Thursday, May 23, 2013

tips menjaga arnab


selain memelihara kucing & hamster

aku juga ada ternak rabbit



jaga arnab sama je mcm menjaga yg lain, ada susah & senangnya

tp takdelah rumit sgt sbb makanan & perangainya senang dicari & kawal

antara tips nk share since ada experience menjaga mereka


1.) makanan wajib adalah pallet arnab & sedikit rerumput ( cth timothy & alfafa ), sgt senang didapati di kedai pet store, btw bagi sekali sehari dah cukup.

2.) elakkan arnab dari terkena air, if terkena keringkan betul-betul ( terutamanya selepas mandi ) bagi mengelakkan jangkitan kulat & sebarang penyakit lain.

3.) elakkan menukar jenis pallet arnab secara mengejut, nnti tak mau dimakannya sbb tak biasa. If nak tukar jugak, campurkan yg lama dgn yg baru supaya arnab tu dpt biasakan diri.

4.) ada sesetengah arnab yg jenis lambat nak biasakan diri cth jika dia dah biasa pakai botol air gantung yg kecil tp tiba-tiba ditukar kepada yg besar (kalau boleh elakkan ), arnab lambat pick up, nnti dia tak minum air plak.Kalau boleh pakai botol yg sama.

5.) arnab akan kurang makan jika tak cukup minum air, so bagilah air secukupnya. Ada satu masa aku salah bagi botol, walhal dia selalu pakai botol kecil sblm nih tetiba bg yg besar, terus tak minum air & makan. Bimbang takut berterusan akan menyebabkan arnab mati.

6.) makanan luar spt kankung,karot, timun dan sebangainya kalau boleh bagi seminggu sekali je atau tak payah langsung.Jgn buat makanan itu sbgai makanan ruji arnab, takut mati kena penyakit atau tak cukup zat.Byk beza arnab kg dengan arnab KL ( bandar ).

7.) ada certain arnab tak biasa tempat yg panas & sejuk melampau. Kalau boleh suhu biasa je.Cthnya kalau tempat aircond, nnti arnab senang kena selsema & cepat mati.


antara tips melalui xperience aku, 'others' yg lain boleh google & PM aku.TQ


2 comment(s):

aimi adilah said...

kalau kau ad ekedai bg taw aku... aku nk g kedai kau... ade jual ikan x????

Forskning Beta said...

aku nak bela arnab. ni serious ni. aku dah buat sangkar. tapi arnab makan nasi tak?