Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Snap snap Kelantan & Terengganu -Final

5 comment(s)
Fuhhh!!! Finally sampai gak aku kat umah kat KL. Penat tuhan aje yang tahu, maklumla jalan jauh. Sampai sini kira-kira jam 2am, nasib baik esok keje petang, bole rest lelama sikit.

Namun aku puas sangat...walau bole jumpa mak ayah kejab je sebab terpaksa follow my fren jalan-jalan namun puas sebab dapat gak bawak my bos dan fren yang lain melawat kampung aku.


Aku kepenatan nak cakap dan naik taip panjang...meh kita layan a few picture, yang aku snap-snap masa kat dua negeri nih. Gambar d'atas ni masa kami makan malam kat Terengganu, masa nih celebrate birthday anak bos aku sekali. Dah tiga tahun pun budak yang comel nih...



Kelakar...tu yg bole aku cakap. Actually aku ngn member aku tak kenal pun 2 budak nih, tp sebab mereka pakai jersey yang sama macam member aku tu. Member aku tetiba lak beria nak bergambar ngn mereka. Kira diaowg tetiba je jadi adik beradik...layankan jeee....masa nih kami kat pasar Payang Terengganu.


Masa otw ke Kelantan kampung aku. Saje snap snap signboard2 yang menarik hati. Dan nih antaranya.



Dan ni plak picture buang tebiat...member aku dari luar nih jarang tgk biri-biri live, so dia suruh aku snap wat kenangan. Lagipun member aku nih kata, bukan senang nak jumpa kambing biri-biri kat bandar, specially kat bandar Kota Bharu lak tu. Ha...ha...



Malamnya selepas jalan-jalan kat Uptown Wakaf Che yeh ( Uptown ke? Lebih kurang kot...), kami singgah bandar KB snap-snap a few picture.



Pintu gerbang mercu negeri Kelantan kata mereka. Aku gelak je dengar.....



Masa nih picture diambil masa kat Terengganu agi, last day kat Home stay kami. Siap-siap nak gerak ke Kelantan dah.



Cuba korang klick besarkan...chumil aje bunyinyer...


Bas simbol negeri Terengganu...gempakzzz...



Ha..ha...yang nih plak masa tengah gigih cari jalan untuk ke mana-mana ATM. Ternampak tulisan unik kat wall building tu....



Apa yang korang rasa? He...he...

Tenang je rasa hati, bila melihat saujana padi...sejuk mata memandang. Sesungguhnya aku sangat rindu suasana kampung.


Hari terakhir kat Kelantan sebelum bertolak balik KL....sob..sob...sedih...



Jambatan lama...unik...sorry tak dapat ambik full, sbb kereta bergerak laju lak.

Sekian sahaja percutian kami. Sangat penat penghujungnya...tp PUAS!!! Akan ku simpan memori jalan-jalan nih sampai bebiler. Ada masa nak pusing-pusing lagi. Paling syok bila dapat pusing-pusing kampung aku dengan member bandar yang sekepala.




*Namun yang lucu bunyinya bila owg luar try nak cakap Kelantan, hancus sana sini.Paling menarik bila mereka nih tak paham apa yang kami bualkan. Bila dah masuk ulu Kelantan tu biasa la, loghatnyer mmg rr level 10, ternganga diaowg nak paham. He..he..

Sunday, March 13, 2011

Jalan-jalan d'Tamadum Islam

5 comment(s)
Salam, hari kedua di Terengganu. Percutian d'teruskan dengan berkujung ke rumah member yg kahwin. Tu motif kami ke negeri pantai timur nih.

2 majlis sekaligus pergi, rumah kawan baik aku fetty dan rumah Mus ex staff dulu. Syokkk...suasana kg terasa buat aku teringat kat kampung aku.


Sempat pose kat pantai Batu Buruk, belakang umah pengantin je. Kalau tengok kat belakang kami laut macam bergelora sangat. Walau tak merbahaya tetapi dengan keadaan Tsunami kat Jepun tu buat kami cuak gak.

Nasib baik segala-galanya setakat nih ok.


Lepas ke kenduri kami bergegas ke Taman Tamadum Islam. Sekarang adalah aktviti jalan-jalan, maklumla sambil menyelam minum air. Alang-alang dah sampai Terengganu pe agi pusing-pusingla satu bandar Terengganu tu.



Tempat yang confirm pergi adalah Taman Tamadum Islam. Sape datang Terengganu tapi tak datang sini memang rugi. Replika masjid kat dalam nih memang superb dan mengagumkan.

Sempat agi kami sembahyang kat Masjid Kristal. Masa tengah sembahyang tu ada gak masjlis akad nikah. Member baik aku pun akad nikah semalam kat sini.




Tiket nak masuk ke taman nih cuma RM 15 je, plus disertakan dua kupon voucher diskaun untuk makan dan nak beli souvenier sekali.

Btw bole tahan mahal souvenier2 kat dalam nih, kami beli yang biasa-biasa dan murah je.


Antara replika-replika masjid kat Taman Tamdum Islam. Tengok dalam picture macam bole kita masuk sembahyang. Tapi kecik je, just replika ok. Suma lawo-lawo, replika masjid nih adalah masjid-masjid yang femes serata dunia.



Yang gambar pertama atas nih adalah Masjid Kul Sharif yang berasal dari Rusia.


Masjid pelik dan unik buat kami terpegum. Aneh kan? Macam kuil atau kubu lak rasa. Tapi nih sebenarnya masjid.


Yang ni pun sama. Tapi menara ini merupakan simbol antara masjid yang femes around the world. Meh kita tengok replika-replika masjid yang lain lak. Korang nilai rr sendiri....








Sempat pose kat replika masjid nih. Ala-ala nak wat kulit album lak rasa. Ha..ha...



Lepas melawat tu kami ke cafe dan tempat sorvenier, manfaatkan kupon yang ada. Masa nih baru terasa penat dan lapor giler.

Then dalam keadaan mendung dan hujan kami bertolak balik ke Home stay. Malam nanti kami nak kuar lepak2 kat bandar Kuala Terengganu then esok nya akan bertolak ke Kelantan,umah aku. Sangat-sangat tak sabar. Miss my family a lot walau beberapa hari yg lepas aku dah jejak kaki kat kampung.


Saturday, March 12, 2011

Selamat datang ke Terengganu

6 comment(s)
Dengan langsung tak tidur dari KL selepas lawat member yang akad nikah kat Keramat, kami bergerak ke Terengganu. Macam-macam cerita dibualkan....maklumla aku lama tak jumpa member seorang lagi yg gigih bergerak dari Johor ke KL untuk sama-sama ke Terengganu.



Sampai d'Kerteh, lawo giler permandangan stesen-stesen pemprosesan petrol, dari jauh tgk syok je. Aku tak banyak ambik gambar sebab berhenti kejab je.


Baru tiba d'Terengganu, bole tahan bandar Kuala Terengganu nih, dah rr byk masjid, bandar pun agak terancang siap ada satu parking boleh naik turun khas. Aku lupa nama dia apa lak...


Lawa kan, kira ok sikit dari bandar Kota Bharu. Tapi masa tiba pagi tu hujan plak, namun tak menghalang kami untuk beraktiviti petang nanti.


Signboard pun senang paham, walau aku penah dtg 2 kali kat sini tapi masih tak otai sebab nih bukan kawasan aku,he..he..

Masa nak cari Home Stay tempat penginapan kami, agak susah plak nak jumpa. Sempat sesat beberapa kali. Tp last-last jumpa gak. Jauh giler dari bandar Kuala Terengganu.


Antara masjid pertama yang d'jumpai...bole tahan lawo gak.



Bergerak menuju ke Home Stay, naik jambatan. Lalu terpandang d'bawah Masjid Kristal. Cantik bangat. Member kata tu la Taman Tamadun Islam. Petang nanti kami pusing-pusing kat sana. Excited sebab member kata mostly masjid yg femes kat dunia ada d'situ.

Nanti aku share picture ngn korang kat sini nanti.

Tata...perut lapo plak.

Friday, March 11, 2011

Terengganu & Kelantan

5 comment(s)


Salam,

Sekarang tengah bersiap tunggu member, lagi sejam akan bergerak, kul 9 macam tu. Jika sempat kami akan ke rumah kawan baik seorang lagi tu yg akad nikah malam nih. At least tak dapat pergi majlis dia, dapat pergi majlis akad nikah nih pun jadila.

Hu..hu..

Mau holiday pepuas, pusing-pusing Terengganu dan pusing-pusing Kelantan. Yeayy! yeayy!


*Sempat tgk berita, negara Jepun d'landa Tsunami, risau plak dalam hati maklumla kami nak berjalan jauh nih. Walau xde kaitan pun... :P

Thursday, March 10, 2011

Jalan-jalan,cuti-cuti dan happy-happy

7 comment(s)


Bulan nih adala bulan duit mengalir cam air...

Dengan macam-macam cerita yg tak terduga dan memang dah d'duga, i mean under plan. Yg tak terduga tu spt yg suma tau, aku emergency balik ke Kelantan settle a few probs dan yg under plan plak adalah bakal bergerak ke Terengganu 11hb malam nanti.

Motifnyer adalah meraikan majlis mmber kahwin dan jalan-jalan. Juga 1st time aku bawak my fren dan my bos ke kg aku. Agak segan,maklumla umah kg tp ok je kot sebab most of my fren ramai kata nak gi cuma byk aral je.

Then antara yg bernasib baik akan pergi nanti. Takde yg menarik pun, biasa2 aje..

Makan-makan kenduri tu kejab je, yg penting jalan-jalan pusing Terengganu dan Kelantan tu yg syokk...( hu..hu..walaupun aku dah memang asal Kelantan ). Mungkin kelainannya adalah my bos dan few fren ikut sekali...

Then bulan 4 nanti akan ke Kedah lak, melawat Matrikulasi aku (Kolej Mara Kulim),jumpa my cikgu-cikgu,kawan-kawan sekali dan pusing2 negeri Kedah. Bulan 5 lak terbang ke Kuching untuk makan angin agi...

Tu la event yg dalam perancangan. Sekarang nih offer dari member ke sape ke? untuk bercuti aku tak tolak sebab aku memang berniat nak pusing satu Malaysia dan kalau bole satu dunia.

Nak ikut? Jommmmm....