Showing posts with label cinta punah. Show all posts
Showing posts with label cinta punah. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Terjumpa kenangan lama

11 comment(s)



Semalam...tak ku jangka, tak ku mimpi, terkedu aku.Entah mata silap nengok atau kenyataan. Menelan air liur aku jab.



Bila terlihat...perkara pertama terlintas adalah 'dia wat pe kat sini?'. Cepat2 aku cover reaksi aku sbb masa nih aku tengah mkn dan sembang2 ngn bos aku.



Menyipi ke tepi aku tiba-tiba bila terlihat dia.Mau sedikit menyorok diri.Rasa aku mungkin dia telah terlihat aku. Aku je yg lambat perasan. Maka bila menyedari tindakan yg sesuai adalah melindungi diri aje dibalik badan bos aku. Jarak kami agak dekat. Cuakkkk beb! Walau simple tp dulu punyer cerita menakutkan.



Terimbau balik semula...walau tak patut dikenang lagi.



Dan tak mungkin aku tegur dia. Dalam otak ligat pusing pikir mcm2...aduyaiii...tak sangka!



Selang setengah jam lepas tu.Aku beranikan diri sms dia, maklumla no. dia masih disimpan rapi. Aku just tanya bila sampai sini? Then tau tak apa yg dia jawab. Actually bukan jawab pun...tp pertanyaan. " Siapa ni?''. Aku terkedu dan tak tau nak kata pe. So mmg dia dah delete no. aku maka aku reply "sorry, tersalah no''. Dan sms tu terus senyap dah.



Bagusla dia dah delete no.aku. Mungkin apa yg berlaku dulu satu kesilapan, maka jalannya harus begini.Aku ok aje...



Aku tak harap apa2 pun...cuma nak bgtau kat sini. Dunia nih kecik je, kekadang pusing2 kita bole terjumpa balik.Mau atau tak mau itula hakikatnya. Terpulangla pada masing2 nak menegur,mau kawan balik atau sebaliknya.



Masing2 dah ada kehidupan untuk ditempuh kat depannya.Maka proceed with ur life rite now.Past is past...walau suatu ketika dulu kenangan itu adalah yg paling manis.



Friday, May 20, 2011

Mengenang yg lama

6 comment(s)


Pernah satu ketika, 2 tangan langsung tak bole renggang,hati jadi satu. Kau hulur sepenuh hati dan aku menerima seikhlas rasa.

Melihat detik itu, aku gembira dan of course aku sedih juga.

Perbincangan malam tadi buat aku teringat akan cerita lama...kisahnya sama,perjalanannya sama. Terasa diri kejam! Terasa hati aku berdosa, menipukah aku itu?

Hanya kerana bosan,kau dihukum...

Perjalanan itu sudah pun berhenti...tp jejak mu tadi aku mula intai balik.Nasib baik bekas untuk mendekati mu masih ada.Bila terbuka,ku melihat kenangan kita dulu.Ia telah menjadi sejarah pun.

Menanggis?! Tidak sama sekali sbb mungkin ini takdir yg terbaik buat kita. Suatu hari kalau kita tak sengaja terjumpa, jgn tengok saya dan saya pun akan cuba utk tidak melihat kamoo.Kesannya tetap sejarah,perasaan itu adalah kenangan.Jika mampu diundur...aku tak mahu ulangi kot, sbb aku rasa ia hanya kesilapan perjalanan hidup.

Kau dan aku...Wangsa Walk,Domo kun, Secret Recipe...( hu..hu..aku tersenyum...hint bahawa sejarah itu pernah wujud).

Apepun keadaan, masa itu telah lepas.Kini aku dah besar...telah memiliki yg lagi penting, untuk dibawa ke rumah dan tangga. Takdir ini dan cerita hari ini harus diredah...dipimpin dan dibelai.

Untuk semua, aku tak minta anda faham utk entry kali ini.Hanya sekadar berkongsi sejarah lama yg tetiber terbuka dek cerita kawan yg sama keadaannya dengan aku.

Apepun dulu...aku pernah syg kamooo...


Wednesday, February 23, 2011

Tindakan gila dan tindakan bodo

14 comment(s)
*Past is past,just walk away...

Kadang-kadang dalam hidup, kita termelakukan tindakan giler, tindakan yg d'luar jangka,tindakan yg kalau dia tahu kita jugak yg malu sendiri.

Memang benar,orang kata past is past tetapi sesekali yg PAST tu la menjengah kita di'kala kita duk sowang-sowang. Aku bukan nak kenang sgt pun sbb aku tau dia pun dah bahagia ngn cara dan cerita baru dia.

Entah macam ana semalam aku tersinggah ke teratak blog dia, ada sesuatu dicerita tentang aku. Walau tak mention nama pun tp aku tahu owg yg d'maksudkannya itu adalah aku. Wahhh...bertapa benci dia pada aku kan?! Adala sikit terasa tp aku malas mau memikirkan sgt sbb aku takde hak ke atas dia lagi. Mungkin benci itu bagus sbb masing-masing bole proceed dengan kehidupan masing-masing. Dan aku rasa itu yg terbaik.

Ada rasa syg lagi?...impossible...dan aku rasa tak sesuai utk d'bicarakan lagi sbb aku rasa tak adil utk masing-masing kot.

Maaf la ngade2 singgah diam-diam teratak kamu sbb aku just nak singgah-singgah aje. Tiada niat lain. Mungkin ini tindakan giler dan bodo aku kot...

Saturday, February 19, 2011

Bg chance borak hal CINTA

5 comment(s)



Malam yg sunyi...sesunyi hati aku nih kot? Sunyi ke? Adala sikit-sikit...tp itu tak penting sebab buat masa sekarang aku bukan ke arah itu. Tetapi jika ia terjadi, mungkin bonus kot bagi aku.


Cinta?....entahla, ada 3 owg penah ketuk hati aku tp semua tak berjaya. Hanya aku sendiri tahu kenapa? Bila ingat balik sgt sadis...rasa macam masa tu bukan diri aku je. Kalau korang tak percaya korang selak rr entry-entry masa mula-mula aku buka blog nih, mmg jiwang karat giler.

Tapi masa itu aku tgh sengsara sangat-sangat. Well... dah berlalu pun, just bole kenang-kenang je. Kadang d'pikir takde yg menarik pun sbb aku macam owg bodo.

Memang rr cinta kadang-kadang bole wat kita jadi bodo,buta dan angau. Korang2 lagi makan cili dari aku kan? Maka korang taula can ana rasa.Ada kata manis...yala masa ngah bahagia, ada gak yg kata pahit sbb dah putus kan?

Biasala, sehingga tibanya d'satukan ke alam perkahwinan ,pahit getir bercinta tetap d'rasa. Apepun bila dah kahwin jgnla plak bercerai-berai, tak elok dan membazir je. Aku yg bukan owg kaya nih tau sgt byk mana habih utk majlis kahwin nih...maka hargaila rumahtangga korang tu.

Kalau kaya sekalipun, ingat-ingatla masjid yg d'bina bukan bole dibuat main-main,tambah-tambah bila ko dah ada anak.

He...he...maaf ya, malam nih tiba-tiba tercerita pasal hal CINTA lagi. Maklumla duk sorang2, nila padahnyaaaaa....