Sebenarnya penting ada 'suara' utk bercakap nih, kalau xde tak sempurna rr idup anda.Nanti memang kena label OKU.
Lagipun suara merupakan medium komunikasi utama, sbb apa yg mahu disampaikan lebih cepat menggunakan kaedah ini.
4 hari setakat ini tanpa suara (actually ada, cuma limited) serak basah tak hengat, nak cakap pun menerang ko!Kat tempat keje, suma gelak2 kat aku. Excited diaowg aku xleh berkata-kata, kalau tak asyik laser je. Tp nasib baik diaowg2 semua tu syg aku...ha..ha..
Well, beberapa hari ni mengajar aku utk menghargai pemberian tuhan nih. Cthnya dah 3 kali aku kena gelakkan kat pakcik makcik, akak jual nasi sbb tak jelas apa yg aku cakap. Lauk nak mcm2 tp nak smpaikan,nak bagitau lauk yg aku nak buat mereka menahan2 gelak.Ciss! sek baik aku beli nasi ko tau...kalau tak,xde sales!
Redha sbb aku nih bujang,xde owg nak masak.
Bertapa susah aku nak sebut sst perkataan, tak jelas. Kononnya nak cover, sekali keluar suara lagi dasyat dari Ela (suara gajah liar). Harus mereka tersimpul senyum.Aku tau mereka nak kutuk aku ler tu. Adala 2 kali gak ulang sampai siap dibungkus nasinya.Pahtu laju2 aku balik.Malu wei!
Tadi nak makan KFC pun, siap bawak teman, dia yg orderkan. Harus satu KFC nanti pandang aku bila suara aku kuar nak order X Meal tu, mestila bunyi lain.Mana bole gajah liar mkn KFC!
Ni gara-gara selesema teruk aritu dan batuk-batuk, syukur tak demam je.
Pengalaman tul, then kelas-kelas aku kat tempat keje suma kancel gara-gara aku xde suara. Anak2 murid sukala...cikgu diaowg tak banyak cakap.Ciss!!!
5 comment(s):
mesti sore kalah akak ella kannn...
:D
ok apa... rock tu cam ella.. hehe
jaga kesihatan leklok bro...
http://hikayatsyabab.blogspot.com/
asrul: lebih kurang mcm tulah, hu..hu..
faaein: ha..ha..,rock ler sgttt
eman: thnks beb, i will!
cuba gua kasi test dgr sikit
Post a Comment