Wednesday, September 7, 2022

Portable Aircond

0 comment(s)

 

Well... inilah bilik bujang aku dekat TPG tu, not badlah kan since aku dpt bilik master room, ada bilik air sendiri. So convenience la untuk aku yg jenis balik umah duk lepak dlm bilik aje. Actually umah sewa kat Taiping mcm bilik hotel je, tempat persinggahan, seperti semua tahu, aku kalau cuti je balik umah sendiri dekat manjung.

 

Sebelum aku jejak kaki kat TPG aku selalu dimomokkan yg taiping nih agak sejukla sbb kerap hujan. Tapi tidak ye, dusta semua tu, 2x5 je duk manjung PANAS ok!Tetap lah layak utk pasang aircond dlm bilik. Kalau dh namanya Malaysia mmg panas la sepanjang tahun. Paling terasa tahun lepas lah bila 6 bulan macam tu kemarau pjg amat, Malaysia hot sana sini. Ko bayangkan tidur malam pun basah kuyup katil dengan peluh ko. Tak laratla aku tiap2 malam mcm nih, kipas siling depan blkg umpama sgt tak berguna, just tarik haba duk pusing dlm bilik buat badan ko makin berpeluh.

 

Aku kadang terpaksa buka tingkap since mmg panas giler dalam bilik. Kita dh la seharian kerja, balik rumah nk kena hadap panas bilik plak. So end up aku beli je portable aircond nih. Portable aircond nih sgt sesuai la untuk umah sewa atau bilik yg mana ada tingkap then ko tak mau tebuk2 dinding. Kalau pasang Aircond ofkoslah tebuk sana sini sbb kena lekat kat atas tu. Harga murahlah sikit dari Aircond pasang tu. Tapi tak bestnya xde inverter la portable nih.

 

However worth it nya apa? walau ko takde inverter pun ( untuk penjimatan elektrik ) but pasang / setting suhu 28 pun tetaplah sejuk ye &elektrik jimat je, aku tgk dah bill pun sama je tak berubah mana,lagipun aku selalu balik manjung, so apalah sgt. Kadang belah malam dah sejuk, ko tukarla ke Fan setting, bagusnya Fan setting nih dia bantu tarik haba dlm bilik bawak keluar bilik. So malam2 suhu just nice utk ko tidur ye. Mmg puas hati, kalau aku tahu dari dulu mmg aku beli dh. 

 

Dlm RM1k ++ la harga dia, mahal tp berbaloi untuk long term weh. Bayangkan balik penat2 kerja, dapat  rehat dengan selesa. One day if ko pindah pun bleh bawak sekali , sbb dh nama portable kan? Aku beli brand Hisense, promo masa tu RM1040 je. Beli pakai duit Long service award aku. Sgt berbaloi ok. Walau badan dia kecik, suhu sejuk dia mampu cover satu bilik master room ( ko bleh agaklah keluasannya kan) Bagusnya portable aircond nih dia pakai gas, tak perlu la nak isi air mcm aircooler tu. Aircooler tu sgt mengarut ye. Harga ratus gak, tp sejuk tidak ye, itu penipu semua. Kalau dekat mall rasa sejuk tu sbb Aircooler tu tarik haba sejuk je. Tu dia sejuk. Aku pernah pakai, last2 aku hntar balik manjung je sbb sgt2 tidak berguna.


Air lebihan dr portable aircond bleh buang secara manual, tak bertangkung byk mana dlm bekasnya tu.Dia ada notification bgtau kalau air penuh. So far sebulan sekali je buang, depends pada penggunaan aircond portable ko lah. Portable aircond ada cerobong utk dia tarik udara panas keluar. Hulur melalui tingkap je. Makesure tingkap ko ada Grill la, kalau tak xde safety tak okla. Keburukkan dia cerobong nih tak convenience sgt sbb agak besar gedabak, but kalau ada langsir tutup je ngn langsir mcm aku buat kat gambo atas tu. So xde la nampak mana org kalau masuk bilik ko, just nice je. 

 

For me keselesaan diri adalah segala2nya, nk jimat tp berpanasan tak guna juga. Aku pikir kalau pindah esok2 pun senang bawak, why not melabur sikit utk keselesaan skrg kan. Elektrik pun masih jimat, janji setting suhu tu jaga mcm aku jaga setting suhu aircond dekat rumah Manjung. Kipas bukak sekalila utk bagi udara sejuk berlegar2 dalam bilik. Conclusion aku, worth to buy , itu aje! 

 

Saturday, August 6, 2022

Tambah stamina & ulang alik

1 comment(s)

 

Semakin berusia ye kita semua

aku sgt xsuka, tp syukur tetap adala sbb ini logiknya kehidupan


stamina bdn dh bleh start rasa lain mcm

ini rasanya bila menuju ke tua

aku dh start plan nk istiqamah jogging & jaga mkn

dua nih je slalu fail dlm hidup aku nih 

dan aku rasa korang pun 2x5


Btw so far so good hidup aku

walau ulang alik dr TPG ke Manjung agak memenatkan kdg2

but aku adjustla cuba utk enjoy

mind set aku, aku cuti aku kena berada kat rumah aku sendiri , aku anggap setiap kali balik cuti tu mcm pergi bercuti lahhh

mood terus is on!! haha


so mcm mana kehidupan kome semua?

ada yg baca blog aku kah? share la sikit experience aneh korang ke hari tua nihh



Tuesday, May 10, 2022

Kerana tekanan

0 comment(s)


Kadang bila kita terlalu pressure

Kita cuma nak dengar apa yg kita mau dengar sahaja

Thats y selalunya org yg mengalami down yg amat ( pelbagai faktor ) perlu mencari org yg good listener shj


Sebab during hard time tu, dia cuma mau meluahkan shj... apa yg terbuku di hati adalah amat berat

terlalu byk yg tidak disukainya dan dia merasakan hidupnya gelap/ terbeban


Sebab itu org yg pro kaunseling dia harus menjadi pendengar yg baik dulu

Komen bila perlu shj, kerna dia mencari org yg mahu mendengar rintihan sahaja

Mungkin solusi tu after semua yg diluahnya keluar


Solusi tu perlu apabila pressure dia dah ringan & masa tu dia dah make sense

Dia sendiri akan mencari solusi itu / jalan keluar sendiri

Kadang Ego yg mengunung akan melambatkan penguraian tekanan hidupnya itu


Begitulah perihal hidup, yg sentiasa ada pasang surut, kdg di atas dan kdg juga di bawah

Untuk org Islam mcm kita, Solat 5 waktu adalah terapi yg terbaik

sbb Allah akan memudahkan jalan di depan utk kita


Aku merasakan semua ini selepas solat

setiap cabaran akan jadi ringan, hidup mkn positive & kita akan berani / seorang yg redha

sbbnya tekanan / presure dlm diri nih akan beransur hilang bila kita berani face the dugaan cabaran yg kita xsuka tu


However berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul

maka org yg melihat atau yg menjadi good listener tu harus berada dalam kasut org yg susah itu juga ye