Showing posts with label petikan. Show all posts
Showing posts with label petikan. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

nasihat

5 comment(s)


* Apapun kalau ko tak pandai bercakap dan takde ilmu, baik ko diam

Masalah akan bermula kalau ko berlagak pandai, bab bab agama jgn dibwk main

Renung renungkan yg di atas tu dan slmat beramal

Tuesday, November 15, 2011

bermuka-muka

6 comment(s)

Dosa yang paling keji terhadap kawan-kawan kita bukanlah kerana membenci mereka, tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.








*Ada satu muka cukupla...tak perlu bermuka-muka. Muka yg ada nih pun dah jambu :P

Saturday, October 22, 2011

cekal

3 comment(s)


*kadang menanggis itu perlu

Saturday, October 8, 2011

Camels

2 comment(s)


LOOK at the camels first and then read the message below.




This is a picture taken from directly above these camels in the desert at sunset. It is considered to be one of the best pictures of the year. When you look closely, you can see that the camels are the little white lines in the picture.

The black images you see are just the shadows!

Sometimes, our "problems" seem to be as big as the shadows...but they are little. Have a lovely day!

LOOK ONCE MORE. YOU CANNOT BELIEVE IT, RIGHT?


By: Ahmed Samir


Monday, September 19, 2011

Voice up!

12 comment(s)

Customer Voice Jusco Au2,

Cis!!!


Ha..ha..aku rasa sgt lawak!

Wednesday, September 14, 2011

Peringatan kpd semua!

9 comment(s)

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.



*sumber fb

Sunday, August 7, 2011

kesian mereka

4 comment(s)


Ko bayangkan kalau adik ko mcm nih,cari keje macam nih,dgn mintak ehsan owg lain aka minta derma.Adik ko plak tu belasan tahun agi,muda giler dan pompuan plak tu.

Eden tak sanggup,luluh hati.Even tgk peminta sedekah pun tak mampu tahan sebak.

Dahla keje sampai 10pm ke atas.Pompuan plak tu.Selamatkah mereka? Ni bandar KL wei!

Aduyai macam2.Bila baca nih teringat adik kat kg.Tak bole biar mereka jadi mcm nih.Sindiket kot agaknya. Kesian mereka kalau ya.Dipaksa agaknya.

Makin menjadi2 kan isu nih kat KL.


Tuesday, July 19, 2011

pengalaman kejam tp...

4 comment(s)



*pook pook mung kalu tok blajar meme bodo lah sampa ke tuo ...maka renung2 kan dan selamat beramal... :p

Monday, July 18, 2011

Air Tangan Orang Tak Solat

2 comment(s)

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."

Wa'allahualam



Sumber Text: syokislam.blogspot.com


Monday, March 28, 2011

Lembu & Ayam

1 comment(s)

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!


Lembu : Kenapa kau kata macam tu?


Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!


Lembu : Hah! Buat apa pulak?


Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!


Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!


Ayam : ?? Maksud kau?


Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!


Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


---- sumbangan:Srox



Thursday, March 24, 2011

Rahsia Muda Dr. Mahathir

4 comment(s)



Apa hobi Tun pada masa lapang?

Sebenarnya saya tidak banyak masa lapang masa kini kerana kerap menulis. Saya mempunyai banyak rencana untuk blog saya, untuk memoir saya dan ada juga tulisan berkenaan dengan tajuk-tajuk tertentu yang belum lagi saya keluarkan.

Kalau ada masa, saya cuma tonton televisyen sahaja. Hobi sebenar, tak ada lagi.


Tun nampak muda daripada usia sebenar, apa rahsia Tun kelihatan cergas dan bertenaga?

Saya memang aktif daripada dulu pun. Saya percaya kalau kita aktif terutama setelah kita bersara dan tidak ada lagi tugas-tugas tertentu, itu sendiri mempunyai kesan baik kepada kesihatan dan kecergasan kita. Jadi kerana kita cergas, maka kita akan merasa lebih sihat dan kerana kita sihat, maka kita lebih cergas.

Jadi, orang yang bersara patut mempunyai hobi atau apa-apa minat tertentu yang akan menghabiskan masa siang dan malam mereka.

Bagaimana Tun memastikan keadaan kesihatan sentiasa stabil?

Saya jaga kesihatan saya. Memanglah kadang-kadang dapat juga penyakit seperti dahulu saya dapat penyakit jantung dan itu telah dirawat dan dibedah. Dan sekarang ini saya sudah pulih daripada sakit itu dan lega daripada kesan pembedahan.

Saya selalu mengambil berat tentang keadaan kesihatan saya iaitu kalau ada apa-apa yang saya rasa kurang baik, maka saya bertanya kepada doktor saya dan saya biasanya mengikuti arahan-arahannya dan ubat-ubat yang perlu saya makan.

Selain itu, saya bersenam, saya berjalan dan saya juga guna treadmill kalau tak dapat berjalan kerana hujan atau lain-lain perkara.

Apa makanan kegemaran Tun? Adakah Tun menitikberatkan aspek pemakanan?

Makanan saya makanan biasa iaitu nasi dengan kari. Walaupun kadang-kadang saya pilih masakan barat atau Jepun tetapi kegemaran saya, saya fikir semua orang tahu, daripada lauk-lauk yang saya makan yang paling saya suka adalah daging bakar cicah air asam dan sayur keladi. Ini adalah kegemaran saya.

Tetapi saya tak makan terlalu banyak. Selalunya sederhana. Saya makan hampir semua, tak ada yang saya pantang sebenarnya. Dan setiap kali saya timbang berat untuk menentukan saya tidak terlalu berat.

Apakah aktiviti senaman kegemaran Tun?

Saya buat sikit-sikit sahaja iaitu saya angkat dumbel pagi-pagi dan saya buat senaman tarik nafas dan selain itu, saya juga guna treadmill dan berjalan.

Pada usia ini, sudah tentu Tun gemar bercuti dan melancong bersama keluarga? Apakah aktiviti riadah atau destinasi percutian Tun?

Saya jarang bercuti sebenarnya tapi setahun sekali saya ambil cutilah. Dalam 10 hari atau dua minggu. Tapi masa cuti pun kalau ada kerja yang boleh buat, saya buat juga. Dan saya selalu ke luar negara kerana ada urusan di sana, memberi ucapan-ucapan setelah dijemput oleh banyak kumpulan-kumpulan.

Semasa bercuti, seboleh-bolehnya saya ingin supaya keluarga saya ikut bersama. Saya biasanya bercuti di laut Mediterranean. Saya suka naik bot di Laut Mediterranean dan pergi ke bandar-bandar kecil di tepi-tepi laut seperti di Turki dan Greece dan kadang-kadang juga di Perancis.

Apa rahsia kebahagiaan rumah tangga Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah yang telah bersama selama 53 tahun?

Dalam soal kebahagiaan rumah tangga, saya berpendapat bahawa apabila kita berkahwin, kita mesti bersikap bertanggungjawab. Kalau ada perpisahan, ia menyakitkan orang lain termasuk anak saya. Dan saya tak nak mereka menjadi tidak senang kerana kelakuan saya.

Sebab itu saya lebih suka walaupun kita memanglah ada masalah, mungkin salah faham antara suami isteri, tapi akhirnya kita atasi dan kita balik berdamai. Dan saya tak minat untuk menyakitkan hati sesiapa termasuk isteri saya dengan mengadakan kegiatan-kegiatan yang kurang baik.

Sejak bila Tun perlu memakai cermin mata?

Saya mula pakai sejak umur 14 tahun lagi. Tapi rabun mata saya tidak kuat. Kalau saya buat ujian mata, saya boleh baca semua.

Saya bernasib baik kerana tiada katarak. Ada sedikit tetapi tidak mengganggu.

Apa pendapat Tun tentang kesedaran masyarakat sekarang tentang penjagaan kesihatan seperti virus H1N1?

Ini bergantung pada diri sendiri. Kita tidak boleh berharap Jabatan Kesihatan selamatkan kita, menolong kita daripada dapat jangkitan.

Penyakit ini berpunca daripada jangkitan. Kalau kita tidak dekat orang yang ada jangkitan, kita tidak dapat kerana asasnya ada jangkitan. Kita perlu elak daripada berjumpa dengan orang ramai.

Kita di sini seolah-olah tidak mengambil berat tentang pemakaian mask (topeng muka) walaupun sudah diarahkan. Ramadhan yang lalu, saya pergi pasar Ramadhan, saya pakai topeng tetapi pelanggan-pelanggan dan penjual-penjual tidak memakainya.

Kita tidak mengambil berat pasal ini. Misalnya, hidung berair, ini kena berubat dengan cepat.

Apakah nasihat Tun kepada masyarakat dalam menjaga kesihatan seperti penjagaan jantung?

Saya berpendapat masyarakat mesti mengambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Yang itu mereka mesti jaga daripada awal supaya tidak menjadi terlalu gemuk kerana makan keterlaluan dan mereka jaga supaya mereka cergas, jaga tubuh badan mereka terutamanya menjaga gigi dan lain-lain bahagian dalam badan kita.

Seboleh-bolehnya tidak makan barangan yang boleh mendatangkan penyakit kepada kita terutama kolestrol dan lain-lain kita makan secara sedikit, tak terlalu banyak.

Apa yang dilarang, kita cuba elak. Jadi dengan cara kita selalu mengambil berat tentang kedudukan tubuh badan kita, saya fikir ini memberi alamat untuk mengelak lebih awal sesuatu yang tidak dikehendaki terutama berkenaan berat badan.

Dan kita punya profail, kalau kita tengok sesetengah orang perut mereka buncit kerana mereka tak jaga makan. Ini yang menyebabkan kemudiannya mereka tak nampak sihat. Walaupun mungkin mereka kuat dan sihat tetapi dengan profail yang tak begitu menarik, mereka akan tidak nampak sihat. Dan sebenarnya bila nampak tak sihat akhirnya betul-betul akan menjadi tak sihat.


oleh Marhaini Kamaruddin, Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah dan Amirah Amaly Shafaat

Sunday, March 20, 2011

Haruan dan anak

8 comment(s)

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

Saturday, March 19, 2011

Mimpi seorang isteri

4 comment(s)

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...

Friday, March 18, 2011

RAHSIA POPULAR DI KALANGAN TEMAN-TEMAN

7 comment(s)

Farhana selalu 'kelihatan' di mana-mana. Dia ramah, mudah diajak berbincang, jarang ada rasa ragu-ragu, cute dan tidak pedulikan apa kata orang lain. Farhana mempunyai keyakinan diri dan tingkah lakunya sering menarik perhatian teman-temannya. Fifie pula lain ceritanya. Bukan saja tidak ramah, dia selalu kelihatan muram dan tidak memperlihatkan sikap bersahabat.

Fifie jarang bergaul dengan teman-teman sekolahnya. Dia lebih suka menyendiri. Setelah tamat kelas, dia terus pulang ke rumah. Pergi ke tempat yang sama dan pulang ke tempat yang sama. Ada teman-temannya mengatakan Fifie 'membosankan' dan macam-macam lagi tanggapan negatif terhadapnya. Tambahan pula, Fifie tidak ada minat apa-apa di luar sekolah. Jumlah teman-temannya boleh dikira dengan jari tangan.

Sudah tentu kamu tidak mahu kehidupan seperti Fifie yang membosankan teman-temannya dan dirinya sendiri. Hari-hari sama sahaja dan boleh membuatkan kamu naik bosan dan hilang semangat. Sebaliknya, jika kamu menjalani hidup seperti Farhana, tentu kamu rasa riang gembira dikeliling oleh teman-teman yang tertarik pada sikapmu.

Kegiatan tambahan

Memupuk minat bererti memperluaskan pengetahuan. Tidak kira sama ada kamu seorang pelajar atau sudah bekeria, kamu masih tetap boleh bergiat di luar waktu kerja kamu. Terdapat pelbagai aktiviti yang kamu boleh ceburi seperti sukan, kelab belia, kursus-kursus dan sebagainya.

Mengikuti aktiviti tambahan yang positif adalah langkah bijak dalam mengisi masa lapang daripada kamu membuang masa melakukan perkara-perkara negatif. Selain itu, kamu juga boleh berkenalan dengan mereka yang sama mengikuti aktiviti tersebut dan menambah pengetahuan kamu melalui perbincangan bersama.

Mudah diajak

Jadilah seseorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Ada sesetengah orang yang mempunyai sifat semulajadi yang boleh menarik perhatian orang seperti sebuah magnet. Dia membuat orang lain berasa senang dan rileks bila bersamanya.

Yana, 16, masih ingat ketika pertama kali masuk kelas tingkatan empat di sekolah baru. Pada mulanya dia rasa kurang senang berada di sekolah baru itu tapi teman-teman kelas menerima kedatangannya dengan senyuman manis dan wajah-wajah ramah. Yana rasa gembira dengan sambutan yang diterimanya lalu bermesra-mesra dengan mereka yang sama kelas dengannya.

Maka, ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang berbicara. Sekali kamu berusaha mahu mengenal orang lain bermakna kamu sudah setengah jalan ke arah sebuah persahabatan. Orang yang ramah akan merasa rileks dan orang lain pun merasa rileks berada di sampingnya. Sikap sedemikian harus ditanam dalam jiwa sejak masih kecil dulu.

Buka telinga dan dengar

Untuk berkomunikasi dengan berkesan, kita perlu mendengar bicara orang lain dengan baik. Jangan kita saja asyik yang bertutur tapi pihak lain tidak ada peluang bersuara.

Kata Lia, 18 tahun dari Kuala Lumpur, tiada gunanya berkawan dengan orang yang asyik bercakap tapi enggan mendengar orang lain. "Apalah gunanya terus berkawan dengan orang yang hanya mementingkan diri sendiri? Dia asyik berkata tentang dirinya dan enggan mendengar bila kita mahu berkata sesuatu padanya. Itukan sikap hipokrit." katanya.

Untuk mengelakkan diri terperangkap dengan sikap sebegini, kamu harus menanam sikap bersopan santun dan beri peluang kepada orang lain bersuara. Walaupun menjadi pendengar kelihatan mudah tapi sikap ini sangat dihargai oleh pihak lain.

Lihat ke arah positif

Fokuskan perhatianmu pada kekuatan dirimu dan buatlah sasaran yang kamu boleh capai. Jangan sesekali meletak dirimu di tempat yang terlalu tinggi sehingga boleh menyusahkan dirimu. Jika kamu berfikir positif tentang dirimu, orang lain pun akan berfikir sama tentang kamu dan ini menjadi suatu permulaan yang baik untukmu.

Jadilah dirimu sendiri

Kamu tidak perlu meniru gaya atau berpura-pura menjadi orang lain. Kamu adalah kamu, tetap kamu dan peribadimu yang dilihat orang tidak harus diubah semata-mata mahu menarik perhatian orang lain.

Ika, 17, sering merasa dirinya kurang menarik lalu meniru gaya teman baik, Linda. Dia mahu serancak Linda agar dapat menarik perhatian orang. Tapi suatu hari dia dapat tahu orang lain mengatakan dia suka meniru gaya Linda. Dia rasa tersinggung dengan kata-kata orang dan cepat-cepat Ika menghentikan 'lakonannya'.

Itulah yang kamu akan hadapi jika suka meniru orang lain. Mungkin kamu akan rasa seronok di permulaannya tapi orang lain pula merasa aneh melihat gelagatmu. Maka, tonjolkan dirimu yang sebenar. Dengan demikian kamu akan memaparkan hal-hal positif yang ada padamu.

Hindari tekanan

Jangan mudah mengalah atas prinsip yang kamu yakini. Ramai remaja yang suka mengalah bila didesak oleh teman-temannya. Jika kamu tidak setuju pada sesuatu hal, suarakan pendapatmu. Mungkin mereka rasa tidak senang padamu tapi itu cuma paling lama pun seminggu. Bahkan, di luar dugaanmu, mereka akan hormati keputusanmu kelak. Jika kamu asyik menurut kata-kata teman padahal kamu tidak setuju, perasaan tertekan akan wujud dan ini memberi kesan yang kurang baik pada dirimu.

Perhatikan mata

Bila sedang berbicara dengan seseorang, fokuskan pandanganmu pada mata orang yang kamu ajak berbicara itu. Sikap sedemikian menunjukkan kamu menghargainya dan kamu suka berbicara dengannya. Jangan sesekali melihat ke bawah, ke atas, ke kiri atau ke kanan hanya kerana kamu seorang yang pemalu. Orang lain pun mungkin rasa malu bila berhadapan denganmu. Tapi, jika kamu mengalihkan pandanganmu lurus ke matanya, dia akan lebih berkeyakinan berbicara denganmu.

Bicara penuh semangat

Janganlah malu-malu memulakan sesuatu perbualan dengan orang lain. Kamu boleh pilih topik yang sesuai diperbincangkan dan disukai orang ramai seperti isu politik, semasa, sukan dan sebagainya. Elakkan diri bercakap sesuatu topik yang tidak digemarinya. Orang yang mempunyai semangat tinggi ketika berbicara mempunyai ramai teman kerana caranya memudahkan orang lain mendekati dirinya.

Penampilan hebat

Penampilan bererti imej keseluruhan dirimu.Oleh itu, tonjolkan penampilanmu yang hebat seperti stail rambut, fesyen pakaian dan cara bercakap yang sesuai dengan dirimu.

Biarkan semuanya muncul kerana itu akan menyeramakkan semangatmu. Jangan rasa malu pada dirimu. Lihatlah dirimu di depan cermin dan senyum seolah-olah kamu sedang bersenyum di depan orang ramai. Walaubagai manapun, ubahkanlah imejmu bila tiba masa kamu perlu berbuat demikian. Sikap optimis seperti ini sentiasa menonjolkan dirmu seorang yang hebat dan disukai ramai.

Ketawa penawar hati

Ketawa adalah penawar segala kekesalan hati. Selain itu, tunjukkan humormu yang sejati. Orang yang asyik muram akan rugi kerana ia menghalang orang lain menghampirinya.

Bila lihat ada temanmu yang muram, tunjukkan humor-humormu agar dia akan kembali normal. Sifat positif seperti ini pasti akan mendapat tanggapan baik dari pihak manapun.

Mahu menjadi seorang yang menarik atau penyendiri, pilihan ada di tanganmu. Pilihlah dengan bijak supaya kamu tidak akan rasa rugi kemudian. Biasanya, seseorang itu akan melalui pelbagai peringkat dalam kehidupan hariannya. Banyak peristiwa yang berlaku boleh mempengaruhi minda dan sikap kamu. Namun, semuanya masih terpulang pada kamu sama ada menjadi seorang yang istimewa ataupun asyik bermuram sehinggakan kamu rasa dirimu tersisih dari masyarakat sekeliling.

REMAJA, 1 MEI 1996, M/S 38-39

Thursday, March 17, 2011

Kahwin lain

6 comment(s)


Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

Wednesday, March 16, 2011

Anjing pintar

1 comment(s)


Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.

Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.

Perempuan 1: “Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual akhbar, anjing aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan.”

Perempuan 2: “Ya, aku tahu tu.”

Perempuan 1: (hairan) “Dari mana kau tahu?”

Perempuan 2: “Anjing aku yang cerita.”

Friday, March 11, 2011

Bibik dan telefon

5 comment(s)


Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


Wednesday, March 9, 2011

Rizal yang Insaf

6 comment(s)

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga.

Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".


:P


* Niat ajela sedekah ye? He..he..

Sunday, March 6, 2011

11 things to avoid

3 comment(s)












Saturday, March 5, 2011

Jimatkan petrol dengan ubat gegat?

6 comment(s)


Memandangkan hari ini harga petrol yang tinggi disebabkan kenaikan harga minyak global dan faktor-faktor lain, maka bermacamlah cara dilakukan untuk penjimatan petrol yang optima. Antaranya menggunakan pil fuel saver.

Nampaknya sekarang kereta pun ada pil tersendiri. Kaedah ini memang terbukti berkesan tetapi harga pil itu juga mahal dan kalau dikira tolak campur.. pi mai pi mai tang tu jugak… still kena keluar duit bergelen-gelen.

Ok.. sebenarnya ada satu cara istimewa yang diadaptasi daripada penggunaan pil penjimat petrol fuel saver tersebut… Mengikut kajian dan eksperimen oleh sekumpulan engineer syarikat automotive dan benda ni telah pon dibuktikan oleh mereka.. Iaitu kita boleh mengunakan UBAT GEGAT sebagai alternatif kepada penggunaan pil fuel saver.

Ubat gegat yang dimaksudkan ialah yang berbentuk pil sebesar ibu jari tangan… yang kebiasaannya kita letak dalam almari atau laci untuk elakkan daripada serangga seperti lipas dan semut. Ubat gegat ini boleh didapati secara mudah dan murah dimana-mana pasar raya dan kedai runcit.

Cara-cara penggunaannya begini yang mesti diikut untuk kesan penjimatan yang optima,

•Pergi mana-mana stesen minyak untuk mengisi petrol dan pastikan memilih jenis unleaded(tanpa plumbum) sahaja.

•Sila buat isian sepenuh mungkin tangki minyak kereta anda.. sebabnya kita tidak mahu ada ruang udara dalam tangki minyak… cuba minimumkan atau kalau boleh tidak ada langsung ruang udara..

•Bila tangki sudah penuh dengan petrol, anda terus memasukkan 2 biji ubat gegat yang berbentuk pil tadi kedalam tangki minyak dan tutup dengan ketat secepat mungkin… tujuannya nak kurangkan tidakbalas dengan gas dalam udara.

•Ok lepas itu anda boleh pandu macam biasa.. dan pastikan anda telah resetkan meter mileage anda kepada zero untuk anda melihat keajaiban hasilnya nanti.

Cara ini telah terbukti berkesan menjimatkan 25%-30% pengunaan petrol oleh kereta anda dan tidak ada kesan sampingan langsung, malahan fungsi ubat gegat tadi adalah 99% sama dengan pil fuel saver yang dijual dipasaran..bezanya cuma bentuk fuel saver yang lebih kecil. Selamat mencuba..

Kredit to spoket, USJ dan dipetik dari site Lubuk petua