Friday, August 15, 2025

Tak Disangka

1 comment(s)

 

Setiap tahun bermula yr 2021, aku melihat dugaan untuk aku berbeza-beza bermula dari terpaksa berpindah dan meninggalkan rumah sendiri sebab kerja dan berjauhan dengan orang yang aku syg tapi 2025 rupanya lagi mencabar & buat aku jatuh terduduk.

Bukannya sebab ekonomi diri , kerjaya atau apa tapi lovelife aku. Sayu hati apabila 8yrs together semuanya berakhir mcm tu je. Yess aku down amat, mencuba menyusun diri dgn penuh hemah dan sesekali terduduk sunyi menangis sorang diri. 

Actually aku tak rugi apapun, org lain mungkin lagi worst kot dari aku. Aku just hilang Lovelife aku sahaja. Tapi end of the day, lovelife tu penting ye, dia merupakan part of ur semangat buat kita untuk terus bersemangat berjalan meneruskan kehidupan harian.

Semua org mengharapkan sesuatu hubungan nih kekal lama sehingga ke 4ver selama mana yg bleh. Untuk aku yg sudah tidak berapa muda ini, untuk bermula balik membina diri & bersama dengan org baru mungkin agak susah atau i dunno boleh lagi atau tak. Yess jujur few months ini sangat memenatkan bila mana aku terpaksa handle banyak perkara dalam satu masa, either kerjaya dan dugaan yg maha hebat ini.

Kali ini lain, fasa break dr relay ini sgt memenatkan bila mana terjadi pada umur sekarang, nk move on seriusly ambik masa & bukan semudah disangka. Untuk aku sgt memenatkan.....

Tapi apapun kehidupan patut diteruskan, ia telah pun terjadi dh, pusing belakang sekejab teringat moment2 manis itu buat aku rindu amat, sayu amat & fragile. Yess aku dh ok dh pun, day by day, tp sesekali kenangan muncul tipulah kalau aku kata aku ok, sesekali bila terdengar lagu sedih yg relate dgn aku , aku nangis, bila aku balik rumah bercuti ternampak itu ini yg mana ternampak kenangan lalu, aku nangis lagi, bila aku terbau haruman itu, aku sedih lagi. Penat amat! but buat aku makin kuat hari ke hari.

Apa yg terjadi sudah pun tersurat, mungkin Allah nak aku jangan leka lama-lama, jangan lupa Dia & sentiasa istiqamah dgn Nya, berbuat baik & keluar dr comfort zone yg ada. I think fasa ini semua orang akan lalui juga either cepat atau lambat atau mudah atau paling sukar dalam hidup untuk hadapi. Serius lalui lah baik2 kalau terjadi pada anda, ia merupakan pengalaman berharga yg buatkan anda lebih matang untuk masa hadapan nanti.

Rasailah, nikmatilah kesakitan ini baik2... pujuklah hati baik2, handle lah semua ini dgn matang. Percayalah di depan sana nanti, anda akan ok , anda akan bahagia & anda lebih tahu mcm mana nk hndle jika Cinta itu datang lagi. 

Jangan give up untuk bercinta lagi ok, sesungguhnya cinta itu manis & exclusive... for me, i promise myself, any mistake aku buat before this , aku takkan ulangi lagi. I try my best utk cherish segalanya di depan sana tu sebaik mungkin. 

Tapi apapun jika aku end up sorang juga, aku berdoa pada Allah, biarlah perjalanan aku dipermudah Nya, dan aku lalui dgn tenang & bahagia. I m not gonna give up, sbb aku hargai diri aku sendiri.


Bye2 history but lets enjoy other love ahead. 


Friday, January 10, 2025

2025

2 comment(s)

 

Setahun berlalu & aku tak mencoretkan apa-apa pun pada tahu 2024, sygkannn...1 post pun xde weh!

entahlah, mungkin apa yg berlaku pd tahun tu buat aku agak terkejut dan tak disangka

mood pun malas nk coret apapun saban bulan ke bulan


2024, manis aje...mcm biasa ada suka mahupun duka

masih ada archievement, yg mana aku tak archieve sblm sblm ini aku berjaya pada tahun 2024 tu

apa archievement tu? biarlah aku sendiri je yg simpan, for me its personal rekod yg part of me meng completekan hidup aku weh


2024 juga membuat kejutan yg mana sekali lagi aku berpindah cawangan kerja

stress jugala bila tahu, keluar gakla air mata jantan aku

penat weh bila mana aku terpaksa transfer kerja ke KL

dahla pindah TPG dah 2 jam dr umah aku kat Manjung ( skrg tak 2 jam dah,sejam lebih je, harrey la! sbb ada highway baru WCE)


Penatkan jadi org bujang nih?

ada je yg ambik kesempatan , kali ini transfer ke KL

nk berhenti kerja tak brani, sbb commitment byk

makanya aku telan jela dugaan ini & berdamai dgn takdir


Well ,pejam celik pejam celik dah dekat setahun dah aku kat KL ( Feb nnti genap 1 Yr )

Kembali kepada cawangan aku mula bertapak kt Aeon kira-kira 16 thn lalu

So far so good, aku terima suratan ini sebaiknya

aku syukuri yg menyusuri di depan , maka Alhamdullilah baikla jadinya


Siapa kita utk melawan takdir kan? 

tapi Allah sebaik2 perancang

dengan jayanya aku rileks je balik Seri Manjung setiap kali aku cuti melawat umah aku

haha...dasyat kan? drive 3 jam mcm tak rasa apa

cuti sehari pun balik, fyi aku pun tukar kreta baru weh, tak pindah KL rasanya tak tukar kreta gamaknya

kereta lama aku bagi family pakai kt kg, syukur ...ini adalah rezeki & archievement jugak


Aku buat stail ini, mcm stail cuti healing cara aku, setiap kali cuti, aku xde langsung kat KL, mesti balik manjung

Alhamdulliah , semuanya berjalan dgn baik, terkawal mental mahupun fizikal


Bukan mudah ye? byk gak pengorbanan terutamanya on kos pegi balik tu

tapi Alhamdullilah kewangan masih bleh handle

semua terkawal

betul lah org cakap, Allah menguji kita ikut kemampuan kannn ( 3 jam aku drive mcm main pondok2 je rasa )haha


2025 dah pun dtg, dgn baik aman & elok2 sahaja

dengan mcm biasa aku sematkan azam tahun baru kali ini

1.) Mahu jaga kesihatan & diet yg betul

2.) Lebihkan senaman , supaya bdn lebih healty

3.) Jaga solat & Baca A1-Quran 1 page setiap hari

4.) Face the dugaan & jangan larikan diri ( matang & enjoy the moment )


Well ini 4 perkara aku cuba istiqamah & make it habit

Hopefully berjaya & jd culture aku

Doakan ye


Doa aku juga 2025, tahun yg gemilang untuk aku

24 January, genaplah 41thn umur aku 

tua weh, middle age sudah

apapun masa tak bleh undur dah, just chill & enjoy moment2 indah ini

Syukur Alhamdullilah untuk segalanya 


2025 caiyokk!!!

Wednesday, September 13, 2023

SITI-ISM Album Review Part 1

3 comment(s)


Hi, all... lama x mencoret & pot pet kat sini, so hari nih sebenarnya aku nak review sikit pasal album 
Dato Sri Siti Nurhaliza, penyanyi yg masih utuh & kekal no.1 sehingga hari nih. Hebat bukan? muncul 
thn 1996 and until today beliau masih mengeluarkan album walhal ramai artis lain hilang atau kdg 
mampu keluar single aje.

So tanpa buang masa, aku mula ye... Album ke-20 ct kali nih bestnya ada 12 track lagu 
( include Deluxe Version) and semuanya aku purchase tepat 12am ketika all the lagu tu release. Aku 
mmg mengikuti kerjaya ct nih, so mmg x miss out apa perkembangan semasa beliau.





1st Track : Teratas 
- Lagu nih mula aku dgr music dia mmg skala besar, ramai cakap ala2 disney , bila vokal ct msk mmg 
ngam lah, bait2 lirik aku hayati & mmg kena. Ct kata lagu ini khas buat anak2 beliau atau suaminya. 
Lagu nih sblm muncul 4 track deluxe tu, merupakan lagu feveret aku yg mana aku play berkali2. Lagu 
tak mungkin aku skip & setiap kali kalau aku hayati betul2 mmg berair mata weh. Terbyg juga kalau ct
dapat garap VC yg gah, org boleh gila & sedih amat. Musicnya full, besar & berat. Susunan dr mula 
plot lagu nih sehingga akhir klimaksnya sgt capai, part plg menyentuh hati aku bila ct lagukan ''aku 
cinta kepadamu lebih dari yang kau tahu'' mata aku dah bergenang dh. Kudos to Tomok & team...Vokal
ct dlm nih ada dgr serak sikit which is aku paham sbb condition suara ct ( post Covid ) ada masalah 
since awal tahun lg. Namun begitu, vokalnya tetap A, feel bait lagu dinyanyikannya sampai, emosi 
beralun2 tanpa ko sedar lagu nih habis. Rate 5/5. 

2nd Track : Sehebat Matahari
- Permulaan music lagu sgt gah, sgt aku suka. Lyric lagu nih menceritakan pasal semangat seorang ibu 
tunggal utk meneruskan kehidupan tanpa ada org disygi. Liriknya agak cringe utk aku but kenala sbb 
lagu semangat kan? di tengahnya ada hei ho hei ho..ramai yg xsuka, sbb agak spoil. But for me ok saje
bunyi have fun sgt, jgn stress2 ct kata. Vokal ct as usual cun sajo, tp kalau suara nya xserak sgt, 
mungkin merdunya lagi umpphhh.Untuk aku mungkin ada time aku skip lagu nih, tp still aku suka & 
dapat melayan melodinya yg bg aku sedap. Ovarall aku bg 3 / 5 rating.  

3rd Track: Ganti 
Lagu yg A+ dari aku, perfect & catchy. Lagu nih simple sebenarnya, sgt ringan & sesuai utk anak2 
muda masa kini. Small rap yg dimasukkan sgt ngam & lyric lagu nih sgt blend dgn music. Tempo sgt 
mahal bila ada beat2 catchy buat semua angguk2 comel. Lagu plg sesuai time anak2 muda nk jog  
barangkali. Hujung2 lagu nih di penutupkan dgn melodi seakan2 irama game plant vs Zombi. Overall 
lagu nih sgt cute & ofkos catchy. Ramai xmenjangka kot ct accept lagu mcm nih, but for me vokal ct
nih on saje dgn apa2 lagu. Vokalnya tak kedengaran tua & tomeinya bila dibunyikan dari awal sampai
akhir. Rate 5/5

4th Track: Romansa Kita
Lagu yg pertama kali aku suka bila album ini mula diperkenalkan ct. Uniknya Romansa Kita 
disebabkan melodinya tak kedengaran old. Fresh & rock balads kedengaran umphhh. Lagu yg sesuai 
dgn tema Sitism ini dan Siti bawakkannya dgn baik sekali. Unik lagu nih adalah part hujungnya yg 
mana aku belum jumpa dgn lagu2 penyanyi di luar sana. '' Dan engkaulah, kaulah  
jalanku....pulanggggg'' sgt mahal dgrnya. Vokal Ct , ct bawa dgn berat sikit but merdu and powernya
amat jelas. Susunan music sgt superb & diolah dgn luar biasa. Awalnya slow, merintih & ditengahnya 
di mix dgn rock balads. Overal 4.5/5. Slack sikit sbb serak suara ct tp sedap tetap ada. Mungkin lagu 
for me sesuai dinyanyi ketika suara ct sihat. 

5th Track: Magis  
Magis mmg magis untuk aku. Mula2 aku dgr lagu nih kendengaran rythmn bawaan Wani Hasrita. 
Lagu nih mahal sbb lenggok vokal ct, jawa an nya lulus & dinyanyikan dgn qasidah yg terbaik. 
Lyricnya jugak A+ ( part " aku hanya mahu cinta dan dirindu oleh sang  pujangga yg dipuja''- gila 
mahal sial!) dan sgt ngam dgn temponya  yg laju tu,lagu nih sgt fast & kalau ko bukan penyanyi 
legend & tak pandai main kejar2 lagu & timingnya mmg kamu akan terciduk. Pujiaan dari aku utk Ct 
bila ct bleh bawa lagu nih dgn baik semasa Live, smooth & steady ok. Tempo dikejar dgn baik & 
timing semasa LIVE mmg on point!.sgt superb. Susunan music A+ dr aku. Overall rate 5/5. 

6th Track: Tanpa DiriMu
Permulaan music amat sedap bagi aku. Lyric superb ngam & blend dgn melodi, cuma jujur cakap bila  
byk kali aku ulang & ulang dgr lagu nih, akan cepat bosan plak, kdg tanpa rasa bersalah aku boleh 
skip. Hehe...maybe sbb pengulangan rangkap tu lama2 jd bosan walau awal2 kita rasa melekat kat 
jiwa. Lemak vokal dgn ringan2 serak ct tu amat ngam dgn lagu nih. Lagu ketuhanan nih overal sedap 
tp cepat bosan utk aku. Overall Rating 3 / 5. Lagu nih bagi aku xbleh selalu dgr nanti bosan. Haha...
Kejam tak? 

So far , ini review peribadi jujur dr aku utk 6 Track dr album Siti-Ism nih. 6 ini sebenarnya terbaik dh 
dan semestinya bukan lagu tangkap muat dari ct utk album ini. Well Done!