Tuesday, May 17, 2011

Ada yg lagi teruk dr kita...



Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...

Tadi masa bukak TV dan terlayan TV3 serta terlayan WHI sekali...aku rasa sedih lak, mereka anak-anak kecil bole plak happy sedangkan mereka ada HIV. Then bila besar nanti kalau mereka masih hidup apala nasib mereka ya?

Diterima masyarakat kah? Bole belajar mcm remaja lain kah? Bole diterima bekerja mcm dewasa lain kah? Atau bolehkah mereka berumah tangga spt mana kita semua?

Macam-macam persoalan timbul. Semuanya itu telah ditakdir tuhan, jika aku berada di tempat mereka pun mesti aku tak tenang sepanjang hidup.


Baru aku terfikir...kalau mereka bole proceed hidup dengan masalah sebegini, apatah lagi kita yg sihat walafiat nih. Kadang-kadang kita terfikir masalah yg kita tanggung dh cukup besar utk kita sampai nak bunuh diri segala, walhal ada owg lagi kat luar sana yg lebih menderita, yg melibatkan soal hidup dan mati plak tu.

Maka renung-renungkanlah...ada owg lain lagi susah dari kita. Apapun masalah selesaikan sebijak mungkin, kalau kita ingat masalah kita nih dah cukup memporak perandakan hidup ingatlah ada lagi owg lain yg belum tentu bole meneruskan hidup.

Masalah keje,cinta,rumahtangga, hubungan sesama manusia dan emosi, cubalah berusaha menyelesaikan cara berhemat. Jgn ingat bila dilanda masalah,dunia kita akan berkahir. Ada lagi tau yg lagi teruk dr kita.

Oklah...ini yg aku muhasabah utk diri aku hari ni(nak share ngn korang sekali). Buat semua selamat bercuti lah ye dan selamat menyambut HARI WESAK utk yg menyambutnya.

Enjoylah dengan kehidupan anda dan apa yg anda ada. Moga semuanya berjalan dgn baikkk...Aminn...


2 comment(s):

Hans said...

stigma masyarakat malaysia nih kita kena ubah
kalau masing2 pegang dengan Islam pasti kita tak akan pandang serong pada insan2 sebegini tambah2 kanak2 atau isteri yang tak berdosa yg ditakdirkan kena HIV atas perbuatan manusia lain
kesian kan budak2 tu

Apakah Petua Untuk Hilangkan Ketumbit Dimata? Kongsikan

Rozuan Ismail said...

janganlah hina mereka walau mereka ada HIV.anak2 ni tak salah.diorang bukan minta HIV tuh.