Selain suka nengok burung buat sarang, aku ada satu lagi feveret aneh masa kecik-kecik dulu.Iaitu mengumpul semut dalam botol.
Memang buang tebiat,sbb semut nih bukan membantu apa-apa pun,lagipun mereka nih macam serangga perosak.Kan kena gigit nanti,bengkak-bengkak sakit.
Namun aku ada cara tersendiri nak tangkap mereka untuk disimpan di dalam botol.Even adik aku sendiri pun terpengaruh. Semut yang aku tangkap bukan sebarangan semut, semut api tau atau semut merah atau semut gatal.
Actually aku suka kumpul mereka wat koleksi sbb suka nengok mereka bina penempatan mereka kat dalam botol yang limited space tu.Dalam tu aku letak tanah dan pasir siap-siap. Semut nih rajin sebenarnya,mana ko campak mereka pun,mereka tetap berusaha untuk hidup dan gigih bina sarang mereka.
Motif aku adalah,aku suka sangat nengok mereka bina sarang.Gali lubang,angkut batu,dan sebagainya. Sebagai upah aku bagi mereka gula.
Actually satu botol semut-semut nih jalajahi,buat sarang dan gali lubung.Siang malam mereka tak pernah berhenti.Puas bila nengok mereka bole bina sarang-sarang yg besar yang banyak jaringan.
Aneh kan? Sampai skrg aku masih ingat lagi tabiat bukan-bukan aku nih, mesti semut-semut tu dendam giler ngn aku.
*Namun kerajinan mereka aku sgt kagumi,kita manusia nih patut jadi mcm mereka.Walau kecil tp rajin,tak pernah putus asa untuk hidup. Sbb tula peribahasa diwujudkan ''Rajin macam semut''.
10 comment(s):
tangkap spider la best. bela dalam kotak mancis.
aku suka wat eksperimen psal kacang hijau...ngahahaha..dr kacang hijau smpi jadi tauge pastuh buang.... lg x berpekdah...hahaha...
Nizamsani:kesian kt labah2 tu, sempit giler
Syakir: tu experimen sains sekolah rendah :p
aku tetibe teruja nak buat mcm ko.. hehe... tangkap dan tgk dia buat sarang
Faiz: wah2... Kutuk nmpakkk
masa kecik aku suke tangkap dragonfly...
feberet kalau yg kaler merah. tp tu sebelum papa aku beli gameboy ar muahahaha
tak tangkap apapon masa kecik..takott~~
alahaiii..mesti syok tengok diorang buat 'bandar' kan ? hurmmm, koje saya tangkap katak je..
Saya suka tangkap gambar. Sbb tu album kat rumah bertimbun2... huhu..:)
asrul:wah! kecik2 dah ada gameboy..kaya giler
Ika: anak dara rehat2 je
sang pemerhati: buat xperimen sains ekk?
Zamri: wooo...kecik2 dh pandai tangkap gambar
Post a Comment