Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Friday, September 24, 2010

Hidup aku kini

0 comment(s)


Indahkah? Indah sebab ada si dia...

Tapi dugaan yang datang ini sedikit sebanyak merosakkan mood yg ada, namun aku malas utk merenung hal itu lagi kerna ia telah pun berlaku dan aku rasa aku perlu 'proceed' ngn keadaan ini.Mulakan perjalanan ini dengan tabah dan ceria...

Ada satu menda aku mahu capai...tapi hingga kini masih lagi belum terlaksana...masih berusaha ke arah itu..

Aku juga nak ubah habit sikit sebab lately aku jrg bersenam..stamina pun xbagus sangat...kena bersenam ok!!!

Karya aku? aku nak sambung balik...tunggu masa dan idea ...

Mahu cari kwn baru...need new mood..new environment..

Aku sehabis baik mahu happy...please sape2 jangan rosakkan mood aku...

Kerja pn lately rasa ok...dah mcm otai kat trainer nih walhal banyak menda kena belajar agi...

Nih baru aje balik dari karoake...best..walau sejam je nyanyi tp cam berbaloi la..lama xsumbang menyumbang suara nih...



*Dia segalanya...umah merah MySpace

Monday, July 19, 2010

Hidup ini...

2 comment(s)


Hidup ini terlalu subjektif, indah, aman,berliku-liku,sedih dan complicated. Kadang-kadang kita dibuainya dan kadang-kadang kita alpa kernanya.Ada yg kata idup ini kejam sbb menjadikan kita begitu iaitu xseperti apa yg kita nak, kena ingat itu, itu semua dugaan dari yang maha satu yg mahu menguji kita supaya kita lebih tabah menghadapi hari-hari lain yg mendatang.

Hidup hanya sekali, redahlah...rasailah...perjuangkanlah..hari-hari yg mendatang xmungkin boleh undur, masa-masa yg pergi takkan mungkin datang lagi, kanak-kanak akan remaja dan dewasa, umur dari muda terus meningkat tua, dari hensem@cantik terus ke bahagian yg tang berkedut lak(lainla klau cucuk botox ya,takpun susuk..hu..hu..).

Matahari bersilih ganti akan terus naik dari timur dan jatuh ke barat. Kehidupan walau pe yg berlaku akan terus berjalan even kita suka mahupun tidak.

Jadi d'sini apa yang kita perlu pegang adalah fulfill lah kehidupan anda dengan kegembiraan walau apa yg berlaku, tenanglah hadapi hari mendatang, berdoalah supaya kita dilandasan yg betul serta senyum meniti bait2 hari indah ini.

Oh hidup, oh kehidupan...kau istimewa sebenarnya...syukur pada tuhan sebab aku masih bernafas hingga kini dan bahagia menghadapi hari. Walau kadang2 d'uji namun semua itu membuat aku positive dan tabah hadapi hidup. Harap anda semua juga begitu...

SYUKUR....


Saturday, July 10, 2010

Hitam Putih kehidupan

5 comment(s)




Hari itu ketika d'warung aku mendengar lagu ini

Serius sebelum nih aku sendiri cakap aku xsuka lagu lama

Namun tidakla semua

Ada sst pada lagu ini menggamit aku

Aku sendiri kurang pasti apa




Namun kekadang zaman kanak-kanak dulu yg berlalu itu menerjah

Bersama seiring kenangan masa kini

Jauh d'hati terselit keinsafan

Sungguh aku rindu pada kedamaian..

Damainya tika dengar lagu ini

Cuba hayati bait2 lirik lagu ini...ada sst rite yg bleh guide kita supaya kita terus menjadi seorang insan yg tabah dan hebat..

Hidup hanya sekali...just hargai ok...



*Video ini diambil dr U-tube,siapa punyer aku kurang pasti,namun msgnya amat berguna..so renungkan...


Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan


Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa


Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban


Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan


Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Lagu by Datuk Sheila Majid