Thursday, May 26, 2011

Masa Kecil Baik Bila Besar Main Bontot


*Artikel yg aku copy 100% dari FB ''Alangkah Indahnya Melayu Bersatu ''

Sekadar share ngn kengkorang...




Aku suka nak bagi tajuk artikel aku kali ni macam panas siket sebab aku tengok budak2 yg suka comment kat fb ni suka tajuk2 panas..so tajuk aku mmg panas dan aku harap korang bacala sampai habis..sebab masalah melayu adalah malas membaca tapi suka dengar orang cerita orang mengumpat orang mengeji orang menghasut itu mmg melayu suka..aku pun pelik..kalo dia dah suka dia dah sokong apa yg orang yg dia sokong kata, tuli dan buta ja dia akan percaya..xkira la pro gomen ka pro pmbgkg..sama saja..jadi korang kena ubah..jangan asik nak jom ubah tapi jom kaji dulu apa yg korang nak ajak jom ubah itu..



aku percaya majoriti budak2 yang selalu comment kat fb ni rata2 korang berada dlm lingkungan umur 20-35 tahun..dan aku terlebih yakin ramai antara korang yang dah berkerja dan ada pendapatan yg bagus..aku nak ajak korang pergi zaman korang kecil..masa tu korang darjah satu ke darjah 5 xkisah la asalkan korang masa tu memang hingusan habislah kan..masa tu korang ada pikir ke pasal sapa memerintah sapa pembangkang.?aku rasa yang aku kenal masa aku budak2 dulu Mahathir je kot..tak pun Ghaffar Baba..aku xtaw la korang mcm mana tp aku yakin korang memang advance kan..


aku dapat rasakan pada masa itu politik negara amatlah ok sekitar tahun 90-an sehinggalah terjadinya isu liwat anwar ibrahim negara jadi kecoh sekejap..berlaku macam2 spekulasi itu dan ini sehinggalah ke hari ini kita dihidangkan dengan pelbagai isu2 yang kurang lebih sama..


tapi aku xmaw tulis isu itu..apa yang aku nak korang selami adalah betapa indahnya zaman korang sekolah dulu..masa sekolah rendah lebih manis..bagi kita masa itu semuanya ok..xda yg x ok..apa yg kita taw pergi sekolah balik sekolah buat kerja rumah petang main bola main aci ligan duduk kul7 layan doraemon..haha..best gila zaman tu..


bila tiba cuti sekolah cikgu akan buat lawatan sambil belajar..antara tempat pilihan KLCC putrajaya dataran merdeka Melaka bandar bersejarah langkawi dan sebagainya..pada masa tu kan kita kagum wahh ini negara aku hebat macam2 ada..kita rasa begitu bangga dengan negara kita..cikgu kita pun ada cakap murid2 inilah Malaysia negara kita yang begitu hebat aman dan makmur..kita diajar supaya menghargai pembangunan yang dikecapi..


namun masa silih berganti kita meningkat dewasa kita mengalami perubahan umur kita ke sekolah menengah masuk universiti keluar bekerja banyak perkara baru masuk kedalam benak pemikiran kita..pemikiran kita semakin matang..banyak perkara kita dapat lihat dengan pandangan yang berbeza sama sekali dengan zaman kita disekolah dahulu..


kini ramai di antara kita sudah melihat pembangunan yang negara ada dari perspekstif yang berbeza..ada yang mengatakan pembangunan yang dikecapi tidak seberapa kerana korang dah pun tengok pulak pembangunan dinegara lain..ada yang memperlecehkan kembali apa yang negara kita telah kecapi sedang masa kita kecil dulu kita begitu suka dan kagum sekali..ini semua akibat daripada pengaruh dari pelbagai arah yang menyebabkan kita berubah corak berfikir..ramai diantara kita seolah2 tidak bersyukur dengan segala kemewahan yang telah mereka rasai selama mereka membesar dibumi bertuah ini..


akibat daripada pola dan corak politik negara yang kadang2 dilihat tidak begitu matang, rakyat lebih disajikan dengan bermodalkan kelemahan pihak lawan masing2 tanpa ada cara penyelesaian bagaimana kelemahan itu dapat diatasi demi memajukan negara..mereka lebih mementingkan bagaimana mahu menjatuhkan lawan mereka daripada berfikir bagaimana mahu memajukan dan memakmurkan lagi negara ini..akibat mementingkan diri sendiri ini, negara tidak mampu bersaing dengan negara2 seangkatan dengan kita contohnya seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura..lihatlah bagaimana Korea mampu menjadikan negaranya maju dengan cara mereka bersatu untuk menaikkan negara..pembangkang yang kuat adalah pembangkang yang bukan sahaja mampu mengkritik tetapi mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi negara..bukan mengajak rakyat berpecah belah buat rusuhan menghasut dan tidur di atas jalan menghalang Sultan sendiri..!!!!


bagi anak2 muda kini aku nak ajak korang supaya bersatu bersama memajukan negara kita..kita golongan muda kena lebih berfikiran rasional..janganlah korang emosional sangat dalam memperjuangkan apa yang korang juangkan..kita perlu lihat pro dan kontra apa yang kita juangkan dan apa yang pihak lawan kita juangkan..barulah kita mampu bersama berfikir bagaimana cara kita mahu selesaikan masalah yang melanda..kini adalah masa kita bukan masa pakcik2 kita yang suka buang masa kita dengan dihidangkan kita dengan cerita2 sensasi video lucah sumpah laknat dan sebagainya..tuduh orang ini tudung orang itu..tak bosan ker korang..???


aku nampak kita orang muda kena ubah cara uncle kita ini..kita tolak semua pemimpin yang kita sudah nampak dia memang xboleh belah laa kan..buat apa kita nak sokong lagi pemimpin yang macam2 masalah dia buat..aku pun pelik kenapa uncle kita pemimpin diatas ini walopun dia dah salah nak angkat dia lagi pegang jawatan besar..dah takda jawatan dlm kerajaan diberi pulak jawatan dlm organisasi2 pegangan kerajaan yg besar2 seperti Felda Felcra dan sbginya..aku pelik..patot2 kita tolak terus pemimpin yang haprak..semua ini boleh rugikan negara..


sudah sampai masa kita bangun bersatu di bawah payung Islam.. perpecahan hanya memberi keburukan dan malapetaka..janganlah kita menjatuhkan sesama Islam..janganlah kita berdendam sesama Islam.. jom cari jalan penyatuan..jalan perdamaian..masih belum terlambat sekiranya kita bangkit bersatu dari sekarang.. mulakan dengan diri kita kemudian keluarga seterusnya sahabat dan masyarakat kita..lkita sudah jauh ketinggalan jauh di bawah..kita banyak terleka sudah banyak kerugiaan..kita orang muda kena tukar cara uncle kita yang tamak dan penting diri sendiri dalam memimpin negara tercinta ini..


ramai lagi pemimpin muda yang boleh digilap menjadi pemimpin..kita rakyat dan orang muda Melayu dan Islam harus lebih bijak dalam hal begini..tak perlu kita terlalak terlolong menyokong pemimpin yang bodoh yang suka ajak kita merusuh dijalanan menghasut orang muda supaya membenci pihak lawan mereka semata2 memenuhi impian politik mereka..apa kata aku nak ajak korang jangan layan puak2 macam ini..kita tengok bangsa cina ada ka diaorang merusuh dijalanan..??malula aku tengok kita orang meayu suka sangat nak merusuh..reformasi la..bantah itu lah ini lah..tolak tolak tolak rasuah laa padahal rasuah tetap ada orang yang kaya tetap dok makan rasuah kita dibawah ini macam tu juga..yang makan rasuah Melayu juga Cina baik jaa dok suap..Cina pandai gila politik diaorang..kita kena la bijak..


jadi kesimpulannya sebenarnya aku nak ajak korang berfikirlah lebih bijak dalam isu politik ini..jangan buang masa menyokong benda yang buang masa yang belum tentu boleh untungkan kita..berjuanglah untuk perkara yang mampu untungkan Agama kita Islam dan Bangsa kita Melayu..ingatlah bahawa bangsa lain dengki dangan kita bangsa Melayu ini kerana kita Islam dan kita amat bertuah dilahirkan sebagai Islam dan Melayu..janganlah kita memperjudikan nasib anak bangsa kita sendiri..fikir guna akal jangan guna hati..anak muda Melayu bangkitlah..majukan diri..majukan bangsa..jangan tahu kritik sahaja tapi buka langkah selesaikan masalah dan memajukan bangsa..ayuh bangsaku..korang jangan ja Masa Kecil Baik Bila Besar Main Bontot..hahaha...


4 comment(s):

CintaZulaikha said...

umur dah dewasa...jadi ayat pon makin berleluasa...bda tuh da jadi cam patut berlaku jek dlm idop org dewasa..

achik ezam said...

main bontot tu cane eh????

http://bukankosong.blogspot.com/ said...

Ika: makin dewasa, makin banyak pendapat nyer

Ezam: tu tajuk je...btw, tul ke tak tau :P

Duniakuabstrak said...

Bagi aku perjuangan bangsa tidak begitu releven, perjuangan Islam itu lebih tepat, bagaimana jika bangsa cina tetapi beragama Islam? Memang tidak diragukan lagi Islam ajaran yang lengkap dari segala segi, walaupun aku akui aku juga jahil beragama tapi secara logiknya kita boleh fikir.