Monday, December 28, 2015

2015

0 comment(s)


2015

masa berlalu dengan baik agaknya

dari watak yg biasa2 kononnya kini ke jawatan yg aku idamkan

walau bukan sesenang yg diimpi

tapi syukur Alhamdullilah




2015 actually bermula di Penang after aku struggle mengenal owg sana

then after we all dah sebati aku kena berpindah ke Ipoh pula, benarlah tekaan si dia, kita akan berpindah lagi...haha

tiada yg luar biasa tahun ini melainkan naik pangkat, dapat tinggal kat rumah idaman, tempat yg best, dapat ada taman sendiri

kawan baru? well...awal lagi kat sini

kalau ada sorang pun yg itu, kononnya nak rapat, tapi tak sangka beliau begitu, maka worth it untuk dismiss!

haha, berkwan dengan manusia over sensitif sgt seksa actually, rimas pun ada...so! get out!



apepun untung badan juga, aku punyai si dia yg memahami luar dalam

we share everythng together, pelengkap hidup gua

kemana bersama tanpa rasa bersalah apa2...dialah kawan baik,dialah tempat bermanja berkongsi cerita tanpa berselindung apa

barang dia, barang aku juga...haha, gunakan tanpa rasa bersalah,begitulah juga beliau

sangat sebati katanya

actually ada dia aku tak risau sangat walau kdg dugaan melanda, at least dia ada di sisi back up aku luar dalam



untung? yess!

walau dalam tekanan & sedih, dialah tmpat meminjam bahu



2016 pula bakal tiba beberapa hari lagi

walau menyambut tahun baru alone sbb dia balik kg

tapi xpe, aku pulak kerja so tak terasa

but after that celebrate together



berdoa jua tahun depan nanti adalah tahun terbaik buat kami

baiki diri & taraf hidup, punyai sikap yg lebih positif, maju lagi dalam kerjaya

dan mana tahu punyai business sendiri yg we both idamkan, aminnn



sesekali stress kerja rasa nak quit, nak jadi kuli untuk business sendiri itu yg lagi berbaloi

namun, bukan semudah itu

well, apepun teruskan perjuangan tanpa rasa bersalah

dan terus menadah tangan kepada Dia, berdoa agar lebih baik & murah rezeki untuk tahun 2016



Thursday, December 17, 2015

makan gaji

0 comment(s)


adeh, fikir pasal kerja nih tak habis-habis

makan gaji je pun, dah menyusahkan macam-macam



tak taulah wei, rasanya kat luar sana ramai yg menghadapi dilema yg sama

hidup ini penuh cabaran, kalau tak kuat mau ada yg berhenti kerja



ada sorang member post kat fb

penatnyerrrr katanya sbb hidup tak macam dulu

bestkan jadi kanak2, tak perlu fikir apa2 masalah

hari2 happy sbb tak perlu fikir apa2...tau nak main aje



aku pulak, tau nak cuti je sekarang...haha


Wednesday, December 2, 2015

setelah sebulan

1 comment(s)

eh! dah bulan 12 dah?

cepatnyer



rasanya dah sebulan tak mencoret sesuatu kat sini

sebulan berehat, walhal hari2 je aku bukak blog yg tak seberapa kat sini

tapi tak tulis apa2 pun sbb malas! & have no idea plus xde mood 



well, sebulan ini macam biasa, bz akan hal kerja yg tak berkesudahan

dari yg kecil ke besar then masalah, tekanan & sebagainya

last-last akhirnya as usual gua immune dah weh

dah boleh katanya stabil kat position baru nih

kalau dulu tercunggap2 gak nak telan dugaan dugaan yg non stop



syukur segalanya dipermudahkan

& thnks pada team yg selalu menyokong aku



btw berada di Ipoh not bad gak la, walau berulang alik dari rumah ke tempat keje bleh tahan jauhnya

half an hour gakla, tp tetap enjoy otw

ramai yg pelik napa duk umah jauh2, nanti penat berulang-alik then itu belum campur minyak kreta lagi

well, ok je kot

meru perdana to pengkalan ( aeon ipoh stesen 18 ) xdelah jauh bebenor, penatnya sesekali

untungnyer dlm kreta tu bleh ambik feel tgk keliling cari idea tuk majukan dept kat tempat keje tuh



ramai yg suh pindah dekat kat sana

i think better duk sini kot, walau jauh tp environment menenangkan

then tak serabut ngn org2 kat tempat keje tuh, haha

sana pengkalan agak sesat & crowded tgh bandar ipoh

sini area baru nk bangun, ada taman, ada tasik secoit, ada mydin mall yg segalanya ada situ, vet / pets store pun dekat tuk anak2 bulus

even stesen bas nk balik kg kalau naik bas pun dekat

kan kan kan



oh ya, selama sebulan bertungkus lumus akan perihal stock take kat tempat keje tempoh hari

Alhamdullilah resultnya cantik, walau tak banyak aku boleh banggakan akan hal kerja aku

but result yg dapat nih membantu tuk beri semangat, syukur!



Friday, October 23, 2015

ignore

2 comment(s)


ada masanya aku immune dengan masalah

immune dengan problem yg tak sudah

kesimpulannya kalau patut ignore, aku ignore kan aje



kehidupan bukan untuk disakiti sepanjang masa

kadang kena bijak kawal keadaan

mencari penyelesaian akan setiap masalah dengan mengawal masalah tersebut

bukan kita dikawal dengan dugaan itu



jangan siakan hari yg berlalu dengan kesakitan

ni lah paedahnya kalau keje makan gaji

kenapalah tak dilahirkan jadi anak org kaya yg ada berjuta dlm akaun tu

huhu

berangan je lebih



bersyukur sudah

kalau tiada yg susah, maka tiadanya yg senang


Wednesday, September 30, 2015

2 perkara ini

4 comment(s)


dalam hidup aku kadang tak pernah terfikir untuk berada ditahap ini

rasa spt mustahil, bolehkah memikul tanggungjwb yg maha berat ini?

bolehkah melalui saat saat bersama happy spt ini?



pernah terfikirlah kan? tapi jawapan kat dalam hati rasa mustahil sgt

namun day 2 day berlalu, hari2 yg dilalui bagi aku satu pengalaman yg best

untuk berlajar & takkan mengulangi mistake yg sama

bersusah dulu & bersenang kemudian

mmg tepat pepatah ini



aku pernah melalui jatuh bangun dalam kerjaya, pernah moody & bad mood kerna spt tidak adil diperlalukan oleh org atasan spt itu

namun berkat kesabaran,ikhlas & tak mudah putus asa

aku mampu berada ditahap ini

setanding dgn otai yg ada, yg aku hormati



jua dlm episode cinta

tak sangka dialah yg menjadi pilihan / penyudahnya



However,future onwards we never know wht will gonna happen

just prepare (very hard) for the best & for the hard time

but still pray for the good times to times

aminnn,IsyaAllah...


Saturday, September 19, 2015

kisah kami

4 comment(s)


rasanya aku tak pernah lagi bercerita akan perihal soal peribadi aku aka kisah cinta aku

atau kisah cinta kami



huhu, segan actually nak bercrita, tapi apa salahnya sekali sekala

sudah hampir 5 thn dah, lama bukan?

kami bersama, together2 & kdg mcm belangkas

kita dah kenal luar & dalam, dah masak perangai masing2, so nak handle perngai masing-masing pun dah jadi mudah



aku yg baran, dia yg tenang tapi kelam kabut

aku yg workaholic dan dia yg free all the time ( tp dh keje dah )

kalau aku emo, selalunya dia buat bodoh je, sbb kalau dia masuk campur kdg lagi parah

last2 aku sejuk sendiri & we all back 2 normal

kalau dia tgh emo plak, aku slalu masuk campur suh bertenang tp akhirnya gagal ( mesti gagal lah )

then last dua2 masam muka

tapi yg uniknya tak smpai setengah hari dah back 2 normal



bergaduh, baik,bergaduh lagi dan baik adalah perkara biasa, kami dah bleh handle dengan semasak-masaknya

xde lamanya bila bergaduh, putus or break up, xde langsung dlm istilah kami

sehinggalah masing2 belajar tuk paham perangai masing2 & emo masing-masing



kami berdua completekan each other

ada certain minat kami sgt sama, ada certain minat tu macam langit dengan bumi bezanya

tapi kami boleh handle dengan baik & fair to each other

cthnya dlm kreta kalau kami buat short trip, mesti kami burn lagu feveret masing2 dlm 1 cd

10 lagu dia genre lagu yg aku tak suka langsung & 10 lagu lagi genre lagu yg hnya aku sendiri minat dan sampaikan penyanyi lagu tu pun dia tak tau

to be fair,lagu itu akan diselang seli 

tapi kami boleh melayan lagu masing2 dengan sebaik mungkin ye, haha



minat kami yg sama adalah menonton wayang, short trip, suka kucing & melayan TV series yg mostly hampir sama

selain itu beliau juga suka masak & aku tak reti, beliau cuma masak untuk bagi aku makan je,katanya nak gemukkan aku sbb tulah aku sedikit boroi & dialah puncanya

aku suka menanam pokok, tapi dia buta dalam bab perihal pokok melainkan pokok herbs je...katanya kalau dia siram pokok tu, pokok tu mesti akan mati, walhal tipu je sbb nak skip buat kerja2 berat

aku pengemas & kadang kala beliau sangat pengotor ( kih kih )

tapi beliau sangat ownsome untuk benda yg beliau paling minat, sehingga kepunyaannya itu sangat lah sempurna



dia kata tak suka cemburu, tp tindak tanduknya sangat obvious!

tp plg aku suka statement dia ' i tak cemburu tapi i tak suka org lain ambik hak i atau sibuk2 dengan barang miliknya '



well, actually suka duka saban tahun together2

kg pun sekali, so kalau balik kg mostly bersama

even kalau aku keluar sekali pun bnyak dengan dia berbanding kawan luar

pusing2 balik pun , aku akui memang senang keluar dengan dia aje

walau kat luar pun kdg kami bergaduh besar smpai tak bercakap sepanjang perjalanan

tapi korang boleh bygkan, kami tetap boleh makan semeja



aku kenal dia 5 thn dulu, nak miliki dia bukan senang ok

main tarik tali lama jugak, beliau sangat jual mahal

tp syukur kami bahagia hingga kini

umur pun beza setahun je



dia ada kucing feveret nama britney

aku juga ada kucing feveret nama katty 

kami ada kedua-dua kucing feveret pula namanya kamal adli

tapi kami tetap kena jaga kucing nih semua sekali, dengan anak2 mereka yg ramai pulak tu



haha...well.. & then we live happily ever after

itu aje ye  :P



Friday, September 11, 2015

tekanan

1 comment(s)


semuanya dalam hidup ini bukan senang

kalau tak bijak mengorak langkah, maunyer hilang pertimbangan

inilah jadinya bila sang tekanan datang mengusik



sehabis baik aku mengelak untuk tidak memikirkan

sehabis jiwa aku positifkan keadaan

berdoa moga segalanya dipermudahkan



kita buat dia kan,kataku

maka aku sedia mengorak langkah melawan dugaan nih

harap resultnya yg terbaik

i believe i can fly

tinggi & tinggi terbang meninggalkan yg lama, yg gagal itu



maaf untuk yg tidak faham

tp inilah yg aku rasa sekarang



Saturday, September 5, 2015

gila

4 comment(s)


Well sudah masuk sept

genap sebulan aku duk Ipoh

so far so good



so aku skrg dlm process gila kerja

gila tanam pokok,deco rumah & bermalasan dgn org yg aku syg

haha



macam-macam skrg nih yg berlaku

tapi aku tak peduli sgt, nak nak yg 2.6Billion tu

GST,minyak & nilai mata wang yg jatuh teruk tu i think

hurrmmm


Friday, August 14, 2015

taman & rumah

5 comment(s)


berada di tempat baru sudah semestinya dengan semangat yg baru

apatah lagi tanggungjwb pun baru & rasanya amat berat nk pikul

tapi redahkan aje kan,tak cuba tak tau



berada di Ipoh rasa macam tak percaya je

rasanya seperti baru semalam aku pindah dari KL ke Penang

tut tut tut lepas setahun aku kena pindah plak Ipoh



rasa macam tak percaya jugak saban tahun aku pindah

berada di sini syokk, tambah2 byk tempat percutian best yg bleh aku kunjungi

dan rasanya kami tak berkesempatan nak p  lagi sbb aku bz sgt

rumah pun baru siap dikemas, skrg dah mula berjinak nak buat taman bunga, taman pokok dpn rumah plak



well...antara hobi aku gak adalah menanam pokok, dun care pokok apa, janji meriah & sedap mata memandang

sikit sikit aku hias laman rumah, harap menjadilah ye

persekitaran area rumah pun best, walau ambik masa stgh jam untuk ke tempat keje, tp rasanya pilihan rumah ini berbaloi

area agak sunyi sbb baru dibangunkan, ada taman, agak serba lengkap & damai sbb dkt ngn bukit bukau

hope lama aku menetap di sini

kalau bleh tak mo pindah dah

huhu



Friday, July 24, 2015

sekali lagi pindah

2 comment(s)


Pertama sekali syukur Alhamdullilah, segalanya dipermudahkan

walau tiba-tiba shj berita gembira ini aku dapat & kami kelam kabut cari tempat baru tapi segalanya seakan mudah



macam tak percaya baru aje setahun lebih aku duk kat Penang nih tapi alih2 terpaksa pindah lagi sbb better offer,kali ini ke Ipoh

hari ini dalam sejarah, kami terpaksa pindah rasanya saban tahun pindah non stop

kelakar pun ada, dari rumah cam setinggan then flat then condo akhirnya dapat gak umah atas tanah, 2 tingkat plak tu

sewanya pun murah, serius xcited!



namun dalam happy nih pun cuak gak, besar nanti tanggungjwb aku

position yg disandang pun bkn sebarangan, kalau tak pandai manage nnti digelar manager tak guna plak

haha



pepun sekali lg syukur, segalanya smooth dalam process perpindahan nih, dari cari rumah baru, cari penyewa rumah lama & juga cari owner baru untuk certain my cat yg terpaksa di let go

jua, cost perpindahan juga dipermudahkan, sek baik ada duit back up walau semua tahu kan time raya raya nih kitaorg pakai byk duit

gaji pun dapat half ritu & hujung bln nih half atas sbb raya 



doa-doalah dipermudahkan untuk next kat tempat baru

bukan senang nk cope tmpat yg tak pernah p, tapi harap team sana dapat menerima aku dgn baik

InsyaAllah...aminnn




Wednesday, July 8, 2015

aku tau

1 comment(s)

aku tau dia dalam saat sukar skrg

bersabarlah ye, ada hikmah tu



bukan hari hari kita bahagia, ada masanya kita diuji

bertimpa-timpa

untuk buat kita berfikir & matang

kalau tiada rintangan maka setakat itulah kita, tiada precaution for future next jika dugaan spt ini bakal dilalui lagi

bertabahlah

sampai masa MERDEKA jua!



there is some1 who alwyz support u, cherish u

tanpa berbelah bagi  :)

Wednesday, June 17, 2015

game of thrones season 5 finale

6 comment(s)

well...






ini antara reaksi aku jugak bila menonton season finale salah satu tv series feveret aku

bg certain org,lantak p la kann

tapi macam mana untuk yg mengikuti?



wtf!!!

mungkin best lari dari cliche filem, happy ending

tapi sila jangan over sangat



* bagi yg tak tau akan series ini sila google & go to youtube

rancangan tv series ini agak berat tp unik untuk ditonton dan nanti anda akan tau mengapa aku marah sgt..haha




Sunday, June 7, 2015

di luar kotak

2 comment(s)


lately mula berminat membaca sedikit hal politik

mula juga mengambil tahu hal bola

mula juga mendengar lagu rock rock kapak tuh

mula juga melayan cerita bosan yg masuk pencalonan oscar



seronok sesekali berada dalam kasut yg mana bukan kasut sendiri

u know what i mean?



sesekali juga mengambil tahu hal bukan bidang aku mmg boleh tahan juga

spt belajar ilmu baru

xdela mereka memandang rendah pada aku yg dianggap mereka buka geng sebulu

walau sebenarnya tidaklah aku kesah sgt



Friday, May 29, 2015

peluang

3 comment(s)


1st sekali Alhamdullilah

syukur atas rezeki yg Allah bagi, Dia yg maha pemurah & berkuasa atas segalanya


akhirnya penat lelah kat company aku skrg nih berbaloi

org kata kalau sabar, hasilnya puas hati

next step adalah besar tanggungjwbnya

berada di posisi skrg sudah cuak apatah lagi untuk memegang tanggungjwb yg lagi berat



tak cuba tak tahu

dan tak belajar maka tak pandaila

sudah bersedia untuk yg lebih besar

jua baiki ekonomi skrg

caiyok!!!


Sunday, May 17, 2015

ini saya rasa

1 comment(s)


berdebar-debar tuk beberapa hari nih

ada event besar sudah pun berlalu & resultnya Alhamdullilah

tapi ada 1 lagi lusa, cuak cuak beb

moga kali ini biarlah rezeki berpihak pada saya, aminnn



perjalanan hari diteruskan, aku mengharapkan yg terbaek

moga hari ini & seterusnya lebih baik dari sebelumnya

esok pagi bertolak ke KL, seronok pun ada, cuak pun ada

doakan yg terbaik



sambil itu rehat2 kan diri dgn bercuti sekali

agak lama tak menjejakkan kaki ke KL




Saturday, May 2, 2015

terpaksa

0 comment(s)


May datang dengan senang hati, pantas & elok hampir ke tengah tahun dah 

pejam celik nanti dah nak puasa & juga raya

untuk aku, tiada yg menarik untuk dikongsi

perjalanan hampir sama & masa banyak ditumpukan dengan komitment kerja



untuk pengetahuan semua, aku & dia dah decide tuk stop bersama anak2 bulus

sedih tak payah cakaplah, keputusan ini harus dibuat sbb masing2 ada komitment kerja yg kadangkala masa bersama anak bulus kami terabai

kadang kesian mereka spt kurang kasih syg

kadang bila terlalu penat dgn kerja, kebajikan kepada mereka agak kurang

ini tidak adil buat mereka



bilangan mereka yg ramai buat kami masing2 agak sukar tuk bg sepenuh tumpuan

mungkin kurangkan bilangan mereka dgn let go pada yg boleh menjaga mereka dgn baik

sayu hati bila difikir balik, tapi apa boleh buat

dulu agak serius dgn mereka tp bila ditimbang balik, masa tak banyak dengan mereka

dan paham lah bila dah penat2 tu kena balik rumah uruskan macam2 rasa diri pun tak termampu bila si comel ramai sgt



aku lupakan hal business, kadang terpaksa memilih mana yg terbaek buat kami berdua

maafkan papa syg, harap keputusan ini tepat walau berbelah bagi




Saturday, April 18, 2015

konsert unplugged & lagu2 lama siti nurhaliza

2 comment(s)





ini antara sbb napa aku masih lagi stay ngn tok iti

sbb beliau masih bleh menyanyikan lagu2 lama beliau dgn baik

serius! aku sgt2 mengidam tok iti nyanyi lagu2 lama masa beliau suara kecik tu balik



enough of Cindai,Nirmala,biarlah rahsia atau lagu2 rotate beliau yg selalu dinyanyikan dkt show or konsert beliau yg lain

saya sudah muak

finally beliau kabulkan dgn menyanyi balik kat konsert unplugged beliau baru2 ini

walau tak dapat pergi tp melalui rakaman amatur penonton yg pergi itu pun sudah cukup merdu

apatah lagi kalau version yg sempurna



btw thnks tuk beliau kerna still kekal humble, baik, sopan & tak lupa daratan

biarlah tok iti tak dpt pergi Hollywood sekalipun, ada aku kesah!

kamu dah berjaya pada pandangan kami dah

anda tetap tak boleh dijual beli

hehe


Thursday, April 2, 2015

gaduh

0 comment(s)


bila dah tua2 bergaduh berselisih pendapat aka konflik

maka jadi akward

maka alamatnya lama lagi lah nak berbaik



zaman bebudak hingusan berbeza sbb time tu otak pikir ringan2 je

zaman dah tua nih semua jadi serius, hal kecik dan sepatutnya kecik boleh jadi besar

btw aku bergaduh ngn adik sendiri, detailnya malas mau cerita, sape2 tak layak untuk judge apa-apa. too personal ok

entah berapa lama akan aku tak bertegur sapa aku tak tau

maka itu aku tak peduli, aku amat emo skrg

pujuk rayu takkan jadi, mampuslah bila disebut air dicincang takkan putus

aku tak mo layan!



hakikatnya beginilah bila bergaduh time dah tua2 

demn!



Sunday, March 29, 2015

anda adalah anda

4 comment(s)

saat dulu pernah satu masa aku rasa rendah diri sangat

diri serba kekurangan, tak hensem, tak jambu, tak kaya aka punyai duit banyak

bila melihat si mereka aku pernah tunduk kepala, rasa malu yg amat

dalam hati beruntungnya mereka punyai segalanya



bila ingat balik, rasa menyesal plak sbb aku begitu

bodoh pun ada rasa

kini banyak menda, aku guna pendekatan  ' ahh, biarlah, mereka takde apa yg aku ada'



syukuri sudah apa yg Allah bagi, mencukupi dah cuma kita perlu nikmati aje

kadang manusia jadi begini ( merendah diri ) kerna mereka suka membandingkan diri dengan orang yg dirasakannya sempurna sedangkan mereka tak sedar diri sendiri lebih sempurna dari yg dibandingnya

jangan sesali kekurangan yg ada, bahkan berbangga dengan nikmat dari Dia yg telah menjadikan kita begini dengan cara kita & rupa kita



kita lihat dia hensem mulus tapi kita tak tau dia yg paling menderita kerna susahnya nak mendapatkan pasangan sempurna kerna kadang org sekarang takut untuk bersama dengan si sempurna sbb senang ditinggalkan katanya, itu contohlah ye, haha...bukan semuanya begini

kadang juga kita tengok mereka sangat kaya, apa yg diingini semua dapat, tapi kita tak tau mereka sunyi & banyak korbankan masa segalanya untuk menjadi kaya seperti itu

2 perkara ini seringkali semua orang banding kan serta keluhkan



lepaskan, bebaskan & let it go bak frozen

teruskan aje berjalan ke depan, senyum & be positif serta yakin anda yg terbaek setakat ini, just be urself

tetapi ingat jangan over confident plak, nanti orang ingat anda sangat poyo!

haha



ini antara tips awet muda



Sunday, March 22, 2015

sila hati-hati

1 comment(s)

zaman skrg & zaman lepas adalah berbeza kerna zaman kini wujudnya internet,handphone,facebook ,twitter serta byk lagi medium lain yg menyebarkan berbagai cerita

orang kata even klau nak sebarkan video sekalipun hanya perlukan beberapa saat shj,hanya dihujung jari



sbb tulah zaman kini unik kerna senang wujudnya hero FB, keyboard warrior & jaguh kg serta watak hangat2 tahi ayam

semua menda ikut musim sehingga 1 tahap agak sukar tuk dihadam

musim stering lock, musim boikot, musim pilihanraya,musim hero&heroin terlampau atau musim persenda hukam hakam agama hudup & sebangainya

nih belum lagi badai GST nih



kalau ilmu senipis kulit bawang usah berkeyboard warrior seperti ilmu seluas lautan

kalau ilmunya hanya sekecil hati virus usah dibuat video ala2 nak buat Filem PGL

wasatiah sudah, bersederhana sudah, bercakap bila perlu & tak tahu diam

bila open minded sangat orang kita,maka senang nak buat video dan sebar, macam cukup ilmu dah lagaknya tapi bila generasi kita tgk, kesian mereka mudah terpesong



generasi kita ramai yg bijak atau boleh berfikir dah kerna mereka pakai susu Enfagrow, Pediasure,Anmum & Mamil sbb tu sel sel otak berhubung

bila banyak sangat sel sel itu berhubung terus tak tau nak pergi mana dah, semua dah macam logik akal, sbb itulah mudah sangat persenda sana sini macam mengupas isu seperti mengupas kulit bawang

alih alih dapat ugutan bunuh,pukul,rogol & saman terus disalahkan org lain

menyalahkan org lain atau menunding jari pun pun satu hal senang macam main tunjuk2 je



berhati-hatilah bila nak bagi pendapat & contoh

kalau tak kena gaya & teladannya, hilang respect org kat kita

ada degree master bertingkat tingkat tapi bodohnya kalah bangunan KLCC



logiknya kat sini, tak tau tanya, tak pandai DIAM!


Thursday, March 19, 2015

anda

3 comment(s)


apa yg special nya anda?

sbb anda adalah anda

anda pandai bawa diri, pandai survive sendiri & anda suka jadi diri anda sendiri yg mana tidak seperti yg lain

mereka yg terbuang itu lain, yg mana sememangnya tidak sesekali ditakdirkan untuk diri ini



walau kadang tidak mempunyai minat yg sama tapi ada certain juga kita tetap satu sama

bukan semua harus kita pinta sempurna atau sama dari A smpai Z, ada satu dua itu sudah cukup memadai yg mana bleh buat kita hanya berdua di dunia satu sama

haha



jaga apa yg anda ada, percaya apa yg anda miliki & perjuangkan hak anda

cemburu itu sesekali perlu sangat perlu sbb its ' so sweet '



syukuri masa yg ada, usah difikirkan yg seterusnya kerna kita cuba mencorak yg terbaik

kadang kita perlu keluar dari rutin yg sama supaya kita tak bosan, kadang kita perlu juga kekalkan rutin yg ada sbb ia sangat seronok untuk diharungi

5 tahun bukan singkat tp nikmat pahit manis yg patut kita perjuangkan dan belajar sama2



sincerely

ME   :P


Sunday, March 15, 2015

mula enjoy

2 comment(s)


dah dekat setahun dah berada di sini, Penang ( bukit mertajam )

cepatnya masa berlalu

permulaannya agak kekok sbb nak sesuaikan diri terutamanya dengan rakan2 sekerja yg baru

sehingga hampir satu tahap aku rasa nak give up & berhenti kerja



tapi walau bagaimanapun benar kata org, klau kita bagi masa sikit / sabar sikit, maka kita boleh sebenarnya

dugaan tetap ada cuma macam mana kita nak hadapi aje

but akhirnya seronok bila rakan2 sekerja yg baru mula enjoy bersama dgn aku



kelemahan aku kdg2 susah nak sesuaikan diri walau sebenarnya aku nih jenis mamat happy

happy go lucky la kot, kalau tak kena cara , org bleh kata aku nih misteri sikit aka pendiam

yala, belum kenal org kan? maka janganla over over sgt

ape plak kata org

tapi lama2 mereka dah ok, masa tulah mereka mula nmpak taring aku aka true kaler of me

seronok bila dah sampai tahap ini



pepun syukur pada Allah sbb everythng back 2 normal sebagaimana aku pernah bekerja di KL dulu

walau cawangan berbeza

i hope one day, aku lebih2 lagi happy & enjoy dgn serounding di sini

walau si dia sering kali merunggut kata tempat ini memboringkan

haha


Monday, March 2, 2015

antara yg benar, pelik

8 comment(s)

antara yg benar, pelik


1.) suka tengok yg elok , cuci mata la 

2.) stalk sape2 yg elok tu then mula cari sape pasangan or org yg dia sayang, i think sgt cute bila both melahir rasa cinta secara sembunyi2, maka mulalah aku cari klu sapa yg dia sayang tu, selalunya kat Instagram la, tak tau nape mcm nih, actually suka2 je, xde niat atau maksud yg jahat. Sangat tumpang gembira bila mereka bahagia, haha...pelik bukan?

3.) aku suka games ( games apps ) yg tak byk pikir, game yg sgt ringan, tak suka games yg buat aku cemas, gabra & perlu pikir strategi segala kerana aku sorang yg malas berfikir. antara feveret eg Plant vs zombie

4.) aku kdg tak percaya dgn pujian org pada aku ( eg ko rajinla,pandaila, hensemla ), kerna kadang aku menyangka mereka mengutuk or menganjing aku...haha...

5.) a bit obses dgn kebersihan rumah, aku rimas kalau rumah aku bersepah, mulalah mood swing...semua yg terdekat kena marah

6.) 1st time aku ada matlamat or cita-cita seumur hidup aku tuk buat business sendiri eg aku bercita-cita nak bukak Pet shop, tp skrg aku dah mula start berbusiness dgn buat buss boarding cat, mating cat & breed cat / jual,plus hamster juga

7.) aku mula tak suka perut aku yg mula nmpak sedikit boroi, obses nak kurus plak, demn!

8.) aku mengidam nak main galah panjang/ coh 

9.) suka buat mimik muka bila bersembang dgn member or siapa2, ala-ala Fran the Nanny.Eg suka tarik kening, buat mulut...ada yg rasa cute & ada yg nak bagi aku penampar  :P

10.) sekali aku menyampah or benci org tuh, mcm 7 keturunan org tu pun aku tak suka

11.) Antara siri TV feveret   Glee, How to get away with murder, Game of throne,shameless,Walking dead,Anime naruto

12.) tgh menunggu 'strange love' (bacaan )


ada banyak lagi ... bersambung




Thursday, February 26, 2015

group lain tema dengan kita

3 comment(s)



kadang seronok bila aku cuba masuk group group yg bukan sekepala ( i mean group kat tmpat kerja )

bukan sekepala bermaksud bukan tak suka each other tapi diaowg more to minat yg aku sendiri tak

paham cthnya different hobi, haha

ko pikir la sendiri



tapi sesungguhnya mempunyai ramai kwn adalah perkara yg best

walau di mana kamu berada, kamu tak rasa terpencil

cthnya kalau aku pergi kantin tmpat keje sorang2 takde teman, maka bila nak makan tu rasa kekok la sbb cam loser bila makan sorang diri

tapi sbb aku nih jenis ramah , maka mana2 meja pun boleh gi, boleh join sekaki , makan & sembang

tak losser dah, haha

walau kadang berbeza minat ( cth mereka minat bola & aku tidak ) tp itu tidak bermakna kita tak boleh join diaowg



even geng diaowg sembang itu ini tapi aku tetap ada sekaki kat situ

walau kadang apa yg geng diaowg sembangkan aku blur

tapi sesekali nyampuk ngn menda topic yg lain ( pedajal balik ) buat hubungan jadi syok

tetiba kami mampu gelak together2 smpai keluar air mata

tapi kena ingat,anda perlu bijak susun ayat, kadang boleh annoyed plak plus one day diaowg akan blah bila ko dtg



hubungan sesama manusia ini subjektif

cuma bergantung pada kita aje untuk membawa diri

usah di negatif kan semua perkara sehingga ko hilang kwn & dipinggirkan

kadang mencubalah untuk masuk geng geng itu tp biar kena kesesuaian

masuk kandang kambing biarlah mengembek la kannn



Sunday, February 22, 2015

#anugerahmeletopera2015

1 comment(s)


saya takde ASTRO kat rumah

so nak tau result jugak, just tengok kat

#anugerahmeletopera2015


haha

ini aje la yg mampu




Thursday, February 12, 2015

saya bercuti lagi

3 comment(s)



kali nih bercuti lagi

rasa2 kat mana? mana yg tau, taulah kot

tak lama pun jalan-jalan, tapi mcm biasalah kami prefer percutian yg singkat,best & jimat juga tak menyusahkan sape-sape

fyi, percutian kali ini tak dirancang pun

asalnya mau jejak kaki ke Perlis alih2 turun ke pantai

haha,sewonok



btw aku tak macam org lain, kiri kanan aku tengok kalau mereka mereka yg berjalan atau mengunjungi tempat best mesti bergambar,berselfie bwk kamera

seronok mereka rakam moment

for me aku simple je, kadang ambik gambar sekeping dua atau kadang tak ambik langsung pun

aku lahir takdelah hensem atau jambu, maka bergambar itu adalah soal kedua



nikmat kegembiraan boleh dicari dengan banyak cara

maka hargai setiap saat yg ada k



Thursday, January 29, 2015

ais krim pasu

6 comment(s)


hai, menda alah nih plak jadi trending kat FB skrg nih selepas  mangga asam boi haritu

ramai kata sedap, aku plak terliur nk cuba


untung sape yg tgh come up ngn idea nih skrg ni

tgk lah nanti ada jual kat pasar malam plak


Saturday, January 24, 2015

tiga puluh satu

10 comment(s)


berumur 31 tahun bukan mudah

belum masuk 31 semalam pun mak dh bising suh kahwin

haha, aku mampu gelak

dan aku rasa inilah yg dirasa untuk yg belum merasa, iaitu kahwin



jujurnya, aku belum berfikir ke arah itu

masih lagi terasa spt budak2 yg baru cukup umur, mau makan,enjoy & tidur sepuas hati

aku tak peduli sape yg memerli, immune sudah,mereka apa tau, cakap pakai air liur boleh rr



jujurnya juga aku mau hidup gembira & bahagia

kurang tekanan & melakukan apa yg aku suka

happily ever after



btw selamat hari lahir buat diri sendiri

thnks untuk hadiah , saya suka, saya hargai

thnks juga untuk yg wish by sms,whts up,wechat or melalui FB pun

saya hargai kerna anda ingat saya

me kasih!


24 Jan 1984


Wednesday, January 14, 2015

2015

2 comment(s)


2015 sudah datang

beberapa hari lagi tambah satu angka umur aku plak

makin tua & makin macam macam hal yg berlaku



biasala ada hari hari diuji yg buat kita kadang makin goyah

apa yg berlaku itu buat aku berfikir

banyak menda aku rahsiakan atau mungkin certain org yg mengetahui

yg itu tidak berminat untuk aku cerita kan di sini



cuma harapan & impian aku tahun ini

moga lebih baik dari sebelumnya, iman makin kuat, makin berjaya ( kerjaya ) & aku juga mau makin berjaya dgn buss kucing aku

buat apa yg kita suka & sayangi apa yg memang milik kita

kadang aku malas mau pikir apa yg complicated, hal kahwinla, ikut tradisi la, dipaksa la,kena ada rumah besarla, makin kayala,pangkat besarla

mcm aku pernah cakap, ikut flow je, ada rezeki adala

kadang berusaha juga untuk menjadi yg terbaik tapi aku tak mau menyemak diri/menjahanamkan diri dgn memikir & menekan mengejar sesuatu yg belum tentu milik kita



aku nak rasai sentiap hari yg dilalui dengan gembiranya

aku nak muda dengan cara aku sendiri walau angka muda tu makin menjahui

seperti biasa, aku pakai tips, kalau nak muda kena sentiasa ceria

thats y aku elak pikir menda yg bukan-bukan yg boleh memberi aku tekanan



tapi apepun batas & nasihat yg baik tetap aku ingat & ikut

aku takkan buang segalanya sbb nk bahagia, hidup kena sentiasa diselit senyuman walau kadang luka

setiap bait yg berlaku kena hati2, pikir guna akal & jgn lepaskan pada emo atau tekanan semata bila diuji

sbb kdg yg berlaku ada hikmah & ia mau kita berlajar supaya kesilapan yg sama tidak berulang



dan ini antara janji aku pada diri untuk 2015

sentiasa positif  



Thursday, January 8, 2015

kenali antara punca jerawat di muka

0 comment(s)