Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.Jika anjing menyalak lama di tengah malam, masyarakat Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.
Demikian pula jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah. Sekiranya langit cerah dan berwarna merah di waktu malam, itu menandakan seorang raja sedang nazak atau sudah menemui ajalnya. Biasanya kita difahamkan, kalau katak berbunyi, itu petanda hari nak hujan. Namun ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan, bermaksud akan berlaku ribut putting beliung.
Begitu juga, jika banyak kelkatu naik menghurungi cahaya lampu, itu menandakan akan berlaku banjir. Kucing adalah binatang yang rapat dengan orang Melayu selain ayam. Justeru banyak petanda yang ditunjukkan oleh kucing yang ditanggap orang Melayu
mempunyai maksud tertentu.
Kata orang, kalau ada kucing membersihkan muka di hadapan pintu, itu menunjukkan akan didatangi tetamu yang cantik dan pembersih. Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang. Namun kalau kumbang atau belalang pelesit yang masuk ke dalam rumah, bermaksud ada benda mistik yang tak elok bertandang.
Cicak pula memang ada di mana-mana. Jika cicak berbunyi, itu menunjukkan cicak mengiyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran. Sekiranya kita berjalan dan dilintasi binatang juga mempunyai beberapa maksud.
Kalau kucing yang melintas jalan kita, itu bermaksud kita akan berjumpa kawan di dalam perjalanan. Namun kalau biawak yang melintas jalan kita, bersedia untuk menanggung beban. Mungkin melalui kepercayaan inilah wujudnya peribahasa 'biawak hidup' yang
menyamakannya dengan manusia yang tidak memberi hasil dan hanya membebankan orang lain.
Sekiranya kita didatangi binatang- binatang tertentu seperti kala jengking, katak, cengkerik, belalang, kupu-kupu, kumbang, dan sebagainya, sebaik-baiknya tidak digangguatau dibunuh. Sewajarnya ditangkap dan dilepaskan di luar rumah kerana kehadiran binatang-binatang ini terjadi secara alamiah.
Walaupun kebenaran daripada tanda-tanda yang terjadi ini kadangkala banyak diragui, namun ada kalanya memang wujud hubungan antara kejadian-kejadian tersebut dengan hukum alam. Hanya Tuhan yang tahu segalanya.
3 comment(s):
lebron 15
yeezy boost 350 v2
nike air vapormax
moncler coat
air jordan
curry 7
retro jordans
bape clothing
off white clothing
air max 270
z7r60z3s93 k6j46f4l43 r0d51b2w71 x1r44f6x11 y2p83u0w44 h5q13f3r22
m9d53d0a84 i9a20x8o35 q1r59h4x95 s6y55r5r60 h0e17r5i61 e0q69u1y07
Post a Comment