Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Menakutkan LELAKI

5 comment(s)


Antara perkara yg menakutkan LELAKI adalah TIDAK BEKERJA atau tidak mempunyai WANG....


Betul ke?





*Aku rasa benar....


Thursday, March 10, 2011

Jalan-jalan,cuti-cuti dan happy-happy

7 comment(s)


Bulan nih adala bulan duit mengalir cam air...

Dengan macam-macam cerita yg tak terduga dan memang dah d'duga, i mean under plan. Yg tak terduga tu spt yg suma tau, aku emergency balik ke Kelantan settle a few probs dan yg under plan plak adalah bakal bergerak ke Terengganu 11hb malam nanti.

Motifnyer adalah meraikan majlis mmber kahwin dan jalan-jalan. Juga 1st time aku bawak my fren dan my bos ke kg aku. Agak segan,maklumla umah kg tp ok je kot sebab most of my fren ramai kata nak gi cuma byk aral je.

Then antara yg bernasib baik akan pergi nanti. Takde yg menarik pun, biasa2 aje..

Makan-makan kenduri tu kejab je, yg penting jalan-jalan pusing Terengganu dan Kelantan tu yg syokk...( hu..hu..walaupun aku dah memang asal Kelantan ). Mungkin kelainannya adalah my bos dan few fren ikut sekali...

Then bulan 4 nanti akan ke Kedah lak, melawat Matrikulasi aku (Kolej Mara Kulim),jumpa my cikgu-cikgu,kawan-kawan sekali dan pusing2 negeri Kedah. Bulan 5 lak terbang ke Kuching untuk makan angin agi...

Tu la event yg dalam perancangan. Sekarang nih offer dari member ke sape ke? untuk bercuti aku tak tolak sebab aku memang berniat nak pusing satu Malaysia dan kalau bole satu dunia.

Nak ikut? Jommmmm....

Saturday, February 26, 2011

Duit kecik, duit besar

4 comment(s)
*Burger dah habis,tinggal nih je.He..he..


D'sebabkan malas nak makan nasi atau nak gerak ke pasar malam cari makanan utk isi perut yg mintak d'isi nih,so aku just singgah sebelah umah aku beli burger.

Selalu macam tula, jika malas burger rr jd mangsa. Lagipun murah dan senang. Feveret aku adalah burger daging.Dan setiap kali tu mesti beli dua, dua beb ko jgn main!...satu mana cukup.Kalau tak catu tul-tul silap hari bulan melebesla lemak aku.

Tp yg tak bestnya kalau kedai Melayu(mostlylahhh) mesti xde duit kecil.Pantang bagi duit besar mesti ngeluh dan kelam kabut nk pecah atau gi cari duit kecil. Yala nak bagi baki tak cukup. Beli burger dua bijik hanya berapa ringgit je tp bagi RM50.Tak taula nak kata salah aku ke ape, tp at least aku bayar. Cuma lain kali prepare rr duit kecik siap-siap kalau nak meniaga tu.

Aku bukan marah cuma ko melambatkan keadaan.Nak gi tukar duit pun ambik masa. Aku memang xde duit kecik masa tu sebab baru cucuk duit tadi.Kan dah gaji.

Aku ngeluh gak rr, yala aku perasan kalau kedai Melayu nih kalau baru bukak pagi2/baru aje bukak bussiness aritu mesti xde duit kecil.Specially kedai runcit dan kedai2 tepi jalan. Tu kadang2 aku takut nk gi beli pagi2.

Bila nak berbusiness harus bersedia tau. Specially prepare duit kecil. Kadang-kadang customer mcm aku atau sape-sape terada duit besar dalam poket. Nak wat can ana...kenala redah beli brg jugak. Tp paling kecik hati bila tuan kedai buat muka tak pueh hati marah customer mcm aku tak prepare duit kecil. Aku tak tipula,serius xde...kalau ada mesti dah bagi.

Paling teruk aku yg customer nih keluar gi kedai lain pecahkan duit dulu sebab nak bayar barang yg d'beli. Ini yg paling aku marah. Ikut hati kalau tak urgent aku tinggal mcm tu je.

Aku perasan kedai Cina takde rr macam tu. Bukan nak banding cuma mereka pandai jaga hati customer. Barula lain kali rasa nak dtg agi. Menda kecik aje tp kadang-kadang kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Tapi aku tau ada gak customer yg ambik kesempatan pegi kedai beli brg ciput dan murah cuma nak pecah duit. May be tu kot tuan kedai sakit hati dan malas nak layan customer duit besar.Hu..hu...

Apepun just bersedia aje. Aku yg keje customer service nih paham...customer selalu betul,sbb mereka nih sumber pendapatan. Tanpa customer sesuatu bussiness tu xkan berjaya.

Friday, June 11, 2010

Memang betul...sgt betul

3 comment(s)

Terbaca kat blog SPREAD UP MY WING AND FLY HIGH

Bangga jadi owg macam dia...sekadar copy dan berkongsi dengan suma d'sini


Dentuman Rasa: Duit

“People just want to sit on my money. Sebab aku ada duit banyak. But they don’t even bother if you have no money at all.” Angkuh nadanya walaupun sekadar di khidmat pesanan ringkas yang aku terima.

Aku termenung sendiri, sejak bila aku ingin duduk di atas duit atas usahanya. Aku kemam bibirku, tidak pernah sejak menjadi sahabat baiknya, mengambil kesempatan ke atas dirinya. Sungguh, tidak pernah sama sekali. Memang tiada sesiapa pun ambil kisah tentang hal aku. Itu aku akui.

Lantas telefon bimbit murahku itu aku ambil, termenung sejenak memikirkan apa yang perlu aku balas. Aku menaip perlahan, teringat sebuah titipan yang aku baca semalam.

“Dengan duit kau boleh beli rumah, tapi bukan kehidupan. Dengan duit kau boleh membeli jam, tapi bukan masa. Dengan duit kau boleh membeli buku, tapi bukan pengetahun. Dengan duit kau dapat membayar doktor untuk kesihatan, tapi bukan nyawa. Dengan duit kau dapat jawatan tinggi, tapi bukan maruah. Dengan duit kau boleh beli seks, bukan cinta.”

Aku rasakan, itu bukan lagi pesanan ringkas walaupun dihantar melalui khidmat pesanan ringkas. Tiada balasan selepas itu pesanan aku terima darinya. Aku menyimpan semula telefon bimbitku ke dalam poket.

Syukur, aku masih ada apa yang aku perlukan. Walaupun tidak ada duit sebanyak yang dia ada, walaupun tidak memandu BMW sepertinya.

‘Aku masih ada driver yang setia menghantarku seharian pergi dan balik kerja.’ Getusku dalam hati lantas bingkas bangun menahan teksi yang sudah menerpa pandangan.

“Terima kasih abang pemandu teksi.”

“Ha?”

Terpinga-pinga pemandu teksi itu saat aku berterima kasih padanya saat duduk di kerusi empuk teksi buatan tempatan. Baru saja masuk, tidak bergerak lagi pun teksi itu. Aku tergelak kecil dan tersenyum sendirian melihat gelagat pemandu teksi itu.

“LRT Setiawangsa.”

Aku memandang keluar, indah melihat dunia luar saat teksi itu mula bergerak walaupun hari-hari sudah melihatnya. Jujur, aku tidak pernah bosan melihat segenap inci ciptaan Ilahi.


*Pesanan: betul tak ke mana jua kita dengan duit, duit bukan boleh beli hati dan perasaan pn,kehidupan pn dan sebagainya.Jujurlah dengan sekeliling dan jangan bermegah dengan apa yg ada,itu tidak baik.