Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Diari semalam

7 comment(s)


Lama tak pegi uptown...uptown Danau kota

Pergi dgn niat nak cuci mata, cuci duit, cuci segalanya lahhh... :P

Then beli sehelai jersi...murah aje.

Thnks kawan-kawan yg temankan, sebelum tu kami main bowling, karoaks dan gosip2 kat kedai mamak. Walau kat mamak ni dh terbukti suma mahal dan cara pengiraan si mamak2 kira makanan diragui tp tetap nak gak lepak kt c,tu.

Balik dlm 12.30am...ngn sleepy2 chumil, cian mmber yg penat since 10am(mereka dh kuar sebelum tu), manakala aku yg penat bekerja rini. Mereka cuti dan aku tidak.

Sekian diari semalam...




* Di sini dinyatakan, bahawa idup anda akan sunyi jika anda hanya ada diri anda saje. Sesekali hang outla ngn kawan-kawan, sekurangnya perjalanan idup anda tu ada warna2 sikit. At least ada tmpat mengadu, meminta tlg, berkongsi dan bergelak ketawa...idup dan masa pun terisi.



Walau bukan lama...sewonok tetap ada.


Sunday, May 8, 2011

update sekejab

4 comment(s)


Semalam ...aku makan byk plus sedih la gak...

Meraikan majlis perpisahan big bos aku ke Bukit Tinggi, beliau akan berkhidmat d'sana.

Then mulai esok selama seminggu aku berada d'country Height Kajang utk MTRT Trainee,seminggu takde kat store, sewonokkk...new challange rr utk aku.

Plus ala ala mcm bercuti sekali walau hampir seminggu tu aku rasa kena keje kuat kot. Yg penting ada macam-macam game utk d'handle.

Untuk semua selamat berhujung minggu lah ye, ada masa singgahla AU2, smbil shopping bole tgk AF sekali... ye tak?


bye2...


Thursday, April 21, 2011

Menari dengan hati

7 comment(s)



Hilang pun habuk kat bilik! Bersih bersih bersih...tenang tengok surrounding yg licin suma!! Aku dah halau semua petualang kat bilik ngn penyapu dan bulu ayam tadi...ha..ha..


Dua hari dah cuti, cepat aje masa berlalu, manala cukup lagi rehat tambah dengan mood malas aku nak gi keje, hu..hu..pepe jela, lagipun esok keje pagi. Tak heran sgt...

Korang pe cerita ekk? Ok tak kat tempat keje tu? Enjoy tak? Tertekan ke? Kerja berlambak ke? Harapla tak, harap enjoyz je keje. Biasala keje, ada pasang surut, mana ada hari-hari enjoy dan bahagia, sesekali tension gak melayanz keadaan kat tempat keje yg sukar diduga.


Macam bos aku cakap, dunia keje mmg cam nih, so kalau dilanda dugaan atau kena marah tu wat bodo je! Esok esok okla tu.


Aku ok je walau kadang-kadang terasa hati sikit tp lantakla...lama-lama okla tu. Aku penah kena sekali so aku rasa no hal kot utk yg kedua nih.


May be kena cari suasana baru, cerita baru atau feel baru. Baru syok...semalam aku beli h,set baru lepaskan geram, awal bulan depan lak nak gi bercuti ke Kuching ( 4 hari 3 malam ), ok rr tu penat-penat keje sesekali enjoyzzz...




*Btw..tajuk kat atas tu, maknanya hidup perlu happy happy bukan sedih. Tak gitu?!

Saturday, April 16, 2011

Tidak adil

3 comment(s)

Salam, Thanks kawan-kawan utk komen-komen anda ( utk entry 'Apa yang korang mau' ),saya hargai...

Hari ini aku sedih,aku demotivated kerana aku diperlakukan tak adil. Apa yg aku telah diberitahu sgt menyakitkan. Aku cuba pujuk hati,cuba pujuk untuk positive tapi tak mampu,kadang gagal. Napela aku diuji begini.Teruk sgt ke aku? Atau memang ini dah nasib aku.

Aku takde tempat nak luahkan...aku kecewa,kecewa sebab aku diperlakukan tak adil.

Actually, aku nekad esok, aku mahu berjumpa dia untuk mendapatkan penjelasan. Just penjelasan,apa di depan pun keputusannya aku tak kisah.

Btw maaf kawan-kawan aku tak reveal sgt masalah d'sini. Namun masing-masing mestilah mahu yang terbaik utk diri sendiri kan? Aku bukan jenis tamak ke apa ke, cuma melakukan sesuatu adalah utk kepuasan. Aku tetap bersyukur padaNya atas segala rahmat dan nikmat rezekiNya.

Hmmm...thnks kpd sesiapa yg telah memberi semangat.


Wednesday, April 6, 2011

Update status

8 comment(s)

Tadi terjumpa owg yg tak disangka...nasib baik aku tgh on call,so buat-buat tak perasan.Tapi aku tau dia perasan, maka aku cepat-cepat berlalu. Aku matikan niat aku untuk usha dan beli baju dinner kat c,tu.

On weekend nanti, kami akan bergerak ke Kedah, jalan-jalan ke Matrikulasi kami serta area-area sekitar nostalgia masa zaman matrik dulu. Plus reunion sekali dengan a few member yg lama tak jumpa. Namun last minute aku kecewa sbb mmber baik aku masa kat Matrik dulu tarik diri lak.Hilang sorang ahli!

Jab lagi akan ke Uptown cari baju untuk dinner gak. Harap-harap jumpa.

Esok keje pagi, then lusa plak meeting. Bakal bz dengan persiapan Dinner sbb aku kan commitee.

Lately aku byk buat keje owg lain dari keje sendiri. Namun aku gembira kerana semuanyer berjalan dengan baik dan ada yg memberi kerjasama.

Aku harap sorang member yg terasa hati dengan aku tu, tak marah aku lagi. Rindu hilai tawa dia yg chumil tu.

Aku harap juga cita-cita aku untuk keluar ke line operation tercapai. ( Hal keje )

Ada satu perkara yg aku belum lunaskan, aku tengah planning untuk mengotakannya secepat mungkin.

Serius aku mahu bersenang lenang dengan kawan-kawan,lama aku tak keluar hang out ngn member sekepala.

Terlalu beria untuk keluar berkaroake, ada sape nak ajak?

Friday, March 4, 2011

04/03/2011

9 comment(s)


Saya cuti lagi...dan hari Isnin ni pun cuti lagi... :P

Aktiviti rini;


1.) Basuh baju? Tak kot sbb baju kotor tak byk...

2.) Nak tgk wyg? Tak jugak sbb td tgk list...hampeh! suma cerita tak best. Cerita yg syok berkumandang tengah bulan nnti.

3.) Karoake? Tak de mmber nak teman...diaowg keje!

4.) Tgk Tv...terpaksala aku sbg peneman busan

5.) Layan tenet - blog dan FB jd mangsa plus skodeng web2 lain ( jgn pk kuning! )

6.) Maka aku pun rehat je!

7.) Buang masa!

8.) Melilau 1 umah

9.) Cuci mata ikut tingkap bilik

10.) Tidur...



Sekian....


Friday, February 11, 2011

Salam terima kasih

4 comment(s)
* See! guna pos laju agi. Hadiah misteri pemberian Amir Rayyan


* Sebuah Travelog Istimewa....karya Ustaz Pahrol Mohd Joui,penulis pakar motivasi.

Salam,

Hari cuti adalah hari untuk berehat,hari untuk stop jab fikir pasal keje dan semua. Nak buat apa ekk aku hari ni? Actually ada planning nak gi jalan-jalan S.alam umah my fren dan umah adik tp tak sure agi mau pegi ke tak? Tgk mood aku je.Bole plak macam tu ya? He..he..Hafiz jgn marah ekkk...Dah conpirm dah ngn diaowg aritu nak berjimba-jimba ngn diaowg actually....

Oh ya, bila nak kuar bilik tadi aku terlihat sesuatu kat atas meja ruang tamu, waaaaa!!! hadiah misteri dari Amir Rayyan dah sampai. Thanks 2 him sbb susah payah send sebuah buku istimewa untuk aku. Buat susah-susah je ye, malu pun ada.


Nape aku dapat?Actually aku ada komen sesuatu kat sebuah entry beliau. Langkah kanan betul, bila beliau ada PM kat Fb mintak alamat. Me kasih ye En Amir Rayyan.Saya sangat menghargai hadiah pemberian tu,walau aku malu actually sbb komen aku tu sikit je.He...he...

Lately aku agak susah nak blogwalking, line berukband aku sekejab ok dan sekejab tidakkk, nak baca entry para bloglist aku pun susah, keciwa sgttt. Namun aku bersyukur masih ada yg sudi singgah d'sini.

Aku try my best untuk berkunjung balik dan singgah ke blog korang utk nak sambung ukwah tu.He..he..jgn marah ye kalau aku tersinggah lambatttt.

Apepun kita terus bermesra kat alam maya ni tau...

Thursday, February 10, 2011

Tak suka @ suka

3 comment(s)



Aku kalau tak suka sesuatu tu,mungkin habis-habisan aku cuba elak dan buang dia dalam hidup aku. Yala...menda yg kita tak suka kan? Nak wat pe kita layan dia,belai dia atau terlibat dengan dia? Sometimes aku terpaksa berpura-pura baik sebab nak jaga hati je.

Tapi itu statement kejam...actually takdela macam tu sangat. Just perasaan je, kalau ikut hati memang rr, tp dalam hidup kadang-kadang kita tak seperti diberi pilihan,maka yg terbaik adalah kadang-kadang untuk menerima seadanya. Kadang-kadang menda yg kita larikan diri tu atau yang kita benci tu, tula yang akan menjadi peneman hidup.

Apa yang aku cuba ulas kat sini adalah secara general. Apa yg aku tak suka tu mungkin hal perasaan,cinta,sikap,rakan-rakan,orang sekeliling,kerja atau juga kehidupan.

Masing-masing cuba memilih yg terbaik untuk diri.Kita sendiri yg tau apa yg kita nak,tak suka atau sekadar buat-buat suka je. Namun akhirnya nanti semua itu adalah ketentuan yg Satu.

Dulu (hal cinta) aku pernah buang dia, kenapa? sebab mungkin sayang itu sudah hilang...kadang-kadang aku sendiri tak paham dengan diri aku sendiri. Kadang-kadang bila aku bosan dan rimas terutama sekali dengan sikapnya itu, aku mau aje mengabaikannya.Mungkin ia bukan jodoh aku kot sbb tu ia tak lama.

Orang kata past is past usah d'kenang lagi. Dia yg Maha Satu sudah menentukan apa yang terbaik utk kita. Berusaha ajela ke arah itu, yg penting jgn ada dendam,benci mahupun sengketa.

Apa yg kita tak suka tak semestinya menda tu bole kita tak suka selamanya. Kadang-kadang ia sentiasa bersama kita. Namun bole gak apa yg kita suka tu menjadi menda yg kita tak suka. Actually life full with unexpected things...kita aje perlu bijak dan tau nak explore.

Good Luck...


*Maafla kalau ayat aku berbelit-belit.Actually aku tulis apa yg aku rasa skrg nih...


Monday, February 7, 2011

1 hari kat Melaka

4 comment(s)




Tadaaa!!! Hampir satu hari kami jalan-jalan kat bandaraya bersejarah, penat gakla...tp member aku tu lagi penat,he..he..rindu gak kat sini. 2 tahun lepas rasanya aku pertama kali pijak kaki kat sini. Jalan-jalan kat tempat owg mmg syok tambah-tambah kaya ngn khazanah keunikan tersendiri.
Apepun enjoyla..matahari pun cantik,macam tau-tau je aku nak melancong kat Melaka chumil nih.

Ni rambut baru aku pah susah payah gunting tadi.Nape aku kata susah payah? Nnti aku cerita kat korang. Rasa nitemare gak first time potong rambut kat Melaka nih.

Ni gambar muzium kapal aku ambik dari menara Taming Sari. Actually masa naik Gyro Tower(tul ka?). Aku penah masuk muzium nih 2 tahun lalu. Kali ni malas nak masuk sbb dah bole agak apa yg ada kat dalam.



Tempat wajib lawat, sape yg tak datang kat menara ni saje la.Rugi giler....gerbang symbol negeri Melaka nih, ni ciput je tinggal selepas berzaman, i mean tinggalan sejarah.

Actually tak ramai owg arini, yala public holiday baru abih. Kami sengaja pilih hari ni sebab tak nak bersesak-sesak.


Dataran Pahlawan, dekat giler ngn menara A' Famosa. Actually lenggang giler ngn pengunjung, tp at the same time aku rasa tempat nih macam tak terjaga je.Apepun nak bagitau aku gunting rambut kat sini tadiiii!!! Nitemare k!




Kincir angin,symbol Belanda. Antara penyeri bandaraya Melaka. Syokkk!!!



Dah panas-panas dan penat, apa lagi perkena la Chendol. Nih antara misi utama aku actually datang sini, berjaya gak merasa. Murah plak tu. Beza harga 2 kali ganda dari harga kat foodcourt Jusco KL. Sedappppp kata ko! Rasa nak tambah 2 kali je.

Apapun thanks 2 my fren sbb sudi teman. At least hilang tension keje, hilang mood tak baik, hilang penat menunggu cuti muncul dan juga hilang penantian aku untuk datang lagi kat tempat nih.

Suka-suka. So sape yg tak pegi agi rugi...

Wednesday, January 26, 2011

Pilihan dalam berat

7 comment(s)


Owg kata kalau niat kita ikhlas, maka balasan juga ikhlas....

Syukur bila aku dapat tau increment salary aku antara yg ok, syukur pada yg Maha Satu atas segala rahmat dan nikmatNya. Syukur juga selama ini usaha aku untuk menjadi pekerja yg baik dan ikhlas menjadi. Ini satu semangat buat aku setelah aku melalui fasa tak berapa elok tahun lepas.

Segala-galanya ok...syukurrr

Tapi aku sedih juga (cerita sedih plak) sebab terpaksa pilih antara 2 member(dua-dua pompuan), nak d'jadikan cerita bila 2 owg mmber baik aku,d'mana tarikh kahwin diaowg jatuh pada hari yg sama. Sedih sbb tak pergi yg seorang lagi sbb majlis nyer untuk belah lelaki dan pompuan takde senggang hari...esoknya terus majlis.Walau majlisnya d'KL tp aku pilih majlis member baik seowg agi kat Terengganu.

Aku terpaksa pilih member baik yg duk d'Terengganu atas sebab kata-kata bakal suaminya yg pernah tidak mahu jemput aku ke majlisnya, owg kata terlajak perahu bole undur tp terlajak kata , mendalam sakitnya.

Memang past is past dan kami juga dah baik pun setelah isu bergaduh tahun lepas. Mungkin ini takdirnya...tambah sakit lagi dia bila member yg 2 owg (member baik lain)juga tak pergi majlisnya sbb follow aku.Beerti tak ramai ke majlisnya. Aku tak tau nak kata macam mana?Tiada niat aku untuk jadi macam ini, lagipun aku punyer maruah bila bakal suamimu meluahkan kata-kata untuk tidak menjemput aku,takkan aku nak pergi jugak kot?

Owg kata bila marah berhati-hati...marah itu syaitan...

Isu konflik dulu aku tidak mahu detailkan d'sini sbb ia telah lepas pun.Namun aku juga sedih sbb tak bole melihat member pompuan aku tu naik pelamin. Mungkin inilah takdirnya.Maaf!

Hurrrmmm....

Monday, January 17, 2011

bos ngamuk!

7 comment(s)


Hurrmm...bos dah ngamuk! Siapa nak jawab, akula yg kena marah,benda kecik akan jadi besar, rasa d'motivated jab. Nasib baik ada beberapa owg yg back up. Hope everything back 2 normal.

Aku hari ni bersusah payah untuk event store, menerajui aktiviti yg bukan kecik sbb melibatkan ramai owg. Yang back up aku cuma beberapa owg je, kena marah tak payah cakapla,yala nak tula tak cukup,budget tak cukup tp suruh proceed gak ngn event. Yang paling benci bila si comittee comittee yg otak singkat, asyik nak bangkang je. Bukan nak curah idea support tp nak gak keluarkan mcm mcm alasan supaya event tak jadi. Bagi aku memang budget kecik dan staff pun smpai kena kuar duit tp at least cuba dulu, tgk sambutannya mcm mana.

Untuk event badminton nih korang tau, aku ngn seorang member je susah payah utk nak gerak suma. Aku plak kena marah ngn bos, nak mintak tambah kerusi tak bole,minta air mineral kena marah, mintak tu kena wat surat...jenuh aku kan? Tapi aku pekakkan telinga je bila mengenangkan ini tanggungjawab aku. Hurrmmm...macam macam kan? kalau tak kerana aku nih jenih owg yg pikir positif,lama dah aku surrender.

Tapi tadi aku tgk puas hati.Tengok bebudak nih/staff staff main seronok sangat, hubungan line yg rapuh tu pun macam dah erat.Enjoy aje...tapi bos bos yg besar mana kau? Suruh anjur macam-macam tapi haram tak muncul! Esok kalau tak muncul lagi siapla kau! (macamla aku bole wat apa-apa ya?)

Entahla...aku proceed jela,aku tau suma nih adalah cabaran buat aku dan aku tak bole mengalah.Dalam menjadi yg terbaik bukannya senang. Niat aku adalah bekerja seikhlas mungkin dan mana-mana tanggungjawab aku tuh aku akan jayakan sebaiknya.Caiyok Rashid!

Saturday, January 15, 2011

D'sebalik tingkap

3 comment(s)
Salam malam minggu buat suma bloggers dan follower Bukankosong.

Korang wat pe? Berjimba la tu ekk?...ha..ha..bagus rr tp jgn rr duk lupa diri lak,nnti terkandas dari landasan keimanan itu...so sape yg susah? Korang gak kan?...

Ini malam pah balik dari keje td aku just bersenang-lenang aje kat bilik.Perut pun asyik meraum lapar dr td tp seriusly malas giler mau kuar cr sesuatu utk d'makan.Nak ke kuar? ngn sejuk-sejuk mcm nih,baru aje lepah ujan kat c,ni.Seriusly nak bgtau korang,arini aku just mkn nasi waktu sarapan pagi je k...time mkn tghari dan makan ptg cuma makan kueh aje.Wow!! mcm diet lak ye? Kempiskan apa yg patut beb...

Hu..hu..maka continuela aku bersenang lenang d'bilik lagi sambil melayan Mega Movie kat TV3, cerita School of Rock ! Lama gak tak layan cerita nih since zaman student2 dulu. Story yg best yg leh wat semangat ko membara-bara!

Selain melayan Tv, aku juga mengada-ngada mengubah angin blog aku ngn menukar header.Ok tak? Ke huduh? Atau simple sangat? Entah lol...tp aku rasa dah ok sbb aku suka simple header je tp biarlah bermakna. Tenang aje bila tgk, mcm bagi aku inspirasi plus disebalik tingkap itu ada sesuatu yg menyatakan pelbagai kisah d'dalamnya. Sudah semestinya ia bukan kosong kan?Ada pahit manis yg sukar d'mengerti kadang-kadang. Harap-harap semuanya ok after that.

Apepun ...hakikat gak...esok aku keje dan hari Isnin baru cuti balik...so yg lain enjoy ur holiday ok!

Peace!

Tuesday, January 11, 2011

baik,konflik,gaduh,masam muka,kekok dan belajar

7 comment(s)


Tetiba aku naik marah td,gara-gara terlayan realiti Tv si Paris Hilton yg nak cari kawan baik dia kat 8TV.Aku bengang sbb ada perempuan tu drama sgt, asalnya mereka bergurau saja nak kenakan lelaki tu tp tiba-tiba lelaki tu naik marah rr sbb barang dia diusik. Bukan menyokong lelaki tu cuma bengang nape pompuan tu tiba-tiba nak menjerit marah plak,guna kata-kata kesat lak tu. Lelaki tu tunjuk bengang gak tp takde rr sebut perkataan bukan-bukan, siap pompuan tu nak buang barang lelaki tu agi.What the heck! Sangat-sangat drama,actually aku benci ngn owg owg yg drama lebih nih.

Hu..hu..cuma kesian kat mamat tu kemudian tersisih sbb xde sape sokong dia lak,then suma owg tak suka dia. Padahal sebelum nih ok je.

Kat sini aku cuba nak bagitau sangat penat dan tension jika kita ada konflik atau bergaduh ngn owg specially ngn member-member baik.Aku dah berbelas kali lalui ini dan aku tersangat tak suka jika ia berulang balik. Sebab tu skrg aku cuba berhati-hati dan kalau boleh mengalah utk elak dari timbul keadaan tak best.

Aku tak suka if aku rapat ngn mereka tiba-tiba bergaduh lak,specially pasal perkara yg kecik.Aku nih jenis mudah rapat ngn owg dan owg lain plak senang rapat dan suka ngn aku(up jab,he..he..) Tapi paling tak best bila dah rapat-rapat tu time tergaduh tuhan je yg tahu bertapa tak bestnya.

Kelemahan aku, jika aku gaduh ngn owg aku plak yg terfikir-fikir lebih. Aku mesti mula rasa kekok dan mulala aku wat macam-macam alasan utk tak nk jumpa,bertembung atau bertentang mata ngn owg tu.

Dalam hati rasa tak best sangat-sangat,tension pun ada. May be kadang-kadang bukan silap aku namun tetap aku lak yg terasa lebih,actually rasa dalam hati je tau.Kat luar aku tak tunjuk,ego aku leh tahan gak.Walau aku gaduh ngn dia dan aku rasa aku tak salah maka apa agi aku hukum rr dia ngn tak bercakap langsung.Berbulan-bulan ko tau sampai owg tu dtg cari aku mintak maap.He..he..kadang-kadang aku pikir aku nih sebenarnya kejam gak.

Maka sebab itu aku sehabis baik mengalah dan mengelakkan diri dari timbulnya konflik.Itu mungkin cerita zaman-zaman dulu kot.Kini bila dah umur matang nih,dah banyak berubah dan dah banyak belajar dari kesilapan.He..he...


Itu rr serba sedikit.

Versi cuti

6 comment(s)


Sekejab ok sekejab tak ok! kentut betul internet aku nih.Marahkan nnti terpelanting ko ke dinding baru rr terkeluar isi perut tu kan en broadband kan? Kalau tak kerana jasa-jasa ko lama dah arwah tau.he..he..

Aku tau ramai yg alami situasi mcm nih tambah-tambah masa kita ngah semangat nak layar bahtera internet kan? Lupakan hal ini sbb aku tau xleh nk wat apa-apa pun,bill pun bukan tak bayar cuma line je yg sesiput sesedutan.

Oit! Hari ni birthday penyanyi no.1 Malaysia rr, dato Ti kita.Happy birthday kak CT moga cepat dapat anak ya serta success sokmo di arena seni tu walau tok Ti dah over pencapaian dah. Hu..hu..Janganla tangguh kuar album tu ya ada peminatmu nak beli nih...kih..kih..lama tak dgr material dr Ct since CTKD yg tak berapa berjaya tu.Tak berjaya ek?

Plus ada gak khabar angin yg FB nk tutup.Malas nk layan...tgh tgh hot tiba-tiba nak tutup plak nape? Katanya si empunyer FB tu tension sbb tu nk tutup. Ya ka? Apa-apa jela, aku boleh wat dek je sbb aku tak selincah dan tak segirang dulu kat FB.Update status pun boleh dibilang ngn jari. Maklumlah kena hati-hati update kat c,tu sbb byk mata dan telinga yg melihat dan mendengar. Team-team keje aku ramai sgt,tambah-tambah ngn bos sekali wei!

Aku byk kat c,ni...my Bukankosong nih.Mostly hari hari update beb,sbb masih ngh suka agi katanya. Kadang-kadang issue-issue merapu pun aku update.Ha...ha..sbb tuu lambat dapat follower(s) walau dah berbulan-bulan aku bersama blog tercinta nih.

Ok...rini cuti agi,rest agi dan suka hati lagi.Bermalas-malasan tahap raja-raja tau.Kuar pun tak sbb nak save duit sikit utk ke Singapore nnti.Suka-suka.


Tata

Saturday, January 8, 2011

Sabar lagi...

11 comment(s)


Aku kadang-kadang boleh hilang kesabaran gak ngn manusia yg suka salah tafsir nih, teruk sgt ke aku buat kat hang.Hurrmmm nak buat baik pun salah. Redha aje aku ngn keadaan yg aku lalui nih.

Tapi nasib baikla aku nih jenis yg pikir positif,malas nak serabut otak pikir detail mcm ko,kalau tak dah lama aku ngamuk tarik muka ngn ko. Sabar sabar sabar.

Ni lah dugaan utk aku utk menjadi yg terbaik kot(chewaahh,katanya...) Mungkin dalam ramai-ramai tu ada gak la yg jenih wat taik mcm nih! malas aku nak layan baik aku proceed je.Selagi aku bole selamatkan maka aku aku akan selamatkan. Ko nak tentang ke,marah ke, lantak ko la asal apa yg aku buat tu betul.Tak gitu?

Aku bengang tul ngn bos aku nih, bos pompuan mmg cam nih ek? Detail semacam je jenuh aku nak layan. Kita tak pikir mcm tu pun tp dia plak pikir mcm tu, kalau tak ingat keje aku skrg nih sumber pencarian aku dah lama aku chow! malehhhhh...nak serabut-serabut.

Aku syg keje c,ni maka sbb tu aku tetap stay walau mcm-mcm dah yg aku rasa.Sabar ajelah yeeeeeee...

Fenin sekejab aku tadi, nasib baik aku tak melatah, kalau tak dah berbala-bala aku terima tadi.Sekian...tu je aku nak cerita, nak luah aje, maklumlah xsesuai nak geban akan hal nih kat sape2 luar tu specially other clicks takut jadi menda lain lak.So kat c,ni jela aku luahkan walau mungkin ada antara korang blur-blur ngn cerita aku.

Bye!

Friday, January 7, 2011

siput berjalan...

6 comment(s)


Biasala bila time nak weekend kan, mulala en broadband kita nih mula bertukar menjadi en siput. Tahap kesabaran para yg memiliki mcm aku nih mulala d'uji.Tapi xpe...aku sabar sbb hari-hari lain ko sgt berjasa kan?

Hari nih satu hari aku habiskan masa memanjakan diri duk umah je,tak kuar, xde mood nak kuar.Lagipun ada tenet dan TV mcm mencukupi.Kih..kih..

So bermalas-malasan la aku di dlm bilik melayan kerenah diri sendiri.Wah...cuti kan,maka buat ajela apa yg aku suka.

: )

Tuesday, January 4, 2011

04/01/2011

6 comment(s)
Salam...

Aku rini cuti,ni baru bangun,waaaa....rasa lega setelah dapat cover tidur lewat malam tadi,biasala dah nama cuti kan? So korang wat pe rini? Keje? Selamat bekerja lah ya...my turn plak bercuti setelah public holiday lepas aku bertungkus lumus keje. Hu..hu..

So aku rini plan jab agi nak gi umah lama ambik TV, nak letak dalam bilik aku. Tambah koleksi...busan-busan leh layan TV dalam bilik plak.

Dah 4 hari kan di bulan Januari tahun baru nih? Rasa ada kelainan ke? Angka dah meningkat? sensitip? Aduiyaii...paham,saya pun sudah tua,redha aje,nama pun hidup mana bole balik ke masa muda plak.Syukur saja sebab kita masih diberi nafas utk berhembus pada hari ini.

Banyak iktiar,cerita dan usaha perlu dilalui dan dicoretkan lagi kat depan sana tu.Tabahkan hati dan proceed ajela ngn senang hati ya. Aku pun sama, berusaha seadanya.Never give up dan jangan pernah jemu,hidup memang macam ini ada pelbagai ragam dan ceritanya tersendiri. Caiyokkk!!!!

Umur belajar aku sudah habis, walau most blogger-blogger aku gi singgah blog diaowg semuanya masih belajar-belajar agi,muda kan?He..he..zaman itu aku telah lepasi dan resultnya adalah hari ini.Aku sudah 3 tahun melangkah ke suasana keje sama ada sedar atau tidak....mungkin bagi aku keje lagi seronok berbanding belajar sbb senang je ujung bulan mesti dapat gaji. Namun belajar ada istimewa gak, yg tiada galang gantinya adalah berjumpa kawan baru dan cerita baru. Berbanding keje hanya banyak difokuskan untuk memajukan ekonomi sendiri sebab di depan sana tu adalah untuk membina mahligai, jangan ko main-main...he..he...

Musim belajar dan study tu semua telah menjadi kenangan yang paling manis k dalam hidup aku.Macam-macam sehinggala aku terdedah ke dunia KL pada hari ini.Syukur...
Oh ya Alhamdulilah juga sebab follower aku bertambah hari ke hari walau tak seramai orang lain namun me kasih ekk sebab ikhlas untuk berkunjung ke sini. Tak macam beberapa bulan sebelum ini di mana aku tak fokus ke arah itu. Namun bila bertambah kawan maka bertambah pembaca serta bertambah komen.Ini telah membuat aku sedar bahawa blog ini seperti telah dihargai. Terima kasih semua...

Salam silaturrahim dari ku. Sama-sama rr kujung mengunjung mana tahu suatu masa nanti mungkin kita akan berjumpa,secara terancang @ tiba-tiba ke?


Thanks all...



Terima la Sedetik Lebih by Anuar Zain,lagu baru untuk blogger-blogger semua

ini adalah OST song untuk Hikayat Merong Mahawangsa yang akan ditayangkan tidak lama agi

Enjoy!


Saturday, January 1, 2011

Catatan ringkas 01/01/11

2 comment(s)
Tadi seperti serba tak kena sat, aku pun tak tau nape? May be tidur lepas maghrib kot...abaikan!

Hari ni aku byk fokus akan hal keje, walau tahun baru aku tetap kena keje sbb kami semua cuti dapat hari lain. Tapi masa rehat kerja tadi sempat pergi Hulu Langat, member kahwin, mkn free agi plus owg duk free-free tanya aku bila nak kahwin? Aduiyaiii...masa berhibur tak habis agi la weh... : )

Oh ya, sorang member aku merangkap ex housemate aku merangkap member yg penah jadi member baik aku bertunang rini. Congrats fren! Moga ke jinjang pelamin ekk..

Malam ini adalah aktiviti lipat baju dan memanjakan diri agi. Mungkin layan DVD if rajin @ sebaliknya. Esok aku mau bgn awal, kene bangun awal sebab open store...surprisely dua ari berturut-turut plak tu. Redha!Tak pe,tak kisah sbb nnti bole balik awal.

Sekian catatan 01/01/11...


Jom layan kechumilan nih jab (segmen sengang-sengang)

.

.

.

V

.
.
.
.
V


*Buat masa skrg aku mahu bertenang,senang dan lenang...

Friday, December 31, 2010

Episode 3 [ ENTRY KHAS 2010 in memories ]

0 comment(s)







[ ENTRY KHAS 2010 in memories ]


Bercakap pasal keje, 2010 mengajar aku erti ketabahan, berada d'dept baru kadang-kadang buat aku bosan. Tapi lama kelamaan aku boleh adapt dgn surrounding sbb ramai yang memberi kerjasama.Asalnya aku tak berapa suka berada disupporting department sbb aku rasa tak bole nak perform sgt namun lama-lama bila fikir, yg penting hati,semangat dan perasaan aku sendiri utk terus berjuang utk kerja.

Niat tu penting, kalau kita bekerja dengan ikhlas maka hasilnya pasti ikhlas, seriusly aku cakap aku syg keje aku skrg. Walau ramai cakap even mak ayah atau kwn2 aku sendiri spt membangkang dan memandang rendah namun aku tetap tak berputus asa. Aku buktikan pada mereka aku bekerja utk kepuasan dan bukan kebendaan yg dikejar. Lagi pun gaji aku ok dan alhamdullilah boleh tampung kehidupan aku.

Aku paham aku keje shift, keje time pelik dari diaowg tambah-tambah kerja yg melibatkan customer. Mungkin kadang-kadang aku terasa dengan kawan-kawan sebab aku tak semegah mereka, tp aku tak giv up ok! Sbb aku percaya masing-masing punyai nasib dan rezeki masing-masing la.

Hu..hu..maka sehingga ke hari ini aku masih lagi bertahan walau aku tahu kawan-kawan aku dah bertukar-tukar mcm2 field dan mcm2 keje.

Motto aku adalah bekerja untuk kepuasan bukan kebendaan semata-mata walau aku tau pada zaman sekarang duit tu penting.

2010 juga melihatkan aku terpaksa menghadapi a few dugaan di tempat keje, mungkin kadang-kadang aku tak sebernasib baik spt rakan-rakan sekerja yg lain namun jauh d'sudut hati aku pasang azam utk menjadi lagi baik dari mereka. Hidup umpama roda kerna kadang-kadang juga kita berada d'bawah dan bukan selalunya bernasib baik.

Tapi apa-apa hal pun aku tetap bersyukur dengan apa yg aku ada pada hari ini.

Sekian...salam 2011. Malam ni celebrate kat mana geng?!

Saturday, December 25, 2010

aku,dia,mereka dan selamat hari natal

1 comment(s)


Aku lebih senang dengan dunia aku dan akan hal aku. Kalau dulu beria mahu menjadi seperti owg itula,owg inila...nape? sebab mereka pandai,mereka kaya dan mereka miliki apa saje,maka aku juga mahu memiliki seperti mana mereka miliki. Tapi bila sudah dewasa dan besar seperti skrg, baru aku terpikir, setiap insan telah disediakan nasib masing-masing oleh maha yang satu. Maka kita xmungkin boleh jadi macam dia mahupun mereka. Sebab dia atau mereka adalah diri mereka dan nasib dia sendiri. Kita cuma boleh mengubah nasib kita tetapi kita tidak boleh menjadi seperti mereka @ dia.Paham?

Kesimpulan...just be urself, buat apa yg kamu mahu, buat apa yg terbaik untukmu dan berbanggalah dengan diri kamu. Kamu adalah kamu dan kamu istimewa juga disebabkan kamu tetapi bukan mereka mahupun dia.

Kan?

Tetiba aku menulis perihal ini sebab aku teramat bersyukur dengan apa yg aku ada, mungkin aku tak kaya,mungkin aku tak sesenang yang lain.Namun aku gembira sebab apa yang aku ada sekarang adalah disebabkan usaha aku sendiri.Hu..hu..just terus berjalan dan belajar k...(maju ke depan)...

Buat semua d'kesempatan ini juga, BUKANKOSONG mengucapakan selamat hari Natal,Merry Xmas dan selamat bercuti.

Jangan nakal-nakal...dan jadila seorang yg special di mata kamu,keluarga kamu dan masyarakat.


: )