Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Tips elak kena ragut

8 comment(s)





Kaum-kaum hawa yg kat luar sana,yang tak mampu,yang lemah dan yg tak reti karate tu tp ada suami atau pakwe.Maka tips nih berguna masa kuar gi jalan-jalan.


Area-area yg crowded,area terbuka tp sunyi.Mmg memungkinkan kes meragut berleluasa...peragut nih tak pakai kereta,tp mereka pakai kaki atau moto je.Sbb laju nak lepaskan diri katanya selepas meragut.Jika mereka pakai kereta jugak mmg bodoh!(nak2 jalan KL yg penuh Jem).


Untuk mengelakkan jadi mangsa peragut, better bagi abang-abang aje pegang. Mereka walaupun tough tp tetap gentleman,ringan tulang nak tulun kaum2 wanita.Walau jua mereka tau akan hilang macho bila memegang beg tangan wanita especially bila beg tu berwarna pink atau byk bentuk heart kat beg nyer.


Peragut sgt bodoh kalau masih lagi cuba meragut, especially bila si pakwa berperut saiz triple XL atau mempunyai kudrat giant.


Tips ini sgt berguna dan bijak! Tp lagi bijak kalau tak bawak handbag langsung...


Wednesday, February 16, 2011

Ilmu yg aku tau...

3 comment(s)


Oit!!! wat pe rini? Keluar jalan-jalan kah? atau duk umah je? Maklumla tengah bulan kannnn, ada yg ngah kopak tu, gaji lak minggu depan.He..he..Okiesss,saje kali ni nak share a few things yg aku rasa berguna, ilmu atau pengetahuan yg aku ceduk since dari kecik agi. Mana yg silap tu sila tegur ya, ni kira macam petua la,petua berguna yg aku tau dan aku amalkan.
_____________________________________________
1.) Bila masuk toilet selalu tutup kepala ngn tangan, cikgu kata syaitan selalu berak atas kepala kita bila duk kat jamban tu. Tu yg benak tu,ilmu susah nak masuk dan senang hilang.

2.) Elakkan dari tangan menyentuh muka, sbb tangan kita sentuh banyak menda kotor dan banyak bakteria. Nanti muka kamu akan bersih dan terelak dari suma kekotoran tu.

3.) Mesti gosok gigi time pagi pah bgn tidur dan sebelum tidur, sbb masa tu mulut berasid byk bakteria sbb kita makan byk menda. Barula nnti gigi sihat.

4.) Nak mata elok dan terang,bila mandi buka mata dan biar air mengalir. InsyaAllah mata sentiasa segar dan elok.

5.) Antara sebab perut boroi adalah kerana byk minum ais,mkn selepas kul 6pm dan kurang senaman.

6.) Pencuci muka yg baik adalah dengan air sembahyang. Maka sesiapa yg menjaga solatnya, lima kalila dia cuci muka ya.Patutla ada nur kat muka tu.He..he...

7.) Mandi malam lepas kul 9pm tak elok,nnti kena paru-paru berair.

8.) Nape pompuan mudah kena histeria? sbb semangat dia tak kuat berbanding lelaki.

9.) Selalunya kalau kita duk sibuk story cerita hantu, actually hantu-hantu akan dtg dekat ngn kita sbb tertarik nak dengar cerita pasal mereka.

10.) Kalau sesuatu bangunan itu ada pertumpahan darah,specially darah manusia,maka tempat itu InsyaAllah berpenghuni.

11.) Was-was berlaku bila ko tak yakin, maka yakin jela...so takdela was-was...he..he...

12.) Actually bila kamoo berjalan-jalan itu sudah dikira senaman utk badan. Maka rajinla berjalan untuk sihat ya.

13.) Waktu malam kalau kamoo lapar sgt sebab mkn malam awal sgt,maka makanla buah utk ajar perut kamoo dari minta makanan lebih.

14.) Nape kamu susah nak tahan diri kamu dari makan selepas kul 6...sbb kamoo dah ajar perut kamu mcm tu. Cthnya kalau kamoo rajin makan pada kul 12.30am maka time tu kalau tak bagi perut makanan maka perut kamoo akan minta sesuatu utk d'makan.

15.) Wanita akan bertambah manis bila bertudung.Seri wajah dia akan naik.

16.) Hint-hint nak start demam bila tekak kamoo rasa pedih,sakit kepala,badan mula panas,tak bole nak berkipas sbb terasa sejuk.Maka cepat-cepatla telan panadol ya.

17.) Elakkan telan vitamin atau apa-apa pil utk menyihat diri sbb nanti badan kamoo terlalu bergantung pada pil itu. Yang penting buat badan kamoo berusaha sendiri dengan senaman dan mengamalkan pemakanan yg sihat.

18.) Senyuman dan bagi 'salam' sesama manusia adalah ubat untuk mengeratkan silaturrahim dan menaikkan mood yg baik.

19.) Nape jiwa kamoo selalu rasa tak tenang? antaranya adalah sebab kerana kurang sembahyang dan memohon keredahaan Nya.

20.) Dalam hidup jgn tamak, percaya pada rezeki masing-masing,perlu wasatiah, perlu tinggkatkan usaha,belajar daripada kesilapan dan yang paling penting sentiasa memohon/berdoa padaNya supaya impian termakbul dan diri diberkati.

21.) Antara waktu-waktu doa didengar Allah S.W.T adalah waktu sebelum kita tidur.Masa itu sunyi dan kita kusyuk.

22.) Tekanan perasaan berlaku bila kamu dilanda masalah dan kamu berulang kali memikirkannya. Cara yg terbaik adalah belajar utk tidak memikirkannya. Buatla apa saja agar kamoo tak terfikir masalah kamu. May be sembahyang ke? Jogging/senaman? Atau paling best tidurrrr.

23.) Nape ada anggota badan kamu berasa kebas? Sebab saluran darah dia tersekattt.

24.) Sebenarnya buah-buahan adalah bahan-bahan perkumuhan pokok yg terkumpul untuk dibuang pokok.
______________________________________________

* A few ilmu yg aku tau...aku tulih apa yg aku terfikir je, sbb tu susunan dia berterabur. Kalau salah betulkan? dan kalau nak share ilmu-ilmu lain,sila-silakan....