Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Ketuat

10 comment(s)


Tadi masa ngah bz bekerja, tiba-tiba aku terpandang sesuatu di jari seseorang.Siapa? Biarlah rahsia ye (sambil nyanyi lagu Ct jab)...he..he..

Apa yg aku terpandang tu? Ketuat beb...walau takdela sebanyak mana dan tak kritikal tp utk certain-certain owg jijik kot atau mungkin huewww...ape2 jela...

Ketuat takla merbahaya, just bole buat kulit ko tu tak cantik je k. Yala...kalau tak cantik dan chumil nih sape nak pandang kan? Then kalau ada sape-sape terpegang tangan ko tu (yg ada ketuat) mesti rasa kasar dan tak best. Hilang seri jab...

Meh aku share info pasal ketuat nih...


Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

Jenis-jenis ketuat plak...actually ada 150 jenis,but antaranya adalah ;

1.Ketuat biasa

2.Ketuat kaki (Plantar warts)

3.Ketuat filiform (Filiform warts)

4.Ketuat planar

5.Ketuat kelamin Genital warts

Rawatan plak supaya hilang ketidakselesaan ini.Then bole tampak bergaya nanti;

Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun, pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti kawasan lain.

1.Salap asid salisilik
2.Terapi cryo
3.Podophyllin
4.Interferon & asid trichloracetic (TCA)
5.Pembedahan membuang ketuat