Setahun berlalu & aku tak mencoretkan apa-apa pun pada tahu 2024, sygkannn...1 post pun xde weh!
entahlah, mungkin apa yg berlaku pd tahun tu buat aku agak terkejut dan tak disangka
mood pun malas nk coret apapun saban bulan ke bulan
2024, manis aje...mcm biasa ada suka mahupun duka
masih ada archievement, yg mana aku tak archieve sblm sblm ini aku berjaya pada tahun 2024 tu
apa archievement tu? biarlah aku sendiri je yg simpan, for me its personal rekod yg part of me meng completekan hidup aku weh
2024 juga membuat kejutan yg mana sekali lagi aku berpindah cawangan kerja
stress jugala bila tahu, keluar gakla air mata jantan aku
penat weh bila mana aku terpaksa transfer kerja ke KL
dahla pindah TPG dah 2 jam dr umah aku kat Manjung ( skrg tak 2 jam dah,sejam lebih je, harrey la! sbb ada highway baru WCE)
Penatkan jadi org bujang nih?
ada je yg ambik kesempatan , kali ini transfer ke KL
nk berhenti kerja tak brani, sbb commitment byk
makanya aku telan jela dugaan ini & berdamai dgn takdir
Well ,pejam celik pejam celik dah dekat setahun dah aku kat KL ( Feb nnti genap 1 Yr )
Kembali kepada cawangan aku mula bertapak kt Aeon kira-kira 16 thn lalu
So far so good, aku terima suratan ini sebaiknya
aku syukuri yg menyusuri di depan , maka Alhamdullilah baikla jadinya
Siapa kita utk melawan takdir kan?
tapi Allah sebaik2 perancang
dengan jayanya aku rileks je balik Seri Manjung setiap kali aku cuti melawat umah aku
haha...dasyat kan? drive 3 jam mcm tak rasa apa
cuti sehari pun balik, fyi aku pun tukar kreta baru weh, tak pindah KL rasanya tak tukar kreta gamaknya
kereta lama aku bagi family pakai kt kg, syukur ...ini adalah rezeki & archievement jugak
Aku buat stail ini, mcm stail cuti healing cara aku, setiap kali cuti, aku xde langsung kat KL, mesti balik manjung
Alhamdulliah , semuanya berjalan dgn baik, terkawal mental mahupun fizikal
Bukan mudah ye? byk gak pengorbanan terutamanya on kos pegi balik tu
tapi Alhamdullilah kewangan masih bleh handle
semua terkawal
betul lah org cakap, Allah menguji kita ikut kemampuan kannn ( 3 jam aku drive mcm main pondok2 je rasa )haha
2025 dah pun dtg, dgn baik aman & elok2 sahaja
dengan mcm biasa aku sematkan azam tahun baru kali ini
1.) Mahu jaga kesihatan & diet yg betul
2.) Lebihkan senaman , supaya bdn lebih healty
3.) Jaga solat & Baca A1-Quran 1 page setiap hari
4.) Face the dugaan & jangan larikan diri ( matang & enjoy the moment )
Well ini 4 perkara aku cuba istiqamah & make it habit
Hopefully berjaya & jd culture aku
Doakan ye
Doa aku juga 2025, tahun yg gemilang untuk aku
24 January, genaplah 41thn umur aku
tua weh, middle age sudah
apapun masa tak bleh undur dah, just chill & enjoy moment2 indah ini
Syukur Alhamdullilah untuk segalanya
2025 caiyokk!!!