Monday, November 29, 2010

ngee`





Petikan dari blog HapaCerita?






Aku tengah layan internet baekkkk punya di suatu pagi.Sambil buka blog sendiri,aku pun buka blog orang lain jugak.Menyambil orang kata.Kalau kucing yang kata,mungkin kita hanya boleh dengar bunyi 'miauw' sahaja.


Kan?


Sambil surf tu,tiba-tiba aku terjumpa gambar yang aku berkenan.Tanpa membuang masa,aku terus tanya auntie si tuan kedai yang tengag melilau dalam tu.Setelah bertanya,aku terus print gambar tadi.


Printer kat kedai tu lansung tak bagi respon.Demmit!


Setelah beberapa kali mencuba,tapi tak dapat,aku merumuskan bahawa network printer dia problem.Jadi,aku jumpa auntie tadi,dan cakap printer tak boleh guna.Setelah aduan aku diterima,auntie tadi lantas memanggil seorang brader yang tugasnya memantau kesihatan PC di premis terbabit.Brader ni,aku rasa umur dalam awal 20-an.Muda lagi.


Dengan penuh yakin,beliau cuba menolong aku sedaya upaya.Puas juga beliau klik sana-sini.Semua cara tak berguna.Gagal sama sekali.Akhirnya,brader tadi mengalah sambil memberikan laporan kenapa printer tersebut tak boleh digunakan..


"Tak boleh print lah abang.Gambar yang abang nak print ni,banyak warna sangat.Printer kat sini ada empat warna sahaja." terang brader tadi dengan penuh yakin dan pasti sambil memandang ke arah warna asas printer dalam katrijnya.



Aku nampak brader tadi.....kecik besar kecik besar ja depan aku.

0 comment(s):