Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Drama

7 comment(s)


Drama?

Bukan kat TV je,kat dunia sebenar pun ada.Cuma drama kat sini bukan kisah sedih atau happy ending mcm kat filem tu tp kisah yg dibuat-buat.

Cth aku ada seorang kawan,tetiber aje sakit perut separuh mati,keracunan katanya,gaya berjalan longlai bagai nak pengsan.Gi klinik siap bergaya nak muntah segala,tp tetiber lepas ambik ubat,padahal tak cucuk apapun,tetiber melompat,tersenyum gembira plak.

Aku tak tau apa motif,nak perhatian pakwe dia kot! Tp sarcastic sgt kalau betul mmg dia buat2.

Then satu contoh lagi,tetiber member baik aku call, tunang dia sakit,demam mcm tahap kronikla katanya,dalam kereta separuh mati gayanya,bercakap mcm bagi wasiat,mengerang mcm owg nak mati esok. Then bila sampai hospital...elok plak, terlompat dan terjerit mcm xde apa.

Aku tak paham? Ini drama ke apa? Atau penangan psiko tempat sakit?

Berlaku di kalangan especially pompuan...bila pakwe sebelah mulala melentok2, yg lelaki layan je tp aku bila tgkkkk...drama drama drama.

Sbb kenapa aku kata mcm tu?...sbb lepas tu xde apa2 pun,mcm dibuat2 sgt.Aku alergic ngn menda nih lately,jgn rr duk manja2 ngn aku wat drama lemah segala jika mulut ko dan perangai ko mcm ditaktor!Tp sebenarnya lemah!

Opss!!


*Drama aka mengada-ngada


Monday, July 18, 2011

Series drama Philipine lebih jujur

3 comment(s)


Korang perasan tak?

Berbanding dengan mana2 series atau cerita atau drama, Filipine nyer cerita atau drama seperti lebih ikhlas. Cuba tengok mereka...mereka tetap jujur dengan budaya mereka, keadaan tempat tinggal mereka dan para pelakon mereka.

Cur kita tgk...mostly kalau drama mmg kawasan kg lah mereka tonjolkan, shooting dlm rumah papan,kws spt setinggan, dengan penduduk yg berkemban, baju kotor,compang camping serta mandi kat luar(bukan dlm bilik air)...

Keadaan nih mmg lebih kurang tempat kita Malaysia rr...

Tp kalau tgk cerita Melayu mmg jarang papar...even rumah kg pun tetap bersih segala.

Mereka benar2 jujur...kalau certain2 tu mmg nmpak daif sgt...

Pinoy / Phillipine nyer cerita nih tak byk sgt jd hits kat Malaysia compare ngn cerita Indon, antara yg penah popular pun spt 'Pangako Sayo' dan 'Marimar' .

Tp Marimar byk papar hal2 owg kaya.

Namun kalau korang rajin search je kat youtube...tgk rr, mmg byk drama2 mereka shooting kat umah atau daerah spt setinggan atau kg. Mmg jujur rr mengambarkan tempat mereka. Specially cerita type Indie mereka.






*Yg paling hipokrit cerita hindustan...semua tempat specially tempat menari dan menyanyi mmg lawo giler tempatnya.Sanggup pergi oversea semata nak shoot scene menari menyanyi je.


Monday, March 21, 2011

''Gemilang'' yang buat perasaan aku makin meleret-leret

6 comment(s)


Haih....! Mampu ngeluh je,dahla tengah sedih-sedih nih tp bila bukak TV terlayan drama Gemilang kat Tv3 tu makin sedih lak rasa aku. Perasan aku tetiba rasa macam-macam lak.

Episode kali ni byk menyentuh hal yg seperti ada kaitan ngn aku. Walau tak banyak tp adala c,kit-c,kit spt member yang memperlekehkan pekerjaan membernyer, si Saif (Shah Jazle ) gaduh ngn kwn baik dia (Kamal Adli) dan lagi satu sedih sangat bila si Saif tu terjumpa balik adik dia Din yang lama terpisah.

Scene Saif mula jumpa adik dia tu menyentuh hati aku sangat, tetiba buat aku rindukan adik-adik aku kat Kg lak. Lagi sedih bila Saif hanya sempat jumpa adik dia kejab je. Then berpisah balik sebab adik dia nak sambung belajar kat Mesir.

Meleret-leret mood aku malam nih...mengeluh jab, mak aih rasa cam tension plak, dah rr tgh sedih tambah lagi sedih walau dah perkena sate 20 cucuk lepas geram tadi.

Monday, January 10, 2011

slow motion Indon

4 comment(s)


Kadang-kadang lawak aku tgk cerita Indon nih, jerk pun aku rasa ada gak. Slow motion yg aku tgk tak tahan tu. Berminit-minit ya...konon suspen dan terkejut rr.Padahal entah pe-pe tah.

Jalan cerita dia agi rr, yg baik asyik tertindas je...lama plak tu tertindas,ujung cerita baru menang dan bahagia.Nak tunggu saat tu dah berepisode episode beb, jenuh tunggu!

Watak baik pulak tu baik giler, semua baikla...tak pernah berprangsangka walhal dah terang-terang owg tu wat mimik muka jahat nak mampus. Drama drama...he..he...Then watak jahat biasa rr menang dulu,tindas watak baik berhabis-habisan, ceh!

Owg ramai tgk cerita nih aku tau mungkin sbb hero dan heroinnya pute melepak hensem dan cantik kot, jalan cerita no. 2 i think,tak tau rr betul ke tak? Kih...kih...nih komen dari aku walau aku tak layan sgt cerita-cerita Indon nih sbb benggang dan sakit hati ngn slow motion fokus muka tuh! Adusss...lemas aku.

Yg ngh glamer dan berepisode episode hingga kini aku rasa si sinetron ALISA tuh! yg lain? tak tau rr...


* Baik layan series Korea lagi syok!