Tuesday, April 30, 2013

7-eleven

3 comment(s)



Suatu hari di 7-eleven.

Lelaki : Hai, rokok ada?

Awek Cashier : Ada. Nak rokok apa?

Lelaki : Winston merah ada?

Awek Cashier : Dah habis…

Lelaki : Ermm..bagi Dunhill merah je la.

Awek Cashier : Ada Nak perisa apa?

Lelaki : Hah? dah ada perisa? Perisa apa?

Awek Cashier : Ada..perisa paru-paru, kerongkong, bibir, kaki, and perisa bayi pun ada..nak yg mana?
(sambil menunjukkkan gambar pada kotak rokok tersebut)

Lelaki: awak pernah pakai pemerah pipi pakai kaki tak?




Sunday, April 28, 2013

Siti Nurhaliza himpun 10 komposer

2 comment(s)





KALI terakhir Datuk Siti Nurhaliza mengeluarkan album bahasa Melayu ialah pada tahun 2009 dengan album Tahajjud Cinta. Bagaimanapun album All Your Love yang dikeluarkan pada 2011 bagai tiada magis.

Kali ini, Siti benar-benar serius untuk mengubat rindu peminat. Untuk itu Siti 'berkolaborasi' mengumpulkan 10 orang komposer dan penulis lirik selama tiga hari untuk penghasilan album pop terbaharunya.

Antara komposer yang terlibat ialah Ajai, Aidit Alfian, Saidin Omar, Ana raffali, Adi 6ixth Sense dan Marlin manakala antara penghasilan lirik pula oleh Ad Samad, S. Amin Shahab, Abie, Rudy Imran dan Ce' Kem.

"Sudah dua tahun Siti tidak menghasilkan album pop berbahasa Melayu. Siti rasa sudah tiba masanya untuk muncul dengan album baharu. Siti juga memerlukan lagu-lagu baharu untuk konsert," ujarnya.

Jelas Siti, dia bekerjasama dengan Music Author's Copyright Protection Bhd. (MACP) untuk mengadakan Bengkel Cipta Ekspres MACP yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini. Dalam bengkel itu, Siti turut menjadi juri bagi bengkel Cipta Ekspres.

Jelas Siti, semua 10 lagu yang dicipta secara ekspres tersebut menepati 70 peratus kehendaknya. Malah satu lagu akan dinyanyikan pada konsertnya yang dijadualkan berlangsung pada selama tiga hari bermula 5 Julai ini di Dewan Philharmonik Petronas, Kuala Lumpur.

Secara muzikal, Siti memandang Adele, Beyonce dan Bruno Mars sebagai rujukan terkini. Menurutnya, dia menggemari lagu-lagu Adele kerana konsepnya yang tidak terlalu moden atau urban.

"Kalau Beyonce, Siti lebih melihat kepada kekuatan jiwa dan wanitanya. Siti juga sukakan lagu-lagu yang rancak," jelasnya yang menggemari lagu Set Fire To The Rain nyanyian Adele.

"Siti melihat kerjasama dengan pihak MACP sebagai sebuah gandingan yang sangat baik yang pernah dilakukan oleh mereka untuk anak seni. Inilah masanya untuk bergabung antara komposer dan penulis lirik lama dan baharu. Siti sangat hormati idea masing-masing dan mereka hanya diberikan tiga hari untuk menyiapkan lagu. Bengkel sebegini juga dapat memberikan suasana luar daripada kebiasaan kerja masing-masing," hadirnya tentang bengkel yang menobatkan lagu Ranjang Berbisik nukilan Saidin Omar dan tulisan S. Amin Shahab.

Menyentuh tentang album pop yang bakal dirakamkan tidak lama lagi, Siti sedar bahawa ramai peminat yang menggemari lagu seperti Purnama Merindu dan lagu-lagu balada.

"Siti tahu peminat rindukan lagu balada sebegitu. Kali ini Siti mahu hasilkan album yang mengikut trend, lebih matang daripada segi penceritaan dan lirik. Juga mengandungi lagu-lagu yang mempunyai mesej yang positif," katanya.


100% sumber: 
http://www.kosmo.com.my



Friday, April 26, 2013

Rugi

4 comment(s)

Rugi sape yg cuti weekend

Suma nak kena compete

Beli tiket wyg ( cue berjela ) cari parking, bersesak-sesak

Serius bosan!



Apatah lagi nak bayar bill

Sek baik boleh on9

Wednesday, April 24, 2013

molek

6 comment(s)




Molek pakai ni masa nak gi masjid, surau, asrama sekolah



parody

3 comment(s)


aduii

semua owg tgh giler buat parody skrg

kat negara ini semua menda mudah jadi season



buktinya BOBO dah popular skrg




Monday, April 22, 2013

department baru

6 comment(s)


baru dapat good news

good news la kot

aku ditukar ke department baru



antara list dept aku suka

pernah master di situ

syukur boleh beraksi balik

caiyok untuk diri sendiri

walau aku tau cabaran kat situ sangat menggunung



gambate!




Sunday, April 21, 2013

berjalan dengan baik

5 comment(s)


berakhir sudah kepenatan bulan ini

syukur segalanya berjalan dengan baik

dan hasilnya juga positif



Alhamdullilah

penat berbaloi


Thursday, April 18, 2013

mana erti syukur kamu?

5 comment(s)

geram dengan sikap segelintir manusia yg tidak mengenal erti syukur

bila dapat habuan sikit punyerlah emo



tapi sedarkah anda ketika anda mendapat habuan yg byk dulu mcm mana keadaan org yg mendapat habuan yg sedikit?

ada erti syukur kah anda waktu itu?



ceritanya seorang staff aku merajuk kerana mendapat bonus sikit kali ini, merajuk sampai tahap nak berhenti kerja

mungkin dapat bonus sikit sbb performance beliau tak berapa bagus & pernah dapat warning letter

panasnya dia mungkin kerna kawan-kawan seangkatan mendapat lebih dari beliau



melatah sungguh dia

ketidakmatangan di situ



bagi aku biasalah hidup ada jatuh bangun, btw tak payahlah rosakkan masa depan sbb ini

aku pernah lalui ini berkali-kali, tapi cepat-cepat positifkan diri supaya keputusan yg diambil nnti tidak memakan diri

barangkali dengan berhenti kerja pun mungkin perkara ini berulang, mana-mana tempat kerja pun sama aku rasa

hidup ada pasang surut atau macam roda, ada pernah kita kat atas atau juga jatuh merudum terus ke bawah

fikir sebelum melatah



yg sedihnya, habis org lain disalahkan kerna habuannya sedikit, aku yg asalnya tiada kena mengena pun disalahkan

mcm aku cakap tadilah, pernahkah dia ingat kepada yg di bwh ketika dia menerima habuan/bonus yg byk dulu? apa rasa mereka, dia pernah terpikir ke? 

mana erti syukur dia ketika itu?



you are more beautiful than u think

5 comment(s)





tolong lihat sampai habis ye


accept who u are

dan org lain sebenarnya menerima anda dengan baik

kadang anda shj yg berfikiran negatif



be urself

dan bangga dengan ciptaan Allah

syukur



Wednesday, April 17, 2013

serabut gagak

1 comment(s)


Gelabah puyuh? Serabut gagak? Kecut Merpati? Ayam KFC?

anda rasa, anda skrg?



Monday, April 15, 2013

syukur

6 comment(s)

bulan ni, bulan yg dasyat

maha bz sana sini, aeon fiesta & stock take

tapi bersyukur sempat bercuti & berehat



bersyukur sbb everything masih lagi in order

btw Alhamdullilah company bagi bonus hari ni

dapat merasa untuk menyimpan & berbelanja sedikit buat diri



syukur


Saturday, April 13, 2013

PSY - GENTLEMAN M/V

4 comment(s)




tgk

kali ni jadi ikutan juga ke tak

btw kalau dengar betul betul

psy mcm sebut  ' alangkah mula wei! '


Friday, April 12, 2013

Air

5 comment(s)
Paedah takde air

Air mineral kat Jusco Au2 mcm goreng pisang panas




air takde

3 comment(s)


kali nih air takde kenapa pulak?

takde elektrik takpe lagi

takde air, mcm patah kaki

terhad sana sini



demn!


Thursday, April 11, 2013

pilihan

6 comment(s)





Tuesday, April 9, 2013

orang kita skrg nih

10 comment(s)




pe'el owg kita skrg nih

antara yg mintak pelempang



bintang paling popular ye?

5 comment(s)





Monday, April 8, 2013

Johan parody sayang ABPBH 2013 FULL

7 comment(s)




hahahaha

aku gelak hampir nak bunuh diri

aduiii



btw nih version asal




Sunday, April 7, 2013

jangan kata

6 comment(s)


jangan kata bila kita tak balas komen kat sini kita tak baca, kita tak syg



Saturday, April 6, 2013

memalukan

6 comment(s)

'' Aeon Member Fiesta - get RM5 voucher for every RM100 spent. Kalau ko dah tau staff terlebih bg voucher 

smpai RM1000, pulangkan la. Ko tu Melayu, staf pon Melayu. X rasa bersalah ke makan duit haram hari Jumaat 

ni? Mmg la salah staf tersilap kira, tp ko pon manusia gak kan? X susah pon, pulangkan je balik. X payah nak bg 

alasan duit tu ko dah spent. Boleh je kitorg refundkan. Duit tu bkn hak ko pon asalnye. Bile dirayu kalau x dpt balik 

staf yg kena bayar, ko cakap ugut? Ugut mendanye. BM masa SPM ari tu kantoi eh? Xpe la, mudah2an RM1000 ko 

tu berganda2 la dlm dosa. Amin. Jgn lupe kat akhirat nanti cari balik staf tu ye ''- petikan luahan hati member aku 

kat FB



btw apa yg berlaku semalam tidak sepatutnya berlaku bila mana seorang wanita bertudung labuh melayu islam mengambil hak org lain

mmg benar staff itu tersilap bagi, tapi dia telah berusaha mencari wanita itu balik dan menerangkan apa yg sepatutnya, aku kalau tersilap begitu sah sah bagi duit/voucher itu balik sbb itu bukan aku punyer

if aku guna pun itu sudah dikira duit haram

sungguh benci pada org spt ini, memalukan wanita melayu islam kita shj, dahla bercakap kasar dgn menegakkan benang yg basah spt mana sudah terang lagikan bersuluh dia salah



yg kesiannya staff itu yg terpaksa membayar ganti rugi...riban tu beb, kesian dia.Mmgla mistake dia tp usaha telah dilakukan, jika itu wanita itu rasa betul, maka duit yg kamu pakai itu tidak kami halalkan dunia akhirat




Friday, April 5, 2013

pilihanraya

5 comment(s)




selamat mengundi semua!


Wednesday, April 3, 2013

Bad mood

3 comment(s)

Bila mana apa yg berlaku tidak spt diimpi

Maka bad mood lah kita

Tuesday, April 2, 2013

Jangan disangka

7 comment(s)

Smlm berjalan sakan, cuti katakan

Singgah juga di pavillion

Sedang syok berjalan ternampak kelibat pakcik berkopiah & makcik tudung labuh

Mereka sedang memilih & memperagakan beg kat paris hilton nyer kedai



Wow!