Showing posts with label siti. Show all posts
Showing posts with label siti. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Sekali CT dtg betul!

4 comment(s)


2 hari lepas br mengidam Ct dtg kat diari AF tmpat aku, sekali betul da dia dtg semalam, sygnya tak smpat nak ambik gambar sbb mcm biasala ramai sgt owgnya yg nak bergambar nak menempel tepi CT, aku plak masa tu ngah keje. Tak mau rr bersungguh sgt...

Tp mcm ramai tak tau...sbb CT mmg d'dtgkan secara rahsia.


Buat semua selamat gi keje lah ye, sbb aku pun dah mula nak gerak nih.Walau kat luar tu mendung c,kit tp hari tetap cantik dan damai.


Esok plak cuti, bertambah lagi keriangan aku.Mahu rest lagi!

Tuesday, January 11, 2011

Versi cuti

6 comment(s)


Sekejab ok sekejab tak ok! kentut betul internet aku nih.Marahkan nnti terpelanting ko ke dinding baru rr terkeluar isi perut tu kan en broadband kan? Kalau tak kerana jasa-jasa ko lama dah arwah tau.he..he..

Aku tau ramai yg alami situasi mcm nih tambah-tambah masa kita ngah semangat nak layar bahtera internet kan? Lupakan hal ini sbb aku tau xleh nk wat apa-apa pun,bill pun bukan tak bayar cuma line je yg sesiput sesedutan.

Oit! Hari ni birthday penyanyi no.1 Malaysia rr, dato Ti kita.Happy birthday kak CT moga cepat dapat anak ya serta success sokmo di arena seni tu walau tok Ti dah over pencapaian dah. Hu..hu..Janganla tangguh kuar album tu ya ada peminatmu nak beli nih...kih..kih..lama tak dgr material dr Ct since CTKD yg tak berapa berjaya tu.Tak berjaya ek?

Plus ada gak khabar angin yg FB nk tutup.Malas nk layan...tgh tgh hot tiba-tiba nak tutup plak nape? Katanya si empunyer FB tu tension sbb tu nk tutup. Ya ka? Apa-apa jela, aku boleh wat dek je sbb aku tak selincah dan tak segirang dulu kat FB.Update status pun boleh dibilang ngn jari. Maklumlah kena hati-hati update kat c,tu sbb byk mata dan telinga yg melihat dan mendengar. Team-team keje aku ramai sgt,tambah-tambah ngn bos sekali wei!

Aku byk kat c,ni...my Bukankosong nih.Mostly hari hari update beb,sbb masih ngh suka agi katanya. Kadang-kadang issue-issue merapu pun aku update.Ha...ha..sbb tuu lambat dapat follower(s) walau dah berbulan-bulan aku bersama blog tercinta nih.

Ok...rini cuti agi,rest agi dan suka hati lagi.Bermalas-malasan tahap raja-raja tau.Kuar pun tak sbb nak save duit sikit utk ke Singapore nnti.Suka-suka.


Tata

Thursday, November 18, 2010

Puisi binti Puitis

0 comment(s)


Aku cinta padamu tetapi jerat percintaan yg aku dapat, bila mana wajah kekasih tetap ku ingati kerna ku bangga memilkimu kekasihku...tapi apa yg ku dapat,hanya cuma pengajaran utk tidak memiliki apa itu dendam di hati.


Ini pendirianku mempertahankan cintaku, bila mana purnama merindu sering menghambat hatiku tatkala aku seorang...aku pasrah menerima dgn terbuka bahawa itu bukan yg ku mahu.


Bisikan asmara ini terlalu menyesakkan...cinta ini terlalu mendalam...di taman teman kita bercahaya membuat aku sentiasa padamu, tp adakah kau rasa bahawa cintaku adalah bukan cinta biasa ?


Cinta aku terlalu bercahaya seribu liku, kerana dirimu aku bukan menjadi diriku, aku alpa dan lupa pada segalanya....


Aku menanggis mengenang sekian lama cinta ini rupanya bertepuk sebelah tangan...kosong bukan seperti BUKAN KOSONG,bercakna dan seribu warna...


Sutramaya sia-sia...tipu belaka...hanya sekadar dogengan dialah di hati yg dicanang berkali-kali tp hampas yg dapat...bosan sudah jiwa...


Sesuai utk kau mungkin sebagai teman...tp aku dalam diamku boleh ke menerima...hancur lagi!!!!


Jika kau tak datang dan tanpamu usang serasa hidupku tak bermakna...kecewa merana...


Tapi lama-lama amarah dijiwa mengelodak kerana tak adil langsung layananmu setelah kau sebut bertapa kucinta padamu...


Pintu rindu sesuai ke ditutup? Tahajud cintakah aku pada semua ini? Namun menanggis bila takkala batas asaku setahap ini walau masih mengharap dalam dirimu masih ada perkataan ku percaya ada cinta walau aku tau buatan genius darimu.


Kini sudah masa...bila harus memilih utk keluar mencari destinasi cinta sebenar...sudah masanya...


Biarlah penutupnya EMAS, menjadi TRANSKRIPSI melalui PRASASTI SENI cintaku yg menyimpan TAHAJUD nya CINTAku hasilan HADIAH DARI HATI...


: )