Saturday, December 17, 2016

Sri Manjung

4 comment(s)

Well, last update adalah on Sept 2016

kini dah Dec 17 2016 dah...dlm 2 minggu lagi nk tahun baru dah



btw aku kini dh menetap kat Sri Manjung 

pindah rumah & tempat keje lagi

tapi ini yg terbaek buat kami



so far so good, with the new environment

more more better than before

syukur sgt



dekat dgn pantai

new apartment, ada beranda best

walau rumah baru agak kecil berbanding rumah sblm nih

but the flow inside aku sgt suka

more convinient than before



dan tak lupa new workplace which more more secure & sgt tenang

1st time aku rasa sehappy ini & tak sestress spt sblm ini

Aeon jugak cuma different store & new boss & same position & same line

conclude HAPPY & SYUKUR



Monday, September 12, 2016

niat

1 comment(s)

kadang sesuatu menda atau perkara yg berlaku tu ada reasonnya

bukan setiap hari , hari mau cerah kdg hujan juga tika matahari memancar terik

dan aku menghadapi suasana getir yg even aku sendiri tak terpikir akan terjadi



aku hampir2 give up dgn hidup aku

bila mana sesuatu terjadi tanpa diminta beberapa hari lepas

jatuh terduduk jugakla



pucuk pangkalnya nasib baik aku sempat make sense

kalau tak mungkin aku melakukan sesuatu yg mungkin juga aku kesali

bila terfikir balik, aku tau reason kenapa semua ini terjadi

puncanya juga dari diri aku sendiri

yg keep repeating the same mistake



actually aku perlu betulkan niat aku balik

buat sesuatu perkara tu biarlah 'hanya kerana Allah Ta'ala'

Dia yg maha mengetahui akan segalanya

and i should not giv up semudah itu

tika diberi peluang inilah, aku perlu betulkan balik

& bangkit dari kegagalan



moga segalanya dipermudahkan

aminn


Friday, August 19, 2016

cinta digarhayu

3 comment(s)


first time aku tulis blog dengan meletakkan tajuk dahulu

walhal selalunya tajuk datang kemudian, kerna nak letak tajuk itu lagi mudah dari mencoret kat sini

yg mungkin selalu on off on off ataupun tulis padam tulis padam kan

well itu time masa tiada idea atau tiada peristiwa menarik utk dikongsi



kekadang bila pikir balik

aku sebenarnya tak sure date anniversary kami officially bila, lupa time kami declare secara official

cuma aku ada sedikit ingat peristiwa tu berlaku selepas mcm2 dugaan mahupun drama sehinggalah kami bersama

kalau aku cerita kat sini, rasanya mata korang akan terbuka besar( sbb terkejut ) sbbnya kdg dipikir akal itu tak logik, tp ia berlaku di dunia realiti ini



lupakan hal itu

jujur aku mahupun si dia, we both not really remember that special date ( tarikh kami terima each other ) , thts y kami tak pernah celebrate anniversary kami pun

penting ke? sesetengah org merasakan begitu...tp kami sempoi je wei

apepun kami tetap celebrate our both birthday yg tak jauh month tuh

si dia month of dec & aku month of Jan

kan senang tuh, lepas celebrate utk si dia, selalunya kami akan travel 

after that celebrate birthday aku juga,



uniknya birthday kami, kami akan pilih hadiah sendiri ( ko jangan bertanya kenapa ? )

type hadiah kami akan share sesama dari awal & we both cari

so senang , we both akan puas hati

atau kdg2 gak ( ini romantik ok ), kami akan pilih hadiah yg we both bleh minat atau guna bersama

cthnya perfume...senangkan? jimat budget duit dan sebagainya



oh ya, berbalik pada anniversary kami yg tak pernah celebrate

rasanya aku cuma ingat ia official after raya, after mcm2 dugaan 

date sebenarnya serius mmg tak ingat

so we all decide tak celebarate

tp mana tau we both gila, akan pilih date untuk kekononnya celebrate setiap tahun nnti

haha...senangkan? 



apepun we both in relationship more than 7 years, yg mana u all takkan imagine mcm2 dugaan pernah terjadi antara kami

syukurnya walau pelbagai badai, we all tak pernah clash pun

even masing2 ada masa give up dgn each other, yg mana korang takkan terbayang pun pahitnya

dan aku tak mungkin akan share kat sini

tapi kami tetap utuh bersama, love each other & terima seadaanya



setiap yg berlaku, we both anggap pengalaman berharga & dari semasa ke semasa kami baiki kelemahan masing2

jujurnya anak bulus kami pengikat hubungan ini

dan kami selalu ada utk each other time susah dan senangnya ye



well, cinta digarhayu kannnn

huhu



Monday, August 1, 2016

rumah kami

4 comment(s)



aku cuti 2 hari awal bulan, saje nk berehat & kemas rumah

rumah agak messy lately bila mana bz sgt kerjanya


btw both of us gotong royong bersihkan rumah, kemas apa yg patut , sapu, lap, susun

sehingga everythng in order & puas hati

rumah kami takla besar sgt, tp memadai utk 2 org duk dlm rumah



3 bilik, 2 bilik air, rumah atas tanah & 2 tingkat

masa mula2 dtg nk menyewa kat sini ( walau agak jauh dr tmpat kerja )

tp kami terus jatuh cinta pandang pertama pada rumah nih, even 1st time melihat

lagi best, we are the 1st penghuni & rumah baru sangat



dah rasa macam rumah sendiri

nak nak aku sgt obses dgn deco rumah yg simple, bersih & ruangan yg smart



so! rumah dah siap kemas pun

barulah bersemangat nk bergolek golek kat dalam nih

cuma dapur dalam progress lagi, sbb turn si dia kemas dapur k

byk perkakas yg merapu, tak perlu/ tak berfaedah kami buang

simpan yg perlu je, penat tgk dapur yg cam semak samun

haha



Tuesday, July 26, 2016

masa ini lah

1 comment(s)


hari-hari yg dilalui bukan senang

kadang kegembiraan itu susah benar nk digapai

setiap hari aku merasakan tidur adalah nikmat yg tak bleh dijual beli



melihat mereka,pokok,bunga-bungaan & tanaman adalah terapi yg terbaik

harap mereka subur & cemerlang untuk mengeluarkan bunga,bauan & hijaun yg menarik



serabutnya kepala bila memikirkan pekerjaan dunia yg tak sudah sudah ini

memikirkan jalan untuk keluar dr kelompak ini

its not that easy

belajar memang seronok, tekanan / pressure juga bleh tahan



masa ini lah nikmat mendapat cuti adalah segalanya


Wednesday, July 20, 2016

hijau laman saya

4 comment(s)




Selain melayan laptop , hobi aku jugak adalah menghias laman & berkebun

bunyi mcm gegirl tp serius menenangkan 

melihat tumbuhan hijau & berbunga nih adalah satu terapi yg murah serta tak perlu dibayar



setiap kali balik kerja tak kira lah ptg atau malam mesti melawat laman

sambil menyiram mereka yg comel comel nih

awalnya kenala kuar duit sikit, tp beli bunga laman @ pokok hiasan tak mahal mana pun

lagipun aku suka tumbuhan hiasan yg simple, senang hidup & suka cahaya matahari lebih

sbb laman rumah aku mmg direct sunglight



btw laman belakang rumah plak

aku tanam tebu,serai,kunyit,ubi kayu,kangkung even pokok pisang pun



seronok bukan? selain dpt menenangkan diri & menyedup udara segar

sesekali badan juga akan berpeluh


Tuesday, July 12, 2016

raya

2 comment(s)

Salam semua,

habis sudah puasa & habis sudah raya

eh? raya sebulan kan?hahaha

apa2 je



btw mcm tahun2 sblmnya...sama je , tiada yg menarik utk dikongsi

aku sekali lg prefer kerja pada hari raya & bercuti selepas itu

tiada gangguan jem ataupun apa2 kesesakkan kat area kg aku Kelantan

balik Kelantan pun jalan clear then nk balik ipoh balik pun senang



lali sudah bila begini & beraya diperantauan, sbb dh lebih 5 thn begitu

org kata rugi tp bagi aku sama je since Hari Raya adalah hari utk meraikan kemenangan puasa sebulan apatah lagi dapat bermaafan dgn org terdekat



mcm biasa kami beraya bersama, even raya pertama pun si dia ada kat sebelah walau aku bz kerja yg amat

maklumlah time nak dekat rayala ramai org then puasa lagi

oh ya, bulan depan genaplah setahun aku kat Ipoh ni mencari sesuap rezeki kat sini

menarik tp bila berada di position yg berbeza, rasa sgt penat & tertekan

namun mcm biasa, baru setahun kot, nnti lali lah tuhhh



huhu, sgt2 tak aktif kat blog nih walhal hari2 bukak

update pun sgt jarang, namun tiadanya nk tutup diari on9 aku nih sbb mcm best plak bila boleh coret2 kat sini


jumpa lagi!



Monday, June 20, 2016

marriage proposal

3 comment(s)



Lately asyik layan & tgk marriage proposal aje kat youtube

very uniq & harmony....terharu pun ada dgn suprise yg mereka buat untuk org mereka sayang

especially yg disertai dgn suprise flashmob



And u all dun ask me y?

hehe



Friday, May 27, 2016

update saya

1 comment(s)


gila la lama menyepi

apa yg berlaku skrg nih?



Alhamdullilah musim panas yg over heat dh berlalu

lately asyik hujan je, syukur

segar2 pokok pokok aku kat depan rumah, sejuk mata memandang

even orkid aku yg lama tak berbunga tetiba berbunga , gilalah happy



btw next month dah start puasa

ini 1st time aku start puasa kat ipoh dan tahun lalu kat Penang

apa yg seronok kat sini? btw aku belum xplore sepenuhnya walau dah lebih 7 bulan kat sini

ada yg kata bosan

walhal air terjun belakang umah je

haha



Thursday, March 24, 2016

ipoh yg panas

0 comment(s)


waaaaa.... Ipoh sgt panas

rasanya semua dah tau, Malaysia tengah dilanda kemarau haba yg boleh tahan dasyatnya

even kami kat rumah ter sgtla kepanasan, rasa seperti tinggal dalam oven



walau dah bukak tingakap

still rasa panas lagi, rumah ada kipas siling aje

ingin buat kerja gila, beli aircond tp nanti meningkatla xpenses kan

harus dipikir



ada satu malam tu kemuncaknya sgt dasyat

panas giler!

rasa nk check in hotel je sbb nak aircond & comfortable



huhu

ujian semua nih, well....kehidupan semakin ok di sini

walau ada certain keadaan a bit complicated

tapi aku malas mau fikir




Monday, February 15, 2016

maka

0 comment(s)


bila mendegar lagu-lagu baru kat ERA mahu pun HOT FM, wah2 banyak yg catchy

not bad warga artis kita, mampu menghasilkan karya yg luar biasa

yg mampu diterima semua lapisan masyarakat especially warga muda yg kunun baru menuju ke arah 

'falling in love '



untuk org yg macam aku, yg kadang suka berangan...sesekali ingin lupakan perihal kerja yg tak pernah sudah

maka layan lagu lagu seperti ini buat saya rasa masih muda

serius! kadang tak pernah menerima diri sudah tua ye

walhal aku sudah menginjak umur 33 thn



sungguh aku tidak mahu menyeksa diri dengan apa2 masalah

sebab nanti uban makin bertambah , muka cepat nampak tua

diri selalu nmpak tak enjoy, muka nmpak tak suci,pucat,kelam & membosankan

tak mahu wei



cukup cukuplah toksik makanan yg kat mana2 ada

lemak lemak berselerak kat setiap penjuru pencuci mulut

penyakit2 yg sukar diduga tiba

udara yg disedut yg belum tentu bersihnya



maka jangan dicacatkan lagi dengan ketidak kegembiraan diri dengan memikirkan 

pelbagai masalah zaman sekarang

penutupnya

usah dicomplicatedkan keadaan yg sememangnya semudah ABC




Thursday, January 28, 2016

lupakan semua

2 comment(s)


keadaan mungkin makin ok di tempat kerja

mungkin? haha

actually tak mau bercerita akan hal kerja

sangat membosankan



well, skrg musim bz

CNY around the corner

cuti tak banyak, tak banyak bleh gi hangout kat luar

even pah balik kerja, banyak habiskan masa kat rumah, santai2 & releasekan minda



dalam musim bz nih, mulala dtg mood malas

rasa nak duduk rumah je sepanjang masa

lepak2 kedai mkn

dan borak2 tanpa sedar masa berlalu



lupakan semua yg merimaskan tuhh