Wednesday, September 13, 2023

SITI-ISM Album Review Part 1

3 comment(s)


Hi, all... lama x mencoret & pot pet kat sini, so hari nih sebenarnya aku nak review sikit pasal album 
Dato Sri Siti Nurhaliza, penyanyi yg masih utuh & kekal no.1 sehingga hari nih. Hebat bukan? muncul 
thn 1996 and until today beliau masih mengeluarkan album walhal ramai artis lain hilang atau kdg 
mampu keluar single aje.

So tanpa buang masa, aku mula ye... Album ke-20 ct kali nih bestnya ada 12 track lagu 
( include Deluxe Version) and semuanya aku purchase tepat 12am ketika all the lagu tu release. Aku 
mmg mengikuti kerjaya ct nih, so mmg x miss out apa perkembangan semasa beliau.





1st Track : Teratas 
- Lagu nih mula aku dgr music dia mmg skala besar, ramai cakap ala2 disney , bila vokal ct msk mmg 
ngam lah, bait2 lirik aku hayati & mmg kena. Ct kata lagu ini khas buat anak2 beliau atau suaminya. 
Lagu nih sblm muncul 4 track deluxe tu, merupakan lagu feveret aku yg mana aku play berkali2. Lagu 
tak mungkin aku skip & setiap kali kalau aku hayati betul2 mmg berair mata weh. Terbyg juga kalau ct
dapat garap VC yg gah, org boleh gila & sedih amat. Musicnya full, besar & berat. Susunan dr mula 
plot lagu nih sehingga akhir klimaksnya sgt capai, part plg menyentuh hati aku bila ct lagukan ''aku 
cinta kepadamu lebih dari yang kau tahu'' mata aku dah bergenang dh. Kudos to Tomok & team...Vokal
ct dlm nih ada dgr serak sikit which is aku paham sbb condition suara ct ( post Covid ) ada masalah 
since awal tahun lg. Namun begitu, vokalnya tetap A, feel bait lagu dinyanyikannya sampai, emosi 
beralun2 tanpa ko sedar lagu nih habis. Rate 5/5. 

2nd Track : Sehebat Matahari
- Permulaan music lagu sgt gah, sgt aku suka. Lyric lagu nih menceritakan pasal semangat seorang ibu 
tunggal utk meneruskan kehidupan tanpa ada org disygi. Liriknya agak cringe utk aku but kenala sbb 
lagu semangat kan? di tengahnya ada hei ho hei ho..ramai yg xsuka, sbb agak spoil. But for me ok saje
bunyi have fun sgt, jgn stress2 ct kata. Vokal ct as usual cun sajo, tp kalau suara nya xserak sgt, 
mungkin merdunya lagi umpphhh.Untuk aku mungkin ada time aku skip lagu nih, tp still aku suka & 
dapat melayan melodinya yg bg aku sedap. Ovarall aku bg 3 / 5 rating.  

3rd Track: Ganti 
Lagu yg A+ dari aku, perfect & catchy. Lagu nih simple sebenarnya, sgt ringan & sesuai utk anak2 
muda masa kini. Small rap yg dimasukkan sgt ngam & lyric lagu nih sgt blend dgn music. Tempo sgt 
mahal bila ada beat2 catchy buat semua angguk2 comel. Lagu plg sesuai time anak2 muda nk jog  
barangkali. Hujung2 lagu nih di penutupkan dgn melodi seakan2 irama game plant vs Zombi. Overall 
lagu nih sgt cute & ofkos catchy. Ramai xmenjangka kot ct accept lagu mcm nih, but for me vokal ct
nih on saje dgn apa2 lagu. Vokalnya tak kedengaran tua & tomeinya bila dibunyikan dari awal sampai
akhir. Rate 5/5

4th Track: Romansa Kita
Lagu yg pertama kali aku suka bila album ini mula diperkenalkan ct. Uniknya Romansa Kita 
disebabkan melodinya tak kedengaran old. Fresh & rock balads kedengaran umphhh. Lagu yg sesuai 
dgn tema Sitism ini dan Siti bawakkannya dgn baik sekali. Unik lagu nih adalah part hujungnya yg 
mana aku belum jumpa dgn lagu2 penyanyi di luar sana. '' Dan engkaulah, kaulah  
jalanku....pulanggggg'' sgt mahal dgrnya. Vokal Ct , ct bawa dgn berat sikit but merdu and powernya
amat jelas. Susunan music sgt superb & diolah dgn luar biasa. Awalnya slow, merintih & ditengahnya 
di mix dgn rock balads. Overal 4.5/5. Slack sikit sbb serak suara ct tp sedap tetap ada. Mungkin lagu 
for me sesuai dinyanyi ketika suara ct sihat. 

5th Track: Magis  
Magis mmg magis untuk aku. Mula2 aku dgr lagu nih kendengaran rythmn bawaan Wani Hasrita. 
Lagu nih mahal sbb lenggok vokal ct, jawa an nya lulus & dinyanyikan dgn qasidah yg terbaik. 
Lyricnya jugak A+ ( part " aku hanya mahu cinta dan dirindu oleh sang  pujangga yg dipuja''- gila 
mahal sial!) dan sgt ngam dgn temponya  yg laju tu,lagu nih sgt fast & kalau ko bukan penyanyi 
legend & tak pandai main kejar2 lagu & timingnya mmg kamu akan terciduk. Pujiaan dari aku utk Ct 
bila ct bleh bawa lagu nih dgn baik semasa Live, smooth & steady ok. Tempo dikejar dgn baik & 
timing semasa LIVE mmg on point!.sgt superb. Susunan music A+ dr aku. Overall rate 5/5. 

6th Track: Tanpa DiriMu
Permulaan music amat sedap bagi aku. Lyric superb ngam & blend dgn melodi, cuma jujur cakap bila  
byk kali aku ulang & ulang dgr lagu nih, akan cepat bosan plak, kdg tanpa rasa bersalah aku boleh 
skip. Hehe...maybe sbb pengulangan rangkap tu lama2 jd bosan walau awal2 kita rasa melekat kat 
jiwa. Lemak vokal dgn ringan2 serak ct tu amat ngam dgn lagu nih. Lagu ketuhanan nih overal sedap 
tp cepat bosan utk aku. Overall Rating 3 / 5. Lagu nih bagi aku xbleh selalu dgr nanti bosan. Haha...
Kejam tak? 

So far , ini review peribadi jujur dr aku utk 6 Track dr album Siti-Ism nih. 6 ini sebenarnya terbaik dh 
dan semestinya bukan lagu tangkap muat dari ct utk album ini. Well Done!