Thursday, October 28, 2010

Suatu Malam Yang Sunyi...






Pada malam jumaat lebih kurang pukul 12.00tgh mlm,Aziz dalam perjalanan ke KB. Dia melintasi satu jalan yang sunyi sepi. Lalu terlintas seorang wanita; berbaju putih dan rambut yang kusut. Sedang Aziz menghampiri wanita itu, wanita itu meminta tolong untuk menumpangkannya ke rumahnya.


"Rumah saya kira-kira 1km dr sini. Abg lurus je,pastu nampak simpang kat kanan itulah runah saya," kata wanita itu.


Aziz berasa ketakutan kerana merasakan yang wanita itu adalah hantu.Namun pada masa sama, die pun merasa kasihan terhadap wanita itu. Lalu Aziz pn bersetuju untuk menumpangkan wanita itu kerumahnya. Wanita itu membuka pintu belakang dan memasukinya.


Dalam perjalanan, Aziz terhidu bau yang lain dan bukan haruman,tp busuk. Busuknya seperti bau mayat yang mereput. Dia pun memberanikan diri untuk menoleh ke belakang. Namun, wanita itu tidak kelihatan di mana-mana.


Di suatu persimpangan jalan, Aziz memberhentikan kereta dan dilihatnya wanita itu masih berada di dalam keretanya itu. Dilihatnya wanita itu hidungnya berdarah. Aziz tidak tahan lagi. Dia pun menanyakan wanita itu:-


"Awak ni hantu ke?" Tanya Aziz.


"Kenapa awak fikir saya ni hantu?" Tanya Wanita itu.


"Yang awak ni pakai baju putih pada pukul dua belas tengah malam ni wat apa?" Tanya Aziz lagi.


"Bak sini jam tangan awak.." Kata wanita itu. " Lah ini kan dah rosak wat ape nak pakai, saya ni pakai bju putih salnya tdi saya ade tahlil, then ade pulak orang merempit terbang pulak tudung saye dahlah saye tdi tak sikat rambut."


"Kan tdi ada bau busuk, bau apa tu?" Tanya Aziz.


"(Dengan merasa malu) Sa.. sa..saya terkentut tadi."Kata wanita itu,


"Oh patutlah lain semacam je saya cium, dahtu awak pegi mane tdi?" Tanya Aziz.


"Kan saye dah kate saye terkentut saye malulah!! Itulah saye tunduk kat bawah." Kata wanita itu.


" Dahtu tdi ngapa hidung awak berdarah? Tanya Aziz lagi.


"Semasa saye tunduk tdi, saye korek hidung, then tibe-tibe je awak berenti, tercucuklah hidung saye ngan jari saye."


"OWH PATUTLAH (sambil ketawa terbahak-bahak)!!"kata Aziz.


Mereka pun menyambung perjalanan mereka.



0 comment(s):