Tuesday, February 21, 2023

Kahwin

1 comment(s)

 

Dah masuk Feb 2023 dah dgn jayanya...pasrah kan? masa berlalu amat cepat tanpa semua sedar. Moment2 manis akan dikenang smpai bila2, hopefully 2023 akan lebih manisnya.


Kahwin?


Ramai sgt tnya soalan ini kat aku, i think logiklah ye sbb semua ramah & sibuk nk ambil tahu pasal kita, apatah lagi umur dah cecah 30 series dan coming soon nk msk 40 series pun. Haha


Bukan mudah ye apabila melibatkan jodoh nih, semua kerja Allah. Ada yg cakap dh cukup semuanya tu, bleh la masuk minang anak dara org kan...lepas tu ada yg cakap , jgnla memilih sgt, jgnla tak berusaha plak, kena berusaha ke arah tu.


Senang cakap empunya bdn je tahu. Dia tahu kehendak diri dia, hala tuju dia, end of the day apa yg berlaku di depan Allah shj yg tahu. Aku selalu berdoa semoga aku diberi kesihatan yg baik, jodoh yg baik & penyelesaian hidup yg sgt baik. Semua org idamkan begini kan? 


Apapun atur jela hidup masing2 sebaik mungkin, please jgn susahkan sesiapa pun, jgn stress lebih2, hidup kena sentiasa ceria. Buatla yg terbaik untuk setiap langkah yg dibuat tu. Soal kahwin jodoh tu semua, kalau aku bleh jwb aku jwb, if xbleh aku cuba ubah topik. If tak boleh jugak, aku suh dema doa yg baik2. 


Nak marah & atau aku nk complain pasal depa xleh jugak, logiknya bila lahir kat negara Melayu yg bernama Malaysia nih mmg xdpt la nk lari dari soalan tabu mcm nih apatah lagi kahwin & menambah generasi itu adalah logik & baik untuk semua umat manusia. 


Umur ke tua nih, aku lebih senang buat apa yg aku suka. Itu shj...berkahwan yess kena ramai gak but sgt memilihla sikit since aku malas nk bertembung byk konflik dgn manusia yg mcm2 ragam.


So berbalik pd kahwin td....if jodoh smpai, aku kahwin lah ye, nnti aku jemput semua. Aminnn,sila doa yg baik2 je. 



Tuesday, January 3, 2023

2022 Summary

0 comment(s)

 

Last aku coret kat sini on Sept2022 thn lalu. Beberapa bulan malas utk update since mood tak kesampaian utk bercerita kat sini. Well aku still stick kt blog nih walau bleh je aku buat utube content ke? tiktok ke dll

Namun utk org yg lahir 1984 nih better aku pilih blog as diaries jugak.


Well 2022, aku summary kan serba sedikit: 

1.) Masih bujang tp hati sudah berpunya ( gituu )

2.) Circle kawan tak besar mana but manage utk ada ramai yg syg selesa dgn aku 

3.) Bulan June 2022, aku tukar ke new dept as Admin Manager & still kat Aeon Co. Sudah 15 thn berkhidmat kat company nih ( since 2007 )

4.) Pernah kena Covid utk pertama kali pada awal tahun Mac 2022, syukur masa tu dah ada pertahanan diri iaitu vaksin

5.) Sudah setahun lebih aku kat Aeon TPG store, dan sudah setahun lebih aku berulang alik ketika cuti , means off day je balik Manjung

6.) Aku ada rumah sendiri kat Seri Manjung (beli on 2019) & skrg menyewa jugak dekat TPG sbb keje kat sana

7.) Berat badan meningkat saban tahun. Alhamdullilah Allah masih lg beri kesihatan yg baik. Target aku 2023 aku nk jaga makan, since tahun sebelumnya main melantak je

8.) Target nk buang sedikit boroi kat perut. Plan utk rajin excercise, jogging,berbasikal dll

9.) Fyi aku tak pernah beraya hari raya pertama dgn Family since aku keje je hari raya setiap tahun ( tp bercuti lah 5 hari kemudian kat kg / umah manjung )

10.) Target 2023 aku nk berhari raya dgn family, lantak la dgn soalan maut bila nk kahwin tu ? huhu

11.) Aku masih pakai kereta yg sama Viva ( 1st Car aku ), dah start hint tak sihat dh. Maklumla sudah lebih 12 thn pakai

13.) Aku pernah berpindah beberapa cawangan Aeon reason utama sbb bujang, naik pangkat & pernah gaduh dgn big boss ( haha ). Aeon Wangsa Maju KL(1 yr ), Aeon Au2 Keramat KL(4 yrs), Aeon Bukit Mertajam Penang (1 Yr ), Aeon Ipoh Station 18 ( 1 yr ), Aeon Seri Manjung Perak ( 5 yrs ), Aeon Taiping ( Present )

14.) Hadiah 2022 - Oven ( pemberian sang buah hati ), 2023 - Kerusi Rotan/ kerusi Malas ( beli hadiah awal reward birthday utk diri sendiri )


Ok itu shj terlintas. Next update , ofkos nk bercerita pasal azam 2023 ( so cliche ) but i dun care. Chow!



Wednesday, September 7, 2022

Portable Aircond

0 comment(s)

 

Well... inilah bilik bujang aku dekat TPG tu, not badlah kan since aku dpt bilik master room, ada bilik air sendiri. So convenience la untuk aku yg jenis balik umah duk lepak dlm bilik aje. Actually umah sewa kat Taiping mcm bilik hotel je, tempat persinggahan, seperti semua tahu, aku kalau cuti je balik umah sendiri dekat manjung.

 

Sebelum aku jejak kaki kat TPG aku selalu dimomokkan yg taiping nih agak sejukla sbb kerap hujan. Tapi tidak ye, dusta semua tu, 2x5 je duk manjung PANAS ok!Tetap lah layak utk pasang aircond dlm bilik. Kalau dh namanya Malaysia mmg panas la sepanjang tahun. Paling terasa tahun lepas lah bila 6 bulan macam tu kemarau pjg amat, Malaysia hot sana sini. Ko bayangkan tidur malam pun basah kuyup katil dengan peluh ko. Tak laratla aku tiap2 malam mcm nih, kipas siling depan blkg umpama sgt tak berguna, just tarik haba duk pusing dlm bilik buat badan ko makin berpeluh.

 

Aku kadang terpaksa buka tingkap since mmg panas giler dalam bilik. Kita dh la seharian kerja, balik rumah nk kena hadap panas bilik plak. So end up aku beli je portable aircond nih. Portable aircond nih sgt sesuai la untuk umah sewa atau bilik yg mana ada tingkap then ko tak mau tebuk2 dinding. Kalau pasang Aircond ofkoslah tebuk sana sini sbb kena lekat kat atas tu. Harga murahlah sikit dari Aircond pasang tu. Tapi tak bestnya xde inverter la portable nih.

 

However worth it nya apa? walau ko takde inverter pun ( untuk penjimatan elektrik ) but pasang / setting suhu 28 pun tetaplah sejuk ye &elektrik jimat je, aku tgk dah bill pun sama je tak berubah mana,lagipun aku selalu balik manjung, so apalah sgt. Kadang belah malam dah sejuk, ko tukarla ke Fan setting, bagusnya Fan setting nih dia bantu tarik haba dlm bilik bawak keluar bilik. So malam2 suhu just nice utk ko tidur ye. Mmg puas hati, kalau aku tahu dari dulu mmg aku beli dh. 

 

Dlm RM1k ++ la harga dia, mahal tp berbaloi untuk long term weh. Bayangkan balik penat2 kerja, dapat  rehat dengan selesa. One day if ko pindah pun bleh bawak sekali , sbb dh nama portable kan? Aku beli brand Hisense, promo masa tu RM1040 je. Beli pakai duit Long service award aku. Sgt berbaloi ok. Walau badan dia kecik, suhu sejuk dia mampu cover satu bilik master room ( ko bleh agaklah keluasannya kan) Bagusnya portable aircond nih dia pakai gas, tak perlu la nak isi air mcm aircooler tu. Aircooler tu sgt mengarut ye. Harga ratus gak, tp sejuk tidak ye, itu penipu semua. Kalau dekat mall rasa sejuk tu sbb Aircooler tu tarik haba sejuk je. Tu dia sejuk. Aku pernah pakai, last2 aku hntar balik manjung je sbb sgt2 tidak berguna.


Air lebihan dr portable aircond bleh buang secara manual, tak bertangkung byk mana dlm bekasnya tu.Dia ada notification bgtau kalau air penuh. So far sebulan sekali je buang, depends pada penggunaan aircond portable ko lah. Portable aircond ada cerobong utk dia tarik udara panas keluar. Hulur melalui tingkap je. Makesure tingkap ko ada Grill la, kalau tak xde safety tak okla. Keburukkan dia cerobong nih tak convenience sgt sbb agak besar gedabak, but kalau ada langsir tutup je ngn langsir mcm aku buat kat gambo atas tu. So xde la nampak mana org kalau masuk bilik ko, just nice je. 

 

For me keselesaan diri adalah segala2nya, nk jimat tp berpanasan tak guna juga. Aku pikir kalau pindah esok2 pun senang bawak, why not melabur sikit utk keselesaan skrg kan. Elektrik pun masih jimat, janji setting suhu tu jaga mcm aku jaga setting suhu aircond dekat rumah Manjung. Kipas bukak sekalila utk bagi udara sejuk berlegar2 dalam bilik. Conclusion aku, worth to buy , itu aje!