Ada sebuah blog yg aku rasa sangat superb coretan beliau, tak perlu bengkok-bengkok bagai pakai ayat metafora, personafikasi semua ko senang paham apa yg nak disampaikan
senang cerita coretan beliau, str8 to the point,kalau dia nak cerita pasal A maka terus ke A tak perlu nk guna pakai B/C
dan aku juga antara pengemar karya terkini beliau '' Strange Love '', sudah tidak sabar rasanya untuk the next episode
by the way, beliau ada tag aku pasal ''first time'' post / tag
dengan segala kudrat yg ada & mood yg ok, aku gagahi join menda alah ini, sesungguhnya aku agak malas nak memerah otak selepas pulang dari mencari rezeki iaitu kerja, haha...
First Love
Lama dulu, kira-kira 7 tahun lalu agaknya , dia student lagi masa tu & aku dah kerja. Masa ini baru aku kenal apa itu jatuh cinta, selama nih kemain lagi mengutuk org yg menanggis meroyan kerna cinta
kerana bagi aku, owg tu dah tak nak kat ko,so dia tak nak la! tak yah nak over2 merayu bagai nak meraih cinta itu lagi, cari je yang lain
senangkan bagi aku? Ha..ha..ambik ko merasa feel mendalam kat some1 tu, masa tu jugak aku merasa satu beban kat dada,rindu membuak2, hset tak lekang kat tangan. Then pada masa ini lah aku mengakui benarnya umpama mandi tak basah, tidur tak lena & makan tak lalu
penangan cinta umur yg agak muda & mentah, aku gagal dipertengahan jalan dan meroyan hampir sebulan tapi Alhamdullilah recover tanpa titisan darah, kih kih
First Artis
Artis yg aku minat giler & tak tau nape aku buleh sangkut minat kat minah nih ( u know who ) aku pun blur nak jawab nape aku boleh suka kat dia as Big Fan (kipas susah mati)
sampai album ori beliau aku beli, i think dia sowang aje aku sanggup kuarkan duit sendiri beli album,purchase lagu beliau kat Itune dan tertunggu-tunggu album baru beliau & selalu mengikuti perkembangan semasa beliau( di Twitter mahupun Instagram )
sampai skrg aku menyenangi beliau sbb beliau sangat humble,baik & sopan santun. Uniknya juga beliau setiap kali menyanyi mesti senyum walau lagu tuh seksa giler nk bawak, beliau jugak jenis cool, susah nak melenting walau dilanda badai gosip, dihina tak pandai cakap omputeh,gadis kampung & kadang beliau suka rotate baju ( pakai baju sama masa buat show )
tapi beliau tetap dengan cara beliau & sangat berpegang pada prinsip. Tak macam artis sekarang, baru nak up dah over2 lupa daratan.Even bila peminat kutuk kat Instagram or twitter beria2 balas balik pakai bahasa kesat yg mana melambangkan ketidakmatangan seseorang mengurus perangai sendiri AKA tunjuk true color sebenar ko
dan aku rasa juga, dia nih punyai aura penarik/penyanyi yang mana dia aje ada aura tu,Even Mawi yg pernah digelar raja sms,tsumawi segala tak dapat kekal populariti hingga kini. Lagi syok bila dia dah mula bertudung penuh, manis sangat-sangat
maaf over puji plak, tapi aku rasa semua harus akui beliau sangat bernasib baik kerna mampu bertahan hingga kini di puncak sehingga digelar penyanyi no.1 negara serta punyai ratusan anugerah dalam dan luar
huhu ( haters beliau mesti sangat benci coretan aku nih )
Fisrt Car
Aku pakai kereta Viva je, sehingga saat ini aku rasa mcm tak nak tukar kereta lagi. Alhamdullilah dia sangat setia dengan aku sehingga motor aku yg bernama ''Dean'' aku abaikan. Tak start/hidupkan beberapa bulan dah
btw nama kereta gua nih ''morgan''. I dunno y pilih nama nih, tapi si dia banyak mempengaruhi...opss!
First Job
As promoter kat sebuah kedai kasut '' Alfio Raldo'', agak lama gak aku kerja lepas habis belajar. Masa nih aku dah mula sedar yg kerja is better than jadi student.
otak tak sakit, tensen tiada & cukup bulan dapat gaji. Actually aku nih jenis bersyukur, walau kadang gaji tak sebesar kawan2 aku yg mengutuk aku sbb pilihan aku selalu bawahan paras mereka, tapi aku tetap tak peduli
even aku rasa aku lagi kaya & better dari mereka yg kadang suka berlagak tuh
aku sekarang kerja kat sebuah retail company ( malas nk mention ), syukur actually sbb nih 1st job permanent aku & aku dpt bertahan hingga kini. I think more than 6 years aku kat situ
takde niat nak tukar kerjaya pun, xde niat nak lompat kerja lagi setakat nih, walau kadang tak seGRAND kawan2 aku yg pernah kerja Petronas,Sirim,Cikgu,kerja kerajaan atau sewaktu dengannya
tapi Alhamdullilah, aku bersyukur dengan jawatan yg aku miliki sekarang, gaji yg dimiliki & suasana tempat kerja.I think takleh dijual beli
ada jugak mereka2 itu cuba merendahkan aku dengan kata-kata ''bila nak tukar kerja?Ko suka ke kerja macam ni'' & ''mahal ke gaji?'' atau paling sakit ''oh, buat part time ek?'' / ''kerja sekejab kot? '' denga muka yg sinis & merendahkan
walau aku tau mereka tak bermaksud apepun, but aku telah prove mereka gagal menjatuhkan aku dengan kata2 itu atau kata lain, lagi mereka berkata begitu, lagi aku bertahan/setia dengan company aku skrg
sometimes u kerja, bukannya pasal gaji/ status/ jawatan semata2, ko juga kerja untuk kepuasan.Yess, gaji sangat penting pada masa kini but jika kau pandai uruskan gaji ko tu, ko sebenarnya lagi kaya dari mereka2 yg pakai blazer/ pakai smart2 atau mana2 kerja yg duk dalam aircord tapi hasilnya tarak
not all yg worst macam tuh but mereka yg jenis malas or yg kejar status semata-mata.Yg ok tetap ok, sebab mereka hargai dengan apa yg mereka terima sbb tu mereka melakukan terbaik supaya gaji mereka dapat tu halal
aku paling pantang bila ada anak melayu ( sebangsa aku ) , yg xde kerja, meroyan2 cari kerja tapi tak dapat then bila dibagi kerja memilih. Ada ye yg jenis bila nak kerja, terus nak jadi bos...tak mau jadi kuli, haktuih!
ko ingat tanpa pengalaman bawahan ko boleh jadi bos yg baik, sila cermin diri dulu ye
yg aku anti juga yg memilih kerja nak duk bawah aircond,nk ada meja sendiri, nak office hour & nak gaji besar tapi guna result SPM yg gagal ( tolonglah! ), pahtu mengutuk mengata susah cari kerja walhal kat tempat aku fyi sangat byk jawatan kosong
yes, i know yg kosong jawatan ini tak seberapa but u kena ingat, kerja macam inilah yg boleh buat ko matang,mengenal dunia kerja & bantu disiplin ko dari merempat tak tentu hala atau kerja sbg perjenayah...cuba dulu baru tau & jangan nak terus judge!
maaf ye, huhu...tetiba detail plak cerita pasal kat atas tuh, i think banyak nak dikongsi untuk ''first time'' tag nih, but cukuplah setakat ini
aku rasa korang serba sedikit dah boleh buat penilaian apa yg berlaku di sekeliling aku
sesungguhnya, aku amat bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang, aku tak mintak lebih pun, tak mintak jadi jutawan or kapel/kahwin dengan anak bangsawan pun, cukup sekadar gembira dengan orang/keadaan sekeliling
punyai ramai kawan, boleh senyum bersama, mereka suka aku & aku ok dengan mereka, punyai keluarga yg harmoni, pasangan yg memahami dan persekitaran yg sederhana
kadang kita kena ingat, orang sekeliling juga penting pada kita, janganlah pentingkan diri sendiri, suka berlagak,mendabik dada dengan apa yg ko ada & jawatan ko sandang, even aku ada sorang kwn, gaji besar, kerja best, ada kereta & jenis sudah cukup mampu lah nak menerus hidup di depan tapi hari-hari tak happy sbb tak yakin pada diri, terlalu nk perfect,terlebih pikir & over demand & tak pernah bersyukur
kita kena ingat, dalam sesuatu tu kena wasatiah...punyai apa yg ko rasa ko mampu capai, sesuai dengan kudratmu, situasi kamu & rupa paras kamu
fikir! huhu...
1 comment(s):
Thank you sebab sudi join.
Post a Comment