Showing posts with label disukai. Show all posts
Showing posts with label disukai. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Rahsia disukai ramai

3 comment(s)


Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya...

* Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

* Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

* Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.

* Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

* Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

* Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.

* Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.

* Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

* Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

* Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

* Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.

* Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

* Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.

* Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

* Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

* Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).

* Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.

* Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang



kredit to Ridzuan, Proton