Key point 'Call Center'
A few times dapat phone call dari pekerja kat sana, selalunya pasal promotion, insurans atau apa-apa lagi yg di luar jangkaan.
Aku tak cakap benci, aku cuma cakap tak suka, specially calling melibatkan promo insuran. Tak suka sbb aku dah ada insuran sendiri.
Nasib baik mereka cakap baik2, even say ''sorry ye, sy ambik masa En sebentar'', walau awal nama aku pernah disebut salah jadi Abdul Ma Hasan, tak ke aneh tu? Mungkin sbb isu isi form komputer follow format owg pute terus jadi combination my name ngn my father nyer nama.
Cuma nak bagtau kat sini, tak berapa berkenan sikit, sbb terpaksa mendengar bebelan yg kita tak nak. Namun nasib baik mereka tak paksa untuk menerima promo mereka itu. Kalau paksa siap rr, harus haru gak aku. Adala penah sekali, tawaran yg dibagi macam menarik (bukan insuran ye) cuma yg aneh mcm takde pilihan, mcm aku terpaksa ambik...so sbb aneh tu aku terus tolak.
Dia mcm bengang, then mati-mati xplain agi suh aku trima. Aku tanya balik y takde option utk i pilih mau atau tak, dia bagi alasan yg tak konkrit.Maka i berkeras cakap tak mau! Ada bran kata aku kena ambik gak! Mana bule itu hak i!
Namun aku tak pernah marah atau maki hamun mereka lagi sbb aku pernah dengar a few my fren pernah berbuat demikian,nasib baiknya mereka on call je, kalau depan mata tak tau rr.
Mungkin sbb aku keje customer service gak, maka aku cuba memahami. If tak mau dengar pun just create a few reason atau buat2 h,set tetiba habis bateri.Hu..hu..
Tp mau diingat ada certain talian perkhidmatan penting, cth time isu broadband wat hal, line h,set, kredit card isu dan sbgainya. Tanpa mereka, harus jenuh aku nak ke caunter sana nak settlekan. Cuma tak sure calling mereka itu line dicharge atau tidak.
* Apa salahnya berhemah, jika mereka datang berhemah juga.