjoy moment2 indah ini

Syukur Alhamdullilah untuk segalanya 


2025 caiyokk!!!

Wednesday, September 13, 2023

SITI-ISM Album Review Part 1

3 comment(s)


Hi, all... lama x mencoret & pot pet kat sini, so hari nih sebenarnya aku nak review sikit pasal album 
Dato Sri Siti Nurhaliza, penyanyi yg masih utuh & kekal no.1 sehingga hari nih. Hebat bukan? muncul 
thn 1996 and until today beliau masih mengeluarkan album walhal ramai artis lain hilang atau kdg 
mampu keluar single aje.

So tanpa buang masa, aku mula ye... Album ke-20 ct kali nih bestnya ada 12 track lagu 
( include Deluxe Version) and semuanya aku purchase tepat 12am ketika all the lagu tu release. Aku 
mmg mengikuti kerjaya ct nih, so mmg x miss out apa perkembangan semasa beliau.





1st Track : Teratas 
- Lagu nih mula aku dgr music dia mmg skala besar, ramai cakap ala2 disney , bila vokal ct msk mmg 
ngam lah, bait2 lirik aku hayati & mmg kena. Ct kata lagu ini khas buat anak2 beliau atau suaminya. 
Lagu nih sblm muncul 4 track deluxe tu, merupakan lagu feveret aku yg mana aku play berkali2. Lagu 
tak mungkin aku skip & setiap kali kalau aku hayati betul2 mmg berair mata weh. Terbyg juga kalau ct
dapat garap VC yg gah, org boleh gila & sedih amat. Musicnya full, besar & berat. Susunan dr mula 
plot lagu nih sehingga akhir klimaksnya sgt capai, part plg menyentuh hati aku bila ct lagukan ''aku 
cinta kepadamu lebih dari yang kau tahu'' mata aku dah bergenang dh. Kudos to Tomok & team...Vokal
ct dlm nih ada dgr serak sikit which is aku paham sbb condition suara ct ( post Covid ) ada masalah 
since awal tahun lg. Namun begitu, vokalnya tetap A, feel bait lagu dinyanyikannya sampai, emosi 
beralun2 tanpa ko sedar lagu nih habis. Rate 5/5. 

2nd Track : Sehebat Matahari
- Permulaan music lagu sgt gah, sgt aku suka. Lyric lagu nih menceritakan pasal semangat seorang ibu 
tunggal utk meneruskan kehidupan tanpa ada org disygi. Liriknya agak cringe utk aku but kenala sbb 
lagu semangat kan? di tengahnya ada hei ho hei ho..ramai yg xsuka, sbb agak spoil. But for me ok saje
bunyi have fun sgt, jgn stress2 ct kata. Vokal ct as usual cun sajo, tp kalau suara nya xserak sgt, 
mungkin merdunya lagi umpphhh.Untuk aku mungkin ada time aku skip lagu nih, tp still aku suka & 
dapat melayan melodinya yg bg aku sedap. Ovarall aku bg 3 / 5 rating.  

3rd Track: Ganti 
Lagu yg A+ dari aku, perfect & catchy. Lagu nih simple sebenarnya, sgt ringan & sesuai utk anak2 
muda masa kini. Small rap yg dimasukkan sgt ngam & lyric lagu nih sgt blend dgn music. Tempo sgt 
mahal bila ada beat2 catchy buat semua angguk2 comel. Lagu plg sesuai time anak2 muda nk jog  
barangkali. Hujung2 lagu nih di penutupkan dgn melodi seakan2 irama game plant vs Zombi. Overall 
lagu nih sgt cute & ofkos catchy. Ramai xmenjangka kot ct accept lagu mcm nih, but for me vokal ct
nih on saje dgn apa2 lagu. Vokalnya tak kedengaran tua & tomeinya bila dibunyikan dari awal sampai
akhir. Rate 5/5

4th Track: Romansa Kita
Lagu yg pertama kali aku suka bila album ini mula diperkenalkan ct. Uniknya Romansa Kita 
disebabkan melodinya tak kedengaran old. Fresh & rock balads kedengaran umphhh. Lagu yg sesuai 
dgn tema Sitism ini dan Siti bawakkannya dgn baik sekali. Unik lagu nih adalah part hujungnya yg 
mana aku belum jumpa dgn lagu2 penyanyi di luar sana. '' Dan engkaulah, kaulah  
jalanku....pulanggggg'' sgt mahal dgrnya. Vokal Ct , ct bawa dgn berat sikit but merdu and powernya
amat jelas. Susunan music sgt superb & diolah dgn luar biasa. Awalnya slow, merintih & ditengahnya 
di mix dgn rock balads. Overal 4.5/5. Slack sikit sbb serak suara ct tp sedap tetap ada. Mungkin lagu 
for me sesuai dinyanyi ketika suara ct sihat. 

5th Track: Magis  
Magis mmg magis untuk aku. Mula2 aku dgr lagu nih kendengaran rythmn bawaan Wani Hasrita. 
Lagu nih mahal sbb lenggok vokal ct, jawa an nya lulus & dinyanyikan dgn qasidah yg terbaik. 
Lyricnya jugak A+ ( part " aku hanya mahu cinta dan dirindu oleh sang  pujangga yg dipuja''- gila 
mahal sial!) dan sgt ngam dgn temponya  yg laju tu,lagu nih sgt fast & kalau ko bukan penyanyi 
legend & tak pandai main kejar2 lagu & timingnya mmg kamu akan terciduk. Pujiaan dari aku utk Ct 
bila ct bleh bawa lagu nih dgn baik semasa Live, smooth & steady ok. Tempo dikejar dgn baik & 
timing semasa LIVE mmg on point!.sgt superb. Susunan music A+ dr aku. Overall rate 5/5. 

6th Track: Tanpa DiriMu
Permulaan music amat sedap bagi aku. Lyric superb ngam & blend dgn melodi, cuma jujur cakap bila  
byk kali aku ulang & ulang dgr lagu nih, akan cepat bosan plak, kdg tanpa rasa bersalah aku boleh 
skip. Hehe...maybe sbb pengulangan rangkap tu lama2 jd bosan walau awal2 kita rasa melekat kat 
jiwa. Lemak vokal dgn ringan2 serak ct tu amat ngam dgn lagu nih. Lagu ketuhanan nih overal sedap 
tp cepat bosan utk aku. Overall Rating 3 / 5. Lagu nih bagi aku xbleh selalu dgr nanti bosan. Haha...
Kejam tak? 

So far , ini review peribadi jujur dr aku utk 6 Track dr album Siti-Ism nih. 6 ini sebenarnya terbaik dh 
dan semestinya bukan lagu tangkap muat dari ct utk album ini. Well Done!

Friday, May 26, 2023

Update - Rumah manjung saya

0 comment(s)

 

Lama betul tak update sini, malas maybe...haha

Actually no idea nk update apa, cuma kali nih tergerak hati nk update apa yg ada dalam rumah aku kat manjung.

Before this pernah update sedikit pasal rumah yg aku dh beli hampir 5 tahun lebih nih, beli sblm covid beberapa tahun lepas so skrg byk gak la aku update.


Cuma dlm rumah nih aku suka maintain dgn layout & decoration yg sama ...just update few furniture dll shj yg aku gemerlapan dalam rumah aku nih

fyi ...aku suka balik duk sini walau dah pindah keje kat TPG, cuti je confirm balik walau hampir 2 jam gak berulang. Its ok home sweet home & healing tu ada kan...



* Baru upgrade TV haritu, dah sampai masanya kan, lama sgt aku pakai TV Plasma yg lama tu. Ada yg bgtau better 'hang' for better view but since ruang tamu xbesar mana, aku rasa stand mcm nih dh much better. 



* Corner library yg comel especially utk buku2 komik yg ada...novel pun ada, okla...just nice & sedap mata memandang. Actually aku tak baca sgt pun, just suka tgk depa tersusun mcm nihh :)




* Oh yeah...mmg benar aku ada kerusi rotan malas, bli awal tahun nih sbg hadiah birthday aku...huhu rasa tua dh bila ada kerusi malas nih, but mcm kena dgn tema rumah plus ada meja mkn kerusi utk 6 org...kuih raya pun ada lagi tu...




* Antara yg aku suka pasal rumah nih adalah kerna dapur yg ada satu section khas. Aku suka ala2 mcm umah lama...senang nk masak tak kacau ruang tamu kann, selain cantik plak rasa dgn tambahan perhiasan kulit2 siput tu sblm msk ke dapur :) 



* Ini keadaan ruang tamu umah aku, xbesar mana but just fine dgn aku yg bujang nih...terasa healing sgt dgn sofa hijau tu tauuuu...maybe kalau ada anak2 berubah dh kaler sofa tu barangkali :) 




* 1st entry ....okla corner utk letak kunci , wallet dll, senang rasa, xdelah letak merata2 kann...




* Ginilah pandangannya dari pandangan pintu utama...



Well, ginilah rumah aku skrg...for me sgt cozy & selesa, tempat aku healing setiap kali hari off day aku. Syukur Alhamdullilah, walau xbesar mana but home sweet home tu sgt terasa, terapi utk aku.