Masa kecik dulu aku ada satu sikap aneh, then bila besar nih aku sendiri pun tak paham nape aku sebegitu?Tp masa kecik dulu aku sgt obses ngn kehidupan burung. Aku sgt suka nengok mereka terbang sana sini,layan tingkah laku mereka ngn geng2 mereka dan paling penting suka sgt tengok mereka bina sarang mereka sendiri.
Sanggup menunggu berjam-jam lamanya bawah pokok semata-mata mahu melihat burung terkukur buat sarang. Fyi burung terkukur buat sarang lagi senang, pakai rumput sikit je, just cukup syarat, then bertelur lalu dapat anak.
Tak macam burung kunyit,gallapagos(cak tu li),kelicap dan burung murai.Sarang mereka sgt complicated dan ambik masa yg agak lama nak siap.
Paling special bila layan burung kelicap wat sarang, uniknya mereka bila menggantungkan rumput menjadi sarang mereka sendiri.Actually sarang mereka macam sarang burung tempua, cuma kecil je,hanya muat seekor ibu burung je.
Bila diingat balik kenangan duk melangguk bawah pokok melihat burung buat sarang adalah aktiviti yg paling gila dan pelik yg aku pernah buat(berjam-jam ok!) Sampai skrg kenangan tu masih diingatan, dan jika balik kg, ada a few tempat yg masih menjadi nostalgia tempat aku tunggu burung buat sarang tu.