Friday, May 27, 2011

Siapa kita di mata orang lain???



Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

"Siapa yang nak duit ini?"

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu."

Dia berdiri mendekati hadirin.

Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi, "Siapa yang masih mahu duit ini?"

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

"Baiklah," jawabnya,

"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dengan kasutnya.

Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

OK, sekarang masih ada yang berminat?".

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

"Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. Biarpun renyuk, lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga."

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi pada mata @ pandangan Ilahi.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal, kerana sesungguhnya diri kita sebenarnya amat berharga.

Kita semua di sisi Allah adalah sama saja.

Yang membezakan kita ialah KETAQWAAN kepadaNya.

Siapa yang lebih bertaqwa, maka dia lah yang lebih baik.



“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
[Surah Ath-Thalaq 65: 2-3]
Credit the story to: Ustaz Nasir

3 comment(s):

CintaZulaikha said...

btol tuh, setiap org ada nilai diri masing2. stp org juga dikurniakan hidayah dlm pelbagai bentuk tanpa drg sedari..jadi sejauh mana kita tercicir atau terjerbak ke arah kancah yg tidak sehat, kita ttp masih boleh bertaubat..

jgn suka memperkotak-katikkan jiwa sdri...

::FAIZ:: said...

thanks utk kata semangat ini... aku IsyaAllah akan terus berusaha....

Duniakuabstrak said...

bijak ustaz itu menyesuaikan analogi