Saturday, December 27, 2014

buat pertama kalinyer, banjir kali ini, kampung ku

8 comment(s)

tak sangka penutup tahun 2014 begini

tapi ini semua kehendakNya,siapalah kita untuk menghalang



actually untuk kawasan pantai timur kalau banjir adalah perkara biasa pada bulan 12 khususnyer

even kalau family call pasal air naik tak brapa nk risau sgt sbb mmg tau air plg komen teruk naik rumah kami pun kat bahagian dapur je & 2 putun tangga paling hebat dia cecah



tapi tidak kali ini

dugaan maha hebat buat family aku, aku yg diperantuan turut terasa

dari gambar FB & adik aku send buat jantung dup dap dup dap wei!

sbb mereka yg mengharung susah senang dikala air besar kali ini



rasanya dh nk masuk 4 hari elektrik xde, air bersih takde

air plak makin naik, rumah kat kampung aku skrg paras dada ok, ruang tamu yg selama 30 thun aku duduki tak pernah naik air kini paras pinggang dah

maha dasyat!

namun aku tetap bersyukur sbb aku ada ramai adik2 lelaki, tak risau mak ayah sbb ada adik2 besar bleh bantu & abg sulung pun kat kg



tapi walaupun begitu tetap risau, sbb nak hubungi susah sgt, ko pahamla zaman skrg, bateri hset canggih cepat habis, kalau 3310 ada lagi bleh la tahan smpai 2 hari

ini kalau xde letrik mana mau charge handset tu, harapkan power bank apala sgt

nak dijadi cerita si dia juga balik kg, satu kg katakan

juga terperangkap kat sana tak dapat balik sini



sian dia, dia call tadi sayu aje suara

katanya kalau boleh nak terbang cepat2 balik sini, tapi mengenang keluarga beliau tetap bertahan

pepun aku tetap berdoa semoga semuanya bakal back 2 normal

biarlah musibah ini cepat berakhir, walau pahit tapi biarlah semua selamat

aku dan 3 org adik beradik lain yg diperantauan berdoa moga mereka suma selamat

aminnnn...InsyaAllah


* jikalau aku adalah 'storm' si mutant X tu, dah lama aku tolak cuaca hujan ini ke tempat lain


Thursday, December 18, 2014

cuti cara kami

2 comment(s)


ada org kalau bercuti mau grand grand

ada org kalau bercuti maunyer budget 500 ke atas atau lebih

dan ada juga punyai perencanaaan yg rapi yg maunyer berbulan plan

seronok kan?

bercuti sape kata tak seronok, apatah lagi bleh lari terus dari norma kerja makan gaji yg membosankan tu,haha



tapi tidak kami

kami pilih percutian yg amat budget, sekadar dekat2 atau mungkin jauh, yg seringkas mungkin

book hotel pun satu malam je, bwk kereta pusing2 tempat asing, google siap2 pe special bandar yg dipilih & enjoy!

thats it!

kami apy sbb seronok duk tempat baru yg mana diluar dari tmpat kami pijak hari-hari



lain org lain terapi cutinya

kami tak perlu hotel 1juta bintang atau kawasan exclusive tapi janji bersih, tenang & cantik

sederhana tu penting yg penting menikmati moment yg ada

paling best golek2 dalam hotel dgn sembang2 yg rancak sepanjang perjalanan

moment yg tak boleh dijual beli



* btw kami baru je balik dari Alor setar, walau bandar ini simple yg amat tapi seronok 



Wednesday, December 10, 2014

hanya kerana kucing

2 comment(s)




Kepada yg suka sngt mintak kucing free...dah fikir perbelanjaan selepas tu..mknan...ubatan...walaupun dpt kucing tu free...fikirkanlah tanggungjawab selepas tu...kalau dah minat sangat...bela je kucing mana2 pun...semua kucing..kalau jaga betul2...cantik jugak... ~ di petik dari pesanan Sam Qasrina Cattery kpd group kucing parsi & baka DLH


aku rasa, aku tak perlu xplain pjg...cth kat atas sgt jelas, even peminat kucing zaman skrg mau yg cantik2 shj, tu ofkos cuba nasib mintak free tp bila sy iklan kucing kg yg biasa2 tapi free tiada siapa yg mau, mmg benar hak mereka untuk memilih tapi masing2 perlu ikut kemampuan & tanggungjwb


menjaga kucing mmg nmpak mudah tapi sebenarnya tidak wei kdg memerlukan kesabaran yg tinggi even bg yg mahal2 beli tu jua perlukan perbelanjaan bukan sikit untuk memantainkan kecantikkan mereka & kesihatan mereka. Kalau ikut yg lagi cantik & mahal harganya lagi cerewat mau jaga, mereka ini tak lasak, manja & kadang senang mati jika tak vaksin & moniter


yg penting passion & perlu ada rasa syg pada kucing tak kira jenis apa kucing itu pun, ini tidak ada certain group sgt memilih, kucing jenis kg tak dipandang, tuan empunyer diperlekeh...aku kdg tak paham kenapa? kucing aje pun, mereka harmoni je hidup, kita plak yg emo gaduh2




Thursday, November 27, 2014

oh aku tak gembira

3 comment(s)

serasa mau lari, lari jauh jauh jauh jauh

biar mereka tak nmpak, biar kelibat KERJA tak kelihatan

tak mau pikir apa-apa, otak mau kosong, bebas bak burung



i m not happy, setiap saat ku berdoa biarlah kesusahan ini cepat berlalu

biar stress ini lenyap selenyapnya

oh, aku tak gembira



Tuesday, November 11, 2014

Bila kita sendirian..itulah diri kita

0 comment(s)






yup!

memang benar, kadang kita mampu melakukannya bila kita jadi diri sendiri

walaupun itu sangat memalukan

haha


Saturday, November 8, 2014

kerana kerja

6 comment(s)

untuk awal Nov ini aku sedar tahap ketensionannya

minggu yg tough & mencabar mental fizikal apatah lagi terpaksa bekerja lebih dari sepatutnya

ada masa, aku rasa nk quit je keje, rasa seperti mau ikat diri kat rumah tak mau keluar buat kerja dan lari dari norma komitment

jika ini adalah semudah itu



mungkin sabar itu perlu, mungkin org kata kalau tak tempuh dulu manakan tau resultnya

yess benar! susah payah walau perit, dicaci maki & dicedera perasaan juga letih fizikal

Alhamdullilah resultnya berbaloi



release sudah kepala otak,fizikal tenang boleh berehat

dan hari ini aku bersantai di rumah menghargai cuti

thnks untuk si dia kerna selalu support mendengar cerita penat & keluhan aku



apa yg aku cuba cerita kat atas adalah, adakalanya mempunyai pekerjaan untuk menyara hidup kadangkala memenatkan ditambah rutin yg sama yg buat kita rasa nak berhenti & lari dari bz yg membunuh ini


rasa juga nak buat business sendiri, yg mana walau perit tapi hasilnya tetap pulang kat diri sendiri

kita bos, kita kuli, hasilnya juga begini




Tuesday, October 28, 2014

sebuah senyuman

3 comment(s)

uniknya kami

kami berdua, together2 dalam semua perkara

kadang senyum untuk perkara yg membanggakan, kadang bermasam muka disebabkan perkara yg kecil

aku suka tanya soalan itu, dan dia suka jawab ''aaa...'' 

aku tau jwpannya '' i do''/ ''ya''  tapi seronok bila beliau mampu menyebut dalam jawapan rangkap yg penuh



warna warni kami bukan juga senang

walau bila dekat bagai perangai anjing dengan kucing tapi bila berjauhan sunyi plak datang, rindu plak menerpa

kosong bagai tiada apa2



berada dalam dunia ini ibaratkan aku terlalu istimewa & syukur

dari A sampai Z kami melakukan bersama, juga kenal luar dalam

actually kami tak mintak lebih pun, sekadar happy dengan each other

susah senang bersama



Sunday, October 26, 2014

''first time'' tag

1 comment(s)


Ada sebuah blog yg aku rasa sangat superb coretan beliau, tak perlu bengkok-bengkok bagai pakai ayat metafora, personafikasi semua ko senang paham apa yg nak disampaikan

senang cerita coretan beliau, str8 to the point,kalau dia nak cerita pasal A maka terus ke A tak perlu nk guna pakai B/C

dan aku juga antara pengemar karya terkini beliau '' Strange Love '', sudah tidak sabar rasanya untuk the next episode



by the way, beliau ada tag aku pasal ''first time'' post / tag

dengan segala kudrat yg ada & mood yg ok, aku gagahi join menda alah ini, sesungguhnya aku agak malas nak memerah otak selepas pulang dari mencari rezeki iaitu kerja, haha...



First Love


Lama dulu, kira-kira 7 tahun lalu agaknya , dia student lagi masa tu & aku dah kerja. Masa ini baru aku kenal apa itu jatuh cinta, selama nih kemain lagi mengutuk org yg menanggis meroyan kerna cinta


kerana bagi aku, owg tu dah tak nak kat ko,so dia tak nak la! tak yah nak over2 merayu bagai nak meraih cinta itu lagi, cari je yang lain

senangkan bagi aku? Ha..ha..ambik ko merasa feel mendalam kat some1 tu, masa tu jugak aku merasa satu beban kat dada,rindu membuak2, hset tak lekang kat tangan. Then pada masa ini lah aku mengakui benarnya umpama mandi tak basah, tidur tak lena & makan tak lalu

penangan cinta umur yg agak muda & mentah, aku gagal dipertengahan jalan dan meroyan hampir sebulan tapi Alhamdullilah recover tanpa titisan darah, kih kih


First Artis 

Artis yg aku minat giler & tak tau nape aku buleh sangkut minat kat minah nih ( u know who ) aku pun blur nak jawab nape aku boleh suka kat dia as Big Fan (kipas susah mati)

sampai album ori beliau aku beli, i think dia sowang aje aku sanggup kuarkan duit sendiri beli album,purchase lagu beliau kat Itune dan tertunggu-tunggu album baru beliau & selalu mengikuti perkembangan semasa beliau( di Twitter mahupun Instagram )

sampai skrg aku menyenangi beliau sbb beliau sangat humble,baik & sopan santun. Uniknya juga beliau setiap kali menyanyi mesti senyum walau lagu tuh seksa giler nk bawak, beliau jugak jenis cool, susah nak melenting walau dilanda badai gosip, dihina tak pandai cakap omputeh,gadis kampung & kadang beliau suka rotate baju ( pakai baju sama masa buat show )

tapi beliau tetap dengan cara beliau & sangat berpegang pada prinsip. Tak macam artis sekarang, baru nak up dah over2 lupa daratan.Even bila peminat kutuk kat Instagram or twitter beria2 balas balik pakai bahasa kesat yg mana melambangkan ketidakmatangan seseorang mengurus perangai sendiri AKA tunjuk true color sebenar ko

dan aku rasa juga, dia nih punyai aura penarik/penyanyi yang mana dia aje ada aura tu,Even Mawi yg pernah digelar raja sms,tsumawi segala tak dapat kekal populariti hingga kini. Lagi syok bila dia dah mula bertudung penuh, manis sangat-sangat

maaf over puji plak, tapi aku rasa semua harus akui beliau sangat bernasib baik kerna mampu bertahan hingga kini di puncak sehingga digelar penyanyi no.1 negara serta punyai ratusan anugerah dalam dan luar 

huhu ( haters beliau mesti sangat benci coretan aku nih )


Fisrt Car


Aku pakai kereta Viva je, sehingga saat ini aku rasa mcm tak nak tukar kereta lagi. Alhamdullilah dia sangat setia dengan aku sehingga motor aku yg bernama ''Dean'' aku abaikan. Tak start/hidupkan beberapa bulan dah

btw nama kereta gua nih ''morgan''. I dunno y pilih nama nih, tapi si dia banyak mempengaruhi...opss!


First Job


As promoter kat sebuah kedai kasut '' Alfio Raldo'', agak lama gak aku kerja lepas habis belajar. Masa nih aku dah mula sedar yg kerja is better than jadi student.

otak tak sakit, tensen tiada & cukup bulan dapat gaji. Actually aku nih jenis bersyukur, walau kadang gaji tak sebesar kawan2 aku yg mengutuk aku sbb pilihan aku selalu bawahan paras mereka, tapi aku tetap tak peduli

even aku rasa aku lagi kaya & better dari mereka yg kadang suka berlagak tuh

aku sekarang kerja kat sebuah retail company ( malas nk mention ), syukur actually sbb nih 1st job permanent aku & aku dpt bertahan hingga kini. I think more than 6 years aku kat situ

takde niat nak tukar kerjaya pun, xde niat nak lompat kerja lagi setakat nih, walau kadang tak seGRAND kawan2 aku yg pernah kerja Petronas,Sirim,Cikgu,kerja kerajaan atau sewaktu dengannya 

tapi Alhamdullilah, aku bersyukur dengan jawatan yg aku miliki sekarang, gaji yg dimiliki & suasana tempat kerja.I think takleh dijual beli

ada jugak mereka2 itu cuba merendahkan aku dengan kata-kata ''bila nak tukar kerja?Ko suka ke kerja macam ni'' & ''mahal ke gaji?'' atau paling sakit ''oh, buat part time ek?'' / ''kerja sekejab kot? '' denga muka yg sinis & merendahkan

walau aku tau mereka tak bermaksud apepun, but aku telah prove mereka gagal menjatuhkan aku dengan kata2 itu atau kata lain, lagi mereka berkata begitu, lagi aku bertahan/setia dengan company aku skrg

sometimes u kerja, bukannya pasal gaji/ status/ jawatan semata2, ko juga kerja untuk kepuasan.Yess, gaji sangat penting pada masa kini but jika kau pandai uruskan gaji ko tu, ko sebenarnya lagi kaya dari mereka2 yg pakai blazer/ pakai smart2 atau mana2 kerja yg duk dalam aircord tapi hasilnya tarak

not all yg worst macam tuh but mereka yg jenis malas or yg kejar status semata-mata.Yg ok tetap ok, sebab mereka hargai dengan apa yg mereka terima sbb tu mereka melakukan terbaik supaya gaji mereka dapat tu halal

aku paling pantang bila ada anak melayu ( sebangsa aku ) , yg xde kerja, meroyan2 cari kerja tapi tak dapat then bila dibagi kerja memilih. Ada ye yg jenis bila nak kerja, terus nak jadi bos...tak mau jadi kuli, haktuih! 

ko ingat tanpa pengalaman bawahan ko boleh jadi bos yg baik, sila cermin diri dulu ye

yg aku anti juga yg memilih kerja nak duk bawah aircond,nk ada meja sendiri, nak office hour & nak gaji besar tapi guna result SPM yg gagal ( tolonglah! ), pahtu mengutuk mengata susah cari kerja walhal kat tempat aku fyi sangat byk jawatan kosong

yes, i know yg kosong jawatan ini tak seberapa but u kena ingat, kerja macam inilah yg boleh buat ko matang,mengenal dunia kerja & bantu disiplin ko dari merempat tak tentu hala atau kerja sbg perjenayah...cuba dulu baru tau & jangan nak terus judge!



maaf ye, huhu...tetiba detail plak cerita pasal kat atas tuh, i think banyak nak dikongsi untuk ''first time'' tag nih, but cukuplah setakat ini

aku rasa korang serba sedikit dah boleh buat penilaian apa yg berlaku di sekeliling aku

sesungguhnya, aku amat bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang, aku tak mintak lebih pun, tak mintak jadi jutawan or kapel/kahwin dengan anak bangsawan pun, cukup sekadar gembira dengan orang/keadaan sekeliling

punyai ramai kawan, boleh senyum bersama, mereka suka aku & aku ok dengan mereka, punyai keluarga yg harmoni, pasangan yg memahami dan persekitaran yg sederhana

kadang kita kena ingat, orang sekeliling juga penting pada kita, janganlah pentingkan diri sendiri, suka berlagak,mendabik dada dengan apa yg ko ada & jawatan ko sandang, even aku ada sorang kwn, gaji besar, kerja best, ada kereta & jenis sudah cukup mampu lah nak menerus hidup di depan tapi hari-hari tak happy sbb tak yakin pada diri, terlalu nk perfect,terlebih pikir & over demand & tak pernah bersyukur

kita kena ingat, dalam sesuatu tu kena wasatiah...punyai apa yg ko rasa ko mampu capai, sesuai dengan kudratmu, situasi kamu & rupa paras kamu

fikir! huhu...



Wednesday, October 22, 2014

CAKRA KHAN feat SITI NURHALIZA - Seluruh Cinta

0 comment(s)





Ini petikan dari version LIVE siti ft cakra kat show Indonesia

Antara Lagu yg aku tunggu boleh tahan lamanya & kipas susah mati siti yg lain

katanya marketing strategi, menjadi gakla, sebab orang akan tilik balik untuk beli produk lagu baru siti



1st dengar teaser kat Instagram tok iti, melompat-lompat nak dengar full version lagu ini  di FRAGMEN beliau, alih alih takde  CIS!

uniknya lagu ini di chorusnya, awal-awal dengar tu mcm 90an punyer muzik pun ada

but puas hati, terus purchase kat Itune



Monday, October 20, 2014

bohong

0 comment(s)


ada certain-certain part aku terpaksa berbohong untuk selamatkan keadaan

bukan senang actually, mereka pun takkan paham

lepas aku berbohong tu, aku tak fikir dah

terus kosongkan kepala otak



cuma aku berhati-hati la, setiap pertuturan, perbualan & cerita yg aku mungkin olah untuk berbohong tu kena pada tempatnya

berbohong pun kena ada feel & jujurnya (eh ayat?)



apa yg aku bohong kan?

SITI kata Biarlah Rahsia



Wednesday, October 15, 2014

perkara paling best!

6 comment(s)


perkara paling best sekarang adalah berada di rumah & tidak perlu pergi kerja dan bermalasan

serius!



Saturday, September 27, 2014

buka balik

1 comment(s)


lama aku tak cerita bab bab diri sendiri kat sini

actually cerita la, cuma kias kias je, tak direct



so sekarang, aku cuba santai-santai kan hidup aku

jenis malas pikir complicated macam sblm nih kot

sebarang masalah aku banyak ignore especially bila melibatkan anak buah kat tempat keje

dulu kat tempat lama sakit hati ngn bos yang banyak lepas tangan

tapi kat sini dikasi challenge dengan anak-anak yg baru tu




aku malas nak layan mereka sgt, guna pendekatan bijak untuk settlekan keadaan, mestila berjaya!

yg lain, aku dah Alhamdullilah sesuaikan diri

berada di bandar Prai,Penang rasanya lebih santai dari KL, mungkin tak sesibuk di sana tapi kadang bila berada di sini still masih lagi aku rasa macam duk KL lagi

tak tau la nape?



blog aku plak macam ni lah, jarang berupdate walau hari-hari aku bukak

banyak nak dicerita tapi masih tidak semangat untuk diolah

banyak yg menyukai yg peribadi di sini kot

so aku nak continue mcm diari dulu

huh!

huhu


Tuesday, September 23, 2014

muda

0 comment(s)


tolonglah lupakan masalah anda itu

sila buat apa yg anda suka

seriusly! MUDA!



Tuesday, September 9, 2014

sape kata rakyat Malaysia RACIST?

1 comment(s)






berkali- kali aku tengok

dan aku bangga jadi rakyat Malaysia,bangga dengan pendirian mereka



dan aku juga begitu!

kat tempat keje bos aku India, mmber sejawat aku chinese & aku Melayu

dan kami ok, hasilnya tetap luar biasa



pepun usah digugat keamanan kita dgn bergaduh

yg DILUAR tu sedang menanti untuk masuk campur


Wednesday, August 27, 2014

we rr sorry

4 comment(s)




no selfie! no welfie!

padam muka!


moh kita ngumpat plak

:P


Thursday, August 21, 2014

MH17 & MH370

0 comment(s)


bila mendengar lagu khas yg dimainkan kat TV

bertapa sedihnya, rasanya lagu itu menceritakan segala kesedihan/ kemurungan di kala 2 peristiwa berlaku serentak dalam tahun yg sama

tumpang simpati buat keluarga yg terlibat



paham perasaan mereka kerna aku juga kehilangan 2 owg sahabat yg boleh dikatakan close dgn aku

rest in peace MH17 & MH370

i m not sure patut berkata begitu utk MH370

ramai yg masih berharap termasuk aku akan kepulangan mereka ( MH370 )



apapun doakan yg terbaik...aminnnn...

selamat berkabung buat semua esok


Saturday, August 16, 2014

Official Video Clip ''Jaga Dia Untukku'' Dato' Siti Nurhaliza

1 comment(s)




keluar sudah!

lama gak tggu


not bad lah, nak kata terbaik rasanya tidakla

tp better quality dari '' Galau'' beliau itu


Tuesday, August 12, 2014

"kami akan keluar. sekiranya kamu berjanji untuk keluar dari negara kami terlebih dahulu."

5 comment(s)






"kami akan keluar. sekiranya kamu berjanji untuk keluar dari negara kami terlebih dahulu." 


berulang kali tgk

yup, benar....

mereka ungkit pasal 3000 rakyat mereka yg mati ketika tragedi 19/11

yg lain?

selfish!




deserved

0 comment(s)

aku ingat ke boikot boikot tuh kat FB je yg nampak gempak gempak!

sekali td cuba gi mcd

omg!

ada guard RELA jaga, drive thru tutup



mantap owg kita

realisasikan betul

deserved!


Saturday, July 26, 2014

aneh

6 comment(s)

suasana raya kali ini?

rasanya mcm tahun lepas kot

baju raya tak beli

aku kerja smpai raya ke-3

kuih raya beli beberapa ketul, tu pun untuk diri sendiri

then cadang balik raya ke-5 ke Kelantan, drive sendiri



kemeriahan raya, lama dah aku tinggalkan

i dunno y aku pilih begini but as long masih baik & selesa ok kot

kalau owg lain may be down giler

sbb setiap kali raya mmg tiada yg istimewa,kerja & beraya di perantauan dan kali ni kat Penang

tapi pepun kwn tetap ramai, untuk yg mana pikir aku mcm takde kwn,itu tidak betul, i m still not kera sumbang ok

even kwn aku kata aku mcm ubi kayu, buang kat mana pun tetap hidup



mungkin sbb rasa dah tua/ matured, maka feel feel raya tu tolak no.2

tapi family tetap tak pernah lupa & Alhamdullilah diaowg pun ok

ada gakla marah aku sbb aku selalu elak ada kat rumah raya pertama

tp u know, aku menang

aneh bukan?



Wednesday, July 23, 2014

mereka tidak tahu

0 comment(s)


hari berlalu tanpa sedar

begitu juga dulu

cuma di tempat lain, suasana lain & cerita lain

kadang aku rasa pelik menjadi diri aku

tapi tetap berusaha untuk menjadi yg terbaik , mungkin lebih baik dari sebelumnya kot




Wednesday, July 16, 2014

anak-anak

1 comment(s)


bila anak-anak sakit

bapak yg cemas lebih

: (


Thursday, July 10, 2014

tidak

1 comment(s)


rasa mcm nk berhenti

nak lari!

tapi hidup tidak semudah itu


Tuesday, July 1, 2014

Fragmen '' Dato CT ''

0 comment(s)

1st of all, selamat berpuasa semua & menyambut bulan mulia nih

Alhamdullilah segalanya berjalan dgn baik

syukur



syukur jua buat penyanyi no.1 negara yg berjaya juga release new album yg sememangnya lama di nanti kipas susah mati beliau

fyi, beliau satu2nya artis yg aku sanggup kuar duit sendiri beli new album

berutung beliau ada kipas susah mati mcm aku nih! haha



btw sikit la aku nk review pasal album fragmen beliau

SUPERB!

kira berbaloi gakla penantian yg asyik postpone tu je

tolak siap2 dua lagu '' jaga dia untukku '' dan '' lebih indah '', track nih aku tak nk xplore dah, dah basi kot, release sudah since konsert & kat radio2 pun plus aku redha purchase kat itune



all track mengena! tok iti dah mula lari dari version lagu2 jerk beliau since safa,prasasti seni & emas dulu

kali nih sgt matang atau super matang kot

bait2 lagu mmg melekat 

cur dengar track ''AKU'' & ''MEMBUNUH BENCI'' mmg dah siap-siap tangkap halwa aku



yg lain-lain, bila digoreng dengar berkali

WOW!

so tak sia-sia melabur untuk album ini!


Tuesday, June 24, 2014

masalah

0 comment(s)


masalah kalau dipikir

sepanjang masa sesak nya, seksa nya

kalau boleh nak lari ke planet namek pun nk pergi

dan kekadang spt serasa seronok plak jadi beburung, terbang bebas tanpa perlu pikir apa itu kesulitan



kadang redha plus terima seadanya

positif fikir, kot kot next time kalau musibah macam nih jadi lagi

so dah tau countermeasure nyer

hurmmmmm







Saturday, June 21, 2014

jasa twitter

2 comment(s)

dulu bergaduh pakai penumbuk,sepak terajang

skrg pakai hujung jari je

resultnya sentap sampai naik mahkamah



cth: artis kita



Tuesday, June 17, 2014

jasa facebook

3 comment(s)

ya aku tak minat bola!

fail dari dulu seperti mana aku fail untuk merokok


tp kdg mereka terkezut aku tahu result bola, hal bola

sempat mencelah masa diowg sembang bola lagi



huhu

itu jasa facebook wei!

sape suh kengkawan aku update status pasal bola?





Friday, June 13, 2014

ais pets store

1 comment(s)
1 day kalau ada peluang & diizinkan

my pets shop / our pets shop

bukak kedai sendiri, kamilah bos & kamilah kuli

insyaAllah, aminnn


Thursday, June 5, 2014

ubi kayu

3 comment(s)

org nampak luaran aku mcm ubi kayu

dicampak mananya hidup terutamanya kat tempat baru

tapi dalaman mereka tidak tahu



kadang aku tertekan untuk menyesuaikan diri

nasib baik pengalaman yg sedikit lepas tu buat aku ok je nmpak cool

so nampakla jugak aku spt ubi kayu



* point nyer kat sini, kdg tempat baru buat aku tak selesa especially bila berdepan dgn manusia yg mcm sesumpah, puihhh!





Monday, June 2, 2014

when

3 comment(s)


Saturday, May 31, 2014

bz

3 comment(s)

saya BZ


Friday, May 23, 2014

ikat

4 comment(s)




Wednesday, May 14, 2014

drama hindustan

3 comment(s)

tertengok drama hindustan

ter...!   yer

drama yg ada format tari menari & miming lagu mmg popular sejak dulu lagi

dulu aku obses layan smpai shah rukh khan,amir khan, ashay kumar, manisha karola, kajol aku kenal

tapi skrg...jijik!



dah tua2 nih

drama sebegini mintak kaki



Tuesday, May 13, 2014

sesuaikan diri

2 comment(s)


menyesuaikan diri dgn tempat baru aku xde masalah

tapi dgn org, aku akui mmg ambik masa

tp once sekali dah rapat

tgklah nnti macam belangkas!


Sunday, May 11, 2014

batang kayu

3 comment(s)


glamer skrg ambik gambo selfie guna btg kayu

or btg penyapu

or nama sebenar aku tak tau



Wednesday, April 16, 2014

transfer

3 comment(s)




Alhamdullilah syukur, org kata kadang keputusan yg nmpak bodoh yg dibuat mungkin ada hikmah disebaliknya, berpindah dari lubuk duit KL ke Penang

takdir gamaknya aku dapat transfer ( kerja ) ke sini, awalnya mati mati aku ingat tak dapat ( actually aku mintak ye )

tp nasib baik jodoh panjang ngn Pulau Pinang nih aku dapat pindah

lalu memulakan hidup baru,suasana baru, menemui kwn baru dan tentunya rumah baru




salah satu terapi semangat untuk aku terus bekerja & meneruskan hidup adalah dgn memiliki suasana tempat tingal yg owesome!

berbanding KL, sini rumah tampak murah,besar & deco yg syok

mungkin sbb duk KL di rumah yg agak sempit, maka setelah dapat menyewa condo yg luas ini adalah satu bonus ( berganda murahnya )

apatah lagi di sini tak pernah ada masalah air




btw mereka ini sudah preggy

rezeki tempat baru gamaknya, both preggy at the same time

berlakikan kucing jantan curl ( telinga lipat ) aku, rasanya anak yg bakal dilahirkan mereka sgt berkualiti

tak sia-sia penantian



apapun sekali lagi syukur

harap semuanya berjalan dgn baik & kami enjoy dgn suasana yg baru ini



Saturday, April 12, 2014

at Penang

2 comment(s)


kini saya telah berhijrah ke Penang

selamat tinggal sudah pada Kuala Lumpur

meneruskan kehidupan & kerjaya di sini



ada yg kata rugi tinggalkan KL

lubuk kerja,wang & segalanya

tapi saya rasa tidak



btw new life,mood & everythng

walau nak adjust diri,keadaan & meet new friend ambik masa

: )


Thursday, March 27, 2014

let it go ( ost FROZEN ) version kelakar

2 comment(s)






Tuesday, March 11, 2014

mereka kawan saya ( Dalam ) Tragedi MH370

1 comment(s)



A few days aku ambik masa nk post isu ini

sedih yg amat, blur & i dun believe it, tuhan je yg tahu

dalam ramai2 mereka yg terpilih untuk diduga begini, semestinya takdir yg Maha Berkuasa, saya redha & rakan2 yg lain juga redha



actually berita ini diketahui oleh aku dalam kul 11.30 pagi mcm tu rasanya, hari Sabtu lepas, masa tu tgh bz bekerja

big bos aku whts up ada tragedi MH370, kapal terbang terhempas...rasa mcm tak percaya

tapi paling buat aku dan rakan2 terkejut! my fren, org yg aku kenali, yg aku kira rapat, yg aku jumpa tiap-tiap hari time kerja, berkomunikasi,meeting,gurau senda, buat lawak, tepuk tampar & saling tukar crita

juga teammate tempat kerja yg paling aku hormat, my supervisor & antara staff aku yg menjadi proxy aku since few years pergi mcm tu je,hilang mcm tu je

dari masalah A-Z a few aku tahu, dari hal kucing kegemaran dia, hal personal dan sebagainya

oh sayu sgt bila dia tiada depan mata



Actually last year beliau resign sbb nak tukar angin kerja katanya ( walau aku tahu sbb lain apa )

dan untuk pengetahuan semua Norliakmar bt Hamid adalah isteri kepada Mohd Razahan Zamani juga ( staff aku )antara staff yg aku kenal few years

both adalah under my division, aku kenal mereka luar dalam, mcm mana mereka bekerja, suka duka kat tempat kerja masih aku ingat sampai saat ini



Beberapa hari lepas, baru je jumpa mereka sblm bertolak ke Beijing ( atau kata lain sblm tragedi ) , diaowg hantar beberapa ekor kucing untuk aku jaga katanya mau pindah rumah, mintak tlg tgk tgkkan anak chumil mereka

actually akma baru aje keguguran, sayang sekali belum rezeki berpihak pada mereka setelah berkahwin 2012 lepas

3 ekor kucing beliau hantar untuk aku jaga

yg mana 2 ekor dia ambik 2 hari selepas itu & seekor lagi ada kat rumah aku sehingga skrg



Apa perasaan aku?

aku tak tau nak xplain mcm mana,ini aku yg kira rapat gitu2 apatah lagi keluarga mereka

aku yg baru tgk list nama yg mana mereka ( akma & razahan ) antara 2 nama yg terdapat dalam list penumpang penerbangan MH370

meremang bulu roma melihat list bila my fren forward the list on saturday lepas

tuhan aje yg tahu perasaan aku ketika itu



namun saat ini pesawat ini masih belum dijumpai

kami warga Aeon, tak putus2 berdoa agar mereka kembali dgn selamat

kadang terfikir semacam peluang tipis tapi kami tetap mengharapkan keajaiban

rindu 2 senyuman comel mereka itu




Saturday, February 22, 2014

mendalam

3 comment(s)

ada sesuatu yg buat aku happy hari nih

ianya unik dan sgt menarik

each moment yg dibaca semacam aku plak yg melalui

good job fren!



u know what dalam hidup mmg benar akan ada cinta pandang pertama

atau dgn kata lain cinta itu mmg kita sendiri takkan paham

bila ia terjadi & bagaimana menusuk dalam diri

permainan hidup dgn sebutan CINTA itu adalah sgt unik

dan hanya Allah yg maha mengetahui



apa yg aku senangkan di sini biarlah aku sendiri je yg rasa & tahu

last!  i think ianya special!

haha



Friday, February 21, 2014

panas

2 comment(s)





lately rasa membahang je

panas semacam duk kat umah, even waktu malam pun

kipas no. 5 mcm rasa tak bukak langsung

oh!


Tuesday, February 18, 2014

bila cat kata ' i lov u! '

1 comment(s)





Thursday, February 13, 2014

kencing manis

2 comment(s)








Tuesday, February 11, 2014

sleeping with cat

3 comment(s)







Saturday, February 8, 2014

Kesilapanku Keegoanmu (Konsert Where The Heart Is) - Dato Siti Nurhaliza

6 comment(s)




cur dengar betul2

dato ct lupa lirik tp cover baik punyerrrr

sesuai sgt ' kesilapanku keegoanmu ' ye tok iti



tetap meneruskan persembahan tanpa rasa bersalah

huhu


Sunday, February 2, 2014

saya tewas

2 comment(s)


saya tewas di sini

dengan tidak mengupdate lagi



manusia akan suka dengan sesuatu yg baru

dan meninggalkan yg lama bila sudah bosan

kejamnya hidup!


Thursday, January 23, 2014

point here

1 comment(s)







* tomei!


Saturday, January 11, 2014

chef agak agak

4 comment(s)






chef taraf dunia?tumis rempah pun mcm xpernah pegang sudip je?

well, org kita...letak pun agak2 je  tapi hasilnya superb!