Monday, July 19, 2010

Hidup ini...



Hidup ini terlalu subjektif, indah, aman,berliku-liku,sedih dan complicated. Kadang-kadang kita dibuainya dan kadang-kadang kita alpa kernanya.Ada yg kata idup ini kejam sbb menjadikan kita begitu iaitu xseperti apa yg kita nak, kena ingat itu, itu semua dugaan dari yang maha satu yg mahu menguji kita supaya kita lebih tabah menghadapi hari-hari lain yg mendatang.

Hidup hanya sekali, redahlah...rasailah...perjuangkanlah..hari-hari yg mendatang xmungkin boleh undur, masa-masa yg pergi takkan mungkin datang lagi, kanak-kanak akan remaja dan dewasa, umur dari muda terus meningkat tua, dari hensem@cantik terus ke bahagian yg tang berkedut lak(lainla klau cucuk botox ya,takpun susuk..hu..hu..).

Matahari bersilih ganti akan terus naik dari timur dan jatuh ke barat. Kehidupan walau pe yg berlaku akan terus berjalan even kita suka mahupun tidak.

Jadi d'sini apa yang kita perlu pegang adalah fulfill lah kehidupan anda dengan kegembiraan walau apa yg berlaku, tenanglah hadapi hari mendatang, berdoalah supaya kita dilandasan yg betul serta senyum meniti bait2 hari indah ini.

Oh hidup, oh kehidupan...kau istimewa sebenarnya...syukur pada tuhan sebab aku masih bernafas hingga kini dan bahagia menghadapi hari. Walau kadang2 d'uji namun semua itu membuat aku positive dan tabah hadapi hidup. Harap anda semua juga begitu...

SYUKUR....


2 comment(s):

Ries Lee said...

hidup kalau lurus macam highway bosan jugak..

flyz said...

yeah..hu..hu...