Friday, August 15, 2025

Tak Disangka

3 comment(s)

 

Setiap tahun bermula yr 2021, aku melihat dugaan untuk aku berbeza-beza bermula dari terpaksa berpindah dan meninggalkan rumah sendiri sebab kerja dan berjauhan dengan orang yang aku syg tapi 2025 rupanya lagi mencabar & buat aku jatuh terduduk.

Bukannya sebab ekonomi diri , kerjaya atau apa tapi lovelife aku. Sayu hati apabila 8yrs together semuanya berakhir mcm tu je. Yess aku down amat, mencuba menyusun diri dgn penuh hemah dan sesekali terduduk sunyi menangis sorang diri. 

Actually aku tak rugi apapun, org lain mungkin lagi worst kot dari aku. Aku just hilang Lovelife aku sahaja. Tapi end of the day, lovelife tu penting ye, dia merupakan part of ur semangat buat kita untuk terus bersemangat berjalan meneruskan kehidupan harian.

Semua org mengharapkan sesuatu hubungan nih kekal lama sehingga ke 4ver selama mana yg bleh. Untuk aku yg sudah tidak berapa muda ini, untuk bermula balik membina diri & bersama dengan org baru mungkin agak susah atau i dunno boleh lagi atau tak. Yess jujur few months ini sangat memenatkan bila mana aku terpaksa handle banyak perkara dalam satu masa, either kerjaya dan dugaan yg maha hebat ini.

Kali ini lain, fasa break dr relay ini sgt memenatkan bila mana terjadi pada umur sekarang, nk move on seriusly ambik masa & bukan semudah disangka. Untuk aku sgt memenatkan.....

Tapi apapun kehidupan patut diteruskan, ia telah pun terjadi dh, pusing belakang sekejab teringat moment2 manis itu buat aku rindu amat, sayu amat & fragile. Yess aku dh ok dh pun, day by day, tp sesekali kenangan muncul tipulah kalau aku kata aku ok, sesekali bila terdengar lagu sedih yg relate dgn aku , aku nangis, bila aku balik rumah bercuti ternampak itu ini yg mana ternampak kenangan lalu, aku nangis lagi, bila aku terbau haruman itu, aku sedih lagi. Penat amat! but buat aku makin kuat hari ke hari.

Apa yg terjadi sudah pun tersurat, mungkin Allah nak aku jangan leka lama-lama, jangan lupa Dia & sentiasa istiqamah dgn Nya, berbuat baik & keluar dr comfort zone yg ada. I think fasa ini semua orang akan lalui juga either cepat atau lambat atau mudah atau paling sukar dalam hidup untuk hadapi. Serius lalui lah baik2 kalau terjadi pada anda, ia merupakan pengalaman berharga yg buatkan anda lebih matang untuk masa hadapan nanti.

Rasailah, nikmatilah kesakitan ini baik2... pujuklah hati baik2, handle lah semua ini dgn matang. Percayalah di depan sana nanti, anda akan ok , anda akan bahagia & anda lebih tahu mcm mana nk hndle jika Cinta itu datang lagi. 

Jangan give up untuk bercinta lagi ok, sesungguhnya cinta itu manis & exclusive... for me, i promise myself, any mistake aku buat before this , aku takkan ulangi lagi. I try my best utk cherish segalanya di depan sana tu sebaik mungkin. 

Tapi apapun jika aku end up sorang juga, aku berdoa pada Allah, biarlah perjalanan aku dipermudah Nya, dan aku lalui dgn tenang & bahagia. I m not gonna give up, sbb aku hargai diri aku sendiri.


Bye2 history but lets enjoy other love ahead. 


Friday, January 10, 2025

2025

2 comment(s)

 

Setahun berlalu & aku tak mencoretkan apa-apa pun pada tahu 2024, sygkannn...1 post pun xde weh!

entahlah, mungkin apa yg berlaku pd tahun tu buat aku agak terkejut dan tak disangka

mood pun malas nk coret apapun saban bulan ke bulan


2024, manis aje...mcm biasa ada suka mahupun duka

masih ada archievement, yg mana aku tak archieve sblm sblm ini aku berjaya pada tahun 2024 tu

apa archievement tu? biarlah aku sendiri je yg simpan, for me its personal rekod yg part of me meng completekan hidup aku weh


2024 juga membuat kejutan yg mana sekali lagi aku berpindah cawangan kerja

stress jugala bila tahu, keluar gakla air mata jantan aku

penat weh bila mana aku terpaksa transfer kerja ke KL

dahla pindah TPG dah 2 jam dr umah aku kat Manjung ( skrg tak 2 jam dah,sejam lebih je, harrey la! sbb ada highway baru WCE)


Penatkan jadi org bujang nih?

ada je yg ambik kesempatan , kali ini transfer ke KL

nk berhenti kerja tak brani, sbb commitment byk

makanya aku telan jela dugaan ini & berdamai dgn takdir


Well ,pejam celik pejam celik dah dekat setahun dah aku kat KL ( Feb nnti genap 1 Yr )

Kembali kepada cawangan aku mula bertapak kt Aeon kira-kira 16 thn lalu

So far so good, aku terima suratan ini sebaiknya

aku syukuri yg menyusuri di depan , maka Alhamdullilah baikla jadinya


Siapa kita utk melawan takdir kan? 

tapi Allah sebaik2 perancang

dengan jayanya aku rileks je balik Seri Manjung setiap kali aku cuti melawat umah aku

haha...dasyat kan? drive 3 jam mcm tak rasa apa

cuti sehari pun balik, fyi aku pun tukar kreta baru weh, tak pindah KL rasanya tak tukar kreta gamaknya

kereta lama aku bagi family pakai kt kg, syukur ...ini adalah rezeki & archievement jugak


Aku buat stail ini, mcm stail cuti healing cara aku, setiap kali cuti, aku xde langsung kat KL, mesti balik manjung

Alhamdulliah , semuanya berjalan dgn baik, terkawal mental mahupun fizikal


Bukan mudah ye? byk gak pengorbanan terutamanya on kos pegi balik tu

tapi Alhamdullilah kewangan masih bleh handle

semua terkawal

betul lah org cakap, Allah menguji kita ikut kemampuan kannn ( 3 jam aku drive mcm main pondok2 je rasa )haha


2025 dah pun dtg, dgn baik aman & elok2 sahaja

dengan mcm biasa aku sematkan azam tahun baru kali ini

1.) Mahu jaga kesihatan & diet yg betul

2.) Lebihkan senaman , supaya bdn lebih healty

3.) Jaga solat & Baca A1-Quran 1 page setiap hari

4.) Face the dugaan & jangan larikan diri ( matang & enjoy the moment )


Well ini 4 perkara aku cuba istiqamah & make it habit

Hopefully berjaya & jd culture aku

Doakan ye


Doa aku juga 2025, tahun yg gemilang untuk aku

24 January, genaplah 41thn umur aku 

tua weh, middle age sudah

apapun masa tak bleh undur dah, just chill & enjoy moment2 indah ini

Syukur Alhamdullilah untuk segalanya 


2025 caiyokk!!!

Wednesday, September 13, 2023

SITI-ISM Album Review Part 1

3 comment(s)


Hi, all... lama x mencoret & pot pet kat sini, so hari nih sebenarnya aku nak review sikit pasal album 
Dato Sri Siti Nurhaliza, penyanyi yg masih utuh & kekal no.1 sehingga hari nih. Hebat bukan? muncul 
thn 1996 and until today beliau masih mengeluarkan album walhal ramai artis lain hilang atau kdg 
mampu keluar single aje.

So tanpa buang masa, aku mula ye... Album ke-20 ct kali nih bestnya ada 12 track lagu 
( include Deluxe Version) and semuanya aku purchase tepat 12am ketika all the lagu tu release. Aku 
mmg mengikuti kerjaya ct nih, so mmg x miss out apa perkembangan semasa beliau.





1st Track : Teratas 
- Lagu nih mula aku dgr music dia mmg skala besar, ramai cakap ala2 disney , bila vokal ct msk mmg 
ngam lah, bait2 lirik aku hayati & mmg kena. Ct kata lagu ini khas buat anak2 beliau atau suaminya. 
Lagu nih sblm muncul 4 track deluxe tu, merupakan lagu feveret aku yg mana aku play berkali2. Lagu 
tak mungkin aku skip & setiap kali kalau aku hayati betul2 mmg berair mata weh. Terbyg juga kalau ct
dapat garap VC yg gah, org boleh gila & sedih amat. Musicnya full, besar & berat. Susunan dr mula 
plot lagu nih sehingga akhir klimaksnya sgt capai, part plg menyentuh hati aku bila ct lagukan ''aku 
cinta kepadamu lebih dari yang kau tahu'' mata aku dah bergenang dh. Kudos to Tomok & team...Vokal
ct dlm nih ada dgr serak sikit which is aku paham sbb condition suara ct ( post Covid ) ada masalah 
since awal tahun lg. Namun begitu, vokalnya tetap A, feel bait lagu dinyanyikannya sampai, emosi 
beralun2 tanpa ko sedar lagu nih habis. Rate 5/5. 

2nd Track : Sehebat Matahari
- Permulaan music lagu sgt gah, sgt aku suka. Lyric lagu nih menceritakan pasal semangat seorang ibu 
tunggal utk meneruskan kehidupan tanpa ada org disygi. Liriknya agak cringe utk aku but kenala sbb 
lagu semangat kan? di tengahnya ada hei ho hei ho..ramai yg xsuka, sbb agak spoil. But for me ok saje
bunyi have fun sgt, jgn stress2 ct kata. Vokal ct as usual cun sajo, tp kalau suara nya xserak sgt, 
mungkin merdunya lagi umpphhh.Untuk aku mungkin ada time aku skip lagu nih, tp still aku suka & 
dapat melayan melodinya yg bg aku sedap. Ovarall aku bg 3 / 5 rating.  

3rd Track: Ganti 
Lagu yg A+ dari aku, perfect & catchy. Lagu nih simple sebenarnya, sgt ringan & sesuai utk anak2 
muda masa kini. Small rap yg dimasukkan sgt ngam & lyric lagu nih sgt blend dgn music. Tempo sgt 
mahal bila ada beat2 catchy buat semua angguk2 comel. Lagu plg sesuai time anak2 muda nk jog  
barangkali. Hujung2 lagu nih di penutupkan dgn melodi seakan2 irama game plant vs Zombi. Overall 
lagu nih sgt cute & ofkos catchy. Ramai xmenjangka kot ct accept lagu mcm nih, but for me vokal ct
nih on saje dgn apa2 lagu. Vokalnya tak kedengaran tua & tomeinya bila dibunyikan dari awal sampai
akhir. Rate 5/5

4th Track: Romansa Kita
Lagu yg pertama kali aku suka bila album ini mula diperkenalkan ct. Uniknya Romansa Kita 
disebabkan melodinya tak kedengaran old. Fresh & rock balads kedengaran umphhh. Lagu yg sesuai 
dgn tema Sitism ini dan Siti bawakkannya dgn baik sekali. Unik lagu nih adalah part hujungnya yg 
mana aku belum jumpa dgn lagu2 penyanyi di luar sana. '' Dan engkaulah, kaulah  
jalanku....pulanggggg'' sgt mahal dgrnya. Vokal Ct , ct bawa dgn berat sikit but merdu and powernya
amat jelas. Susunan music sgt superb & diolah dgn luar biasa. Awalnya slow, merintih & ditengahnya 
di mix dgn rock balads. Overal 4.5/5. Slack sikit sbb serak suara ct tp sedap tetap ada. Mungkin lagu 
for me sesuai dinyanyi ketika suara ct sihat. 

5th Track: Magis  
Magis mmg magis untuk aku. Mula2 aku dgr lagu nih kendengaran rythmn bawaan Wani Hasrita. 
Lagu nih mahal sbb lenggok vokal ct, jawa an nya lulus & dinyanyikan dgn qasidah yg terbaik. 
Lyricnya jugak A+ ( part " aku hanya mahu cinta dan dirindu oleh sang  pujangga yg dipuja''- gila 
mahal sial!) dan sgt ngam dgn temponya  yg laju tu,lagu nih sgt fast & kalau ko bukan penyanyi 
legend & tak pandai main kejar2 lagu & timingnya mmg kamu akan terciduk. Pujiaan dari aku utk Ct 
bila ct bleh bawa lagu nih dgn baik semasa Live, smooth & steady ok. Tempo dikejar dgn baik & 
timing semasa LIVE mmg on point!.sgt superb. Susunan music A+ dr aku. Overall rate 5/5. 

6th Track: Tanpa DiriMu
Permulaan music amat sedap bagi aku. Lyric superb ngam & blend dgn melodi, cuma jujur cakap bila  
byk kali aku ulang & ulang dgr lagu nih, akan cepat bosan plak, kdg tanpa rasa bersalah aku boleh 
skip. Hehe...maybe sbb pengulangan rangkap tu lama2 jd bosan walau awal2 kita rasa melekat kat 
jiwa. Lemak vokal dgn ringan2 serak ct tu amat ngam dgn lagu nih. Lagu ketuhanan nih overal sedap 
tp cepat bosan utk aku. Overall Rating 3 / 5. Lagu nih bagi aku xbleh selalu dgr nanti bosan. Haha...
Kejam tak? 

So far , ini review peribadi jujur dr aku utk 6 Track dr album Siti-Ism nih. 6 ini sebenarnya terbaik dh 
dan semestinya bukan lagu tangkap muat dari ct utk album ini. Well Done!

Friday, May 26, 2023

Update - Rumah manjung saya

0 comment(s)

 

Lama betul tak update sini, malas maybe...haha

Actually no idea nk update apa, cuma kali nih tergerak hati nk update apa yg ada dalam rumah aku kat manjung.

Before this pernah update sedikit pasal rumah yg aku dh beli hampir 5 tahun lebih nih, beli sblm covid beberapa tahun lepas so skrg byk gak la aku update.


Cuma dlm rumah nih aku suka maintain dgn layout & decoration yg sama ...just update few furniture dll shj yg aku gemerlapan dalam rumah aku nih

fyi ...aku suka balik duk sini walau dah pindah keje kat TPG, cuti je confirm balik walau hampir 2 jam gak berulang. Its ok home sweet home & healing tu ada kan...



* Baru upgrade TV haritu, dah sampai masanya kan, lama sgt aku pakai TV Plasma yg lama tu. Ada yg bgtau better 'hang' for better view but since ruang tamu xbesar mana, aku rasa stand mcm nih dh much better. 



* Corner library yg comel especially utk buku2 komik yg ada...novel pun ada, okla...just nice & sedap mata memandang. Actually aku tak baca sgt pun, just suka tgk depa tersusun mcm nihh :)




* Oh yeah...mmg benar aku ada kerusi rotan malas, bli awal tahun nih sbg hadiah birthday aku...huhu rasa tua dh bila ada kerusi malas nih, but mcm kena dgn tema rumah plus ada meja mkn kerusi utk 6 org...kuih raya pun ada lagi tu...




* Antara yg aku suka pasal rumah nih adalah kerna dapur yg ada satu section khas. Aku suka ala2 mcm umah lama...senang nk masak tak kacau ruang tamu kann, selain cantik plak rasa dgn tambahan perhiasan kulit2 siput tu sblm msk ke dapur :) 



* Ini keadaan ruang tamu umah aku, xbesar mana but just fine dgn aku yg bujang nih...terasa healing sgt dgn sofa hijau tu tauuuu...maybe kalau ada anak2 berubah dh kaler sofa tu barangkali :) 




* 1st entry ....okla corner utk letak kunci , wallet dll, senang rasa, xdelah letak merata2 kann...




* Ginilah pandangannya dari pandangan pintu utama...



Well, ginilah rumah aku skrg...for me sgt cozy & selesa, tempat aku healing setiap kali hari off day aku. Syukur Alhamdullilah, walau xbesar mana but home sweet home tu sgt terasa, terapi utk aku. 

Tuesday, February 21, 2023

Kahwin

1 comment(s)

 

Dah masuk Feb 2023 dah dgn jayanya...pasrah kan? masa berlalu amat cepat tanpa semua sedar. Moment2 manis akan dikenang smpai bila2, hopefully 2023 akan lebih manisnya.


Kahwin?


Ramai sgt tnya soalan ini kat aku, i think logiklah ye sbb semua ramah & sibuk nk ambil tahu pasal kita, apatah lagi umur dah cecah 30 series dan coming soon nk msk 40 series pun. Haha


Bukan mudah ye apabila melibatkan jodoh nih, semua kerja Allah. Ada yg cakap dh cukup semuanya tu, bleh la masuk minang anak dara org kan...lepas tu ada yg cakap , jgnla memilih sgt, jgnla tak berusaha plak, kena berusaha ke arah tu.


Senang cakap empunya bdn je tahu. Dia tahu kehendak diri dia, hala tuju dia, end of the day apa yg berlaku di depan Allah shj yg tahu. Aku selalu berdoa semoga aku diberi kesihatan yg baik, jodoh yg baik & penyelesaian hidup yg sgt baik. Semua org idamkan begini kan? 


Apapun atur jela hidup masing2 sebaik mungkin, please jgn susahkan sesiapa pun, jgn stress lebih2, hidup kena sentiasa ceria. Buatla yg terbaik untuk setiap langkah yg dibuat tu. Soal kahwin jodoh tu semua, kalau aku bleh jwb aku jwb, if xbleh aku cuba ubah topik. If tak boleh jugak, aku suh dema doa yg baik2. 


Nak marah & atau aku nk complain pasal depa xleh jugak, logiknya bila lahir kat negara Melayu yg bernama Malaysia nih mmg xdpt la nk lari dari soalan tabu mcm nih apatah lagi kahwin & menambah generasi itu adalah logik & baik untuk semua umat manusia. 


Umur ke tua nih, aku lebih senang buat apa yg aku suka. Itu shj...berkahwan yess kena ramai gak but sgt memilihla sikit since aku malas nk bertembung byk konflik dgn manusia yg mcm2 ragam.


So berbalik pd kahwin td....if jodoh smpai, aku kahwin lah ye, nnti aku jemput semua. Aminnn,sila doa yg baik2 je. 



Tuesday, January 3, 2023

2022 Summary

0 comment(s)

 

Last aku coret kat sini on Sept2022 thn lalu. Beberapa bulan malas utk update since mood tak kesampaian utk bercerita kat sini. Well aku still stick kt blog nih walau bleh je aku buat utube content ke? tiktok ke dll

Namun utk org yg lahir 1984 nih better aku pilih blog as diaries jugak.


Well 2022, aku summary kan serba sedikit: 

1.) Masih bujang tp hati sudah berpunya ( gituu )

2.) Circle kawan tak besar mana but manage utk ada ramai yg syg selesa dgn aku 

3.) Bulan June 2022, aku tukar ke new dept as Admin Manager & still kat Aeon Co. Sudah 15 thn berkhidmat kat company nih ( since 2007 )

4.) Pernah kena Covid utk pertama kali pada awal tahun Mac 2022, syukur masa tu dah ada pertahanan diri iaitu vaksin

5.) Sudah setahun lebih aku kat Aeon TPG store, dan sudah setahun lebih aku berulang alik ketika cuti , means off day je balik Manjung

6.) Aku ada rumah sendiri kat Seri Manjung (beli on 2019) & skrg menyewa jugak dekat TPG sbb keje kat sana

7.) Berat badan meningkat saban tahun. Alhamdullilah Allah masih lg beri kesihatan yg baik. Target aku 2023 aku nk jaga makan, since tahun sebelumnya main melantak je

8.) Target nk buang sedikit boroi kat perut. Plan utk rajin excercise, jogging,berbasikal dll

9.) Fyi aku tak pernah beraya hari raya pertama dgn Family since aku keje je hari raya setiap tahun ( tp bercuti lah 5 hari kemudian kat kg / umah manjung )

10.) Target 2023 aku nk berhari raya dgn family, lantak la dgn soalan maut bila nk kahwin tu ? huhu

11.) Aku masih pakai kereta yg sama Viva ( 1st Car aku ), dah start hint tak sihat dh. Maklumla sudah lebih 12 thn pakai

13.) Aku pernah berpindah beberapa cawangan Aeon reason utama sbb bujang, naik pangkat & pernah gaduh dgn big boss ( haha ). Aeon Wangsa Maju KL(1 yr ), Aeon Au2 Keramat KL(4 yrs), Aeon Bukit Mertajam Penang (1 Yr ), Aeon Ipoh Station 18 ( 1 yr ), Aeon Seri Manjung Perak ( 5 yrs ), Aeon Taiping ( Present )

14.) Hadiah 2022 - Oven ( pemberian sang buah hati ), 2023 - Kerusi Rotan/ kerusi Malas ( beli hadiah awal reward birthday utk diri sendiri )


Ok itu shj terlintas. Next update , ofkos nk bercerita pasal azam 2023 ( so cliche ) but i dun care. Chow!



Wednesday, September 7, 2022

Portable Aircond

0 comment(s)

 

Well... inilah bilik bujang aku dekat TPG tu, not badlah kan since aku dpt bilik master room, ada bilik air sendiri. So convenience la untuk aku yg jenis balik umah duk lepak dlm bilik aje. Actually umah sewa kat Taiping mcm bilik hotel je, tempat persinggahan, seperti semua tahu, aku kalau cuti je balik umah sendiri dekat manjung.

 

Sebelum aku jejak kaki kat TPG aku selalu dimomokkan yg taiping nih agak sejukla sbb kerap hujan. Tapi tidak ye, dusta semua tu, 2x5 je duk manjung PANAS ok!Tetap lah layak utk pasang aircond dlm bilik. Kalau dh namanya Malaysia mmg panas la sepanjang tahun. Paling terasa tahun lepas lah bila 6 bulan macam tu kemarau pjg amat, Malaysia hot sana sini. Ko bayangkan tidur malam pun basah kuyup katil dengan peluh ko. Tak laratla aku tiap2 malam mcm nih, kipas siling depan blkg umpama sgt tak berguna, just tarik haba duk pusing dlm bilik buat badan ko makin berpeluh.

 

Aku kadang terpaksa buka tingkap since mmg panas giler dalam bilik. Kita dh la seharian kerja, balik rumah nk kena hadap panas bilik plak. So end up aku beli je portable aircond nih. Portable aircond nih sgt sesuai la untuk umah sewa atau bilik yg mana ada tingkap then ko tak mau tebuk2 dinding. Kalau pasang Aircond ofkoslah tebuk sana sini sbb kena lekat kat atas tu. Harga murahlah sikit dari Aircond pasang tu. Tapi tak bestnya xde inverter la portable nih.

 

However worth it nya apa? walau ko takde inverter pun ( untuk penjimatan elektrik ) but pasang / setting suhu 28 pun tetaplah sejuk ye &elektrik jimat je, aku tgk dah bill pun sama je tak berubah mana,lagipun aku selalu balik manjung, so apalah sgt. Kadang belah malam dah sejuk, ko tukarla ke Fan setting, bagusnya Fan setting nih dia bantu tarik haba dlm bilik bawak keluar bilik. So malam2 suhu just nice utk ko tidur ye. Mmg puas hati, kalau aku tahu dari dulu mmg aku beli dh. 

 

Dlm RM1k ++ la harga dia, mahal tp berbaloi untuk long term weh. Bayangkan balik penat2 kerja, dapat  rehat dengan selesa. One day if ko pindah pun bleh bawak sekali , sbb dh nama portable kan? Aku beli brand Hisense, promo masa tu RM1040 je. Beli pakai duit Long service award aku. Sgt berbaloi ok. Walau badan dia kecik, suhu sejuk dia mampu cover satu bilik master room ( ko bleh agaklah keluasannya kan) Bagusnya portable aircond nih dia pakai gas, tak perlu la nak isi air mcm aircooler tu. Aircooler tu sgt mengarut ye. Harga ratus gak, tp sejuk tidak ye, itu penipu semua. Kalau dekat mall rasa sejuk tu sbb Aircooler tu tarik haba sejuk je. Tu dia sejuk. Aku pernah pakai, last2 aku hntar balik manjung je sbb sgt2 tidak berguna.


Air lebihan dr portable aircond bleh buang secara manual, tak bertangkung byk mana dlm bekasnya tu.Dia ada notification bgtau kalau air penuh. So far sebulan sekali je buang, depends pada penggunaan aircond portable ko lah. Portable aircond ada cerobong utk dia tarik udara panas keluar. Hulur melalui tingkap je. Makesure tingkap ko ada Grill la, kalau tak xde safety tak okla. Keburukkan dia cerobong nih tak convenience sgt sbb agak besar gedabak, but kalau ada langsir tutup je ngn langsir mcm aku buat kat gambo atas tu. So xde la nampak mana org kalau masuk bilik ko, just nice je. 

 

For me keselesaan diri adalah segala2nya, nk jimat tp berpanasan tak guna juga. Aku pikir kalau pindah esok2 pun senang bawak, why not melabur sikit utk keselesaan skrg kan. Elektrik pun masih jimat, janji setting suhu tu jaga mcm aku jaga setting suhu aircond dekat rumah Manjung. Kipas bukak sekalila utk bagi udara sejuk berlegar2 dalam bilik. Conclusion aku, worth to buy , itu aje! 

 

Saturday, August 6, 2022

Tambah stamina & ulang alik

1 comment(s)

 

Semakin berusia ye kita semua

aku sgt xsuka, tp syukur tetap adala sbb ini logiknya kehidupan


stamina bdn dh bleh start rasa lain mcm

ini rasanya bila menuju ke tua

aku dh start plan nk istiqamah jogging & jaga mkn

dua nih je slalu fail dlm hidup aku nih 

dan aku rasa korang pun 2x5


Btw so far so good hidup aku

walau ulang alik dr TPG ke Manjung agak memenatkan kdg2

but aku adjustla cuba utk enjoy

mind set aku, aku cuti aku kena berada kat rumah aku sendiri , aku anggap setiap kali balik cuti tu mcm pergi bercuti lahhh

mood terus is on!! haha


so mcm mana kehidupan kome semua?

ada yg baca blog aku kah? share la sikit experience aneh korang ke hari tua nihh



Tuesday, May 10, 2022

Kerana tekanan

0 comment(s)


Kadang bila kita terlalu pressure

Kita cuma nak dengar apa yg kita mau dengar sahaja

Thats y selalunya org yg mengalami down yg amat ( pelbagai faktor ) perlu mencari org yg good listener shj


Sebab during hard time tu, dia cuma mau meluahkan shj... apa yg terbuku di hati adalah amat berat

terlalu byk yg tidak disukainya dan dia merasakan hidupnya gelap/ terbeban


Sebab itu org yg pro kaunseling dia harus menjadi pendengar yg baik dulu

Komen bila perlu shj, kerna dia mencari org yg mahu mendengar rintihan sahaja

Mungkin solusi tu after semua yg diluahnya keluar


Solusi tu perlu apabila pressure dia dah ringan & masa tu dia dah make sense

Dia sendiri akan mencari solusi itu / jalan keluar sendiri

Kadang Ego yg mengunung akan melambatkan penguraian tekanan hidupnya itu


Begitulah perihal hidup, yg sentiasa ada pasang surut, kdg di atas dan kdg juga di bawah

Untuk org Islam mcm kita, Solat 5 waktu adalah terapi yg terbaik

sbb Allah akan memudahkan jalan di depan utk kita


Aku merasakan semua ini selepas solat

setiap cabaran akan jadi ringan, hidup mkn positive & kita akan berani / seorang yg redha

sbbnya tekanan / presure dlm diri nih akan beransur hilang bila kita berani face the dugaan cabaran yg kita xsuka tu


However berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul

maka org yg melihat atau yg menjadi good listener tu harus berada dalam kasut org yg susah itu juga ye



Tuesday, March 15, 2022

Apa yg perlu anda ada ketika quarantine Covid?

0 comment(s)

 

Hopefully dapatlah dijadikan rujukkan sikit base on experience aku sebagai org yg pernah positive covid:


1.) Pertama mesti merahkan My sejahtera & prepare Vitamin c /multivitamin, ubat juga yg perlu ada spt panadol solable, panadol active 5,minyak angin,ubat sakit tekak, ubat batuk dll lagi jika perlu 

2.) Dettol spray Kills flu atau apa2 brand yg berkaitan wajib ada. Selain tu sanitizer spray pun bleh ada juga sebagai senjata spray diri atau kelengkapan dalam rumah

3.) Anda juga perlu ada tempat menetap yg terasing dari org ramai, cth mcm bilik sendiri atau rumah yg ang ownernya, kita mana bleh berkongsi tempat since skrg covid virus bleh berjangkit melalui udara je

4.) Elakkan berkongsi bilik air, if terpaksa berkongsi, better bilik air disembur air panas dahulu atau clorox atau spray dgn Dettol Spray yg kills flu virus.Org yg negative harus pakai/guna bilik air terlebih dahulu sblm org yg positive covid pakai

5.) Paper plate, bowl & cup (semua pakai buang). Since kita tak boleh bertukar2 pinggan mangkuk seeloknya pakai yg pakai buang je

6.) Plastic sampah, kena ada cukup sbb nya kita kena buang paper cup plate yg kita pakai buang td. Plastic sampah nih buang terus atau kumpul satu tempat yg mana org tak dapat pegang atau lalu area situ, skali lagi sembur je dgn Dettol kills flu tu

7.) Face mask,wipes tissue & sanitizer, sgt perlu utk lap apa shj dlm bilik tu atau sanitize tgn kita selepas buang sampah td.Face mask wajib pakai jika menuju ke bilik air atau menggunakan ruang dalam rumah yg mana org negative/sihat lalu lalang

6.) Baju , seluar atau apa shj kalau boleh basuh setiap hari dgn campuran sabun basuh dan dettol kills germ yg bleh guna utk cuci pakaian

7.) Sarung tangan plastic diguna jika mahu menyentuh apa shj kelengkapan dalam rumah (jika terpksa)

8.) Makanan yg perlu ada depends pd selera, tp buah-buahan wajib ada sebagai penaik selera, serat utk bdn. 

9.) Laptop / tab & hset masing2 juga perlu ada utk liburan diri dan alat berkomunikasi dgn dunia luar ye

10.) Minuman semua mesti suam & air panas. Wajib juga ada botol air yg besar untuk isi stock air ye dan juga tempat simpan air panas mcm thermos, flusk dll


So far ini kelengkapan penting kena ada, tak mintak pun untuk kena ujian ini, tp zaman skrg virus merata2 plus kita dah kena hidup dgn dia sekali, endamik kan....so berjaga2 lah

Paling penting booster & vaksin sgt sgt membantu untuk badan kita melawan semua nih, aku haritu 2 hari je demam lepas tu Alhamdullilah sihat

Aku percaya vaksin & booster(iktiar ) serta kehendak Allah membantu aku untuk cepat sembuh. So mana2 yg belum booster tu baik cepat, virus nih dia senang merebak ye




Tuesday, March 8, 2022

Positive covid

0 comment(s)

 

Macam sukar dipercayai aku boleh positive

Terkejut, takut & redha apabila aku jadi part of the angka KKM yg di upkan hari2 kat Socmed Malaysia 

Bermula apabila 2 Mac malam tu aku tidur, aku rasa badan aku lain macam

panas2 yg on off, tekak dah sakit dh sebelum tu


Hati & otak melawan kuat menafikan diri aku kena Covid nih

sehinggalah aku dapat msg dr BFF aku yg dia dah positive

ofkoslah aku kena test sekali since kami baru 3 hari balik dari bercuti ke Penang ( balik hari je )

Gara2 sebab aku teringin nak makan meatball Ikea tu


Aku test tak smpai 5 minit, 2 penanda aras keramat test kit tu positive

Blur sekejab, sbb aku tak pernah melalui melainkan ada beberapa member & anak buah tempat keje penah kena

Aku call tanya mcm mana, deme guide aku pergi klinik

dan aku buat RTK test utk pengesahan kedua dan juga utk dapatkan surat pengesahan klinik 

sabagai lampiran kerja utk aku quarantine selama seminggu


Bila dapat RTK result aku redha je , sbb confirm2 postive. Dua tanda jelas amat

Aku dan plan, memang kena balik umah Mahjung untuk quarantine sana, balik rumah sendiri lagi better dari duk umah sewa 

Apatah lagi rumah sewa aku tu ada assistant aku yg memang kena p keje hari2

so aku ambik keputusan dari merisiko kan dia baik aku pecut balik mahjung je


Rumah sendiri sangat sesuai, apatah lagi semua ada

Ada kawan lagi yg aku kenal rapat yang boleh bantu aku dapatkan sumber makananan & ubatan

takkan nk makan foodpanda hari2

dekat sini at least ada org masakkan, gituuu


Dan bermula la activity isolate diri dalam bilik selama 7 hari, 

Hari ini dah 8Mac, means dan cukup 7 hari aku quarantine, hari nih jugak aku ready untuk share semua kat sini

Fyi Omicron Covid nih mmg betul2 airbond punya jangkitan

sbb dekat Penang aku sgt2 berhati2...facemask mmg aku tak bukak la , bukak pun time nk mkn je

Facemask tu pakai double tau, sanitizer mmg always dlm poket...mmg jaga amat

Lagi pun aku p Penang balik hari je, since aku tau kes tinggi

so aku mmg tak bermalam sana la


Tapi tulah, dah takdir kann

FYI juga 2 Hari 2 Malam agak sengsara sikit

Demam dia dasyat , panas dia lain mcm, so aku bukak aircond on off utk balance suhu badan aku

Malam tu perut plak masuk angin, serius rasa loya & nak muntah

Cuma syukur sakit urat2 takde, deria rasa bau pun masih ada lagi

Just pening kepala amat je


Masa aku drive dr TPG ke Mahjung, kepala dah berat sangat

Badan dah start panas2 on off

Nasib baik bleh drive well, selamat sampai ke rumah

Syukur untuk segalanya


Kini dah sembuh, batuk2 sikit adala tp tak worst mana pun

Syukur aku dah ada 2 vaksin & ada booster lagi

so badan dapat handle covid dalam masa 3 hari, after 3 hari dah start recover dgn baik

Risau jugak sbb umur aku nih xdela muda mana, risiko penyakit serius pun xde

itu sebab la badan bleh recover cepat


Next aku cerita experience quarantine secara detail plak

dan apa persiapan kena ada utk bantu anda quarantine diri dgn baik


Tuesday, February 8, 2022

2022 & 38

1 comment(s)

 

Hei, sudah 2022 dah...last post aku Nov thn lepas

same ye 2022 nih, Covid xsudah2... skrg masa aku up post nih pun kes dh 13k kat Malaysia

mengeluh dengar, bila ek nak berakhir ini semua, penyakit berjangkit nih never ending stories


Syukur aku dh booster last month, deme kata walk in so aku terus je p

bagus gak booster awal2 nih, xde lah que pjg nnti

As usual rakyat Malaysia nih suka last minute

dah kena remind/ugut ngn goment barulah nk p


Fyi ramai yg agak takut dgn booster tu, yela ada kesan sampingan aku dgr

tp Alhamdulliah aku ok, sihat...just bengkak kat lengan je

itu pun seminggu je

syukur dipermudahkan


Aku rindu nk bercuti actually, nk jalan2 p Melaka, Penang dan lain2

excited tggu reward long service award aku thn nih, dapat cuti 5 hari direct & 1.5K cash in AMC

syukurlah kannn

dr xdpt apa2


Nak p pantailah nnti....nk rehat2 , nk tenang2

so far aku happy je dgn hidup aku

walau umur dah 38, gilos tua

tp aku tak peduli pun, as long aku tetap kata diri aku nih muda


Fikir3 pun bkn bleh undur masa 

just enjoy dgn moment2 yg ada ini


Tuesday, November 9, 2021

9 Nov, Tuesday at 11pm

0 comment(s)

 

Apa yg berlaku beberapa hari nih?


Yess hanya kerja...xde apa menarik pun, as usual duk rumah sewa sana kat TPG mcm xde apa yg menarik. Tak menarik utk dikongsi pun sbb after work aku hanya bermalasan dekat bilik shj.

Melayari social media mcm Twitter, IG & Youtube. Walau internet line kat sana mcm sampah & sgt struggle by daily tp aku mcm dah dpt adapt dengan kerenahnya.

Its ok kalau dia slow, so far 70% aku still dapat lihat & enjoy apa yg aku nak. Rumah tu aku sewa berdua dgn assistant aku. Comitment kat sana boleh tahan membazir but much better dr aku menyewa rumah sebelum ini yg most of the time asyik xselesa sbb panas amat walau sewa agak murah.

Maklumla bilik tu kecik & pengaliran haba mmg xsihat. Finally lepas new assistant aku pindah dr Manjung ke TPG, aku dpt menyewa dgn dia sekali. 

So far so good, sbb aku dpt bilik master room dgn toilet skali. Bilik so convinient, agak luas & xsepanas seperti mana seblum ini. Pengudaraan ok & aku less guna Air cooler. Kipas siling pun ada dgn 2 kipas stand lg, so far sgt ok lah.

As usual aku sgt bersemngat kalau dapat balik umah sendiri kat manjung. I dunno y, tp semangat dia tu lain mcm,mcm aku nk bercuti & bermalasan beberapa hari even cuti sehari pun rasa mcm sewonok sgt.

Ofkos la dpt jumpa dgn org yg aku syg....itu bonus la kan.Namun, itulah perjalanan aku hari ke hari, minggu ke minggu dan berbulan2. So far aku dah adapt dr 1st of Mac sampai skrg pejam celik tanpa sedar dah Nov dah pun.

Aku nih jenis cepat adapt & bersyukur. So mood tu xdelah kelaut sgt walau terpaksa merentas 2 jam bila nk balik manjung. 

Btw aku juga ada kwn yg aku so called BFF, tp berkubur sbb ego masing2. Entahlah... aku bila cerita pasal dia rasa kosong, kecewa & a bit marah. Nk aku cerita detail nnti, tggu lah masa sesuai bila mood aku nk buka story tu smpai. So far aku bleh cakap mcm nih jela. 

Aku dh xde bff dah dalam dunia umur 30an nih, syukur nya aku hnya ada si dia yg aku syg amat, yg aku bleh cerita semua menda even sekecik stories pun. Syukur sgt, thts y aku tak ralat mana pun bila BFF aku sendiri disappear dlm hidup aku.

Yess benar, umur ke tua nih kita tak perlukan dah extra pressure,extra drama, just nk happy dgn perjalanan hidup aku skrg je. Full stop!


Tuesday, October 12, 2021

Siti Nurhaliza

1 comment(s)

 

Mengenal Ct nih buat aku rasa lain, dialah satu2 nya artis yg aku berani melabur / keluar duit utk lagu2 nya, suaranya & konsertnya


U know what aku start suka dia dgn lagu ''aku cinta padamu'' sehinggalah skrg tanpa rasa nk quit dr beliau. Walau well, dia dh mcm settle down & mula plahankan sikit2 kerjaya dia utk family anak2 tp still aku mau follow. Even ada org ngutuk ngata beliau pun aku boleh naik marah. Tetap syg tokti.


Yess, skrg kt Twitter nmpk mcm peminat dia ada haluan kanan kiri. Yg kanan mmg sokong apa je siti buat sama ada ok ke tak ok ke, baju buruk ke, kulit album buruk ke & seangkatan material lain yg mcm stuck dgn idea yg sama atau tahun dulu2 tu ( ramai kata sbb PA dia org yg sama) sbb so many cth2 yg artis baru buat tp tokti mcm tetap nmpak behind. Manakala haluan kiri plak...tetap menyokong tokti tp too much kritikkan yg membina yg juga kdg menguris SITI ZONERS , yess byk gakla point2 haluan kiri yg byk kritik utk career development tokti dr segi material yg lg better.


Tp satu je mereka both sokong & TAK PERNAH kritik iaitu suara Tokti....well, tang suara nih xde sape pun pertikaikan sbb semua tahu beliau adalah suara. Suara beliau tetap sedap even bercakap pun sedap pandai alunkan lagu buat ko terbuai. Istilah buluh perindu tu mmg khas utk Siti Nurhaliza.


Aku kalau bukak Youtube antara yg aku search tokti ni lah, nak2 plg aku suka kalau ada reaction jujur pasal semua lagu2 tokti. Nak2 org luar yg buat reaction lagi aku suka. Antara top list aku suka reaction dr Chase & Melia, Yaziq dan Neephi. Top skrg aku tertunggu2 adalah dari Chase & Melia nih sbb mereka sgtlah jujur & so much ilmu dr dunia muzik. So klau komen & react tu nmpak so releven, nmpak jujur & nmpak tak dibuat2 mcm certain2 reactor yg mcm buat cukup syarat tu atau nk perhatian mmg aku skip je


Dari sini lah ko akan tau bertapa Siti Nurhaliza nih dah mmg another level dh. Bagi aku suara beliau so limited edition i mean idokla mcm Ning ( Soprano) , mcm Dayang ( R&B) and mcm Erni so teknik tu tp beliau Tokti so full of package. Means suara dia mcm lauk, just cukup gula garam & ada rasa yg ko bleh terbygkan masakkan mak kat kg tu.


Itulah tokti, beliau hnya memberi secukup rasa & tidak melebih2 ikut kemampuan sendiri. Bagi aku plg kena ngn beliau kalau lagu rentak Irama Malaysia ( even Noraniza Idris pun aku tolak tepi ) & all balads song. Mmg smpailah apa yg cuba dinyanyikannya tu kat aku.


Menyanyikan dgn syahdu, jujur , lenggok yg elok terletak & tak terjerit2 yg binggit dan part bonus memberi tarian yg ngam dgn suasana lagu.Logiknya aku Siti Zoners la kot, tp tidak berhaluan kanan atau pun berhaluan kiri. Di tengah aku ye, sbb aku memerlukan dua2 package yg cukup utk tokti dlm 20 thn lagi rasanya. Haha...


So sku share link Reaction yg mmg aku sgt2 suka & all of u should follow


Tuesday, September 28, 2021

Lately

0 comment(s)

 

Lately;

1.) Mood happy, xsure nape? Tp syukur sbb bila dh ke tua nih aku reti handle perasaan aku, diri aku, pemikiran aku dll. Byk yg positive dr negative. Aku mudah let go utk menda2 yg stress. Lsg tak mau memikirkan perkara yg sia2 yg menyesak kepala otak. Well, kematangan jelas, syukur. Lg satu aku selalu ingat, Allah ada...Dia syg hamba2 dia dan mesti Dia akan bantu hamba2 Nya


2.) Sentiasa gembira nk balik Manjung...Alhamdullilah ada rumah kat sini, so mood cuti always on, dah sampai tu aku bermalasan habis2 san. Urusan kerja betul2 aku tgl kat TPG tanpa rasa bersalah. Actually ini bagus supaya kita sentiasa balance dgn kehidupan. Hidup bkn utk jd hamba kerja semata2 


3.) Surrounding tmpat kerja aku so positive. Anak buah senang bg kerjasama, boss aku pun trust aku, rakan sekerja pun sekepala & accept aku. Syukurlah kan, lgpun aku dpt dept yg mudah berbanding sblm nih yg a lot of things to do. Bila ko dr dept / line yg susah then tetiba ko dpt dept / line yg senang. So everything... petik jari je ...haha


4.) Aku dah tak sebulu / atau tak berkawan dah dgn member yg aku pernah call BFF. I dunno silap kat mana tp aku a bit kecewa dgn perangai dia yg agak selfish. So aku decide aku blah je dr org mcm nih, utk umur mcm aku nih better aku tak payah jumpa org yg akan menyusahkan aku.Bayangkan berkwan dgn org yg jenis cepat sentap tp mulut jahat, lots of complain, bg budi dan harap kwn dpt berbudi balik, kwn tak dpt bantu & tlg ( terus dpt label worst fren) , satu lg nk mintak tlg org tp statement so mean. Aku a bit kecewa dgn beliau. Tp aku realise, patutla ramai kwn yg rapat dgn dia sblm nih semua menjauhi nya even yg baru pun lari dr dia. So aku decide blah je baik aku tak involve sgt dgn org yg too negative. Tak elok utk aku


5.) Ada akuarium ikan sendiri. Dpt naikkan seri rumah bujang aku. Therapy jugak dpt tgk ikan2 tomei berenang cute dlm istana akuarium tu


6.) Rasa mcm tak mau duk dlm kelompok yg besar sgt. Aku just cari org yg senang dgn aku & aku msk dgn diaowg. Org yg aku syg ofkos kena sentiasa ada dgn aku. Mcm aku cakap, bila umur mcm nih...kita tak perlu ramai sgt kwn, tp kita perlukan surrounding yg positive je. Deme ok authomatik kita ok skali. All the yg ko suka ko buat sepenuh hati & kegembiraan dtg dgn package yg baik skali


7.) Solat & baca Al-Quran dan jd part of kehidupan harian, try my best jgn lupakan persiapan utk diri sendiri. Tenang tu akan dtg seiring. Therapy akan muncul tanpa sedar.


Apa pun syukur Alhamdullilah    : )



Wednesday, July 21, 2021

Most what on youtube?

2 comment(s)

 

Actually ada beberapa perkara yg aku suka buat ketika on laptop

Ofkos melayari youtube, on blog & kalau terpaksa kena buat kerja yg terpaksa aku bawak balik dr tempat keje ( jarang2 ye sbb aku bukan org yg rajin sgt, cuti is cuti )

Layan movie & TV series slalu aku layan kat tab je since dh beli tab adroid nihh, saje tambah koleksi


Bila on laptop, lebihnya aku fokus pd layan utube

layan Tokti (ofkos), layan apa sahaja yg terdetik kat hati as long aku suka

but most lately aku plg suka layan apartment tour ( maklumla dh ada umah sendiri, so aku suka ambik tips mcm mana perjagaan umah plus aku suka lihat perabot atau apa shj yg look nice & tidy yg membuatkan apartment tu look cosy )


Selain tu aku juga suka layan Tiny House tour which include van tiny home, school bus tiny home dan lain2 yg super uniq

Aku plg suka sesuatu yg simple tp creative and look so convenient

Entah dr mana mood tersuka nih bleh muncul, but sejak dah ada umah sendiri nih aku dah more sesuatu yg adult & yg ada responsibility


Dia macam utube therapy la, aku bleh layan berjam2 untuk paparan yg aku suka

walau hari cuti berlalu mcm tu je, tp kita tenang & bahagia, at least adala ilmu bleh dipelajari


All more to oversea punya tour, adala satu dua aku terlayan tiny home version Malaysia & apartment tour area sini

untuk yg ada minat therapy mcm aku nih, u should look and search

kagum rasa dengan enjoyable life yg deme ada dlm suasana yg kecil , sempit tp cosy

dari situ gak, kita bleh belajar apa itu erti sabar, pembersih,creative, bijak & berjimat cermat 


Friday, July 2, 2021

never ending & on covid moment

1 comment(s)

 

Entahlah, tak terbayang Malaysia seteruk ini

but xdela seteruk mcm yg kat luar sana tu yg suatu ketika dulu

cuma covid situation kat malaysia nih mcm never ending stories


Goment salahkan rakyat, netizen plak tunjuk kat pemimpin

saling salah menyalah

siap cakap pertama dulu berjaya nape skrg tak berjaya walhal kerajaan yg sama pun


i dunno, tbh for me 2x5

sbb masing2 ego tiada saling bantu membantu, tu sebab angka tak berubah

Allah nak uji kita semua sebenarnya, sejauh mana kita mampu handle semua nihh


Selain usaha utk patuhi SOP

Aku hanya pergi keje balik rumah, senjata selalu bawak pakai ( facemask, sanitizer) & selalu beringat

aku jugak berdoa setiap kali solat org2 terdekat dijauhi bahaya covid ini even seluruh rakyat Malaysia pun

teruslah berdoa, mungkin Allah nk kita sentiasa ingat & dekat dengan Dia, lama2 InsyaAllah Allah makbul doa kita

jgn berputus asa dengan Yg Maha 1


Kalau on Twitter tu, makan dalam sungguh setiap patah deme ungkapkan

entahlah, masing2 ada hak untuk berkata-kata sehingga terlupa deme juga 2x5


Masing2 dh bosan duk merasa keadaan spt ini, ada juga yg putus rezeki, nk mkn pun xde duit

ada juga yg bunuh diri sbb buntu dgn hidup, ada juga keluarga yg gaduh sesama ahli sbb asyik tgk muka ko je kat umah 

dan ada juga rindu nk berjalan, berber holiday

jauh benak hati aku marah juga dkt china, deme lah punca nih smpai satu dunia merasa mcm nih

tp setakat tulah, deme pun tak meminta seperti ini


Teruslah kita semua kelangsungan hidup, cubalah iktiar untuk terus cekal harungi ini

fikirlah mcm mana nk buat perubahan harian kita supaya kita tak buntu & bosan berada di rumah, plan ur day, hargai moment semasa di rumah, deco lah umah & tulis blog wht so ever (back 2 old )

mana yg putus rezeki, try sebaik mungkin cari jalan untuk utk keluar dr kesulitan, intailah peluang peniagaan yg kecil yg mampu bantu

u know wht, td masa aku keluar rumah sat cari sarapan pg, aku tgk selang 2 atau tiga rumah ada yg buka meja jual nasi kuih sarapan pg

tak pernah aku tgk keadaan spt ini

Food panda Grab plak merata2 ada, masing2 sibuk hntar mknn


Even tempat keje aku pun, skrg fokus on9 platform sbb customer takut nk walk in

semua org beriktiar mcm2 utk survive

begitu juga harus kita, be positif...try ur best setiap hari tuk utk pelbagaikan rutin kita, supaya kita enjoy dgn moment yg terkurung ini


Alam nmpak makin pulih untuk certain area selain isu bukit kena tarah(entahlah lagi skali)

Inilah kehidupan ketika Covid

suatu masa nnti bila bebas , InsyaAllah...akan kita kenang dalam kamus hidup kita semua

Syukurnya , aku part of the ahli dalam kehidupan skrg


2020, 2021...pernah ketika kecil bayangkan ada kereta terbang... lain plak munculnya...rupanya wabak yg menunggu

but never give up...Allah sebaik2 perancang

percayalahhhhhh....


Monday, June 14, 2021

Seri Manjung & Taiping

2 comment(s)

 

Yup, 3 bulan dah aku dah adapt antara Seri Manjung & Taiping

tak terpk ini terjadi, tp apakan daya... Allah menguji dengan seribu hikmah

since bertukar bos, byk dugaan...bos ini aku kenal & aku tau karekternya yg akan menyusahkan aku kemudian hari

btw sapela kita utk memilih majikan kita kan...dah takdirnya begitu, aku pasrah

Setahun jugalah aku try my best utk elakkan konflik dgn beliau yg lsg tak reti apa itu professional but end up FAIL


Actually agak malas nk buka aib org...but itulah hakikatnya bila kerjaya aku diuji dgn menda2 mengarut mcm nih

since aku dh hampir 15thn bersama Aeon, i thnk no worth it kalau aku berhnti sbb beliau

so countermeasure nya sama ada aku keluar ke cawangan lain atau pun dia berambus keluar

ofkoslah aku yg kena mengalah...haha


Masalah or konflik apa? well...too personal to share since kami pernah berkonflik masa kat cawangan kat ipoh dulu

nasib aku tak baik plak bila beliau suddenly jd bos aku kat sini


Porak peranda jugakla motivation aku dlm few months bila dia shut off aku dr dia punya team

so no choice aku kena cari jln keluar berbanding langkah berbincang/face 2 face yg tiada kesudahan

Lastly aku berpindah ke cawangan Taiping pada bulan Mac haritu


Aku agak berdendam sbb terpaksa face org mcm nih yg merosakkan masa depan kerjaya org

However kehidupan perlu diteruskan & aku kena prove yg aku sorang yg worth it to stay


Di Aeon Taiping everything ok, ofkoslah aku bleh adapt dgn mana2 tempat keje pun atau pun team sekerja yg lain 

melainkan dgn org yg ada hidden agenda

Awalnya mcm penat terpaksa ulang alik ketika cuti

Btw aku menyewa bilik je kat sana, semurah mungkin aku ambik since aku hnya berada kat sana time kerja je

cuti aje aku balik Manjung since aku ada rumah kat sini kan

even cuti sehari je aku tetap balik, serasa rumah sendiri spt holiday place to go


Dlm tempoh 3 bln nih, not bad lah adaptationnya

just enjoy the moment bila 2 jam dlm perjalanan dr Taiping ke Manjung atau Manjung ke Taiping utk balik

Tiada apa yg menyusahkan pun since aku enjoy dgn perjalanan tu

Kos aku jimatkan dgn guna motor je ( minyak mmg jimat) atau naik kereta sesekali jika terpaksa balik malam atau hari hujan


Agak mencabar jugakla time lock down nih

apapun ketabahan aku sgt kuat

so far so good, better than nothing rite


I think keputusan berpindah tempat nih much better dr aku resign sbb nk out dr surrounding yg too negative

Percayalah semua, Allah Maha Adil & beliau menguji umatNya semampu yg ditanggung hambaNya

Amin syukur....


Walau 2 Hours beza dgn rumah sendiri but kalau kita bijak, moments yg baik tu tetap ada

moment tempat keje baru, moment merentas 2 jam balik & moment mood bercuti kat rumah sendiri sgt berbaloi 

so far adaptationnya yg sgt baik

Alhamdullilah



Sunday, January 24, 2021

37

3 comment(s)

 

Officially 37, angka yg creepy utk ramai org....hahaha

for me apa ada pada angka, if tua tp pembawakkan muda maka xde masalahnya


Btw happy besday kat diri sendiri.... ofkos syukur sgt masih diberi umur yg pjg, kesihatan yg baik & dan minda yg positif

Harap di depan sana, i m still me dan happy selalu di bawah lindungan maha 1



TQ pada yg meraikan terutamanya yg tersyg

Dikala usia senja nih...bersederhana cukuplahhh

Well...dalam byk2 kek , aku plg suka kek pandan, senang dicari & murah

Haha, jimat budget semua org


Doa ku semoga Pandemik nih cepat berakhir...biar lah hari lahir ku ini menjadi penanda turunnya angka2 covid nihhh...aminnn

Tq all utk wish...tetap happy sentiasa


Wednesday, January 6, 2021

2021

5 comment(s)

 

Elok pun 2021 tiba, doa ku semoga Allah memberkati segalanya untukku sama ada dari segi kesihatan, pekerjaan, perjalanan harian dll


Dikala pandemik yg tak pernah surut nih, aku just lepak umah je... pergi keje then balik umah , if dah bosan sgt aku p jalan dekat2 je, itu pun kat area yg kurang crowd


So kalau nk happy ada kat umah, makanya rumah tu kenala rumahku syurgaku kan...so aku share la serba sedikit apa yg best kat umah aku nih selepas setahun lebih menghuni, rumah hasil titik peluh duit sendiri, no more menyewa dan berpindah randah, walau coming soon maybe aku kena transfer ke Taiping atas urusan kerja,aduyaiii


Even berpindah pun, aku janji takkan sewakan umah pada sape2 pun.. mau jahanam yg ada nih, still balik jugak...idokla jauh mana pun, katanyakannn




* Ruang tamu utama, dah setahun lebih nih, tak byk aku ubah deco dalamnya, cuma planning nk cat balikla...will see mood kaler apa plak nnti



* Alhamdullilah walau tak besar mana ruangan dapur nih, tp just nice utk aku yg masih membujang, so far kelengkapan dh ready utk masak mcm2



* Katil size king ok...katanya untuk masa hadapan...luas & selesa katanya,senangla nnti...muahaha




* Bilik tetamu




* Bilik ke-3 menjadi bilik utk simpan baju,basikal & ruangan solat... di balik langsir tu ada enough storage utk simpan segala kelengkapan atau mcm2 yg bleh diguna di kemudian hari



Inilah serba sedikit ruangan rumahku syurga ku dr kawe, walau xdpt beli umah atas tanah tp dpt beli yg apartment nih pun dh bersyukur. Syukur Alhamdullilah utk pencapaian sy selama hidup 36thn kat muka bumi nih...walau tak byk tp for me kira dh agak complete dh tu. Syukur apa adanya ... ye dokk


Ada masa nnti aku share video house tour plakkk...chewahh