Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

idaman

5 comment(s)

sebuah rumah

sebuah kete, sebijik moto

& some1

& HAPPY :P ( mesti ada )



*Tak mo yg grand sgt, sederhana cukup rr

Sunday, November 20, 2011

us

4 comment(s)


Commitment sometimes its not all about U but US,together2




*dan sy HAPPY! :P



Wednesday, November 2, 2011

apa yg d'minati

5 comment(s)

02 Nov 01

Bila urusan kerja dilakukan dengan seikhlas hati, seikhlas jiwa, sepenuh raga dan serajin mungkin

bila lihat hasil...yg tergambar adalah kepuasan

sgt enjoy bila dapat melakukan apa yg diminati

: )




* Andai hidup ini indah spt ini hari-hari, nescaya AWET mudalah aku, sbbnya ubat awet muda tu kan happy dan SAY NO TO STRESS!


Thursday, October 6, 2011

''Life is beautiful''

8 comment(s)

Apa yg berlaku dengan aku?


* Sudah jadi kawan baik dengan dia. Yeay!!

* Kes dulu tak settle settle agi,semalam ada adegan tampar menampar lak.Ni lah akibatnya kalau tak serik-serik kaco tunangan orang.Yg tak berkait pun kena tempias sekali,termasukla aku.Blur aku jab.Bila la nak habis ye?!

* Masih berdebar kat dept baru, awal-awal cam nih la kot.Lama-lama sila immune.Hahaha

* Cuti 2 hari ni hanya berehat kat umah (santai habis-habisan)

* Semalam shopping 2 helai kemeja, mau shopping lagi!

* Settlekan urusan me-renew and bank in duit rini (sgt malas!).Kopak duit ku lagi!

* Kek pemberian org tak habis-habis lagi mkn, sikit-sikit aje aku baham

* Lately hanya layan lagu-lagu dari ''All ur Love Tok Iti''. Sebab masih tak bosan then ada certain2 lagu cam kena kat diri sendiri. Sentapppp!!

* Pokok dalam bilik dah mula layu, nape ekk? Tak cukup air, aku dh bg air.

* ''Life is beautiful'' sbb both HAPPY together. Suka!


Sunday, October 2, 2011

asam garam

4 comment(s)

Dalam hidup,bersyukur itu penting, wasatiah juga penting.

Just be urself, usah dibandingkan anda dengan sesiapa kerana anda punyai rezeki anda sendiri.Even aku sendiri pun tak mo miskin sgt tp kalau ada rezeki nak jd kaya, aku nak je.Haha...

Tp ape ape hal, hati dan jiwa is no.1...even kalau ko kaya dan gah sekali pun tp hati dan jiwa ko sedih,tak apy dan sengsara, xde gunanya.

Maka enjoy ur life k...sekali sekala dugaan tu normal rr, sbb ia muncul pun nak wat ko belajar atau ambik iktibar. So terima seadanya.

Jangan lupa amal ibadah tau...


*Cam cute plak letak bunga api kat sebelah kanan blog aku nih, tanda happy la tu kannzzz :p


Monday, September 19, 2011

hari yg cute

6 comment(s)
What a cute day!


Aku gelak je pah baca entry tu!





*Kadang menjadi diri sendiri membuat kita spesel, apepun perlu bangga dan bersyukur dgn apa yg kita ada.

Friday, September 9, 2011

sy tersenyum

4 comment(s)

Aku pernah mengalami zaman2 yg down giler, cita-cita tak tercapai dengan janji-janji palsu org. Syukur, dengan bersabar, hari ini ada good news menanti.Walau aku tau mau memikulnya bukan semudah 1 2 3.


Tadi interview(upgrading interview), Alhamdullilah ok je. But the rest aku berserah. Tp cam haram presentation(trainer presentation) tak payah buat, trainer2 baru je yg present. Kami yg senior nih tak payah.Penat je bersengkang mata.


Thnks 2 you kerna muncul saat ini. Saya senang dengan kamoo..., antara good news yg berharga. Secumil mainan beliau. Ha..ha...


Alhamdullilah untuk rezeki hari ini. Semoga yang di depan berjalan dengan baik.

Tuesday, August 23, 2011

: P

15 comment(s)


Lagu raya dah mula berkumandang sana sini

aku xcited c,kit je, but raya is raya, ari kemenangan buat aku. Tahun nih raya aku keje lagi,maknanya raya kat KL lagi. Ada sedikit kelainan kali nih,sbb ia merupakan a few steps untuk aku melangkah ke fasa yg lagi besar.


Apa itu? Biarlah rahsia ( Ct nyanyikan utk aku )



Apa2 hal pun, idup kena sentiasa heppy, yg sedih2 buang tepi.Aku mau awet muda jah, no keretuan, no kertu dan no rekah2...



Salam puasa,salam Aidilfitri yg bakal tiba dan salam kemerdekaan.


Sunday, July 17, 2011

Kami tawan BROGA

0 comment(s)




















Hu..hu..Broga yg dalam anganan tu dah kami tawan pd 12hb July yg lalu. Macam2 pengalaman manis kata ko...sikit je yg pahit2 tu, dugaan xpdc....


Ada yg pancit,ada yg terseliuh,luka, terkehel...


Sowang yg kantoi xleh naik smpai ke atas...stamina tak kuat agaknya,baru permulaan pendakian dah kantoi. Ingat mcm senang bukit Broga nih...upanyer sana sini curam serta facility pun tak lengkap agi. Kalau tak berhati-hati mmg merbahaya. Yg nak kencing berak, better settlekan niat korang tu awal2 sblm naik atas.


Sygnya aritu mendung...takleh nengok matahari terbit.


Then selepas berjaya tawan kami ke air terjun Tekala, kira2 14km dari situ. Sambil mandi manda kami beraktiviti main game segala.Jelas suma happy,kepenatan dan kesejukkan dek air terjun.


Btw...tak sangka game yg kami rancang sampai ada yg luka2 plak,hampir pengsan dan lawak giler siap koyak2 baju agi...aduyaiii...ganaz sungguh warga Jusco nih...game yg dirancang sebenarnya utk mengisi masa terluang ketika mandi manda dan berBBQ.


Paling syok adalah aktiviti baling tepung!


Finally! pengakhiran gembira...kul 4.30pm kami smpai Au2,Keramat setelah kul 3pm kami bertolak pulang.Memang puas! Rasa nak pergi lagi!


Wednesday, June 29, 2011

Dongengan sebuah cerita

6 comment(s)


Lately aku asyik layan cerita-cerita kt Youtube je, dr cerita happy2,perang2,sedih2 dan sehinggalah cerita cinta.Mostly yg xde kat TV dan film...specially cerita2 dr site indie.Pengarapan cerita pendek yg diadun baik kata ko.

Kekadang semua tu hampir berbekas kat diri aku, dihanyut arus perasaan sendiri ketika melayan cerita tersebut.

Indahnya mereka, manisnya mereka menikmati kehidupan yg telah dirancang itu. Aku aje yg agak terumbang ambing dek perjalanan yg belum tentu. Namun jauh kat sudut hati, aku tetap bersyukur aje atas segala rahmat dan nikmat tuhan.

Bila dihayati dongengan mereka, sesekali terkena kat batang hidung sendiri, specially tentang cinta. Hu..hu..manisnya, pahitnya...dan sedihnya mereka. Terbuai sendiri specially bila OST nya mencengkam jiwa.

Kisah mereka shahdu dan pelbagai...semuanya telah dirancang baik oleh pengarahnya. Aku yg menyaksikannya nih perlu belajar kot, walau tak banyak...at least sbg pengajaran utk meneruskan perjalanan hidup.

Tak semua yg bernasib baik...tp tuhan telah menciptakan yg terbaik utk setiap hamba2 Nya.


Jika kisah manis drama2 nih pernah wujud kat dunia nyata ataupun sekadar dogeng shj, maka kisah manis-manis kita pun bakal ada kot. Hargailah apa yg ada ye.






* Sedih...malam nih akan berangkat ke KL, keje menanti.

Wednesday, April 6, 2011

Awet muda

3 comment(s)


Belajar untuk jadi hati kering, tak endah tohmahan dan kutukan.

Belajar utk tidak simpan di dalam hati.

Belajar untuk bersyukur dan makin tabah.

Ingat senang?! Di dalamnya berlinang air mata walau di depan hanya sekadar senyuman buat-buat.

Namun kehidupan ini adil. Jgn risau yg benar mmg sentisa benar.

Tetap gembira,ceria dan tenang walau d'landa dugaan.

Petua kekal muda kawan...



*Aku sentiasa ingatkan diriku begitu


Friday, March 11, 2011

Terengganu & Kelantan

5 comment(s)


Salam,

Sekarang tengah bersiap tunggu member, lagi sejam akan bergerak, kul 9 macam tu. Jika sempat kami akan ke rumah kawan baik seorang lagi tu yg akad nikah malam nih. At least tak dapat pergi majlis dia, dapat pergi majlis akad nikah nih pun jadila.

Hu..hu..

Mau holiday pepuas, pusing-pusing Terengganu dan pusing-pusing Kelantan. Yeayy! yeayy!


*Sempat tgk berita, negara Jepun d'landa Tsunami, risau plak dalam hati maklumla kami nak berjalan jauh nih. Walau xde kaitan pun... :P

Akhirnya... : )

8 comment(s)


Tadi singgah gi umah member jab lepas balik keje. Actually nak bagi hadiah kat kawan baik aku tu, sedih rasa sebab tak dapat hadiri majlis kahwin dia nanti cause terpaksa pergi majlis member baik sowang lagi yang diadakan kat Terengganu.

Terpaksaaa...sebab aku harus memilih. Persahabatan kami diuji macam-macam, walau majlis masing-masing hampir dekat. Akhirnya sehingga saat ini segalanya selesai sudah. Sayu je hati sebab bila balik keje nanti dia akan bertukar status dah...mungkin kami tidak boleh serapat dulu. Namun jauh d'sudut hati aku bangga sebab bakal suaminya adalah kawan kami juga.

Dah takdir kot dan dah jodoh jua dia bersama kawan kami seorang lagi. Mungkin sedikit khilaf sbb terpaksa memilih kawan di Terengganu sebab yg di sana juga kawan baik.

Aku mendoakan yg terbaik buat mereka berdua, semoga segalanya berjalan dengan baik dalam melayari bahtera rumah tangga. Tinggallah kami bertiga aje dalam lima sekawan yang baik yang masih belum mengakhiri zaman bujang. Tu pun ada seorang lagi yg akan bergelar suami pada bulan June nanti.

Last-last tinggal berdua je, aku dan seorang lagi kawan baik kat Perlis. Rasa syukur sebab masing-masing dah besar pun. Since pertama kali berjumpa tiga tahun yang lalu. Akhirnya masing-masing sudah d'miliki.

Bilakah giliran aku? Sama-samalah kita tunggu ye... :P

Tuesday, March 8, 2011

Penat tp puas

10 comment(s)
*Muka cam takde masalah...


Waaa!!! Penat, baru je sampai dari kg. Satu hari perjalanan habis kat atas bas je, rasa macam tak berbaloi tp sbb dari kg tercinta,maka redha je...

Selesai juga masalah, mungkin apa yg berlaku ada hikmah d'sebalik itu. Aku tak mahu terbawa-bawa dengan memikirkan masalah itu lagi. Past is past.

Malam nih ada keje sikit nak d'buat...hal keje laa...cuti emergency hari ni kena cover balik ngn keje tergendala. Nasib baik kejab je.

Oklah...nak rendam baju then esok baru basuh, ha..ha..plus mandi sekali.

Saturday, February 26, 2011

Syukur

5 comment(s)


Aku baru je bangun dari tidur lepah balik keje td,lama tak tidur macam nih,rasa syok plak. Banyak keje lately kat office dengan a few kelas lagi.Namun aku suka dengan kesibukkan nih.Buat aku rasa terus bersemangat untuk keje.

A few probs pun dah settle.Syukur...mungkin dengan berdepan dengan masalah tersebut dan mencari penyelesian ini yg terbaik. Settle! dan aku perlu belajar agar kesilapan yang sama tak berulang. Tuhan pandai mengatur permainan untuk kita supaya kita berikir dan sedar.

Sebenarnya kamu tak perlu lari dari masalah, sebab ia akan terus membayangi kamu dan mengejar kamu. Berdepan dan cuba selesaikan, mungkin pahit tapi hasilnya nanti kamu puas.


Syukur...

Perkara ajaib tersembunyi dalam minda

4 comment(s)
Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?



1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.



3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.


4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.


5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.


6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.



* Aku rasa aku lebih tenang setelah baca petikan ini, puncanya kenapa aku bersedih sebab aku sendiri yg membiarkan diri aku bersedih...so? baik aku happy jelaaa....itu pilihan yg baikkkk kan?!!!! : )



Tuesday, February 15, 2011

D'Pantai Morib

7 comment(s)
*Menjejakkan kaki ke sini, dulu Final Year Project Uitm aku kat c,ni rr

*Bole tahan cantiknyer...



*See! Lumpur je,mcm ana nak mandi?



*Maka kami just jalan-jalan je...


Salam Maulidurrasul buat semua...ada yg bercuti arini kan?

Actually entry kali ni agak terkebelakang sikit sbb baru sekarang aku dapat mood nk publish...nak cerita sikit masa hari ke-2 aku d'S.Alam...keseronokkan bersama teman-teman Matrikulasi buat aku rasa rindu akan saat-saat masa kat matrik dulu. Lama gelak ketawa macam nih tak kuar....asyik-asyik gelak je ye dgn mereka kat sana.

Asalnya ingat tak jadi nak gi Pantai Morib tapi mengenangkan seorang member aku yg bekerja kat Sime Darby Banting bagi lampu hijau untuk ke sana maka kami berpeluang ke pantai yg bole tahan indahnya tu,but pantai nih setakat bole jalan-jalan je,tak sesuai mandi sbb air kat c,ni keruh dan agak cetek.

Kami just bergambar c,kit-c,kit,jalan-jalan bersembang serta bergelak ketawa mengenang saat-saat time kat matrikulasi dulu. Syokkk sgt...

Yang bestnya kami merancang untuk buat trip ke Matrikulasi Kulim Kedah nanti (bulan 4),suma akan pergi...sambil-sambil melawat nanti kami nak pusing-pusing Kedah dan Penang nanti. Tak sabar rasanya....

Aku bab jalan-jalan nih no halnyer,tambah-tambah ngn member sekepala kan!

Saturday, February 12, 2011

Shah Alam istimewa

8 comment(s)




Selamat pagi,sbb skrg nih dah 1.25am. Actually baru balik dari lepak ngn member kat sec 7 S.Alam tadi. Bessttt, terlepas lagi rindu nak jumpa member2 lama, esok plak cadang nak gi picnic ngn my fren plakkk, kat mana? Morib kot....

Sekali-sekala jumpa macam nih syok gilaks, terlepas rindu dan kadang-kadang kenangan masa zaman belajar dulu terimbau,maklumla aku nih kan bekas student UiTM S.Alam. Macam-macamla cerita kuar. Lama gak kami lepak kat OldTown Sec 7 tadi.

Btw satu agi tadi, masa otw nak ke rumah adik aku, aku singgah jab kat sec 19,kawasan flat tmpat aku tinggal masa zaman student dulu.Aku pusing-pusing jab imbau kenangan.Sayu je rasa hati bila ingat kenangan masa tinggal kat situ. Hampir nak nitis air mata rasanya.Kenangan dulu mengusik dan kenangan itu sangat berharga. Susah senang zaman student dulu aku kat umah tu walau agak jauh dari kampus induk aku masih boleh ingat lagi.

Kenangan yg kita suka,kita akan ingat sampai bebila even kenangan itu pahit pun.Sesungguhnya aku sangat suka akan bandar ni,bandar tenang dan bandar yg aku dambarkan.Jika suatu hari nanti aku dapat menetap di situ, satu bonus bagi aku.

Bandar ni cantik,sunyi dan bersih serta terancang sangat. Aku suka suasana dia dan aku suka kenangan dulu di sini. Berharap sangat aku dapat membeli rumah d'situ. InsyaAllah...

*Ada owg tak suka duk kat bandar nih? Terpulanglaaaa...

Friday, February 11, 2011

Salam terima kasih

4 comment(s)
* See! guna pos laju agi. Hadiah misteri pemberian Amir Rayyan


* Sebuah Travelog Istimewa....karya Ustaz Pahrol Mohd Joui,penulis pakar motivasi.

Salam,

Hari cuti adalah hari untuk berehat,hari untuk stop jab fikir pasal keje dan semua. Nak buat apa ekk aku hari ni? Actually ada planning nak gi jalan-jalan S.alam umah my fren dan umah adik tp tak sure agi mau pegi ke tak? Tgk mood aku je.Bole plak macam tu ya? He..he..Hafiz jgn marah ekkk...Dah conpirm dah ngn diaowg aritu nak berjimba-jimba ngn diaowg actually....

Oh ya, bila nak kuar bilik tadi aku terlihat sesuatu kat atas meja ruang tamu, waaaaa!!! hadiah misteri dari Amir Rayyan dah sampai. Thanks 2 him sbb susah payah send sebuah buku istimewa untuk aku. Buat susah-susah je ye, malu pun ada.


Nape aku dapat?Actually aku ada komen sesuatu kat sebuah entry beliau. Langkah kanan betul, bila beliau ada PM kat Fb mintak alamat. Me kasih ye En Amir Rayyan.Saya sangat menghargai hadiah pemberian tu,walau aku malu actually sbb komen aku tu sikit je.He...he...

Lately aku agak susah nak blogwalking, line berukband aku sekejab ok dan sekejab tidakkk, nak baca entry para bloglist aku pun susah, keciwa sgttt. Namun aku bersyukur masih ada yg sudi singgah d'sini.

Aku try my best untuk berkunjung balik dan singgah ke blog korang utk nak sambung ukwah tu.He..he..jgn marah ye kalau aku tersinggah lambatttt.

Apepun kita terus bermesra kat alam maya ni tau...

Thursday, February 10, 2011

Mengejar kegembiraan

3 comment(s)


Cantik je matahari hari ini,secantik jiwa tiap insan yg sedang berpusu utk gi keje dan tak lupa buat warga student yg ngah kejar waktu yg mungkin sikit masa agi kelas akan start.

Ha..ha..

Aku hari ni happy je, lately kureng idea nk mencoret sesuatu kat sini. Tambah-tambah berukband aku yg sukar d'duga dengan kelembapannya yang AMAT! Serta masalah blog aku sebelum nih.

Namun aku harap aku Happy, dia Happy,awak Happy,kau Happy dan hang Happy dengan apa yg korang suma lalui dalam hidup ini. Jangan sedih-sedih walau dugaan berat kekadang menganggu korang.

Hidup memang begini,sabar jelaaa....

Dugaan yg pelbagai bukan? Dugaan kerja,Cinta,keluarga,orang sekeliling, kenderaan,duit dan sebagainya.Bijak-bijakla cari penyelesaiannya.Yang penting akhirnya nanti kita kembali ok,happy dan bahagia.

Oraitla...nak gerak gi keje dah,esok ngan lusa aku cuti,seronok bangattttt!!!