Friday, June 11, 2010

Memang betul...sgt betul


Terbaca kat blog SPREAD UP MY WING AND FLY HIGH

Bangga jadi owg macam dia...sekadar copy dan berkongsi dengan suma d'sini


Dentuman Rasa: Duit

“People just want to sit on my money. Sebab aku ada duit banyak. But they don’t even bother if you have no money at all.” Angkuh nadanya walaupun sekadar di khidmat pesanan ringkas yang aku terima.

Aku termenung sendiri, sejak bila aku ingin duduk di atas duit atas usahanya. Aku kemam bibirku, tidak pernah sejak menjadi sahabat baiknya, mengambil kesempatan ke atas dirinya. Sungguh, tidak pernah sama sekali. Memang tiada sesiapa pun ambil kisah tentang hal aku. Itu aku akui.

Lantas telefon bimbit murahku itu aku ambil, termenung sejenak memikirkan apa yang perlu aku balas. Aku menaip perlahan, teringat sebuah titipan yang aku baca semalam.

“Dengan duit kau boleh beli rumah, tapi bukan kehidupan. Dengan duit kau boleh membeli jam, tapi bukan masa. Dengan duit kau boleh membeli buku, tapi bukan pengetahun. Dengan duit kau dapat membayar doktor untuk kesihatan, tapi bukan nyawa. Dengan duit kau dapat jawatan tinggi, tapi bukan maruah. Dengan duit kau boleh beli seks, bukan cinta.”

Aku rasakan, itu bukan lagi pesanan ringkas walaupun dihantar melalui khidmat pesanan ringkas. Tiada balasan selepas itu pesanan aku terima darinya. Aku menyimpan semula telefon bimbitku ke dalam poket.

Syukur, aku masih ada apa yang aku perlukan. Walaupun tidak ada duit sebanyak yang dia ada, walaupun tidak memandu BMW sepertinya.

‘Aku masih ada driver yang setia menghantarku seharian pergi dan balik kerja.’ Getusku dalam hati lantas bingkas bangun menahan teksi yang sudah menerpa pandangan.

“Terima kasih abang pemandu teksi.”

“Ha?”

Terpinga-pinga pemandu teksi itu saat aku berterima kasih padanya saat duduk di kerusi empuk teksi buatan tempatan. Baru saja masuk, tidak bergerak lagi pun teksi itu. Aku tergelak kecil dan tersenyum sendirian melihat gelagat pemandu teksi itu.

“LRT Setiawangsa.”

Aku memandang keluar, indah melihat dunia luar saat teksi itu mula bergerak walaupun hari-hari sudah melihatnya. Jujur, aku tidak pernah bosan melihat segenap inci ciptaan Ilahi.


*Pesanan: betul tak ke mana jua kita dengan duit, duit bukan boleh beli hati dan perasaan pn,kehidupan pn dan sebagainya.Jujurlah dengan sekeliling dan jangan bermegah dengan apa yg ada,itu tidak baik.

3 comment(s):

El-Zaffril said...

Oho... copy my dentuman rasa... anyway this was my real story

flyz said...

hu..hu..kata share...

El-Zaffril said...

Betul gak... tp sungguh terharu membacanya...