Showing posts with label xmas. Show all posts
Showing posts with label xmas. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

santa claus

4 comment(s)


"Santa Claus sombong , ajak mai rumah taknak ... Alasan jage kambing la , rusa la , bla bla bla..."


whatever!







*hahahaha ..gua ucapkan slmat ari natal to all, walau gua tak celebrate, tp dah ari2 dengar lagu xmas kat Jusco, rasa mcm feel ada gak

hurrrmm...beberapa hari nih mood cam tak best, besela dugaan, so sehabih baik utk ubah mana yg tak kena.wish me luck k!





Saturday, December 25, 2010

Santa at Au2 dan aku yg penat

0 comment(s)
*Santa kurus

*Gemuk tang perut sbb kami letak teddy bear,bg nmpak cam ada perut.



*Nak gula-gula dik?


*Anak owg pute nih beria-ia nk main loceng! lempangkan!



Salam,

Sleepy aje aku ri nih,maklumlah tak berapa cukup tidur. Ya la..pagi td rushing dari S.Alam balik dari melawat adik-adik dan ayah aku kat sana.Happy dapat jumpa dengan diaowg actually....semalam tidur agak lewat pahtu kena bangun awal lak.

Keje tadi pun wat tak ikhlas sgt, sbb sleepy sgt. Namun tetiber kami dapat idea, masa rehat kami gi karoake, unplanning tp redah je...ha..ha.. best gak tau...melalak aje keje aku!

Oh ya...tadi gak ada event kecik kat AU2 Jusco, aku ngn member wat kemunculan santa claus kat store aku.Meriah gak walau customer xde rr ramai sgt. Dalam duk sibuk-sibuk tolong dan customer layan santa, tetiba penyanyi Nasir Wahab menegur, santa claus kurus katanya...he..he...terkezut sekejab.Yala cam mana tak kurusnya staff yg agak berisi suma muslim, lagipun dh kuar issue owg Islam tak bleh pakai pakaian yg berupa kafir(korang paham kan?) .Terpaksala suruh staff yg non muslim,yg kurus je yg ada. Nak bagi gemuk kat perutnya tu kami letak teddy bear aje, cam tak jadi,tp oklaaaa....btw apasal santa tu perlu gemuk?Tp mmg aku perasaan santa sumanya gemuk-gemuk.Byk mkn mkanan manis kot. Aku tak jadi santa claus pun,just tolong bagi-bagi belon je. Boring-boring tolong rr diaowg lagipun hari minggu aku tak bz ngn keje aku sgt.

Kul 6 aku balik umah, kemudian melantak tidur sampai 8pm, cover tidur utk beberapa jam. Next plak pah bgn tidur gi kenduri umah bos aku. Adik dia kahwin...meriah giler, 8 khemah kata kau dibuka. Esok pegi agi, gi mkn kenduri AKA mkn tengahari maka makan free lagila aku. Ni la yg seronoknya keje Jusco, kalau staff kahwin ke atau wat majlis makan-makan ke kami conpirm dijemput, selain memeriahkan majlis diaowg kami juga bwk perut kosong kami untuk diisi, jimat duit makan katanya...he...he...

Selain itu...ramai owg kat Jusco, tak payah risau akan hal nk cari kwn dan cliks yg ramai...klau tgk mmber FB aku pun 80% adalah mmber2 Jusco...can ana tu? Orait...itu je kot untuk chegita2 rini...xde yg menarik-menarik pun.Sederhana je, cuma nak bgtau nilah antara listing aktiviti untuk sape-sape yg keje retail/Jusco mcm aku. Terisi tp bermakna.


: )

aku,dia,mereka dan selamat hari natal

1 comment(s)


Aku lebih senang dengan dunia aku dan akan hal aku. Kalau dulu beria mahu menjadi seperti owg itula,owg inila...nape? sebab mereka pandai,mereka kaya dan mereka miliki apa saje,maka aku juga mahu memiliki seperti mana mereka miliki. Tapi bila sudah dewasa dan besar seperti skrg, baru aku terpikir, setiap insan telah disediakan nasib masing-masing oleh maha yang satu. Maka kita xmungkin boleh jadi macam dia mahupun mereka. Sebab dia atau mereka adalah diri mereka dan nasib dia sendiri. Kita cuma boleh mengubah nasib kita tetapi kita tidak boleh menjadi seperti mereka @ dia.Paham?

Kesimpulan...just be urself, buat apa yg kamu mahu, buat apa yg terbaik untukmu dan berbanggalah dengan diri kamu. Kamu adalah kamu dan kamu istimewa juga disebabkan kamu tetapi bukan mereka mahupun dia.

Kan?

Tetiba aku menulis perihal ini sebab aku teramat bersyukur dengan apa yg aku ada, mungkin aku tak kaya,mungkin aku tak sesenang yang lain.Namun aku gembira sebab apa yang aku ada sekarang adalah disebabkan usaha aku sendiri.Hu..hu..just terus berjalan dan belajar k...(maju ke depan)...

Buat semua d'kesempatan ini juga, BUKANKOSONG mengucapakan selamat hari Natal,Merry Xmas dan selamat bercuti.

Jangan nakal-nakal...dan jadila seorang yg special di mata kamu,keluarga kamu dan masyarakat.


: )