Sunday, April 10, 2011

cuti + Kedah + Kolej Mara Kulim


Satu hari tak update blog mcm aneh untuk diri sendiri.

Masih dalam mood bercuti walau petang nih akan menuju balik ke KL. Seharian di Kedah dan Penang sangat-sangat seronok. Rasa tak puas! Tapi nak wat can ana cuti 2 hari je...

Semua tempat yang kami pernah pegi masa muda-muda remaja dulu atau zaman student dulu semua kami lawat balik.

Kalau korang apa korang rasa? Bila pijak kaki aje ke tempat tu semua nostalgia terimbau. Paling syokk bila melangkah balik ke Kolej Mara Kulim,Matrikulasi kami tu. Sob...sob...semuanya serasa baru sahaja berlalu walhal ia sudah hampir 10 tahun menjadi sejarah.

Then bila tengok bebudak remaja yg tengah belajar tu, mereka sebenarnya tak tahu senior 9 tahun mereka sedang melihat mereka ketika ini. Mesti diaowg pelik, napela bebudak nih jalan-jalan ambik gambar kat tempat belajar mereka tu.



7 comments: