Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Coretan

9 comment(s)

Pagi nih baru dapat seru nak update blog,xde mood wei lately ngn idea yg kering kontang.Aku biar blog aku nih terbiar.


Tapi aku rasa bukankosong nih makin sunyi jab,maybe sbb aku jrg BW,jrg komen blog owg,jrg update dan jarang tu serta jrg nih.Maklumla blogger tak glame, so owg lain pun turut pandang sebelah mata je.


Btw, cepatkan masa berlalu?Sedap je ia melayangkan siang dan malamnya,sedar-sedar cuti raya dah nak abih,sedar2 dah nak start keje balik dan sedar2 aku terpaksa meninggalkan my luvly kg lagi utk menuju KL dan bekerja.


Istilah malas,xyah diulas la.Semua serba tau.


Apepun proceed je, manyak menda nak kena buat,manyak menda nak kena tengok dan manyak menda nak kena check.


Antara yg perlu aku check balik adalah tang HATI,KERJA,MASA,FUTURE dan bla bla bla.



*Oh ya,aku nak menulis balik bole? Ada smpai seru sikit,sblm nih ada senyap2 wat karya bodoh.Pe kata aku wat karya cerdik plak kali ni...kita tgk nnti.


Sekian.....


Monday, June 20, 2011

Diari semalam

7 comment(s)


Lama tak pegi uptown...uptown Danau kota

Pergi dgn niat nak cuci mata, cuci duit, cuci segalanya lahhh... :P

Then beli sehelai jersi...murah aje.

Thnks kawan-kawan yg temankan, sebelum tu kami main bowling, karoaks dan gosip2 kat kedai mamak. Walau kat mamak ni dh terbukti suma mahal dan cara pengiraan si mamak2 kira makanan diragui tp tetap nak gak lepak kt c,tu.

Balik dlm 12.30am...ngn sleepy2 chumil, cian mmber yg penat since 10am(mereka dh kuar sebelum tu), manakala aku yg penat bekerja rini. Mereka cuti dan aku tidak.

Sekian diari semalam...




* Di sini dinyatakan, bahawa idup anda akan sunyi jika anda hanya ada diri anda saje. Sesekali hang outla ngn kawan-kawan, sekurangnya perjalanan idup anda tu ada warna2 sikit. At least ada tmpat mengadu, meminta tlg, berkongsi dan bergelak ketawa...idup dan masa pun terisi.



Walau bukan lama...sewonok tetap ada.


Sunday, May 29, 2011

10 tentang hal aku

4 comment(s)




Keadaan yg mcm-mcm skrg nih...meh aku luah atau cerita sikit kat sini.Adala effect kat aku walau tak seberapa. Ada yg baik dan ada yg buruk.



1.) Aku nih bukan jenis nak marah-marah owg, tp sekali ko wat aku marah, aku bole wat ko bunuh diri.Statement aku kadang-kadang mmg laser!...nanggisla ko ngn kekejaman aku (ha..ha..gelak evil!). Jgn ingat owg lembut ati mcm aku nih sedap-sedap ko nak tindas.



2.) Mula terfikir akan hal kahwin, insyaAllah lagi tiga 3 tahun, already plan but will see...dlm tempoh nih aku nak cari dan kumpul harta byk-byk utk dimensi baru tu nnti.



3.) Ekonomi Malaysia mcm tak kukuh sgt skrg nih, harga naik sana sini.Kalau tak pandai jaga, utang makin bertambah plus perbelanjaan sekali pun. Pandai-pandaila budget ok !



4.) Tengah bersedia utk jadi pengapit owg...tak penah aku terfikir dlm hidup aku ke arah itu.



5.) Aku mintak jauh sikap-sikap buruk yg mengapi-apikan owg...dengki,tangguk di air keruh dan tak bersyukur ngn apa yg telah ada.



6.) Aku perlu keluar dr kepopong selesa, kadang-kadang perlu menda baru. Keberanian tlgla ko muncul.Nak tak nak kena sahut cabaran. Zaman skrg mcm-mcm, kalau tak do something mcm tu la ko.Kat takut lama.



7.) Aku tgh obses ngn iphone skrg nih...entah pe jadahnyer aku tak tau.Nak beli mcm bukan keperluan lak...entah lol.



8.) Aku nak bercuti ke luar negara, tp tengah cari lubang. Ada sape-sape nak teman,jadi tukang plan ke?Kita merai sama-sama. kawan-kawan baik makin susah nak hang out.Mereka mcm byk komitment yg menyebabkan aku takleh kaco mereka.



9.) Kadang-kadang aku gembira ngn diri aku. Tp kadang-kadang tak.Rungsing dengan flow skrg nih.Mcm wat aku tak kukuh jiwa raga.



10.) Keje skrg dah ok...tp biasa je dan tak mencabar. Nak cari keje baru malas...gaji pun ok lol...








Tuesday, May 24, 2011

Entry yg ada dlm kepala otak aku

6 comment(s)


Malam syok,malam best dan malam bebas sebebasnya, sbb esok cuti...yahoooo!!! Tidur lewat rr jwbnya,plus layan GLEE latest season!

Btw...td ada owg buat aku marah! Namun sbb malas aku nak bebal lama2 maka aku beli je sate 20 cucuk lepas geram.Santap sampai habih! Bukti? Gambar d'atas tu.

Esok dan lusa cuti tp tak planning agi nak wat apa...maybe duk melangguk buang masa aje kat umah. Nk kuar xde sape2 nak teman,buah ati lak keje.Ha..ha..

Actually aku mcm nekad nak beli iphone ( tp mahal sgt...), HTC pun not bad gak.Nengok mmber aku pakai serius jeles,smart lol plus manyak application yg syok!

Padahal aku baru je nukar h,set....adakah patut aku tukar agi? Membazir aje kan? Tp utk kepuasan apa salahnyerrr (kata nafsu aku, :P )...and then ujung bulan nih dpt duit kutu. Riban gaklaaa jumlahnya. Mula2 main suka-suka je...alih2 serius...mcm berguna gak simpanan senyap-senyap nih.

Okla guys...nak sambung nengok GLEE, malam nih aku coretkan pe yg terlintas kat fikiran dan apa aku rasa skrg nih je. To all, jgn sedih2 ,happy2 sokmo tau...specially to Yana.


Mr Nurr Ezam...u know the best 4 u fren...he..he..

Joey...jgn lupa janji ko...

Kak Ika, umur akak lagi muda dr sy lol...xleh terima...nasib baik dah kahwin...kih...kih...tak sia2 panggil Kak Ika.

Faiz...rajin ko singgah blog aku, malu plak aku nih, almaklumla aku jarang singgah blog ko. Tp aku tetap singgah gak k... :p

Reza...mana ko menghilang?

Azam...bz ke?





Bye222.....


Monday, May 23, 2011

Lupakan yg lepas

6 comment(s)



Munin semua, mulakan hari anda dengan cerita baru.Lupakan hal yg telah berlalu.


Hari ni keje agi, fokus-fokus.Tak mahu tersasar...mahu lakukan yg terbaik.


Semalam tidur agak awal walau ada kejab-kejab terjaga.Adala sikit-sikit jiwa rungsing. Mungkin smlm not in mood,bila aku rasa diri aku spt tak d'peduli.Namun lupakan sbb itu tak penting pun buat aku.


Thnks mana kawan-kawan yg mengambil berat.


Kehidupan yg aku rasa makin hari makin mencabar, makin tak bole dipercayai. Ini cabaran kot utk aku dalam menjadi lebih matang.


Okla...setiap hari biasala ada lain-lain cerita,meh kita tgk apa pula yg akan berlaku pada hari ini.Namun setiap perjalanan itu, aku tetap bersyukur padaNya.


Aminn...

Friday, May 20, 2011

u know the best 4 urs!

5 comment(s)




Sleepy...

Nasib baik cuti rini, ni gara-gara on9 smpai ke subuh, mujurlah kul 9 malam sblm tu aku tertidur jab smpai kul 12am, tu sbb bole berjaga baik punyer.

Kalau cuti mmg aku tak berkira. Biarlah segalanya yg aku buat adalah menda yg aku suka. Contohnya berjaga dan apa-apa je yg ada,yg aku suka.

Ni baru aje bangun setelah lelapkan mata tadi, ape ekk nak buat rini? Tau la ptg nih nak gi menonton Pirets of the Carribean, tiket dh book, pegi menonton ngn awek tercinta. Double date katanya rini.Ha...ha...

Aku actually tak layan sgt cerita nih, sbb tak mengikuti sekuel sebelumnyer.But dari tak buat apa-apa better aku isi ngn sesuatu kanz...lagipun cerita owg pute, aku tak khilaf sgt utk melabur.Lainla cerita Melayu kan,mmg penuh teka-teki.

Untuk yg lain selamat bekerja lah ya,mana yg cuti tu,nikmatilah cuti anda sebaik mungkin. Kalau ada masalah apa-apa,usahlah dilayan sgt,selesaikan.Tiada guna tertekan untuk menda yg belum pasti,lainla kesannya depan mata kan.

Btw utk yg ada masalah cinta tu, anda tau mana yg terbaik utk anda. Jangan sesekali biar diri anda kantoi.Hati seketul je,kalau terluka parah duh nak ubat. Dah besar panjang pun,aku tau korang lagi bijak dan hebat dalam bab-bab cinta nih.

Namun berat mata memandang,berat lagi bahu memikul yup! U know the best 4 urs!

Sunday, May 8, 2011

update sekejab

4 comment(s)


Semalam ...aku makan byk plus sedih la gak...

Meraikan majlis perpisahan big bos aku ke Bukit Tinggi, beliau akan berkhidmat d'sana.

Then mulai esok selama seminggu aku berada d'country Height Kajang utk MTRT Trainee,seminggu takde kat store, sewonokkk...new challange rr utk aku.

Plus ala ala mcm bercuti sekali walau hampir seminggu tu aku rasa kena keje kuat kot. Yg penting ada macam-macam game utk d'handle.

Untuk semua selamat berhujung minggu lah ye, ada masa singgahla AU2, smbil shopping bole tgk AF sekali... ye tak?


bye2...


Saturday, May 7, 2011

BZ

4 comment(s)


Segala-galanya BZ...

Hempas pulas aku wat keje, mcm-mcm...kejar sana kejar sini

Seronok tp cuak gak...hu..hu..patutnya aku dah kena lelapkan mata nih sbb esok nak bangun awal tp gigih gak nak coret sst kat sini. Tak mahu BUKANKOSONG nih terabai.

Lately aku mula jarang share apa-apa aje info kat sini.Manyak pasal diri sendiri je, maklumla mood aku nih tgh macam-macam.

Satu-satu aku cuba selesaikan tugasan dan dugaan yg aku cuak2 tu. Harap yg terbaik aku bole buat ekk...

Saat nih byk fokus tang keje, diri sendiri pun mcm terabai, tp aku tetap bersyukur sekurangnya hati aku telah dipunyai... :P

Kesimpulan mmg aku BZ dan terkejar sana terkejar sini lately.Gambate 4 me! Hope my dream come true.


Monday, April 25, 2011

awak tu awak la

5 comment(s)


Apa istimewanya anda berbanding orang lain?

Kadang ada yg kecewa dengan diri sendiri, sbb apa? Sebab diri sendiri takde apa yg orang lain ada.

Kepercayaan terhadap diri itu penting sbb Allah menciptakan hambanya dengan cerita tersendiri. Jatuh bangunnya seseorang itu sudah tentu bergantung pada diri sendiri. Manusia tak perfect dan tak mungkin perfect sbb sehandal mana pun dia tetap ada kelemahan.

Untuk menanamkan kepercayaan terhadap diri sendiri,senang aje. Yakin aje dengan diri kamu,kelebihan kamu dan semestinya jgn compare dengan org lain. Jika kamu compare/ bandingkan sbb tulah ko rasa diri ko tu lemah.

Jalan aje selagi mampu, peduli akan orang lain. Mereka tak bagi kita makan pun,tak bagi kita duit pun, jatuh bangun sendiri tanggung.

Kita yg miliki nyawa sendiri, kita yg miliki otak sendiri utk gerakkan tangan kaki and so whatever dan kita juga lah yg mencorakkan perjalanan atau kisah kita, maka apa takut, semuanya kita yg tentukan.

Tawakal itu penting dalam setiap usaha begitu juga dengan wasatiah, bersederhanalah kamu, sbb lagi tinggi ko capai, lagi kaya ko ngn duit serta lagi tinggi darjat ko maka lagi tinggi jugalah risiko dan cabaran kamu.

Hidup hanya sekali, jadi buat apa sedih sedih, kita hentam sajelah!!!


Sunday, April 24, 2011

Entry biasa

3 comment(s)


Bangun pagi pagi tgk matahari bersinar, hanya tuhan aje yg tau bertapa tenangnya jiwa...


Jiwa yg gundah,kadang2 sukar dipujuk namun sesekali melihat alam dan mengingati Dia, kita akan tenang. Sesungguhnya ubat yg baik utk diri adalah mendekatkan diri pada Nya dan sesekali duk termenung tepi tingkat,tgk matahari chumil tu dan alam sekeliling yg menghijau.


He...he...


Selamat pagi semua, salam hari Ahad,selamat berehat dan selamat segala-galanya.


Jgn nakal-nakal, senyum sokmo okies!

Thursday, April 21, 2011

Menari dengan hati

7 comment(s)



Hilang pun habuk kat bilik! Bersih bersih bersih...tenang tengok surrounding yg licin suma!! Aku dah halau semua petualang kat bilik ngn penyapu dan bulu ayam tadi...ha..ha..


Dua hari dah cuti, cepat aje masa berlalu, manala cukup lagi rehat tambah dengan mood malas aku nak gi keje, hu..hu..pepe jela, lagipun esok keje pagi. Tak heran sgt...

Korang pe cerita ekk? Ok tak kat tempat keje tu? Enjoy tak? Tertekan ke? Kerja berlambak ke? Harapla tak, harap enjoyz je keje. Biasala keje, ada pasang surut, mana ada hari-hari enjoy dan bahagia, sesekali tension gak melayanz keadaan kat tempat keje yg sukar diduga.


Macam bos aku cakap, dunia keje mmg cam nih, so kalau dilanda dugaan atau kena marah tu wat bodo je! Esok esok okla tu.


Aku ok je walau kadang-kadang terasa hati sikit tp lantakla...lama-lama okla tu. Aku penah kena sekali so aku rasa no hal kot utk yg kedua nih.


May be kena cari suasana baru, cerita baru atau feel baru. Baru syok...semalam aku beli h,set baru lepaskan geram, awal bulan depan lak nak gi bercuti ke Kuching ( 4 hari 3 malam ), ok rr tu penat-penat keje sesekali enjoyzzz...




*Btw..tajuk kat atas tu, maknanya hidup perlu happy happy bukan sedih. Tak gitu?!

Saturday, April 16, 2011

Tidak adil

3 comment(s)

Salam, Thanks kawan-kawan utk komen-komen anda ( utk entry 'Apa yang korang mau' ),saya hargai...

Hari ini aku sedih,aku demotivated kerana aku diperlakukan tak adil. Apa yg aku telah diberitahu sgt menyakitkan. Aku cuba pujuk hati,cuba pujuk untuk positive tapi tak mampu,kadang gagal. Napela aku diuji begini.Teruk sgt ke aku? Atau memang ini dah nasib aku.

Aku takde tempat nak luahkan...aku kecewa,kecewa sebab aku diperlakukan tak adil.

Actually, aku nekad esok, aku mahu berjumpa dia untuk mendapatkan penjelasan. Just penjelasan,apa di depan pun keputusannya aku tak kisah.

Btw maaf kawan-kawan aku tak reveal sgt masalah d'sini. Namun masing-masing mestilah mahu yang terbaik utk diri sendiri kan? Aku bukan jenis tamak ke apa ke, cuma melakukan sesuatu adalah utk kepuasan. Aku tetap bersyukur padaNya atas segala rahmat dan nikmat rezekiNya.

Hmmm...thnks kpd sesiapa yg telah memberi semangat.


Saturday, April 9, 2011

Update + bercuti lagi

8 comment(s)

Maaf untuk blog yg kurang terupdate padahal hari-hari bukak. Tiada idea, tandus dan mood tidak menyebelahi.

Namun untuk 2 hari ini, diri ini akan bercuti bersama kawan-kawan...ke Kedah & Penang ok!

Selamat bercuti utk diri sendiri! :P

Sewonok bangat!!!

Wednesday, April 6, 2011

Update status

8 comment(s)

Tadi terjumpa owg yg tak disangka...nasib baik aku tgh on call,so buat-buat tak perasan.Tapi aku tau dia perasan, maka aku cepat-cepat berlalu. Aku matikan niat aku untuk usha dan beli baju dinner kat c,tu.

On weekend nanti, kami akan bergerak ke Kedah, jalan-jalan ke Matrikulasi kami serta area-area sekitar nostalgia masa zaman matrik dulu. Plus reunion sekali dengan a few member yg lama tak jumpa. Namun last minute aku kecewa sbb mmber baik aku masa kat Matrik dulu tarik diri lak.Hilang sorang ahli!

Jab lagi akan ke Uptown cari baju untuk dinner gak. Harap-harap jumpa.

Esok keje pagi, then lusa plak meeting. Bakal bz dengan persiapan Dinner sbb aku kan commitee.

Lately aku byk buat keje owg lain dari keje sendiri. Namun aku gembira kerana semuanyer berjalan dengan baik dan ada yg memberi kerjasama.

Aku harap sorang member yg terasa hati dengan aku tu, tak marah aku lagi. Rindu hilai tawa dia yg chumil tu.

Aku harap juga cita-cita aku untuk keluar ke line operation tercapai. ( Hal keje )

Ada satu perkara yg aku belum lunaskan, aku tengah planning untuk mengotakannya secepat mungkin.

Serius aku mahu bersenang lenang dengan kawan-kawan,lama aku tak keluar hang out ngn member sekepala.

Terlalu beria untuk keluar berkaroake, ada sape nak ajak?

Awet muda

3 comment(s)


Belajar untuk jadi hati kering, tak endah tohmahan dan kutukan.

Belajar utk tidak simpan di dalam hati.

Belajar untuk bersyukur dan makin tabah.

Ingat senang?! Di dalamnya berlinang air mata walau di depan hanya sekadar senyuman buat-buat.

Namun kehidupan ini adil. Jgn risau yg benar mmg sentisa benar.

Tetap gembira,ceria dan tenang walau d'landa dugaan.

Petua kekal muda kawan...



*Aku sentiasa ingatkan diriku begitu


Tuesday, April 5, 2011

Muak

1 comment(s)


Muak dengan TV dan newsapaper, bukak dan nengok ada je berita politik yg berat sebelah. Aku tak tau mana yg betul dan mana yg salah, aku cuma tau 1 pihak shj yg bole bersuara. Tak mampu nak komen lebih? Sbb aku tak reti pun hal politik nih.

Muak juga dengan cerita Indon, makin melampau-lampau lak slow motion nyer. Owg kata kalau tak suka baik tak yah nengok, ye ye pah nih tak yah tgk dah :p

Penatnya malam nih tp nak tidur tak bole...tak tau nape?


Kalau...

6 comment(s)

Munin to all! Moga sihat-sihat dan bahagia dengan tugasan masing-masing. Yg belajar selamat belajar,yang bekerja selamat bekerja dan yg duk umah tu cuti selamat bercuti lah ya. Harap-harap hari ni hari yg terbaik buat kita sume...aminn...


Kalau gembira kekalkan

Kalau sedih, bawa bersabar dan senyum

Kalau marah, cepat cepat redakan

Kalau rindu, hantarla sms atau call

Kalau syg, buat lagi makin syg

Kalau bosan, keluarla jalan-jalan dan ternak hobi

Kalau rajin, rajin-rajinkan untuk perkara berfaedah


Hidup adalah untuk beramal, jgn lupakan Dia juga. Sama-sama kita perbaiki dan belajar dari kesilapan lepas.

: P


Monday, April 4, 2011

Mencoret apa yg terlintas difikiran hari ini

4 comment(s)

Salam 4 April 2011 buat semua yg telah dan akan dtg ke blog BukanKosong, thanks sbb sudi datang walau blog ini biasa-biasa aje. Thanks jua buat yg follow mollow sehingga kini aku dah mengumpul kawan-kawan 211 owg dah. Harap kiter kiter dapat berkenalan, berinteraksi dan memeriahkan blog masing-masing.

InsyaAllah aku hargai korang spt Joey,Kak Ika, Reza, Faiz, Eman,Aman,Hidney,Azam,Ezam dan cik katak Puru , thnks sbb tak pernah jemu dtg ke sini walau aku kadang2 tak berkesempatan ke teratak korang. Namun aku tetap syg dan hargai korang sbb korang telah menjadi penaman aku untuk setiap entry yg telah dan akan datang. One day i hope i can meet u all, nak nengok depan mata empunyer badan dan moga dapat hu ha hu ha secara real.

Hari ni aku actually cuti, kejab lagi nak kuar, masih dalam mood nak cari persalinan untuk company dinner. Aku tak nak yg vast vast sgt cukupla sekadar ikut tema.

Btw tadi pertandingan bola sepak anjuran aku dan Jusco menjadi dan ceria sgt, penat gak kumpulkan para manager untuk hang out dan main bersama. Puas dapat tgk mereka berkumpul,main dan lawan. InsyaAllah moga game ini dapat eratkan lagi silaturrahim masing-masing.

Demam ABP masih agi terasa, Siti,Sam,Ucop,Zizan,Ana rafeli yg aku layan-layankan kat ABP tu specially CT. Masih lagi xleh lupa dengan garapan lagu best beliau ( CT ) semalam. Lawak-lawak yang menjadi,serta tema mereka pun dah ala-ala dekat ngn tema dinner kami nanti Retro blue n pink. Boleh jadi sumber inspirasi tu.



Thursday, March 31, 2011

Masa muda ini...

11 comment(s)

Masa merenung luar tingkat tadi, saje je mahu rehatkan minda setelah bangun pagi yg tak awalnya sgt nih, aku memandang padang d'sebelah, terlihat seorang pakcik tua sedang jogging.

Bagus kan pakcik tu, rajin dia exercise jaga kesihatan diri. Pagi-pagi dah menghirup udara segar, baik untuk kesihatannya. Tapi aku melihat beliau sorang-sorang je, entah macam ana otak tu pikir bukan-bukan lak, adakah pakcik tu kesorangan sekarang nih? Bahagiakah beliau masa mudanya dulu?

Entah rr tak tau nape aku terfikir macam tu. Owg kata masa muda hanya sekali dan sekejab je, jika kita tak hargai, maka mungkin terlepaslah kita begitu sahaja tanpa sedar. Begitulah hari ini, dah 31hb March dah pun, sekejab aje masa berjalan tup tup nak masuk bulan 4 dah. Sedar tak sedar masa beranjak dan aku makin meningkat dewasa then akan jadi tua...

Aku tertanya adakah masa mudaku ini terisi? Paling syok ke? Paling meriah ke? Atau paling bahagia? Mungkin ya...atau tak taulah, bagi aku,aku tetap bersyukur dengan apa yg tuhan telah kurniakan pada aku. Sama ada sikit atau banyak.

Misi aku kini adalah mahu jadi yang terbaik di depan sana, serta sentiasa gembira melalui hari. Aku tak suka bersedih sbb sedih ini bagai memberi penyakit buat aku.

Masa muda ni lah aku mahu berjalan melihat tempat orang, mengenal dunia, mengenal manusia yg pelbagai nih serta gembira walau d'mana aku berada. Aku mahu hargai masa muda ku dengan menda-menda yang aku mahu dan mengembirakan aku.

Harap semua begitu, sape mahu hari yg berlalu ini sia-sia? Tiada gembira dan penuh duka? Tak mahu kan?! Maka senyumlah kita, tabahlah kita dan tenang menghadapi hari mendatang.

Aminn...semoga segalanya baik-baik aje...

Thursday, March 24, 2011

Blog yang sambil menyelam minum air

3 comment(s)


Sambil menyelam minum air...

Sape kata berblogging nih buang masa? Sape? Salah ok!

At least aku yang malas membaca tetiba je rajin plak sbb terlampau obses ngn blog aku lately. Walau tenet lembs tahap kura-kura cacat namun tetap gigih post entry segala. Nak post entry bukan main-main sbb kena ada issue yg nak d'kupas tau.

Kalau tak isu pasal idup aku nih ( he..he..) ada gak isu semasa, isu lawak, isu sensitip, isu sinis dan isu-isu informasi gak.

Isu-isu informasi ni lah yg bagus sbb selain aku gigih search cari guna yahoo,google dan sebagainya sambil tu aku kena baca dan paham supaya entry nih tak merapu,fakta betul,ejaan betul dan kesampaian utk d'baca semua.

Takdela copy n paste membabi buta,smbil tu harus d'pastikan sumbernyer bole d'percayai dan penuh bermakna.

Bak kata sambil nyelam minum air maka pabila nak edit tu la aku bole baca sekali dan dapat ilmu berguna.Selalunya informasi pasal kesihatan,tips,pengalaman,teguran dan sebagainya.